Sunday, December 27, 2009

BODOH YANG MELAMPAU!

Aku terpaksa jadi bodoh untuk ini. Terpaksa jadi bodoh untuk membuat pilihan yang aku tak tahu nak putuskan mana satu.

Perkara ni dah berlarutan lama sangat. Terlalu lama sampai ke satu tahap aku dah naik menyampah dengan semua ni.

Menyampah sangat sangat. Aku rasa ada baiknya aku bersendiri aje.

Bersendiri lebih baik dari berdua dengan orang yang tak pernah berubah, atau sekurangnya cuba berubah.

Tak habis, akhirnya aku juga yang salah.

Aku juga yang selfish?

Aku juga yang tak seperti perempuan lain?

Aku saja perempuan yang tak pernah hormat dia?

Kemudian, bagaimana dengan perasaan aku?
Bagaimana dengan apa yang dah aku lakukan sebelum ini?
Aku dah cukup jadi BODOH kerana ..., urghhhh....., apa apa sajalah.

Aku bosan.

Monday, November 9, 2009

Mahu nasihat? usah cari aku, kerana aku jenis yang akan menyebarkan kemudiannya dalam blog peribadi.

Apa yang aku tulis ni, kadang kadang lebih kepada meluahkan rasa tak puas hati aku terhadap apa yang berlaku disekeliling, dan dalam masa yang sama ianya seolah peringatan supaya setiap apa yang terjadi, tetap aku ingat sampai bila bila, dan kalau berlaku lagi perkara yang sama di kemudian hari, aku tahu apa yang patut di lakukan.

Bukan niat dihati nak mengumpat, atau menyindir, ataupun membuka pekung orang, cuma kadang kadang sebagai manusia yang lemah, aku terfikir, kenapa manusia ni bermacam ragam kerenah dan kelakuan?

Aku ini lemah, sebab itu aku marah. Tapi aku cuba kawal kemarahan. Aku tak mahu berkata sesuatu seolah menunjukkan aku ini hebat, mungkin benar tahap pemikiran orang tak sama. Mana mungkin aku boleh pengaruhi orang supaya mengikut cara aku. Dan aku juga tak akan ikut cara orang.

Aku punya cara pemikiran sendiri, dan orang lain punya cara pemikiran sendiri.

Tapi kalau dah meminta pendapat aku, sudah tentu aku berikan pendapat mengikut apa yang aku rasa, bukan apa yang dia rasa, sebab aku tak dapat rasa apa yang dia rasa, aku cuma mampu dengan segala upaya yang aku ada ini, merasai perasaan sendiri.

Lalu itulah yang aku berikan, pendapat yang mengikut rasa sendiri. Nak ikut, ikutlah, tak nak ikut, terpulang.

Tapi aku ini orangnya lain. Aku dah berikan pendapat, sedikit sebanyak aku mahu mereka mengikutnya. Aku mungkin jenis yang perasan bagus. Agaknyalah.

Kalau tak mahu ikut, lain kali jangan tanya pendapat aku. Ataupun bercerita pada aku. Aku ini lain.

Lepas tu aku menyampah dengan jenis yang dah bercerita, lalu aku lakukan sesuatu tapi kemudiannya, dia memberi amaran pula kalau berlaku sesuatu yang tak baik selepas itu.

Ah.., bencilah aku dengan jenis yang macam ni. Lain kali jangan bercerita dengan aku kalau akhirnya aku yang kena tanggung. Faham?

Thursday, October 22, 2009

Demanding

One thing yang aku agak kurang selesa bila berkenalan dengan seseorang, terutama sekali kalau dengan lelaki, adalah bila perkenalan tersebut mula memasuki fasa agak selesa, aku mula demand untuk tahu sedikit info tentang si kenalan baru tersebut.

Misalnya, perkenalan yang bermula hanya dengan casual chat, kemudian bila dah mula selesa bergurau senda, soalan tentang siapa kawan dia sebelum ni, mula kedengaran. Aku tahu soalan macam ni kadang kadang buat orang kurang selesa.

Kenapa pula aku mahu tahu siapa kawan dia sebelum ni? Suka dialah kan nak berkawan dengan sesiapa pun, kan?

Aku tak tahu, soalan tersebut meluncur tanpa sengaja, seolah aku fikir mungkin dia tak akan apa apa. Rupanya aku silap. Dia tak suka soalan berbentuk sedemikian.

Bila dia tak jawab, aku demand lagi, kali ini dalam bentuk "you didn't answer my question."

Pergh.., kalau aku pun, sure aku bengang. Suka akulah kan kalau aku nak jawab ke tidak soalan orang. Lebih lebih lagi kalau soalan berbentuk peribadi yang nak tahu tentang masa silam orang tu.

Itulah, lain kali aku tak mahu menjadi demand. Aku diam duduk buat tak tahu dan teruskan aje dengan sikap tak endah aku ni.

Susah kalau nanti orang salah sangka dengan maksud dan tujuan aku.

Saturday, August 1, 2009

confession of a dangerous mind..

I'm thinking of writing something here.
Something serious about my past. Tapi kena cari kekuatan dan masa yang sesuai.
Something to do with my late brother.

When he's gone, i've felt some of my burden gone with him. Which is good. Very good.

The secret is about to reveal itself. Maybe it's time for me to come clean with my past. I'm thinking about telling mom about it, but maybe not now, maybe i should wait a little bit longer. I don't want to upset her with the revelation.

It will break her heart into thousand pieces. Plus.., it's her son. Her flesh and blood, my brother.

I have carried the burden all along the way. It's heavy, it's making me an alien, because i feel so sad and confused, it make me feel very low about myself.

And the sad thing is, it makes me the way I AM today. It's not good. NOT GOOD.

But then, if let say i tell mom, how will she react? Will she tell the rest of my siblings? What will happen then? Will the secret bring us more closer than before or it will tear us more apart?

Or, maybe i just let go all the things and start anew? But, i need to let it out. I HAVE TO.

Please. Please. Please. Just once. Make me happy.

Monday, July 27, 2009

Salin baju.

Kadang kadang, rasa malas nak buat apa pun. Kalau buat pun macam tak ada respon. Macam bercakap dengan dinding. Tak ada perasaan ke apa mereka ni?

Bosan ah.

Tapi tak apa, just luahkan saja dekat sini. Sini, aku boleh salin kulit, salin baju, dan salin apa saja sekalipun yang aku nak salin.

Tapi malas, sebab aku tak mahu jadi begitu. Aku tahan saja. Mesti tahan, kalau tidak di kata apa apa saja nanti.

Masalahnya, aku ni manusia pendengki. Dengki amat! Ya.., itulah aku.

Tuhan, ampunkan sifat dengki aku ni. Tolong cuci dengki ini bersih bersih.

Subhanallah. Walhamdulillah, Wallailahaillallah, Allahuakbar. Allahuakbar.

Amin.

Friday, July 17, 2009

pelakon terbaik.

Sekarang, aku rasa ada baiknya aku seimbangkan penulisan dekat sini dan juga dekat forum. Aku terlalu fake lately. I mean, i'm not being 100% myself setiap kali aku taip entry dekat forum. Perghh.., macam perempuan naive. Konon!!

Di sini, aku rasa aku boleh, dan akan kembali menjadi diri aku sendiri. Maksud aku, kenapa aku terlalu berusaha sangat untuk di lihat baik? For what? Nama? Di kenali ramai? Ya lah tu. Palsu belaka. Lakonan yang hebat anne. Sangat hebat!

Disebabkan terlalu banyak yang aku pendam, lihatlah, sekarang aku rasa macam nak meletup tahu. Kalau aku ikutkan sangat letupan gunung berapi ni, mahu segalanya akan terhambur keluar.

Gadis sopan, konon. Berhemah, konon. Humble, konon. Hah.., benarkah?

Sedangkan aku rasa macam mahu carutkan saja segala apa yang aku tahu tentang mereka mereka itu. Aku dah mencuba sedaya upaya untuk tidak mahu mengambil tahu, atau buat buat tak ambil tahu, tapi ianya sangat membebankan, berlakon menjadi naive, menjadi gadis sopan, menjadi seorang yang penuh hemah. Pftftftt...

Memang benar akan ungkapan yang mengatakan, dalam dunia cyber ini, kau boleh jadi sesiapa yang kau mahu. Jadi naive, sudah. Jadi slut, juga sudah. Apa lagi?

Memang benar aku sudah hampir meletup kini. Bukan mudah berlakon sebenarnya.

Losing.

One thing about me, i hate losing. Aku benci orang pandang rendah kepada keupayaan aku. Oke, so, i'm a loser, then what?

One thing about me, aku mudah menyerah kalah walaupun aku benci kalah. Bagaimana tu? Entah. Ini sebab aku kurang berusaha. Bila dah berusaha sikit, mulalah mengeluh kata "ah, cukuplah tu, sebab as long as i try already, enough la".

In the end, aku sendiri yang makin benci dengan diri sendiri dan keadaan sekeliling yang seakan menekan aku.

Whateverlah.

Thursday, July 16, 2009

Mahu terbang.

Tak jadi biru.

Sebab saya mahu terbang, dan petik bintang.

Saya sedang keliru. Jadi beginilah yang saya lakukan bila keliru.

Pusing lah kepala ini.

Hari ni, BIRU.

Dalam mood nak menukar layout hari ni.

Kembali ke warna kegemaran. Biru.

Hello.

Hello.

Ini kali kedua aku try to make a comeback. Kalau lepas ni masih tak ada frequent update, tak tahulah.

Aku just nak luahkan sesuatu. Sesuatu yang agak mengganggu. I dont know from where should i start. Haih.., susah betul lah macam ni.

I was feeling a bit uneasy now. Cuba nak complete kan typing master, tapi out of sudden, menggigil pulak. Banyak sangat gangguan aku ni. Badan sering sakit sakit, cepat letih, emosi terganggu.
Apa sajalah aku ni?

Saturday, June 20, 2009

saya kembali.

Jangan terkejut ya, uols tak salah masuk blog. Ini masih blog kupetik bintang bintang, cuma tak tiada lagi layout yang grand. Aku sekarang sedang dalam mood simple. Jadi aku mahukan something simple dan bersih.

So.., tadaaaa..., my new layout.

Selepas ni, aku akan cuba usahakan sesuatu agar aku dapat update blog selalu, walaupun idea macam tak ada sekarang ni. Semuanya disebabkan oleh perjalanan hidup yang sangat mendatar dan tiada apa apa yang berlaku.

Tenang? Tidak juga, cuma low profile saja.

Jadi, daripada menaip yang entah apa apa, baik aku mendiamkan diri.

Cuma pada awal minggu ni, memang ada sesuatu yang berlaku.

Aku mahu luahkan tentangnya dekat sini, tapi risau kalau kalau abang masuk dan baca, habislah aku mengundang bala dalam perhubungan kami.

Tak apalah, aku simpan saja dalam hati, lagipun bukannya penting sangat.

Saturday, June 13, 2009

how could an angel break my heart?



Just nak berkongsi kesedihan. Tulah, kan? Gatal sangat nak share pengalaman, kan dah kesedihan bertandang?

Wednesday, May 27, 2009

Hatiku pecah seribu...

Hari ini hati aku tersentuh, geram dan benci yang meluap luap. Hari ini baru datang semangat aku nak menulis dekat sini selepas membaca suratkhabar Kosmo yang menyiarkan berita tentang sesuatu yang mengocak rasa.

Mayat bayi ditemui dekat tempat pelupusan sampah dalam keadaan separuh lenyek. MasyaAllah, SubhanAllah, manusia berhati iblis manakah itu yang sanggup memperlakukan seorang bayi bak sampah? Umpama binatang tak di ingini, campak saja kedalam tong sampah, dan kemudian tanpa pengetahuan sesiapa, mayat tersebut dibawa ke tempat paling jijik dan dilenyek?

Manusia jenis apakah itu, Tuhan? **sebak**

Perempuan durjana ini, aku memang mahu sumpah seranah si perempuan saja, kerana perempuan TIDAK PERNAH dikenali sebagai makhluk ALLAH yang kejam, memang layak sangat digantung, layak sangat disimbah besi panas, kerana dialah pembunuh paling ZALIM dalam dunia ni. **Astaghfirullah, sabar Anne, sabar**

Perempuan, kalau kau tak mahu anak itu, usahlah kau campak dia dalam tong sampah, pernah dengar RUMAH KEBAJIKAN? Pernah dengar RUMAH PEMULIHAN AKHLAK? Aku tak akan se amarah ini kalau anak itu ditemui dalam surau, tepi tangga, hatta dalam semak sekali pun **dekat tempat sebegini pun aku tetap marah, kerana menjadi santapan binatang**, tetapi tempat pelupusan sampah dan dilenyek? LENYEK, faham?!

Tolonglah wahai perempuan, kita adalah kejadian ALLAH yang paling indah, paling manis, kita penyeri dunia ini, jangan lakukan ini. Tolonglah...

Monday, May 11, 2009

Makna Cinta Dari Nama ku..

Anne baru selesai bermain "Makna Cinta Dari Nama Mu"

N : ..pemberi ciuman yang bagus juga

O
: ..mempunyai personaliti yang bagus

R
: ..seorang yang lucu


J
: ..seorang yang agak seksual

I
: ..manis dan romatis

H
: ..setia kepada yang satu

A
: ..seorang yang gila-gila

N
: ..pemberi ciuman yang bagus juga

+ + + + + + + +

Oke.., dengan permainan di atas, dengan sendirinya nama sebenar aku pun terbongkar. Huhu.., tak apalah sebab kenapa nak malu dengan nama sendiri, kan?

