Saturday, January 22, 2011

I feel guilty.

For hurting someone's feeling.

But that's life. Ego besar aku menghalang aku daripada mengakuinya secara berdepan, tapi rasa bersalah tu tersayat dalam hati.

Tak mengapa, mungkin dengan berlalunya masa, aku akan terlupa rasa bersalah ini. Dan kembali menjadi seperti sedia kala.

Puncanya? Tak mengapalah, biar aku simpan saja apa yang menjadi puncanya, kerana adalah tidak manis menyebarkan persengketaan dengan orang lain.

I just hope that someday she will realize what she's been doing now, are totally wrong. Tapi, siapa aku untuk menghakimi apa yang dia lakukan adalah salah?

Ya, mungkin aku yang tak faham makna CINTA.

Tak mengapalah, biarkan saja rasa bersalah ni membaham aku.

Wednesday, January 12, 2011

Story about ever lasting love.

Agak janggal mahu menulis dekat sini.

Tempat ini sudah seperti tempat persembunyian, dan tempat paling selamat untuk meluahkan rahsia hati yang paling dalam.

Seolah sebuah tempat yang orang tak tahu, dan aku merasa selamat untuk meluahkan apa saja. Maybe. Tak tahulah selamat atau tidak, tapi peduli apa. Asalkan aku tak menulis tentang hal orang, aku cuma menulis tentang hal aku sendiri.

Aku mahu menulis tentang orang ini. Orang yang selalu aku ceritakan selama ini, tapi tak pernah jelas siapa orangnya. Kali ini aku secara terang terangan akan meletakkan gambar dia.



This is En. Mat. Eh, apa nama untuk dia yang aku gunakan dekat sini ya? Entah, aku pun dah tak ingat, sebab dah lama sangat aku tak membuat posting dekat sini.

Dia datang ke KL sempena sambutan tahun baru dan juga my birthday, yang ke 37 tahun. Huhu.., aku dah tua. 37 uols!! Bukan 27 oke!

Tinggal lagi 3 tahun saja sebelum aku secara rasminya akan bergelar "makcik" atau "auntie" nama glamor nya. Eh, bukan sekarang pun dah makcik ke? Ya lah, makcik lah.

Entry ni sebenarnya bernada sedih, bukan happy, tapi entah camana boleh terkeluar nada "happy" pulak. Hmm.., happy ke? Entah. :(

Kenapa pula sedih? Sedih sebab banyak perkara bermain dalam fikiran. Antara lain yang mengganggu ialah tentang betapa lamanya perhubungan ni, tapi entah sampai bila ianya akan berakhir. Dan "berakhir" tu pun, tak tahu dalam bentuk apa. Berpisah ataupun berkahwin? Entah.

Macam tiada arah tujuan saja. Aku pun dah tak tahu apa yang perlu dilakukan lagi. Keluar saja daripada hubungan sia sia ni? Atau bersabar dan bertahan? Sampai bila? Sampai umur dah masuk 45? 50? 55? 60? By that time, ada lagi ke lelaki yang mahukan aku? Huhu.., bertuah badan kalau ada yang masih mahu. :-P

I love this guy. A lot. So much. With all my heart. Lalu apa masalahnya? Masalahnya dia kelihatan seperti tak bersedia dan seperti masih ada perkara lain yang mahu dikejarnya. It's not about another woman, it's his dreams. Dia mahu stabil kan hidupnya terlebih dulu. Tapi masa yang diambil untuk menstabil kan hidup dah terlalu lama, dah 7 tahun! Sampai sekarang masih tak stabil lagi.

Aku dah tak punya kekuatan untuk memulakan semula, to built a relationship from zero. Jadi, aku akan tunggu saja, walaupun aku tak nampak apa yang aku tunggu tu. **sad**

Urgh.., kalau boleh nak memulakan sesuatu yang baru, di tempat yang baru, supaya boleh lupa semua ni, dengan mudah. Tak mahu lagi berada di Kuala Lumpur. Kalau boleh mahu ke London. Huhu. Berangan!

Aku tahu masalahnya adalah diri sendiri. Aku tak yakin mampu bersendirian, dalam usia begini. Dalam usia orang lain dah mengendong anak, aku masih mengendong beg saja. Jadi aku pasrah menjadi penunggu. Tragik, bukan?

Dan lagi, dalam usia begini, cinta bukan lagi sesuatu percubaan dan cuba lagi. Nope. Dalam usia begini, aku mahu ianya kekal. Tapi entahlah. Ouch.., my heart. :(

Thursday, January 6, 2011

First post for the new year.

Welcome 2011, goodbye 2010.

Year in and year out, still the same and nothing so spectacular happens to me. So how's the new year so far? Is it good? Any changes up to today?