Sunday, February 6, 2011

Aku dihenyak, tanpa diberi peluang membela diri.

Kalau kau, kau sanggupkah hanya sekadar menelan saja? Tanpa engkau berpeluang membela diri? Atas dasar apa kau mem"bullshit"kan aku? Adakah selama ini kau nampak aku bullshit kan engkau?

Mahu tahu kenapa aku tak suka sama engkau?

Kerana aku juga manusia biasa yang punya list "suka dan tak suka", so happen engkau termasuk dalam list "tak suka", lalu kenapa engkau kisah?

Adakah aku mencanangkan apa yang aku tak suka itu? Aku duduk diam diam saja kan? Ada aku melalak serata alam beritahu khalayak ramai "hei rakyat jelata sekelian, aku tidak suka sama orang ini, kerana dia sangatlah berperangai kurang manis di mata aku!"

Aku tak pernah cuit pasal engkau pun, tapi kenapa engkai cuit aku? Dan kau expect aku untuk duduk diam diam? Hei.., malam sikit, kalau engkau fikir aku punya tanggapan yang salah tentang engkau, engkau juga sudah tanam tanggapan yang salah tentang aku!

Kalau engkau fikir engkau dipihak yang benar, sudah tentu aku juga akan fikir aku berada di pihak yang benar. Masalahnya cuma aku TAK SUKA PERANGAI GEDIK ENGKAU! Itu saja, dan ini pun aku cakap bukan dekat dalam sana, ini dekat luar, dan ya, aku akan letak link ini dekat blog sana, sebab pada aku kenapa perlu risau kalau aku tak salah?

Engkau saja yang melalak, engkau saja yang menyalak, engkau saja yang mahu tuding jari ke arah aku sambil berkata "ENGKAU YANG SUKA AMBIL TAHU PASAL AKU".

Hei, mana adil begini? No No No.., aku TIDAK AMBIL TAHU PASAL ENGKAU! PERIOD.

Apa yang orang sampai kan pada engkau, kalau benar ada yang mengadu domba pada engkau, orang itu yang berniat buruk sebenarnya, mereka yang mahu lihat tempat itu porak peranda dan mahu lihat ianya kecoh.

No No No, aku tak akan tunduk kepada si pengadu domba itu.

See, aku memang baik kan? Silalah muntah, kalau engkau boleh claim diri engkau baik, aku pun boleh claim juga. Aku memang baik, taknak buat kecoh kat sana, sebab tu aku post dekat sini.

Engkau nak mengamuk? Silalah mengamuk. Tiada yang salah dalam hal ni, cuma usah peduli saja. Kenapa kau peduli aduan si pengadu domba? Kalau engkau seorang yang bijak, engkau tak akan menyalak tanpa sebab yang pasti.

Heh, aku nampak engkau menyalak macam.., okelah, aku tak mahu sebut. Aku masih baik hati lagi.

Tuesday, February 1, 2011

Only time will tell.

Either apa yang engkau lakukan itu, adalah benar atau tidak.

Tak mengapa sekarang kau lakukan begini kepada kami, lebih lebih pada aku yang kau labelkan sebagai "teruk" hanya kerana aku berbahasa kasar pada engkau.

Engkau mahu rasakan kesakitannya, maka aku biarkan kau terjun dengan labu labu anganan tak sudah engkau itu.

Bila sampai masanya nanti, usah kau kibarkan bendera putih itu, kerana walau setinggi mana kau kibarkan, aku tak akan peduli sudah.

Untuk apa aku peduli kalau kata kataku kau campak ke longkang?
Untuk apa aku peduli kalau kau tega mengatakan aku mahu bermusuh?
Sedang aku hanya mahu menyedarkan engkau?

Maka aku tinggalkan engkau dengan mimpi mimpi engkau itu.
Aku akan terus bertahan walaupun aku tahu aku akan rasa mual, geli dan nak termuntah membacanya.

Aku berharap hati aku ini sekebal tembaga.