Aku rasa macam nak tergelak aje membaca definisi yang terhasil dari pengertian setiap abjad yang membentuk nama aku tu. Aku tak mahu membenarkan yang mana satu, tapi ada diantaranya memang sama dengan sifat dan sikap sebenar aku. Huhu.., i'm not telling which one.

+ + + + + + + +

Aku sebenarnya nak meluahkan rasa menyampah aku ni, tapi nantilah. Macam tak ada mood aje seminggu dua ni. Minta maaf kalau ada yang menunggu entry terkini dari aku. **ini aku tujukan pada Lazu.., sebab aku tahu dia sabar menunggu, macam menunggu buah yang tak jatuh.**

Thursday, May 7, 2009

non-conformist.

Ya..., aku tahu. Dah lama sangat aku tak update. Aku pun tak tahu apa nak update kat sini. Semuanya macam biasa saja, melainkan dalam 3-4 hari kebelakangan ni aku di hinggapi selesema dan batuk. Oppss.., jangan ingat yang bukan bukan. Aku tak pernah lagi sampai ke Mexico, jadi jangan ada ingat yang lain oke? Selisih malaikat 44.

Kerja, macam biasa. Tak ada yang luar biasanya. Cuma masa aku memang banyak habis kat forum. Hampir setiap hari ada saja entry terbaru yang aku post, tapi kat sini aku buat nampak tak nampak saja, kan?

Aku cadang nak buat tempat mengumpat la kat sini. Nak mengumpat pasal orang kat forum. Huhu.., sure ada yang sampai menyampai nanti. But knowing myself, tak ada maknanya aku nak mengumpat pasal orang ni. Aku buat tak endah aje, walaupun kadang kadang terlintas jugak rasa macam "what the hell?".

Daripada aku menyibuk pasal orang, baik aku bercerita tentang diri aku sendiri.

Sekejap tadi aku terfikir, adakah aku ni seorang conformist or non conformist? Aku pilih non conformist. Sebab apa aku terfikir tentang perkara ni? Sebab aku rasakan aku ni suka menongkah arus. Aku suka tak bersetuju dengan banyak perkara.

Ah.., nantilah aku explain lagi. Tak ada mood nak menaip panjang panjang.

Thursday, April 23, 2009

berikan aku masa.

Betul lah cakap Lazu tu, akak dah tak ada masa nak mengular sekarang ni. Masa sentiasa terisi dengan kerja. Nak mengular pun dapat dalam seminit dua aje. Nak online forum pun tak boleh, haih.., tension betul. Tapi tak apalah, daripada banyak masa terbuang melayari internet aje, ada baiknya jugak dapat kerja yang asyik sibuk memanjang aje ni.

Line pun tak clear nak mengular sebab sentiasa ada orang di sekeliling.

+ + + + + +

Tak ada idea nak update blog.

Tapi blog kat forum ada pulak idea nak update. Memang aku ni pilih kasih betul lah!

Owh, bercakap tentang blog kat forum, lately aku pun tak menyangka yang blog tu makin mendapat perhatian. Aku dah rasa kurang selesa pulak disebabkan mendapat komen dari otai otai kat sana. I prefer my blog to be unknown, boleh aku bercerita tentang apa saja tanpa gangguan dan tekanan untuk menjadikan blog aku tu menarik untuk dibaca. Ini tidak, sekarang ni aku terpaksa memerah otak pulak, untuk menghasilkan entry yang menarik, supaya orang tak bosan. Tapi what the hell, kan? Lantak lah entry best ke tak best.., bukan aku yang minta blog aku menjadi tumpuan pun.

+ + + + + +

Hubungan dengan abang sentiasa aje turun naik turun naik. Aku dah naik muak nak mengeluh sana sini. Apa yang perlu aku lakukan untuk menghentikan semua keluh kesah aku ni?

Aku terfikir nak bercuti di tepi pantai. Untuk bersendiri, berfikir tentang jalan penyelesaian. Dah berserabut kepala otak aku ni. Semua yang aku buat serba salah belaka. Entah apa yang tak salah, aku pun tak tahu.

Aku bosan lah dengan hubungan ni. Tapi.., aku tak jumpa jalan keluarnya.., lalu bagaimana?

Note: sesiapa pun dialu alukan untuk meninggalkan hello atau apa apa pun greeting kat chat box tu, tapi saya harap janganlah tinggalkan link yang entah apa apa. Saya tak sukalah blog saya ni tercemar. Sekian. Harap Maklum.

Friday, April 17, 2009

Family Tree

Ahhh.., akhirnya dapat juga aku online dari office. Itupun terpaksa sembunyi sembunyi sebab tempat duduk aku ni terbuka dan menjadi tumpuan ramai. Kalau sebelah siang jangan haraplah dapat online.., tapi kalau sebelah malam, mungkin bolehlah kalau aku curi curi online.

Ishhh.., aku tak sukalah guna perkataan curi curi.., bunyi macam orang jahat aje. **ketawa**

Buat masa sekarang semuanya berjalan seperti biasa. Kerja semakin serasi, dengan staff lain pun makin serasi, cuma biasalah kan kalau ada yang kedekut ilmu tu. Kalau masuk mana mana tempat kerja baru pun, akan ada seorang makhluk yang jenis macam ni. Kedekut sangat ilmu dia, konon macam dia dah kerja lama kat situ, jadi dia macam nak tunjuk lagaklah. Aku tak berapa nak kisah sebab bukan aku tak ada pengalaman buat kerja langsung. Jadi aku terpaksa menahan sabar ajelah bila berdepan dengan dia yang kedekut ilmu ni.

+ + + + + + +

Aku nak kongsi sikit kisah tentang perancangan masa depan aku dengan abang. Mungkin kedengaran agak cheesy sikit, tapi aku rasa tak salahkan kalau berkongsi, sebab topik ni rasanya setiap pasangan mesti akan discuss baik sebelum atau pun selepas berkahwin, iaitu merancang keluarga dan berapa orang anak yang masing masing mahukan.

Mungkin sebab kami ni dalam perancangan yang agak serius juga untuk mendirikan rumahtangga secepat mungkin, jadi topik anak ni pun termasuk jugaklah dalam agenda masa depan kami berdua.

Abang mahukan 10 orang anak!

**pengsan!**

bangun balik, tarik nafas lepas tu pengsan balik. 10 kali!

Dia ingat aku ni mesin beranak ke? Ataupun dia ingat umur aku ni baru 18 tahun ke? Dia ingat aku tak ada kerja lain ke selain dari beranak saja?

What a typical Malay man, he is!

Tahukan lelaki melayu tipikal macamana? Malas nak explainlah.., risau nanti dia masuk, baca semua ni, habis aku kena ceramah nanti.

Bagi aku pulak, yang memikirkan tentang umur semakin banyak, dan peluang untuk beranak ramai tu mungkin agak tipis, kalau dapat merasa pengalaman bersalin sebanyak 2 kali pun dah lebih dari cukup. Maknanya, aku cuma mahukan 2 orang anak saja. Paling ramai pun 3. Lepas tu cukup! Aku tak mahu dah.

Ini kan pulak nak beranak 10? Pergh.., menjelang umur 60 pun aku masih kena usung perut kesana sini? Owh tidak! Tolonglah.., aku dah tak larat lah.

Mungkin pemikiran aku tak sama dengan pemikiran abang. Aku memang dari dulu lagi tak berhasrat nak beranak ramai. Keluarga yang paling ideal bagi aku adalah seramai 5 orang. Itupun aku lihat banyak keluarga yang cuma bertiga saja. Kalau bertiga, aku pun rasa agak sunyi juga, berempat tu just nice. Kalau berlima, memang meriah rumah, tapi kalau 10? Pening kepala aku.



aku mahu family yang macam ni.

dan bukan yang INI!





Monday, April 13, 2009

Piano Sonata in E Minor

Aku tak tahu pun bahawasanya pengalaman berdepan dengan situasi yang menghampiri kepada putusnya sesebuah perhubungan tu sangat menyakitkan dan mengerikan. Oke.., mungkin aku menggambarkan situasi tu agak keterlaluan, tapi kalau boleh aku tak mahu laluinya sekali lagi.

Ada banyak punca putusnya sesebuah perhubungan tu, kan? Ada punca yang agak serius, seperti kecurangan ke, berubah hati ke, ataupun mungkin perasaan tu pupus secara tiba tiba. Pelik ke kalau tiba tiba rasa cinta kita terhadap seseorang itu pupus tanpa sebab? Tak pelik, sebab aku rasa ada banyak sebab kenapa tiba tiba ianya terhakis dan makin berkurangan.

Dalam hubungan kami, puncanya ialah kerana minat aku melayari internet.

Jangan gelak! ini serius.

Hanya kerana aku register semula akaun facebook menggunakan nama lain, maka ianya menjadi satu kesalahan yang sangat besar.

Oke.., aku faham. Tak semua orang boleh menerima kenyataan yang pasangan dia meminati atau menggemari aktiviti tanpa melibatkan dia. Aku membuka semula akaun Facebook disebabkan permintaan kawan kawan forum. Yang meminta pun bukannya lelaki, tapi kenalan perempuan. Salah ke?

Mungkin abang risau kalau aku terjebak lagi. Tapi aku dah belajar dari pengalaman. Aku bukan anak anak remaja lagi yang tak tahu berfikir impak setiap tindakan melulu aku. Peristiwa hitam tahun lepas, boleh aku rumuskan terjadi disebabkan oleh personaliti yang bercelaru.

Aku tak tahu nak jelaskan bagaimana, cukup aku katakan ianya sangat memualkan. Bahkan bila aku fikir semula sekarang ni, aku tak percaya aku boleh melakukan semua tu. Aku memang nak buang jauh jauh ingatan terhadap peristiwa hitam tu.

Puncanya dari facebook. Paling tepat, applikasi flirtable. Sudah! cukup. sampai sini saja cerita aku.

Aku pun pernah baca yang FB tak berapa elok sebenarnya. Ini disebabkan terlalu banyak informasi yang kita berikan pada mereka. Alamat sekolah, alamat organisasi dimana kita bekerja, bertambah pulak dengan applikasi yang mengarut ngarut tu.

Akaun yang terbaru ni, aku dapat rasakan akan dicantas lagi. Mungkin hayatnya tak akan panjang. Hanya menunggu masa untuk ditukar password dan kemudian dibuang terus. Bukan oleh aku tapi oleh abang. Tak apalah, aku redha. Tak ada facebook bukan bererti dunia dah berakhir.

Tapi kalau putus hubungan, rasanya dunia aku yang kecil dan sempit ini, memang berakhirlah maknanya. **pathetic, bukan?**

+ + + + + + + + +

Kerja ditempat baru makin sibuk. Paling aneh, tiba tiba aku terminat dengan muzik klasikal. Terhegeh hegeh aku nak mengenali Mozart, Bach, Hydn, Chopin dan yang seangkatan dengannya.

Mendengar alunan instrumental orchestra sangat mendamaikan jiwa. Alunan piano, violin, cello, viola, organ dan semua instrument penting dalam sesebuah orchestra rupanya mampu membuat seseorang tu melayang layang, seolah dibawa mengembara ke satu alam yang sangat asing, tapi mendamaikan.

Haih.., usah layan aku ni.., ini hanya temporary.

Wednesday, April 8, 2009

menjaga hati..

Kadang kadang aku tak faham dengan corak hubungan kami. Sentiasa ada graf turun naik dan sentiasa bergelora. Tak tahu bila masanya hubungan tu akan berlangsung dengan harmoni dan aman damai.

Aku tahu aku tak sempurna. Aku tahu aku pernah melakukan kesalahan. Mungkin aku tak layak mendapat peluang kedua. Aku pun sebenarnya, dah penat untuk sentiasa menjaga hati masing masing. Penat sentiasa berusaha untuk memuaskan hati dia dan berusaha untuk menjadi yang terbaik.

Aku sebenarnya seorang perempuan yang berjiwa bebas. Free spirited. Tapi tak bermakna aku akan melanggar setiap batasan agama dan moral masyarakat setempat. Berjiwa bebas maksudnya aku suka melakukan perkara yang aku minat, suka mencari ketenangan dengan cara dan gaya aku sendiri, punya pemikiran dan pendapat sendiri.

Tapi dengan dia, aku tak boleh melakukan semua tu. Aku terkongkong. Aku tak dibenarkan untuk menjalani kehidupan ini, mengikut cara yang aku suka. Hanya kerana aku pernah melakukan kesalahan, dan sekarang aku harus bayar harga kesalahan itu. Aku hidup untuk siapa, aku pun tak tahu. Mungkin kalau mengikut pemikiran dia, aku harus hidup mengikut aturan yang dia dah susun untuk aku setiap hari.

Pergi kerja, balik kerja, dan tiada kenalan, tiada internet, tiada blog, tiada Facebook ataupun Myspace. Baik.., aku turutkan semuanya. Aku hidup mengikut acuan dia. Dan jiwa aku memberontak. Hasilnya.., muncul blog ini. Muncul semula forum. Kenapa? Bukan sebab aku nak berlaku curang semula, tapi sebab hanya itu saja hubungan aku dengan dunia luar.

Teman? Sahabat? Dah lama aku tinggalkan disebabkan mereka tak bersetuju dengan pilihan aku ini. Jadi, tinggallah aku bersendirian dengan dia, dan terpaksa tahan segalanya.

