Selalu masuk, tapi malas menaip. Hanya untuk membaca blog kegemaran saja. Boleh kata tiap tiap hari log in, cuma entah, mood dan desire untuk menaip di sini seakan tiada.
Di sini sunyi, tapi selamat. Disana sesak, dan agak tak selamat untuk meluahkan kata kata sanubari yang agak kacau bilau. Sejak awal tahun lagi. Bukan, sejak hujung tahun.
Kadang kadang terasa diri ini sangat lemah. Lemah dalam memilih, menghitung dan mengambil keputusan yang dirasakan tepat. Keputusan sudah ada dalam genggaman, cuma tiada keberanian untuk membukanya dan untuk membacanya, dan untuk menerimanya dengan hati yang terbuka.
Keputusan selalu goyah. Sekejap turun, sekejap naik. Sekejap confident, sekejap tak confident.
Dalam fikiran selalu terbayangkan imejan hidup tanpa dia yang agak kabur. Susah untuk gambarkan hidup selepas dia. Dan untuk kembali kepada hidup sebelum dia, adalah sesuatu yang agak mustahil.
Selepas beberapa lama, terasa seolah segalanya sudah tawar dan hambar. Sudah mencuba sedaya upaya untuk tidak menjadi perempuan yang baran, perempuan pendesak, perempuan cengil **tak pasti adakah ini perkataan yang tepat** tapi sebarang perubahan tak menjanjikan kepastian.
Semalam berubah, hari ni kembali ke asal. Dia juga begitu. Entah sampai bila mahu berubah, kembali ke asal, berubah, kembali ke asal, berubah dan kembali semula ke asal.
Letih sudah.
Hati sudah jelak, tapi diri tiada keyakinan.
Hati sudah rabak, tapi upaya tiada.
Hidup dengan dia tak mahu, hidup tanpa dia juga tak mampu.
Mahu longlai langkah kalau tanpa dia. Dan mahu pecah bernanah kalau kekal dengan dia. Lalu bagaimana?