Okay, dia memang baik, dia menjaga aku sebaik mungkin. Dia sentiasa ada setiap kali aku dilanda musibah. He's a good guy. Cuma aku saja yang dah bukan aku yang dulu lagi. Aku letih dengan sandiwara ini.

Mungkin jodoh kami memang tiada. Yang ada sekarang ni pun, aku tak tahu nak panggil apa. Terhutang budi?

Faham bagaimana rasanya bila jiwa tu rasa kosong? mati? kaku? tiada rasa?

Bila tengok wayang pun satu kesalahan, aku dah tahu apa lagi yang boleh aku lakukan untuk mengisi masa lapang sendiri.

Entah. Aku dah tahu mana yang benar dan mana yang salah.

Hubungan ini memang meletihkan aku.

Tuesday, April 7, 2009

please dont stop the music.

Baru tengahari tadi aku update, dan petang ni aku cuba juga update blog ni. Sekarang aku sedang break, jadi aku singgah sekejap kat cc yang berdepan dengan tempat aku kerja ni.

Waktu rehat aku tak panjang, cuma setengah jam saja. Biasalah sebab aku bukan kerja di pejabat biasa, aku bekerja dengan sekolah muzik. Mereka mengikut waktu persekolahan, dan aku pula di pertanggungjawabkan untuk menjaga sessi petang. Tak ada masalah, dan aku pun boleh bangun lambat setiap hari. Untuk sampai ke sini pun hanya mengambil masa setengah jam, berbanding dengan tempat kerja lama yang mana aku harus bangun seawal pukul 5.30 pagi, dan terpaksa bertukar bas sebanyak 3 kali.

Bersyukur sangat, walaupun masa aku dah lari dari kebanyakan orang. Dan aku merasakan yang kerja ini memang untuk aku, sebab walaupun ramai yang memohon, dan waktu aku menghubungi mereka, aku berada dalam keadaan yang sangat kelam kabut memikirkan tentang masa depan. Aku tak bersedia, dan resume aku pun adalah resume 5 tahun lepas. Bayangkan betapa menggelabahnya aku.

Tapi kalau dah memang tertulis ianya rezeki aku, walau tak bersedia macamana pun, memang tetap akan dapat kat aku juga.

Dan lagipun, aku dah ada pengalaman bekerja dengan sekolah muzik, jadi sedikit sebanyak mereka tak perlu sangat menunjuk ajar aku. Sistem mereka sama, guru pun ada diantara mereka yang aku kenal, dan mereka juga mengingati aku. It's such a warm feeling when people still remember you.

Oke.., need to go now. Time's up.

Latest update

Sejak memulakan kerja baru ni, aku tak ada masa nak update blog. Walaupun kat ofis ada internet, tapi disebabkan aku pun baru saja 2-3 hari mula bekerja, takkan aku nak salah gunakan pulak harta pejabat, ya tak?

Lagipun tak ada cerita menarik, hanya kisah memulakan semula segalanya.

Kalau ada masa, ada cerita best, InsyaAllah, aku akan update blog.

Buat sementara ni, minta maaf banyak banyak kalau blog ini bersawang.

Bila aku tengok balik, 2-3 entry sebelum ni, bunyinya macam terlalu berat. Oke.., selepas ni aku tak akan buat entry yang mana isinya macam berat orang nak terima. Aku faham.., tak ada orang nak ambil tahu masalah jiwa orang lain.

Tapi, mujur ada seorang pembaca blog aku ni yang agak prihatin. Thanks Sha..

Memang dari awal Sha galakkan akak berterus terang, kan? Tapi itulah.., disebabkan takut dengan pandangan orang, membuatkan aku terikat pulak. padahal ini blog aku.., suka hati akulah kan?

Oke.., oke.., cukup.

Masa dah tamat. Need to go to work now. Chiao!

Friday, April 3, 2009

Aku sakit?

anynomous: u r very sick. u hv 2 talk 2 some1

Anon, adakah ini nasihat ataupun sindiran? Kalau nasihat, thanks a lot. InsyaAllah saya akan usahakan sesuatu agar diri saya kembali "sihat".

Kalau ianya sindiran pula, well.., thanks jugaklah. Sebab saya tahu, manusia yang agak tak normal ni biasanya akan mengundang rasa tak senang di kalangan masyarakat. Saya pun tak tahu kenapa mesti masyarakat memandang serong seorang manusia yang mengalami masalah seperti saya ni.

Tak semua manusia tu NORMAL. Mungkin ada sebab dan punca kenapa dia menjadi seperti itu. Trauma, pengalaman silam, penderitaan, tekanan, apa saja.

Mungkin betul pendapat anon tu, saya perlu luahkan segala perasaan yang terbuku dalam hati ni. Segala perasaan tak puas hati, segala rasa takut, bimbang dan risau tu perlu saya luahkan dan lepaskan semuanya.

Oke.., lepas ni benda benda serius macam ni, aku tak mahu share lagi dah.

Tuesday, March 31, 2009

dua minggu yang serabut.

Sepanjang dua minggu lepas, keadaan hidup aku agak tak terurus disebabkan oleh sesuatu yang terjadi. Aku kehilangan kerja secara mengejut disebabkan oleh sesuatu yang aku lakukan, sesuatu yang boleh dielakkan tapi diri sendiri yang tak pernah mahu berubah.

Tapi, syukur Alhamdulillah, pintu rezeki tu sentiasa terbuka kepada sesiapa yang berusaha. Walaupun aku agak tertekan dan kusut fikiran memikirkan perkara yang terjadi, mujur semangat aku masih bersisa untuk terus bersabar dan berusaha mencari pekerjaan lain yang bersesuaian dengan kelulusan aku yang tak seberapa ni. Aku tak memilih pekerjaan, asalkan setiap hujung bulan aku ada income dan dapat meneruskan kehidupan.

Disebabkan oleh hal ni, hubungan aku dengan abang jadi berantakan sedikit, dan biasalah, bila sesebuah hubungan tu dilanda badai, dah tentu masing masing akan memendam rasa tak puas hati antara satu sama lain. Aku tak puas hati dengan abang, abangpun tak puas hati dengan aku. Aku sebenarnya memang dah berputus asa dengan apa yang berlaku. Aku salahkan abang, walaupun abang kata ianya berpunca dari sikap aku yang tak pernah berubah!

Memang tegang jugaklah urat saraf kepala dan tubuh badan aku, sampaikan aku rasa sakit sakit kesemuanya. Aku memang ada masalah tekanan yang agak melampau juga, sebab tu aku tahu simptom2 tekanan perasaan ni.

Tapi hari ni, Alhamdulillah, berkat usaha dan niat yang baik, aku berjaya dapat kerja baru. Baru semalam aku pergi interview, itupun aku curi masa bekerja aku, hari ni dah dapat reply dari mereka untuk mula bekerja pada hari Jumaat ni. Sekurang kurangnya, bebanan perasaan yang aku tanggung berkurangan sikit.

Selepas ni, cabaran besar yang harus aku hadapi ialah untuk memastikan yang aku akan ubah sikap aku ni. Sikap degil dan keras kepala, dan hanya tahu menyusahkan orang lain saja. Terutama sekali orang orang yang terhampir dengan aku.

Friday, March 27, 2009

Myself

-pic deleted-


Do you think you will recognize me kalau kita terserempak kat luar? Rasanya tak mungkin kenal kot?

Aku bertanya ni sebab aku kecut perut, takut abang marah. Tapi tak ketara sangat kan?

In case uols wondering, kenapalah anne ni kecut perut sangat dengan bf dia, well.., tak tahulah.

Nak cerita susah, tak cerita pun susah. Aku tersepit. Tak apalah. bukan sekarang masanya untuk aku membuka cerita.

esok esok oke?

p/s: thanks to photobucket. memang bagus la photobucket ni, macam2 boleh buat dengan gambar.

Thursday, March 26, 2009

mental disorder

Aku sedang dalam keadaan yang agak sukar. Tapi, aku yakin aku akan berjaya melaluinya. Harapnya selepas ni, segalanya akan baik baik saja.

Aku rasa aku mengalami masalah mental disorder yang very mild. Belum sampai ke tahap serius tapi kalau di biarkan mungkin akan menjadi serius. I think i have 2 different personalities. Satu baik dan satu lagi jahat. Dont ask me jahat yang macamana, sebab jahat tu hanya pada pemikiran, dan kadang kadang dengan tindakan juga. Yang selalu menjadi mangsa kecelaruan personaliti aku ni adalah abang. Poor him.

Adakah aku perlu berjumpa dengan pakar jiwa? Kadang kadang aku tak tahan dengan perubahan personaliti secara mendadak ni. Sekejap sejuk, sekejap panas, sekejap baik, sekejap jahat.

One thing for sure, bila aku tenang, aku tak akan ada masalah ni, tapi kalau aku rasa tertekan, aku akan mula menjadi seseorang yang aku sendiri tak kenal siapa dia. Abang kata aku baran, tapi kalau baran takkan sampai melakukan perkara yang sama berulang kali, padahal sebelum ni dah berjanji tak akan buat lagi? Masalah mental la tu.

Situasi sukar yang aku alami sekarang ni? Old habit yang sukar dikikis. Dan bila old habit ini berulang, aku kesiankan abang. Dia yang selama ini berusaha untuk memastikan yang aku dalam keadaan serba oke, turut terlibat sama dan aku rasakan ianya tak adil untuk dia.

Aku rasa aku perlukan bantuan. Untuk pulihkan diri aku dari masalah split personaliti ni. Aku tak mahu perkara ni berterusan, tapi aku tak tahu bagaimana untuk menghentikannya. Abang kata aku kena kuat dan sentiasa berlaku jujur dengan semua orang, tapi itulah yang paling sukar untuk aku lakukan.

Tarik nafas panjang panjang, lepaskan. Everything will be fine. Dont worry.

Thursday, March 19, 2009

aku jatuh cinta..., meleleh air liur tengok mamat ni...

Serius. Aku jarang dapat tengok Heroes, yang aku kenal just Peter Petrelli, Nathan Petrelli, the cheerleader and a few others, tapi aku tak perasan Isaac Mendez. Goodness.., he's so damn HOT!

Kalau nak tahu, memang taste aku macam nilah. Serabai, rambut panjang, creative. Aku dah jatuh cinta dengan si Santiago Cabrera @ Isaac Mendez ni.

**kira aku terlambat naik keretapi 3 musim. Musim yang pertama pun baru nak tengok sekarang ni, blame it to my sis-in-law yang banned cerita ni kat rumah dia**

Ini semua gara gara aku tengok 1st season siri Heroes yang entah siapa download kat internet entah. Aku just tengok free ajelah. Rupanya memang berbaloi aku tengok, sebab aku kenal mamat HOT ini.. arghh.., meleleh dah ni. **gelak**

Ada more than 10 episodes lagi yang harus aku habiskan. Kemudian aku akan continue dengan season 2.

my workstation, bersepah!



At last, masih berguna juga hp murah aku ni. Selepas puas aku godek sana, godek sini, akhirnya aku dah jumpa jawapan kepada masalah kenapa aku tak boleh send mms ke email. Masalahnya, hp motorola aku tu masih disetkan dengan Celcom MMS, padahal aku dah tukar ke Hotlink. Patutlah tak boleh download gambar bila abang nak share MMS. Haih.., nasib baik aku tak campak hp murah tapi aku tetap sayang tu.

So, lepas ni, boleh la aku letak gambar entah apa apa. Tapi gambar sendiri, tak adalah, minta maaf awal awal, sebab dah kena warning dengan abang.

Yang kat atas tu, gambar meja aku yang bersepah, siap gelang tangan pun aku tanggalkan bila buat kerja. Meja aku ni sempit, kadang kadang terpaksa letak dokumen kat meja lain, menyusahkan aku saja. Bilalah boss aku ni nak tukar ke meja yang besar sikit ni?

Dulu, masa mula mula beli hp Motorola ni, gambar dia clear dan agak sharp jugalah, tapi sekarang, selepas 2 tahun, dah kabur sikit. Tak tahu camana nak bagi dia clear balik. Agaknya nak kena beli hp baru kot? Bilalah aku dapat beli Nokia Xpress Music 5800 ni?

+ + + + + +

Aku dah sakan mengambil gambar. **gelak**



I'm having late lunch. Rojak aje. Kesian aku kan? Rojak dengan teh o ais limau. Dah tak tahan lapar sangat aku turun beli kat restoran mamak bawah ofis aku ni. Haih.., hari hari mamak, naik muak dah.

Wednesday, March 18, 2009

entry yang mana tajuk dengan isi tak ada kaitan langsung!

tiba tiba aku rasa blog aku ni sangat semak!
Aku buang kolum "Tentang aku II" tu sebab aku rasa macam dah tak relevan lagi.

Layout dan pengisian blog ni kadang kadang mengikut mood jugak. Kalau tiba tiba satu hari tu, masuk aje blog, dan kemudian rasa macam "eh apasal blog aku ni nampak macam padat sangat ni?", terus datang keinginan nak buang mana mana bahagian yang tak best dan tak berkenan dihati.

Aku dah boring dengan kolum tentang aku II tu, sebab tiba tiba hari ni aku rasa macam desperate sangatlah pulak aku tulis macam tu. Lagipun pagi tadi ada sedikit masalah dengan blog aku ni, entah apasal entah tiba2 semuanya tunggang terbalik, terus aku kata "ah! Aku delete sajalah"

Masuk April nanti, aku nak cari layout lain pulak. Semalam aku dah jumpa layout Watchmen, tapi rasa macam tak cantik aje ikon smiley tu. Cari lain ajelah.

Tentang anak buah dan cerita Watchmen.

Hujan pagi hari ni. Rasa macam liat nak bangun pergi kerja, sebab masa dah terjaga pukul 5.30 pagi tu, elok pulak hujan turun lebat selebatnya. Terus tarik balik selimut, berselubung sampailah pukul 6.30 pagi. Itu pun masih liat nak bangun. Penangan hujan punya pasal.

Tapi, macamana liat pun, kena bangun dan pergi kerja juga! Takkan nak ponteng kerja hanya kerana hujan lebat?

Malam tadi bertekak dengan Tikah pasal Bunkface. Bukan bertekak la, just saling menyakitkan hati antara satu sama lain. Aku kutuk Bunkface tu macam budak budak kalau bergambar, suka buat mimik muka entah apa apa, aku tak suka, sebab nampak macam tak serius, hanya main main. Tikah bangkang, dia kata memang dah nama Bunkface, pasal tu dorang buat muka "bunkface" macam tu. Aku rasa itu jawapan yang bodoh!

If let say nama band dia "stupid", so dia kena buat lah stupid, ya? Apsal nama Wings, dorang tak pasang sayap pun? Oke, my point is, kalau kau nak main band, jadilah matang sikit. Kalau kau just target remaja saja, macam Tikah tu, kau rugi. Kau taknak ke veteran macam aku ni minat kat band kau? Kalau lagu best, tapi aksi masih macam school boys, aku tak ada hatilah nak minat!

Oke, aku faham kau nak tiru style band Amerika yang gila gila tu, so sorrylah ya, aku minat British band.

Sebenarnya Bunkface tak salah dalam hal ni, aku just bengang dengan anak buah aku yang pandai menjawab tu! Dia fikir dia tahu semua. Aku geram sangat dengan telatah dia tu. Baru 16 tahun konon macam dah dialah miss-know-it-all!

+ + + + + + + + +

Abang dah selamat sampai Taiping semula. Dan aku kembali kepada rutin dulu, pergi kerja dan balik kerja saja. Hujung bulan abang datang lagi. Yeay!

Sempat jugaklah abang bawa aku tengok wayang. Kami pergi menonton filem Watchmen di KLCC. Perghhhh!! memang berbaloilah tengok cerita tu. Aku memang dari tahun lepas lagi ternanti nanti nak tengok filem ni, sejak aku baca mengenainya dalam akhbar The Star.

Tak sia sia aku excited gila nak sangat tengok, sebab memang best, walaupun banyak ulasan yang mengatakan jalan ceritanya agak slow, dan ada yang tak faham, tapi pada aku, semuanya perfect! Lagu latar best, camera work memang cantik dan kreatif, special effect memang superb! Badan manusia berkecai nampak macam real. Pendek kata, aku memang akan menjadi pengikut setia pengarah Zack Snyder lepas ni.

Ini semua gara gara 300!

Cuma abang yang macam tak berminat dengan cerita sebegini. Ada ke dia nak tengok Dragonball Evolution? Aku tengok poster pun dah tahu cerita tu tak best. Lagipun aku agak kurang berminat dengan cerita komik Jepun ni. Abang lainlah, dia memang baca dan tengok siri animasi Dragonball tu.

Itupun kami hampir hampir tak dapat tengok Watchmen, disebabkan abang yang slow sangat, macam sengaja nak lengah lengahkan masa, yalah kan, bukan cerita yang dia minat, cuba kalau dia minat, sure laju aje dia jalan. Ini tak, nak singgah Guardian beli gel rambutlah, nak pergi toilet buang air besarlah, eeeeiiii.., bencinya!!!!!

Nasib baik lepas aku buat muka monyok ala ala muncung boleh ikat jadi reben, baru abang bergerak pantas. Tayangan pukul 5.30 tu memang full house, hanya tinggal seat yang dekat dengan screen saja. Aku tak peduli, lantaklah kena dongak kepala ke, sound system dekat sangat dengan telinga ke, aku layan aje. Yang penting aku nak tengok cerita ni, by hook or by crook!

Elok aje abang beli tiket, muka aku terus berseri seri balik. Abang punya bengang dengan aku. Hehehe.., kalau nak dapatkan apa yang aku ingini, kenalah buat muka dulu, ya tak?

Kesian abang, 2-3 kali jugaklah abang keluar pergi tandas, mungkin permulaan cerita agak slow kot? Tak apa bang, lepas ni kita tengok cerita yang abang suka pulak, ya?

Tuesday, March 17, 2009

exhausted.

After a few days leaving my beloved blog behind, now i'm back.

Agak kelam kabut sedikit dengan kerja. Kepala pun dah berserabut, tak tahu mana satu nak settle dulu. Kebiasaannya macam nilah. Lepas dating aje, pick up jadi slow. Fikiran macam masih dibayangi oleh .., err.. i dont know. Aku just rasa slow.., itu saja.

Mungkin aku penat agaknya. Penat sebab banyak sangat aktiviti berjalan. Pergi sana, pergi sini, padahal bukannya keluar dari KL pun, setakat pergi Taiping, kemudian pulang semula ke KL. Mungkin perjalanan jauh tu yang membuatkan aku agak keletihan.

Maybe later la aku update. Ada kerja harus diselesaikan dulu.

Thursday, March 12, 2009

Sayang Di sayang - Allahyarham Rafeah Buang



Jom layan lagu melayu lama.., sekali sekala apa salahnya kan?

Best betullah lagu ni.., it's really soothe my feeling.

Mula mula tadi terjumpa versi Kartina Dahari, best juga tapi tak se best dendangan arwah Rafeah ni. Suara mereka berdua ada perbezaan yang ketara, dan versi Kak Peah ni lebih menangkap jiwa aku. Suara wanita melayu sejati yang aduhai.., merdunya..

Aku benar benar kena berterima kasih pada Aishah AF7 tu.., dia yang membuatkan aku jatuh cinta dengan lagu yang dulu aku buat buat tak dengar aje kalau berkumandang kat radio, maklum.., sinis dengan lagu melayu asli.

Kalau di suruh mendengar Klasik.fm pun aku just shrugged them off. Sekarang, nah! Jatuh cinta habis!!

Hubungan cinta kasihku dengan bandar Taiping..

Photobucket

First time aku jejakkan kaki kat Taiping, aku terus jatuh cinta pada keindahan dan kedamaiannya. It was love at first sight. Sama seperti my love for abang. **malu**

Semuanya bermula pada tahun 2004 bila abang mengajak aku datang ke Taiping. Aku bersendirian menaiki bas express Konsortium apa benda entah nama dia. Sepanjang perjalanan tu, aku memang tak lelapkan mata, bukan sebab tak mengantuk, tapi terpesona dengan pemandangan gunung ganang sepanjang highway. Aku memang suka dengan alam semulajadi, dengan lautan, dengan gunung ganang, dan juga hutan.

Sebab tu aku suka dengan bandar Taiping. Ada gunung, ada hutan, ada kabus. Lengkap semuanya.

Photobucket

Aku pernah beritahu abang yang aku teringin nak tinggal di Taiping. Suasananya damai, rasa macam tenang saja hati dan perasaan bila memandang bukit bukau yang menyegarkan mata dan minda. Lagi pun bandarnya tak sesibuk KL. Aku dah jemu dengan kepantasan KL yang tak kenal erti penat ni. Aku mahukan sebuah kehidupan yang bukan slow, tapi terkawal dan tak terkejar kejar sangat.

Bila masa aku mahu rehat, aku boleh berhenti dan duduk mengadap tasik, ataupun gunung ganang, dah hirup udara segar. Abang selalu beritahu aku, kalau dia datang KL, kepala rasa macam berserabut aje. Tapi balik Taiping, ahhh.., rasa lega dan lapang dada. Itu yang aku jeles sangat tu!

Tinggal di bandar kecil pun, boleh jimat duit!

Wednesday, March 11, 2009

sayang di sayang..

Angin menderu, dahan jatuh menimpa batu..., berguguran..

Tiba tiba saja aku jatuh cinta dengan lagu lama ni. Itu pun gara gara Aishah, pelajar AF7 dari Sarawak, yang kaki melatah tu, yang membuatkan aku terus tergoda mendengarnya. Suara Aishah sangat mendayu waktu menyanyikan lagu ni, ataupun mungkin aku yang saja je terusik oleh mood melankolik.

Terima kasih banyak banyak buat Sha dan HB, sebab memberikan kata kata semangat. Aku ni memang beginilah. Bila emosi kacau bilau, itu yang menulis ikut sedap perasaan saja. Tapi tak salah, kan? Kalau itu caranya untuk aku melegakan perasaan yang memberat, jadi lakukan saja.

Lagipun minggu lepas, hati aku terguris mendengar kata kata yang diucapkan oleh adik sendiri. Tak apalah, malas aku nak ingat dah.

Autumn Falling Leaf Pictures, Images and Photos

Jadi minggu ni, semangat aku dah kembali oke. Dan aku rasa happy dengan diri sendiri dan juga life aku. Hujung minggu ni abang nak datang KL. Yeay!

Sedikit sebanyak dengan kedatangan abang hujung minggu ni, membuatkan aku tak sabar nak tunggu Jumaat. Aku akan ke Taiping. Seronokkkkkkkkknnnnyyyyaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Friday, March 6, 2009

Wet dreams...

Aku memang suka mengintai @ skodeng blog orang. Tak tahu kenapa aku suka buat kerja yang tak mendatangkan faedah tu. Lepas dah baca, aku akan termenung. Cuba membandingkan blog aku dengan blog orang yang aku baru je baca sekejap tadi.

Why am I comparing my blog with theirs? I dont know.., mungkin memang saja suka suka compare. Kadang ada rasa jealous. Kadang ada rasa "sigh.., bestnya hidup dia, macam happy je".

Aku sendiri tak tahu kenapa aku mesti take serious blog orang. Padahal bukan semuanya boleh dipercayai dan bukan kesemuanya menggambarkan dengan tepat kehidupan seseorang tu kan? Aku tak tahu, aku just rasa macam.., blog aku tak best, tak ada cerita yang kelakar, tak ada cerita tentang keluar makan dengan kawan, tak ada cerita pergi tengok konsert, tak ada cerita bershopping di Pavillion. Haih.., i'm a loser!!

Paling sedih, blog aku tak ada gambar. Gambar yang aku letak sebelum ni pun, banyak yang aku ambil dari photobucket dan juga album flickr lama aku. Gambar baru, tak ada.

Tips dari blogger terkenal ada kata, jangan suka tulis cerita yang sedih sedih, orang tak suka. But then, if let say my mood on that day memang sedih, then what shoud i do? Aku tak boleh nak menipu dengan menulis tentang kisah ceria, sedang dalam hati rasa macam nak bunuh orang! **itu ganas sangat, bukanlah nak bunuh orang pun, cuma rasa macam.., life is just so unfair**

Tips lain, banyakkan gambar dan kisah yang sensasi. Meaning, aku kena buka cerita dalam kain lah ni? Oke.., malam semalam kan, aku mimpi basah, aku mimpi main dengan.. yeah right!! bagus sangat lah kau buka cerita yang tak senonoh dalam blog kau ni. **aku kena letak warna, baru orang nampak**

I'm a simple person sebenarnya. Aku tak cerewet dan tak meminta minta. Aku tak ada benda lain yang aku idamkan selain daripada Nokia XpressMusic tu saja. Aku tak akan reka cerita, esok aku nak shopping kat Mid Valley dan borong sakan baju kat butik Miss Selfridge ataupun Zara. Aku shopping kat Jusco aje. Aku tak berwang.

Hishhhh.., ni apa pathetic sangat entry aku ni? Aku tak tahu. Emosi aku kacau bilau. Aku rasa macam tak ada siapa yang appreciate aku. Not my family, not my friend. Owh wait.., mungkin ini akan lift up my mood. Abang menghargai aku. Ya.., betul.., abang sangat sangat appreciate aku.

At least ada juga someone yang really appreciate me. Di saat aku rasa macam tak ada siapa pun yang peduli akan my existance.., he shower me with his unconditional love. Thanks abang.

Nak menangis tapi tiada airmata...

Semalam abang yang berada di Sabah call. Dia meminta aku uruskan hal hal berkaitan dengan abang sulung yang asyik keluar masuk hospital tu, and a few of other things.

Walaupun aku berat hati, tapi aku berjanji akan cuba selesaikan. Nampaknya aku kena ambil cuti beberapa hari untuk uruskan kesemuanya. Aku kesiankan mak, dan kesiankan abang abang berdua yang tak berupaya kat kampung tu. Life is like that, right? If you are nothing, you're a nobody, keluarga sendiri pun akan pandang kat engkau, bukan sekadar sebelah mata, kalau boleh tak mahu pandang langsung.

Ya, abang abang yang lain dah senang lenang, dah sampai berkemampuan menunaikan haji, bahkan. Adik perempuan yang satu satunya tu pun dah berbahagia dengan keluarga dia sendiri. Tinggallah kami bertiga ni, aku dan dua orang abang lagi di kampung, yang tak punya apa apa, seolah seperti bebanan kepada mereka. Fine, dulu aku memang tunggang langgang, suka menimbulkan masalah, tapi aku sebesar kuman pun tak pernah menyusahkan mereka.

Aku berusaha juga bangkit sendiri. Atas kaki sendiri, walaupun patah macamana sekali, aku tetap cuba bangkit. Aku membawa diri bukan disebabkan aku membenci keluarga sendiri, tapi sebab aku malu, malu dengan keadaan diri, tapi mereka tak faham.

Jiwa orang terbuang, siapa yang faham, kan? Mereka sempurna, serba serbi ada, mahu apa saja dapat, tapi tidak aku. Aku dah terbiasa dalam keadaan berkeinginan, tapi tak dapat. Aku dapat terima hakikat tu.

Ah.., apa saja yang aku emosikan pagi pagi ni? Ambil cuti dan balik saja ke kampung, selesaikan perkara yang mustahak, dan kemudian teruskan hidup seperti biasa.

Biarpun hati bagai dicarik carik, tapi aku bukan jenis yang akan simpan dalam hati. Selagi aku berupaya, aku akan tolong juga. Hah.., adik dan kakak yang tak berguna ini juga, yang menjadi sandaran mereka. **senyum kelat**

Aku berazam, selagi aku berupaya, aku tak akan susahkan mereka, adik beradik aku. Insya-Allah kalau aku bertemu jodoh pun, aku tak akan buat kenduri kendara. Aku akan slow talk dengan family abang, buat saja di masjid. Malu memang malu, keluarga bukan tak ada, tapi kalau dah mereka sendiri tak mahu menguruskan majlis aku, bagaimana?

Aku berkecil hati dengan kata kata adik. Abang yang menyampaikannya pada aku. Kenduri aku tak payahlah dilangsungkan kat rumah mak, sebab bukan rumah aku pun, itu rumah dia. Kecil tak hati kalian kalau mendengar kata kata sedemikian rupa? Ibarat aku ini menumpang rumah dia, dan bukan rumah keluarga sendiri.

Abang sendiri memang dah sedia maklum akan sifat adik yang sombong dan bongkak. Aku pun sedia maklum, cuma aku tak sangka dia akan sampai hati melupakan apa yang pernah aku buat untuk dia sebelum ni. Daripada majlis dia bertunang, sehinggalah ke kenduri kahwin, siapa yang bertungkus lumus kalau bukan kakak dia ni? Kami tak ramai adik beradik perempuan, dengan sepupu perempuan pun tak rapat, jadi memang kami buat sendiri segalanya.

Itu pun mujur aku memang berminat dengan seni solekan dan hiasan pengantin, jadi untuk majlis pertunangan adik, aku yang gubah kesemua hantaran dan hiasan katil, walaupun sederhana saja. Make up adik pun aku yang buat. Kerja adik senang saja, hanya sediakan barang keperluan, segalanya kakak dia ni yang settle kan.

Tapi, adakah dia ingat semua tu? Haih.., tak apalah. Aku akan buat majlis perkahwinan aku kat parking lot masjid sajalah. Tak ada hantaran, tak ada katil pengantin, dan tak ada pelamin, lagipun aku memang tak berhasrat. Biarlah.

Aku memang anak yang terbuang, agaknya.

teardrops Pictures, Images and Photos

Thursday, March 5, 2009

Hujan dan bukan Meet Uncle Hussein **sengih**

owh, baru aku perasan, aku suka membebel.

banyaknya cerita kat blog aku ni. boleh tak lepas ni aku nak make it simple?

no more catatan yang panjang panjang. letihlah.

rain song.. Pictures, Images and Photos

lately pun, asyik hujan je. Haih.


**cubaan untuk taip banyak entry dalam sehari**

Wish List

Dah lama aku tak hapdate blog. Tak ada cerita lagipun. Semuanya macam biasa, pergi kerja balik kerja.., tiada yang menarik.

Mood pun tak ada.

year Pictures, Images and Photos

Yup. Tahun ni everything will be fine. Ada beberapa perkara yang aku inginkan terjadi pada tahun ni. Antaranya, ini:




Owh please.., please.., aku memang mengidamkan Nokia Xpress Music ni. Mana aku nak cari WANG? FULUS? DUIT? MONEY?

Haih.., memang miskin rupanya aku.

Saturday, February 28, 2009

gambar bogel.., oppss.., bukan bogel lah.., tapi gambar lucah kanak kanak..,eh..silap lagi.., ah.., tengok ajelah sendiri.

Photobucket

Oke, aku sedang dalam mood nak tepek gambar hari ni.

Ini adalah gambar anak anak buah masa diorang kecil dulu. Sekarang masing masing dah meniti alam remaja.

Yang si Khairil Anas tu bakal menduduki SPM pada hujung tahun ni, manakala Atikah pula baru tingkatan 4, manakala Anis berada dalam tingkatan 2. Yang gambar no . 1 sebelah bawah tu, Anas bersama dengan neneknya, iaitu mak aku.

Yang Anis tu pula, mereka sekeluarga tinggal di Sabah, dan maknya berketurunan Kazadan. Comel Anis tu bila dah dewasa sekarang ni. Baru je 2 bulan lepas mereka bercuti di Semenanjung.

Owh, yang memangku Anis tu? Hehe.., akulah tu. Yang pegang Tikah tu pun aku juga. Nasib tak nampak muka. Jadi selamat sikit.

Aku ada ramai anak anak buah, dalam 16 orang kesemuanya. Tapi tak semua aku ada simpan gambar. Lagipun, masing masing dah remaja sekarang ni. Yang paling bongsu pun dah berumur 5 tahun. Ini gambar dia.



Nama si mata bulat ini ialah Nur Alia Batrisya.




Beginilah rupa Atikah bila dah besar. Yang perasan vogue kat sebelahnya tu ialah Una, adik bongsu Tikah.

Psst.., itu spek aku yang dorang curi curi pakai, sekarang dah patah pun. Nasib makcik dorang ni bukan jenis garang, kalau tidak.., lama dah dorang kena ganti spek yang patah tu.

Friday, February 27, 2009

meet my parents

Ini mak. Yang duduk tu. Mak sedang mengandung sulung. Kalau nak tahu, paras aku tak ubah seperti paras wajah mak. Cuma mungkin wajah mak lebih klasik, kerana yelah.., wajah gadis zaman 60-an katakan.










Ini pula wajah arwah ayah. Tu, yang pakai kacamata tu. Kacak bukan? Ya.., tulah arwah ayah kesayangan aku. Kurang pasti pulak, gambar ini diambil pada umur ayah yang keberapa.

So, uols combinekan wajah mereka berdua, jadilah wajah aku. Hehehe.., tapi maaflah, aku takkan letak gambar buruk aku kat blog. Malu..

Okelah. nanti aku hapdate lagi kisah mak dan arwah ayah. Nak balik dah.

P/s: jangan jatuh chenta tau dengan ayah saya. Nanti saya bagitau mak.

Wednesday, February 25, 2009

New template..

Yeay.., dapat jugak aku tukar template baru. No more blue this time. Aku nak create colourful mood setiap kali aku masuk ke sini.

Sekejap lagi akan repair mana mana yang patut. Hapdate akan menyusul kemudian.

Sunday, February 22, 2009

Mencari Suhana

Siapa Suhana? Entah. Aku pun tak kenal siapa Suhana. Tiba tiba aje dia muncul dalam perbualan kami awal pagi tadi.

Aku sangkakan aku dah tahu semua kisah hidup abang dan siapa perempuan perempuan dalam hidup dia sebelum aku. Aku sangka saja. Rupanya tak. Aku tak tahu kenapa nama Suhana di sorokkan daripada pengetahuan aku.

Memanglah aku faham, mungkin ada sesetengah daripada kenangan silam, kita tak mahu kongsikan dengan orang lain. Siapa perempuan atau lelaki pertama yang mencuri hati, apa yang kita lakukan sepanjang perhubungan dengan dia. Ada yang tak mahu ambil tahu, dan tak ambil peduli.

Tapi tidak aku. Aku mahu tahu kesemuanya. Kisah hidup abang dari awal sehingga ke saat dia berjumpa dengan aku. Memang aku suka bertanya. Kadang abang jawab, kadang tak mahu jawab, dibiarkan saja aku dengan persoalan yang tak berjawab.

Aku tak suka dengan keadaan yang tidak tahu tu. Aku perlu tahu Suhana tu cantik ataupun tidak. Aku mahu tahu kenapa abang sayang dengan Suhana tu. Memang aku rasa tak secure bila dalam keadaan serba tak tahu ni. Macam macam yang bermain dalam kepala ni.

Bila aku tanya "Suhana tu cantik tak?", abang jawab "Sayang lagi cantik".

Lelaki, kan? Kalau nak mengambil hati macam tulah. Bila aku desak lagi, dijawabnya begini "kawan abang cakap dia cantik, tapi abang rasa dia biasa aje".

Memang aku rasa amat tak selamat. Sungguh sungguh tak selamat. Terus aku hilang rasa yakin pada diri sendiri. Aku benci bila aku terpaksa bersaing dengan ghost. Someone from his past yang aku tak pernah tahu, yang out of nowhere, muncul tiba tiba dan mengganggu perasaan aku. Aku bencilah!

Dan paling aku benci kalau selepas abang menyebut nama someone yang ada makna dalam hidup dia, abang akan senyap selepas tu. Seolah macam melayan perasaan. I really hate that!

Aku memang rasa tak selamat sekarang ni. Haih!

Friday, February 20, 2009

He's just not that into you..

Pernah baca buku ni? Aku pernah, tapi baca secara percuma kat Borders. Tak sempat nak habiskan satu buku. Baca mana yang best best aje. Sekarang buku ni dah pun diadaptasikan ke filem, lakonan ramai wajah popular Hollywood. Antaranya Jennifer Aniston, Drew Barrymore, Scarlett Johansson, dan ramai lagilah.

Tapi aku bukan nak cerita pasal filem ataupun buku tersebut. Aku nak sambung entry semalam, yang ada kena mengena dengan tajuk yang aku guna ni.

Maafkan aku kalau cerita aku ni sedikit berbelit sana dan sini. Semuanya ada kaitan sebenarnya, cuma ianya memang macam puzzle, kena cantumkan kat bahagian sana sini, baru dapat jawapannya. Lagipun, kisah ni ada beberapa fasa.

At one point of our relationship **me and abang**, aku terpaksa menebalkan muka, sentiasa bertanya tanya pada abang sama ada dia menyayangi aku atau tidak. Jawapan yang aku dapat "saya sayang awak, tapi sebagai sahabat baik saja".

Yup, kami pun pernah melalui fasa "saya-awak" sebelum beralih ke "abang-sayang".

Masa fasa "saya sayang awak, tapi sebagai kawan baik saja" tu, abang memang agak jual mahal. Dia perlukan aku, tapi dia tak ada perasaan terhadap aku. Hubungan kami seperti berada diawangan, seorang mengharap, yang seorang lagi macam was was dan tak yakin. Tapi abang ada sebab yang munasabah sebenarnya, kenapa dia was was dan tak yakin.

Abang baru saja di kecewakan bila awek pertama abang, berkahwin dengan orang lain.

+ + + + + +

Aku kena stop dulu lah. Sakit kepala. Lama sangat tengok skrin komputer.

Thursday, February 19, 2009

Law of attraction.

Aku tertarik dengan konsep ni. Aku ambil masa yang agak lama untuk faham, tapi bila aku dah faham, aku terfikirkan sesuatu. Hubungan aku dengan abang.

Mungkin konsep law of attraction ni sedikit sebanyak berkait rapat dengan hubungan kami, daripada menjadi kenalan biasa, kemudian lost contact untuk beberapa ketika, sebelum akhirnya abang kembali mencari aku dan kami terus berkawan sehingga sekarang.

Oke, biar aku ceritakan sedikit latar belakang hubungan aku dengan abang. Kami bermula sebagai kawan biasa, yang berkenalan pun secara tak sengaja juga. Ianya bermula daripada satu panggilan telefon, yang bukan untuk aku sebenarnya, tapi untuk orang lain, tapi secara kebetulan, aku yang menjawab panggilan tersebut.

Eh..,bukan.., bukan panggilan telefon, panggilan telefon berlaku selepas kami bertentang mata antara satu sama lain. Ianya bermula pada suatu hari di mana abang datang ke pejabat aku untuk menghadiri training. Pertama kali aku nampak abang, aku memang dah berkenan dan jatuh suka. Aku bertanya tanya pada semua orang, "siapa mamat yang datang naik motor hijau tu?"

Mungkin disebabkan getaran pertanyaan demi pertanyaan aku tu, abang dapat merasainya. Mungkin abang perasan melalui pandangan curi matanya, dia nampak aku pandang dia, dan dia rasa agaknya yang aku suka kat dia. Yup.., mungkin ini yang orang kata aura, vibes.., getaran ..

Kami bermain permainan curi pandang, aku pandang kau, kau pandang aku, tapi sorok sorok. Kelakar pulak bila difikirkan.

Panjang lagi sebenarnya kisah tu, tapi tak apa, nanti ada masa aku sambung. Sekarang jom imbas kembali ke tahun 2003. Sebelum tahun 2003 tu, kami dah terputus hubungan dalam setahun lebih. Terputus hubungan tapi nama abang, dan ingatan terhadap dia tak pernah putus. Mungkin disebabkan aku tak putus putus mengingati abang, yang mana bukan aku taknak lupakan dia, tapi aku tak tahu kenapa, dalam ramai ramai lelaki yang aku kenal, abang yang paling susah nak aku lupakan.

Abang kembali menghubungi aku. Malam tu.., aku ingat benar. Aku sangkakan ianya hanya call yang biasa, yang selalu kami lalui sebelum tu. Hanya call.., tiada yang lebih. Tapi malam tu, ianya berbeza. Abang call aku dua kali malam tu. Dan call yang kedua tu, kami berbual panjang, sampai ke awal pagi. Selepas habis berbual.., aku memang tak boleh nak lelapkan mata. Kalau nak tahu, sejak dari call tu, sehinggalah ke 2-3 hari berikutnya, aku menangis tak henti-henti.

Begitu juga dengan call dari abang. Tak berhenti sampailah ke hari ini.

Faham maksud aku tak? Tak faham? Entah. Aku pun tak faham. **sengih**

Ianya seperti, bila kau sentiasa berfikir, sama seperti berdoa, tak putus putus.., tentang sesuatu perkara yang paling kau ingini.., macam aku.., memang aku akui.., aku terlalu mengingini abang untuk menjadi kawan aku sekurangnya.., tapi selebihnya, waktu itu, aku memang nak sangat abang jadi kekasih aku. Tapi ianya tak menjadi kenyataan.

Tak menjadi kenyataan sebab abang ada ramai peminat. Aku terpaksa bawa diri. Tapi pelik tak? Kenapa dalam ramai ramai peminat abang, abang hanya mencari aku? Dan kekal dengan aku sehingga sekarang? Pelik? Tak peliklah. Aku tahu jawapannya.

Ianya masih lagi berada dalam lingkungan Law Of Attraction. Ah.., susahlah nak explain. Tapi aku faham dah sekarang. Selain mungkin ianya adalah jodoh, mungkin juga disebabkan aura positif yang aku alirkan kepada abang.

Kau fikir positif tentang seseorang ataupun sesuatu perkara, maka aura positif jugalah yang akan kau attract. Get what i mean? Haih.., serius betul la topik aku hari ni. **sengih**

Aku positif dengan hubungan ini, walaupun orang luar nampak negative saja. Haa.., faham dah sekarang? Kenapa kawan kawan aku menjauhkan diri dari aku? Sebab mereka hanya nampak aura negative abang, dan tak dapat nak cuba attract the positive sign from his character, pasal tu kawan kawan aku tak dapat nak accept abang dalam life aku.

Haih.., letih la.., nanti la sambung.

Selain tu, ada juga perkara lain dalam hidup aku, berkaitan kerja dan family, serta kawan kawan, yang boleh aku kaitkan dengan Law of Attraction ni. Ianya bukan untuk hubungan cinta saja.

+ + + + + +

ini hanyalah falsafah moden. Kalau ikut hukum agama.., setiap apa yang terjadi adalah takdir Allah. Wallahualam. Betulkan aku kalau aku salah faham tentang konsep ni.

+ + + + + +

Aku baru tahu tentang konsep ni melalui forum. Thanks to Cik Surga @ Kasih Casuarina.
The Secret tu aku tahu akan kewujudannya sejak tahun lepas lagi, tapi tahu ajelah aku ni, benda berat macam ni aku malas nak fikir, malas nak ambil tahu. Tapi bila dikupas melalui view yang berbeza, baru aku rasa tertarik.

Aku patah hati.

It's getting funnier and scary, i think. I mean.., senario politik dalam negara sekarang. Aku tak tahu sama ada aku nak bergembira, ataupun bersedih, ataupun bertepuk tangan sambil melaungkan "bravo.., bravo to you all"?

Aku memang tak arif politik, cuma yang aku tahu, pada 2 pilihanraya yang lepas, satu pada tahun 2004 dan sekali lagi pada tahun 2008, aku bersusah payah bangun pagi, dengan semangat yang berkobar kobar mahu membuktikan pada negara bahawasanya aku adalah rakyat yang bertanggungjawab dan mahukan yang terbaik supaya negara kesayangan aku ini akan terus aman dan makmur dengan pemerintah yang rakyat pilih sendiri.

Aku teruja, aku bangun awal, seawal pukul 8 pagi, sebab tak mahu terlambat, dan tak mahu beratur panjang, konon dengar cerita orang kalau lambat nanti orang ramai, jadi aku merupakan rakyat yang terawal, pukul 9 pagi dah tercongok depan petugas pilihanraya, tunjukkan kad pengenalan lama yang sampai sekarang masih tak berganti Mykad **ya, yang ini aku tahu, aku tak bertanggungjawab, maaf!**. Mereka check nama aku, oke, jumpa dan kemudian mengarahkan aku ke sekian sekian bilik, aku pergi cari, suasana sekolah anak buah aku tu hening, memang kalau jarum jatuh pun boleh dengar bunyinya.


Aku tunggu kat depan pintu kelas, kemudian diberi signal untuk masuk ke dalam, check nama sekali lagi, kemudian petugas tu announce nama aku kuat kuat, aku terkejut jugak **ini kali pertama aku mengundi**, beri aku 2 kertas undi, aku bertambah teruja, pergi ke kotak undi, tarik nafas dalam dalam, tengok nama calon, dan akhirnya keputusan aku muktamad! 2 kali aku undi mereka, 2 kali aku berharap akan berlaku perubahan positif.., tapi ini yang mereka beri pada aku?

Aku hampa, tahu tak? Hampa!!

Sana aku tak bersetuju, sekarang yang sini pun aku dah tawar hati. Selepas ini, aku tak mahu teruja macam orang nak naik pelamin lagi dah. Aku give up. Aku tak mahu bangun awal pagi lagi dah. Bila tiba giliran tu nanti, aku kata "sorry, aku nak tarik selimut dan tidur sampai pukul 12 tengahari, aku tak peduli korang nak berebut kerusi ke, meja ke, i just dont care anymore!"

Aku patah hati. Remuk. Hancur lumat. Undi aku tak berguna rupanya.

Korang raih lah undi rakyat veteran. Yang muda muda ni korang abaikanlah. Kalau ramai lagi yang berpaling, tak mahu ke sana ataupun ke sini, janganlah menyesal. Ini semua korang punya punca dan sebab.

Dah diberi kepercayaan, ini yang korang balas.

Ah.., malas nak cerita. Kerusi pun nak berebut.

Tuesday, February 17, 2009

Jangan berhenti berharap.

Seorang kenalan forum baru je mengalami keguguran. Takziah aku ucapkan buat julia_zz.
Aku dah berjanji dengan dia nak buatkan satu entry khas tentang ni. Entry saja saja, untuk menaikkan semangat dia yang kehilangan baby.

Aku tak pernah mengandung, sebab belum mendirikan rumahtangga. Tapi bagi aku, walaupun aku tak tahu bagaimana perasaan wanita yang mengandung, aku masih dapat rasakan beban kehilangan tu. Aku faham dengan ungkapan "ibu mana yang tak sayang anak?".

Lebih lebih lagi kalau ibu yang mengandung buat pertama kali. Sedih, kecewa, rasa hilang keyakinan pada diri, dan sebagainyalah. Dalam keadaan macam nilah, baru seorang isteri tu akan dapat merasai kasih sayang dari seorang suami, bagaimana suami memberikan sokongan, menaikkan semula semangat isteri yang sedang bersedih tadi.

Aku tak dapat bayangkan, bagaimana keadaan aku kalau perkara sedemikian terjadi. Aku harap aku akan terus kuat dan tabah.

Untuk julia_zz.., banyakkan bersabar dan berdoa pada Allah, semoga dimurahkan rezeki sekali lagi selepas ni.

Mungkin disebalik setiap dugaan yang menimpa, ada hikmah disebaliknya. Wallahualam.

Monday, February 16, 2009

Love takes time..

Aku akhirnya percaya. Adakala cinta tak datang sekelip mata. Mungkin pada aku, pertama kali aku terpandangkan wajah abang, panah asmara terus menusuk tepat ke tangkai jantung, tapi bagi abang , tak. Cinta datang hanya selepas 10 tahun. Selepas berlaku tragedi.

Misterius bukan? Kisah yang sukar untuk dimengerti. Hanya aku dan abang yang mengalaminya dan faham apa yang kami lalui sepanjang perhubungan kami ini. Aku memang seorang yang simple. Aku sabar. Aku tabah. Aku tahan melalui ranjau duri bersendirian.

Aku hilang kawan. Aku pilih abang, instead of kawan. Maafkan aku, sahabat. Sebab tu setiap entry aku tak pernah ada kisah aku bertemu janji dengan kawan-kawan, kan? Aku tak ada kawan, itu yang sebenarnya. Kalau kawan sembang secara rambang melalui forum ke, atau bersembang dengan boss ke, adalah juga. Selebihnya, kawan aku hanya seorang, dia lah teman lelaki dan dia jugalah sahabat baik aku.

Aku happy dengan pilihan ini. I can't forced all my friends to accept him. Mereka tak suka, then fine.., bukan aku tak sayang kawan, tapi ini soal hati. Atau dalam kata lain, aku memang seorang degil, itu saja.

Apa yang boleh aku lakukan sekarang, hanya cuba sedaya upaya buktikan pada mereka yang pilihan aku ini tidak salah. Kalau salah sekali pun, di hujung hari nanti aku tak akan menyesal, kerana aku tahu, hidup aku, aku yang tentukan. Bukan orang lain yang tentukan.

Bak kata Hamka, cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan.

Kerana cinta aku pada abang, aku kuat melawan semua yang datang. Hilang kawan, aku masih tersenyum, di lambung ombak setinggi tsunami pun, aku tetap berdiri dibelakang abang juga. Bahkan, aku sendiri yang menyakiti abang dengan kesilapan aku, tetap aku masih tak pergi. Kenapa? Aku nak pergi, abang hadang dengan tangan dia, jadi macamana aku pergi?

Aku mengerti, tanpa kawan, siapalah seseorang itu. Tapi bukankah aku dah beritahu siang siang, aku ni lain? Kadang menjadi lain tu pelik pada sesetengah orang, tapi menjadi lain pada aku adalah sama dengan kata kata "menjadi diri sendiri".

This is me, dulu, sekarang dan mungkin sampai bila bila.

Memang manusia Capricorn ni seorang yang kuat disebalik kelemahan yang mereka tonjolkan, kot? Kekuatan mereka terserlah bila keadaan memaksa? Wallahualam.

Jadi, Tuhan. Aku panjatkan doa, agar kisah yang panjang ini, ada penyudah yang manis. Amin.

+ + + + + +

Petikan kata kata Hamka tu aku jumpa dalam video klip lagu Cinta nyanyian Nitrus. Best lagu tu. Kata kata puitis lain yang aku jumpa, kita berbeda dalam semua, kecuali dalam CINTA.

Sunday, February 15, 2009

Mimpi yang sempurna

Kebelakangan ni, abang semakin berani membuka topik perkahwinan. Nampaknya pintu hati abang dah terbuka sedikit untuk menerima idea mendirikan rumahtangga. Dah tentu aku teruja dengan perkembangan ini, sebab memang dah lama sangat aku dengan muka tak tahu malu mengajak abang mendirikan masjid yang memang di tuntut dalam Islam.

Lagipun, kami dah lama berkawan, memang elok benar kalau ikatan tu disahkan dengan ikatan pernikahan pulak. Tak adalah lagi nanti asyik merungut jarang dapat berjumpa, ataupun bimbang ada yang berubah hati. Bercinta jarak jauh ni tak seronok. Seksa jiwa raga tau! **gelak**

Cuma abang kerap meluahkan kebimbangan terhadap kemampuan aku untuk berubah, disebabkan oleh peristiwa pahit yang menimpa hubungan kami pada tahun lepas. Aku faham kenapa abang bimbang, walaupun dah beratus kali aku cuba yakinkan abang yang aku memang dah berubah, kalau bukan 100% pun, dalam 80% kira oke lah jugak, kan?

Aku memang tak boleh nak salahkan abang, sakit yang ditanggungnya kesan dari peristiwa tu masih bersisa sampai hari ni, jadi aku memang kena buktikan yang aku benar benar seorang manusia yang baru, bebas dari cengkaman kisah hitam tu.

Aku memang nakkan abang saja menjadi pelindung aku. Hati aku memang dah bulat **chewah, bahasa!** mahukan abang, walau apa pun kekurangan dan keburukan dia. Aku sendiri tak sempurna, jadi aku yakin kami boleh saling memperbaiki dan melengkapi diri masing masing.

Insya-Allah, kalau ada jodoh dan tiada aral melintang, paling lambat pun mungkin tahun depan, paling cepat kalau dah sama sama tak sabar **blush**, mungkin hujung tahun nanti. Kami dah sepakat mahu melangsungkan majlis seringkas yang boleh.

Impian nakkan majlis yang gemilang dah lama lenyap, dan aku dah tak kisah kalau hanya melangsungkan majlis nikah saja. Lagipun, dalam keadaan ekonomi meleset ni, tak payahlah nak buat majlis besar-besaran. Cukup syarat dan rukun nikahnya, jalan saja.

Nak tahu tak kenapa aku rasa sangat teruja? Sebab inilah pertama kalinya aku discuss tentang masa depan dan perkahwinan dengan seorang lelaki. Tak pernah sebelum ni, hubungan aku dengan ex-bf sampai ke fasa berbincang tentang perkahwinan dan masa depan bersama. Perasaan aku seakan.., entah.., sukar untuk digambarkan. Harapan aku memang tinggi untuk settle down dengan abang. Haih.., harapnya rasa keterujaan aku ini tidak akan mendatangkan mudarat di kemudian hari. Risau juga, mana tahu, kan?

Kawanku pembaca sekelian, doakan jodoh kami, oke?



Friday, February 13, 2009

Hello, is it me you're looking for?

Sebelum aku mulakan entry, aku nak berceloteh sikit. Sejak aku dah berjumpa dengan blog mak hayam besar tu, **macamlah aku berminat sangat nak tahu, dan berminat sangat dengan the so-called DIVA tu, owh puhleeezzzeee**, hati aku ni bagai digaru garu untuk pergi ke blog beliau, hanya untuk mengetahui apa lagi caci maki dia dalam blog yang kononnya No. 1 di Malaysia tu? Nombor 1? hmmm.., tak apalah, untuk someone yang agak desperate seperti beliau itu, iyakan saja.

Bukanlah aku pergi baca setiap hari pun, kadang dalam selang 2-3 hari, baru aku pergi jenguk. Isinya? Allah.., nak termun..., opppsss. oke.. no komen again.

Done that part. **Tak tahu kenapa, aku rasa macam kena mention jugak pasal blog tersohor ni, kalau tak mention aku rasa tak puas hati, sebab tak dapat mengutuk, huhu**

+ + + + + +

Hari ni memang hari serba tak menjadi bagi aku. Segalanya upside down. Blame it to the Le tour De Langkawi. Di sebabkan tournament ni semua jalan di tutup, dan aku sampai lewat satu setengah jam ke ofis. Bleurghhh.., tak mahu ingat dah. Cukup, aku dah luahkan isi perut aku kat forum.

+ + + + + +

Beberapa hari yang lepas, aku bergaduh dengan abang melalui sms. Dia tu kan, tak bolehlah aku nak bergurau sikit, semuanya nak ambil serius. Last last aku bosan, aku hantar sms beritahu abang yang aku akan serius saja dalam 24 jam, tanpa sebarang gurau senda.

Sekali, dia reply apa tau? Dia reply "sayang, i love you".

Gilalah bf aku ni. Suka dia nak buat aku marah, kemudian suka dia ambil hati aku balik. Yang menyampahnya, cara dia ambil hati tu memang ternyata berhasil. Terus lemah longlai kepala lutut aku. Mahu tak lemah longlai, bukan setiap hari aku dapat ucapan tu, boleh kata 3-4 bulan sekali, kot? Jadi bayangkan betapa dalam perut aku ni ada rerama berterbangan bila aku baca sms abang tu.

Ianya macam penawar segala penyakit. Hilang terus rasa marah, rasa bengang, rasa tension, rasa apa apa sajalah, berganti dengan rasa.., adoiii.., susah nak explain la... **malu**

Semalam pulak, abang tujukan pada aku lagu "Hello" nyanyian Lionel Ritchie, sempena hari valentine esok. Ini tak bermakna kami menyambut hari valentine tu, cuma saja je abang, nak ambil hati lagi, sebab dia memang suka tau, buat aku tertekan.

Aku pun satu jugak, degil dan keras kepala sangat. Memang kena sangat lah tu.

Wednesday, February 11, 2009

Zombie kampung pisang.

Lately, aku macam tak ada mood dan kekeringan idea nak menaip blog. Bahkan, ada draft yang tak siap siap lagi sejak seminggu lepas. Konon nak buat entry special Valentine's Day, tapi kalau tak siap, mungkin draft tersebut akan aku delete saja.

Konon nak go down memory lane, nak share kisah pertama kali aku bertemu dengan abang, tapi entah.., rasa macam tak sepenuh hati nak siapkan entry tu. Kepala ni rasa kosong aje, dan perasaan pun macam sebu. Entah.., rasa macam tak ada life, no feeling.., hello? aku zombie ke?

Malam semalam, aku berselisih faham lagi dengan abang tentang perkara yang remeh tapi asyik berulang ulang, sampai aku pun naik menyampah nak layan. Mungkin disebabkan rasa menyampah tu jugaklah yang membuatkan aku rasa macam tak bersemangat hari ni. Rasa macam hilang semangat bila apa yang terbuku dalam hati, tak mampu diluahkan, dan kalau diluahkan pun, belum tentu pihak yang sebelah sana akan faham apa yang kita maksudkan. Sigh..

+ + + + + +

Semalam aku berpeluang menonton siri Ugly Betty. Sebenarnya memang banyak siri TV yang menjadi kegemaran aku tapi aku tak berpeluang nak tengok, hanya kerana disebabkan **haih.., baca ajelah entry lama, malas aku nak taip berulang kali, penat jari aku ni tau.., penat!!**

Masa aku kat kampung pun, aku dapat tengok drama Jepun yang abang minat sangat tu, "Operation Love". Aku ingatkan kisah sambungan, rupanya hanya siaran istimewa sempena hari Valentine. Drama tu hanya disiarkan untuk 2 episod je, minggu lepas dan hari Ahad akan datang ni.

Kadang kadang, bila dapat menonton TV ni, rasa macam lapang rasa dada. Aku jarang sangat dapat tengok TV, kalau tengok pun, tak habis habis dengan cerita kartun dan drama Indon, tolonglah, it's not my cup of coffee. Selalu kalau kakak start tengok drama Indon, aku terpaksa masuk bilik layan radio. Bosan, kan?

Aku memang plan nak beli TV dan pasang Astro dalam bilik. Tapi masih belum dapat dipastikan bila akan menajadi kenyataan. Buat masa sekarang ianya masih sekadar plan dan angan angan saja.

Tapi macamana pun, by hook or by crook, the draft aku kena siapkan dan post jugak. Lantaklah kalau dah terlepas valentine ke, apa ke.

Lagipun abang baru aje sound sekejap tadi, "tak payahlah kita nak sibuk sibuk sambut valentine, bukan perayaan kita".

Hmmm.., yelah.., oke, tak payah sambut. **muka muncung sedepa**

Monday, February 9, 2009

aku kembali bersama William Wallace

3 hari ni aku pulang ke kampung. Dah lama tak menjenguk mak, lagipun selepas peristiwa minggu lepas, adalah tak patut kalau aku tak pulang menjenguk mak.

Seronok mak melihat kelibat aku sampai waktu hari kian menghampiri senja hari sabtu lepas. Memang lambat aku sampai sebab aku bertolak pun pukul 1 tengahari. Paginya aku terlewat bangun disebabkan bergayut di telefon sampai pukul 6 pagi dengan abang.

Planning awal mahu naik bas ekspres terus ke Gemas ataupun Tampin, tapi memandangkan sampai KL pun dah nak pukul 3 petang, terus aku melompat naik bas ke Seremban saja. Daripada aku berjalan sampai ke Puduraya dan kemudian kecewa bila petugas kaunter tu kata tiket dah habis, baik aku permudahkan terus kerja dengan naik aje bas Seremban.

Lagipun aku memakai kasut tumit tinggi, silap tak standby sandal yang putus tu, kemudian kakak ipar mengirimkan pula 4 botol besar air ECPI untuk abang yang terlantar kat hospital, jadi bayangkan betapa terbatasnya pergerakan aku. 4 botol air ECPI tu berat sih.., mau patah tangan gue..

Nak singgah ambil baju yang aku tempah kat Tampin pun tak sempat, pukul 5.30 kedai tu dah tutup. Haih.., balik nantilah aku ambil baju 2 pasang tu.

Sepanjang 2 hari 3 malam aku kat kampung, aku mempraktikkan skill memasak aku yang tak seberapa ni. Mak lepak saja sambil tunggu makanan di hidangkan. Wah.., macam terror memasak je padahal masakan aku semuanya simple dan senang untuk dimasak. Lagipun mak hanya tinggal berdua dengan abang yangs seorang lagi, jadi mereka memang tak banyak makan, cuma bila aku ada, barulah mereka merasa makan besar sedikit.

Mak siap membebel2 melihat cara aku memasak. Sambil masak sambil layan TV, boleh? Sambil aku panaskan minyak nak goreng ikan, sambil tu aku ke depan tengok rancangan TV. Mak punyalah membebel, "ikan tu hangit nanti", "minyak tu dah panas!", "tengok ikan kau Anne oiiii!!".

Dah tua bangka pun kena bebel, kan? ** aku tak kisah, bebelan tu lah yang akan aku ingat when mom is not around anymore to scream at me**

Memang kebelakangan ni, perasaan aku kuat mahu kembali rapat dengan mak, menghabiskan sebanyak mungkin masa yang berbaki ni. Aku tak tahu bila mak akan kembali mengadapNya. Mak bukan semakin muda lagi pun.

Aku dah tinggalkan jauh ke belakang segala rasa kecil hati ataupun rasa terguris yang aku simpan selama ni. Buruk atau teruk mana pun, mak adalah mak aku. Mana mungkin aku tukar mak yang aku ada ni dengan mak orang lain?

Owh ya.., masa kat kampung juga aku layan tengok tv sampai jauh malam. Kebetulan malam Ahad lepas TV2 tayangkan filem Braveheart. Memang dah lama aku teringin nak tengok cerita ni, jadi aku sanggup tunggu walaupun mata mengantuk dan badan agak penat juga. Memang tak rugi aku paksa mata supaya bertahan sebab cerita Braveheart ni memang best. Untuk pertama kalinya aku rasa aku jatuh cinta dengan Mel Gibson.

Oh wait.., no.., it's not Mel Gibson, tapi aku jatuh cinta dengan karakter William Wallace. Ya.., sebenarnya aku suka dengan William Wallace, bukan Mel Gibson.

Aku memang suka kisah epik seperti Braveheart ni. Lagipun aku memang sukakan Europe keseluruhannya. Gunung ganangnya, istana lamanya, kisah dongengnya. Memang khusyuk gila aku tengok tv malam tu. Sampai tak sedar jam dah pukul 1.30 pagi.

Scene yang paling berkesan dalam hati aku masa dia dapat tahu si Robert tu tikam dia dari belakang, konon nak hantar orang berlawan sekali, rupanya dia disebelah raja Longshank tu. Dahlah dia dikhianat oleh golongan bangsawan yang boleh blah begitu saja dari medan perang, kemudian orang yang dia percaya akan menolong pun sama jugak, berada di pihak orang yang nak ditentangnya pulak tu.

Memang melalui riak wajah William tu dapat aku rasakan betapa sakitnya dikhianati oleh orang yang kita percaya.

Menonton Braveheart mengingatkan aku pada sebuah novel yang pernah aku baca sebelum ni. Kisah seorang wira yang mempunyai 2 identiti, satu baik, dan satu lagi jahat. Latar belakang kisah novel tu sama seperti Braveheart, zaman medieval Eropah.

Kan aku dah cakap betapa aku suka sangat dengan Eropah.

Kembali ke KL semula. Esok aku mula kerja. Dengan sepasang kurung baru. Semangat pun baru. Cantik juga songket tu bila dah siap jadi baju. Kalau ikut kebiasaan, bahagian yang berkotak dijadikan kain, kan? Tapi aku tak, aku jadikan baju. Nak jadi lain dari yang lain.

Peduli la kalau orang nak jeling pun. Suka akulah kalau fesyen aku tu entah apa apa. Lagipun bukan masuk penjara kalau bahagian kain aku jadikan baju, dan bahagian baju aku jadikan kain.

Aku memang suka jadi LAIN. itu kata kuncinya. **sengih**

Friday, February 6, 2009

risau..

sangat sangat risau..

baru aku sedar betapa attached nya aku dengan abang. Baru sehari je.., belum pun masuk 2 hari.., tapi aku dah terasa kehilangan. Sms dah berlambak aku hantar, satu pun belum di reply lagi. Kenapa ni?

Macam2 yang aku fikirkan. Entah apa yang terjadi pada abang kat sana. Tolonglah call malam ni...
janganlah buat aku risau, runsing, bimbang macam ni..

Rasa nak menangis pun ada.

Mungkin ada yang menyampah agaknya tapi aku dengan abang, tak pernah sehari pun tak sms atau call. TAK PERNAH walau sehari pun aku tak mendengar suara atau menerima sms abang, lebih2 lagi sejak kami mula reconcile our relationship about 7 months ago.

tapi hari ni, dah lebih dari 24 jam aku tak menerima khabar dari abang. Ahhh.., risaunya hati ni..
Malam tadi pun tak ada midnight call macam selalu. Kenapa ni? What happen?

Tolong.., jangan ada apa apa yang buruk pada dia.., kalau tak aku..., aku.., err.., i dont know what to do..

I will tagging you...

Ah.., tag lagi? Kali ni datang dari Zeti

Macam menarik, so buat ajelah. Thanks Zeti sebab mengetag saya.

5 Characteristics of your dream guy/girl
1) yang boleh buat aku ketawa
2) baik hati
3) err.., hensem?
4) mengambil berat
5) penyayang.


5 Characteristics that you have never like in a guy/girl
1) Sombong
2) kalau baru 1st time date, dia bahasakan diri dia "aku".
3) cakap besar
4) Tak ada idea nak buat apa, nak pergi mana, semuanya tanya aku..
5) err.., gatal?


5 feelings that you have when you're out with the one you admire
1) Gelabah
2) Excited
3) Happy
4) wondering whether he likes going out with me or sebaliknya?
5) malu.

5 places that you want to travel with your loved one
5? banyak nya.., aku cuma suka pergi ke Europe saja.., dan selalu imagine honeymoon dengan abang kat sana..

5 special things that you would give to your loved one
hmmm.., apa ya.., aku suka bagi abang pakaian.., perfume.., apa lagi ya?

5 songs that you will sing to your partner
our feveret song la
1- With or Without You - u2
2- You and Me - Lifehouse
3- Blind - Lifehouse
4- Hanya Engkau Yang Mampu - Aizat
5- Namamu terukir dihatiku - Uji Rashid **abang memang peminat Uji Rashid ni**

5 friends that you want to tag
1) Sha
2) Malak Nayali
3) Lazu
4) hmm?
5) hmm?


hmm tu maknanya tak tahu nak tag siapa lagilah tu..

**sebenarnya tag ni aku taip dalam keadaan runsing. abang dah seharian tak reply sms aku, tak tahu kenapa. i'm so damn worried now...**

Wednesday, February 4, 2009

Kantoi.

Dengan adik aku sendiri. Nasib adik perempuan, kalau adik lelaki harus aku digelakkan terbahak bahak. Tapi aku tak ada adik lelaki pun sebenarnya.

Eh, kejap. Ni kantoi apa ni? Takkan kantoi buat benda tak senonoh? Tak adalah, kantoi aku salah hantar sms. Konon nak mengadu kat abang, tapi pegi open sms adik dan reply ke nombor dia.

Selamba aje aku tak check betul betul nombor siapa yang aku send tu. Aku tak tahulah apa perasaan adik bila baca sms yang penuh dengan kemanjaan melampau disertakan dengan sedikit umpatan tentang apa yang berlaku hari ni.

Owh ya, hari ni ada sedikit kekalutan keluarga. Alhamdulillah semuanya dah settle. Tapi disebabkan aku yang dipertanggungjawabkan untuk settle the problem, itu yang aku jadi agak kalut. Aku memang cepat kalut kalau ada masalah menimpa. Mulalah gelabah semacam sampai semuanya upside down.

Aku tak tahu apa yang bermain dalam fikiran adik bila dia baca sms tu. Mungkin dia akan fikir, "owh, selama ni akak banyak burukkan keluarga kat bf dia kot?" Wallahualam.

Aku tak burukkan keluarga, aku sekadar meluahkan rasa pada abang. Yelah, dah family buat aku macam bola main passing sana sini, mana aku tak terasa hati? Jadi salah ke kalau aku luahkan pada seseorang yang memang rapat dengan aku?

Oke, done that part. Tak mahu fikir dah. Yang aku fikir, malunya sebab terkantoi aku berabg-syg dengan abang. Dengan ahli keluarga sendiri pulak tu. So next time, better to check the number properly before i press the send button.

Monday, February 2, 2009

Britannia High.


Sekarang aku sangat menggemari siri Britannia High yang disiarkan di TV2 setiap hari Sabtu, pukul 9 malam.

Kalau Disney berbangga dengan High School Musicalnya, Britain pula boleh berbangga dengan jawapan kepada HSM ni. Walaupun aku tak dapat nak mengikuti siri ni setiap minggu sebab macam biasa, idiot box kat rumah aku tu bukan sesuka hati aku saja boleh klik channel mana mana yang aku suka. Kebetulan beberapa siri yang lepas aku dapat tengok sebab abang sekeluarga keluar bershopping.

Memang best cerita ni, sebab ada lagu lagu yang menarik, macam style video clip. Ianya kisah mengenai sekumpulan budak kolej sekolah seni persembahan yang datang dari pelbagai latar belakang. Episod minggu lepas tentang Jez yang sembunyikan status dia sebagai anak jutawan sebab bapak dia tak suka si Jez ni jadi orang seni, bapak Jez nak dia jadi businessman dan uruskan business keluarga bersama.

Ada macam macam karakter dalam cerita ni. Ada sorang perempuan tu, yang berambut hitam tu,(Claudine) dia ni minat dengan lelaki yang berambut kerinting tu, (Danny) tapi si lelaki tu dah ada awek, si Lauren. Tapi yang si Claudine ni memang jenis muka tak malu, nak jugak dia cuba rampas Danny dari Lauren. Macam macam dia buat untuk tarik perhatian Danny.

One thing about this series is the ACCENT. Aku memang suka dengar orang British bercakap. Walaupun tak berapa nak faham sangat tapi aku suka. Terpesona rasanya mendengar loghat mereka yang pekat tu.

Mungkin aku boleh download cerita ni kat internet. Memang suka sangat ni.

Sunday, February 1, 2009

I heart Megan Fox..

Aku rasa aku sudah jatuh cinta sama Megan Fox, si hot chick yang menjadi igauan ramai lelaki dalam filem Transformers.

Op.., op.., tunggu. Jangan buat andaian membuta tuli. Aku bukan golongan "cat dinding" oke. Aku lebih lurus dari pembaris dan lagipun, kalau aku golongan tu, then apa fungsi abang dalam life aku? **gelak**

Aku rasa, selepas si Scarlet Johannson yang selalu membuat aku cemburu dengan tubuhnya tu, Megan Fox ini adalah perempuan kedua yang aku cemburukan. Tubuh badan dia, perghh.., sempurna. **tolong jangan pedulikan tatunya tu**. Rupa dia pun memang sangat sangat gorgeous, mata biru-hijaunya, bibir dia, i think she's a GODDESS.

Jangan pulak ada yang salah faham dengan entry ni. Perempuan kan memang kaum yang suka melihat pada keindahan, dan kalau dia tengok perempuan tu dianugerahkan keindahan yang luar biasa, dah tentu dia akan rasa terpukau juga, sambil terselit sedikit rasa cemburu.

Jadinya, aku hanyalah menghargai keindahan yang ALLAH ciptakan.

Saturday, January 31, 2009

I'm a multi-dater.., NOT!

Hari ni tak ada topik khusus untuk aku sembangkan. Just nak meluahkan something yang terbuku dalam hati, tentang kehidupan semasa yang aku lalui. Nak melepaskan tension pasal kerja, pasal hubungan aku dengan abang, yelah.., tentang life.

Owh, lupa nak update. Semalam aku bershopping sakan di One Utama. Dah lama aku tak bershopping ni. Kebetulan pulak beban hutang aku dah berkurangan sikit pada awal tahun ni, jadi dapatlah aku menukar beg lama yang dah hancur tu kepada beg baru, walaupun tak berjenama tapi at least tukar juga beg. Selain tu, ada jugaklah aku bershopping benda lain yang merupakan keperluan harian.

Boleh lupa diri sekejap bila tengok perkataan "SALE" tergantung di sana sini. Kalau bukan disebabkan aku agak ketat juga perbelanjaan untuk bulan ni, mahu aku habiskan duit gaji dalam satu hari saja. Mana tak rambang mata tengok baju, tengok beg, tengok kasut, aksesori lagi, tengok perhiasan diri yang lainnya. Nasib aku tak masuk ke Guardian ataupun Watson, kalau tidak mahu aku borong barang make up kat situ.

Nasib baik dalam kepala aku ni ada reminder, "jangan tengok lama lama, jangan singgah lama lama, dah tak ada barang kau nak beli tu, keluar aje dari situ". Perempuan kan, kalau dah nama bershopping, boleh ke control nafsu nak itu dan nak ini?

Itupun, bila balik ke rumah, aku buat kira kira semula, wah! banyaknya aku habiskan duit. Lain kali aku nak apply credit card la, supaya aku boleh bershopping non stop. **Dan juga buat hutang aku bertimbun semula!**

One thing about shopping, dia boleh menghilangkan rasa stress. Selesai saja bershopping, dan sampai ke rumah dalam keadaan penat, segala rasa tension dan bengang yang aku alami sebelum pergi bershopping tu, secara otomatik hilang. Adakah ini bermakna nak kena bershopping selalu? **Sengih**

Memang sebelum aku ke One Utama, aku bertengkar dengan abang melalui telefon. Bertengkar disebabkan aku mengadu perihal tension dengan boss. Ianya macam kisah berangkai. Aku tension dengan boss, jadi aku mengadu pada abang, lepas mengadu abang marah aku balik. Makin berganda tension aku. Sudahnya aku meletup macam gunung berapi. Tension dengan boss satu hal, lepas tu tension pulak dengan abang? haih.., payah betullah ada bf ni..

Ada pun susah, tak ada LAAAAGGGIIIII susah!

Sabar ajelah Anne.., kau jugak yang kata hubungan antara lelaki dan perempuan ni TAK SUKAR, kan? Jadi, jangan nak membebel..

Oke.., i just shut my mouth now.

Move on to another topic.., pun masih tentang hubungan lelaki dan perempuan. Tadi aku baca dalam The Star tentang trend masyarakat sekarang, terutamanya the so-called modern woman, yang suka multi-date. These so-called modern woman dah tak main lah dengan one man show.., dorang nak threesome show.

Aku baca artikel tu rasa macam, entah.., perasaan bercampur baur. Tertanya tanya pun ya jugak. Kenapa sampai macam tu sekali perempuan sekarang tak percayakan CINTA SEJATI lagi.

Rasanya aku akan bercerita tentang topik tu kat entry lain lah. Kena gerak sekarang.

Thursday, January 29, 2009

kisah rumahlah tangga, ada ada saja..

Selamat kembali dari cuti yang panjang. Bagaimana dengan cuti? Owh, jangan tanya tentang bagaimana aku habiskan cuti yang panjang ni, sebab aku tak pergi kemana pun, hanya menghabiskan masa bersantai dan berlapang dada dirumah saja.

Dari aku bercerita tentang aktiviti yang tak berapa menarik tu, baik aku cerita tentang perkara lain. Cuma satu saja yang perlu aku beritahu, cuti ni memang menyegarkan aku. Segar dari semua aspek. Mental dan fizikal. Kiranya aku kini kembali bekerja dengan kesegaran yang baru. Cheh.., apa apa sajalah.

Aku nak bercerita tentang perhubungan lelaki dan perempuan. Suami dan isteri. Aku selalu ikuti benang perbincangan di forum tentang hubungan lelaki dan perempuan ni. Pelbagai feedback yang aku baca. Menarik.., dan tak kurang juga jelik. Sebab tu aku memang berpegang teguh pada prinsip "Jangan buka pekung didada sendiri". **Yang hari tu, yang aku terbuka sikit tu, maafkanlah aku ya.., aku dalam keadaan stress masa tu, pasal tu tersingkap sikit kain aku**

Ini pendapat aku saja, sebab manusia ni, rambut saja sama hitam **walaupun sekarang dah banyak yang berwarna**, tapi hati lain lain. Corak pemikiran pun lain juga. Jadi aku tak harap untuk ada orang yang bersetuju dengan aku. Pendapat aku mengatakan, hubungan antara lelaki dan perempuan ni taklah sesukar yang orang selalu fikirkan.

Tak SUKAR sebenarnya. Kalau kita masing masing saling sedar diri. Tapi itulah masalahnya, ramai yang tak sedar diri. **maaf**

Isteri tak sedar diri mereka siapa. Suami tak sedar diri mereka siapa. Itu sebabnya terjadi kes curang, kes main kayu tiga, kes main laki orang, kes main bini orang.

Hubungan aku dengan abang, sama juga. Ada masa aku lupa diri, itu yang aku jadi degil dan keras kepala. Tak mendengar kata, teguran dan nasihat. Sampai satu peringkat, aku memang nak saja ikut kata hati, "sayang mahu PUTUS!".

Kalau dah berkahwin, mungkin ayatnya berbunyi begini," sayang mahu CERAI!!!!".

nampak perbezaan tu? Bercinta tak apa, bila bila masa nak putus, putuslah, tak akan melibatkan orang lain, hanya dua manusia ni saja yang akan menerima kesannya.

Tapi, kalau dah berkahwin? Bayangkan betapa rumitnya proses nak bercerai tu. Habis hubungan 2 buah keluarga ikut sama putus. Bukankah berdosa memutuskan tali silaturahim ni? Sebab tulah.., aku kata, lelaki dan perempuan kena saling sedar diri. Kalau tak sedar diri, itu sebabnya bermacam penyakit timbul.

Si isteri janganlah ego sangat, nak menguasai suami berlebihan. Si suami janganlah gatal miang sangat, perasan diri tu masih laku lagi.

Perempuan bujang kat luar sana janganlah gedik sangat, jatuh cinta dengan suami orang. Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi kan? Janganlah dibuat sampai pihak sebelah sana pun membalas tepukan anda tu, bahaya.

Tak kisahlah kalau lelaki makin berkurangan pun. Kalau nak juga bersuamikan suami orang, kenalah sedar diri dah ambil hak orang. Pandai pandailah mengamalkan prinsip "sharing is caring". Jangan sesekali anda nak bolot LAKI ORANG tu seorang saja.

Yang laki orang tu pulak, kalau dah beristeri dua atau tiga tu, pandai pandailah membahagikan masa. Jangan hanya tumpukan pada seorang saja. Mentang mentang yang baru tu muda lagi, bergetah lagi, terus lupa yang lama, ya?

Roda hidup ni sentiasa berputar, jadi baik lelaki atau perempuan, sentiasalah beringat. Hari ni kita rampas hak orang, esok orang rampas hak kita. Tapi kalau hari ni kita menyemai kasih sayang sama rata, InsyaAllah esok lusa budi kita akan dikenang orang. Tak rugi kalau menuai budi ni. Pahala pun dapat. Wallahualam.

Owh, aku rasa aku mesti juga mention tentang hal ni. Bagaimana kalau terjadi pada aku? Abang nak berkahwin dua? Jawapan aku, walaupun rasa susah, perit dan mungkin sukar untuk diterima, tapi aku akur. Untuk berkahwin sampai 4 adalah hak istimewa orang lelaki. Aku tak akan nafikan hak itu.

Dengan syarat, aku sentiasa mahu jadi yang pertama. Maksud aku, aku mahu jadi isteri sulung, bukan yang kedua atau yang ketiga. Mujur abang memang sah bujang trang tang tang. Jadi, dah pastilah aku yang sulung. **kenyit**