Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Thursday, February 19, 2009

Aku patah hati.

It's getting funnier and scary, i think. I mean.., senario politik dalam negara sekarang. Aku tak tahu sama ada aku nak bergembira, ataupun bersedih, ataupun bertepuk tangan sambil melaungkan "bravo.., bravo to you all"?

Aku memang tak arif politik, cuma yang aku tahu, pada 2 pilihanraya yang lepas, satu pada tahun 2004 dan sekali lagi pada tahun 2008, aku bersusah payah bangun pagi, dengan semangat yang berkobar kobar mahu membuktikan pada negara bahawasanya aku adalah rakyat yang bertanggungjawab dan mahukan yang terbaik supaya negara kesayangan aku ini akan terus aman dan makmur dengan pemerintah yang rakyat pilih sendiri.

Aku teruja, aku bangun awal, seawal pukul 8 pagi, sebab tak mahu terlambat, dan tak mahu beratur panjang, konon dengar cerita orang kalau lambat nanti orang ramai, jadi aku merupakan rakyat yang terawal, pukul 9 pagi dah tercongok depan petugas pilihanraya, tunjukkan kad pengenalan lama yang sampai sekarang masih tak berganti Mykad **ya, yang ini aku tahu, aku tak bertanggungjawab, maaf!**. Mereka check nama aku, oke, jumpa dan kemudian mengarahkan aku ke sekian sekian bilik, aku pergi cari, suasana sekolah anak buah aku tu hening, memang kalau jarum jatuh pun boleh dengar bunyinya.


Aku tunggu kat depan pintu kelas, kemudian diberi signal untuk masuk ke dalam, check nama sekali lagi, kemudian petugas tu announce nama aku kuat kuat, aku terkejut jugak **ini kali pertama aku mengundi**, beri aku 2 kertas undi, aku bertambah teruja, pergi ke kotak undi, tarik nafas dalam dalam, tengok nama calon, dan akhirnya keputusan aku muktamad! 2 kali aku undi mereka, 2 kali aku berharap akan berlaku perubahan positif.., tapi ini yang mereka beri pada aku?

Aku hampa, tahu tak? Hampa!!

Sana aku tak bersetuju, sekarang yang sini pun aku dah tawar hati. Selepas ini, aku tak mahu teruja macam orang nak naik pelamin lagi dah. Aku give up. Aku tak mahu bangun awal pagi lagi dah. Bila tiba giliran tu nanti, aku kata "sorry, aku nak tarik selimut dan tidur sampai pukul 12 tengahari, aku tak peduli korang nak berebut kerusi ke, meja ke, i just dont care anymore!"

Aku patah hati. Remuk. Hancur lumat. Undi aku tak berguna rupanya.

Korang raih lah undi rakyat veteran. Yang muda muda ni korang abaikanlah. Kalau ramai lagi yang berpaling, tak mahu ke sana ataupun ke sini, janganlah menyesal. Ini semua korang punya punca dan sebab.

Dah diberi kepercayaan, ini yang korang balas.

Ah.., malas nak cerita. Kerusi pun nak berebut.

Monday, January 12, 2009

sombre mood

masih dalam keinginan nak tukar template, tapi ada masalah dengan winzip pulak. ofis tempat aku kerja ni tak ada winzip, jadi aku download free trial, sekarang free trial dah expired, tak dapat nak guna for free lagi. kalau aku klik buy now, siapa nak bayar? sia sia kena marah dengan boss nanti.

ada sesiapa boleh tolong tunjuk ajar supaya saya boleh guna winzip dengan percuma? **sengih**

tapi, kalau dah susah sangat, aku akan gunakan saja template yang blogger sediakan, walaupun ianya agak, well, boringgg!!!

boleh katakan sepanjang 2 atau 3 minggu ni, front page setiap akhbar tempatan mesti ada imej yang sangat menyayat hati. imej anak anak kecil yang tak tahu apa apa, yang menangis meratapi pemergian kawan kawan, adik, abang, atau kakak. atau paling tidak pun, imej anak anak yang terselamat tapi ditubuh mereka penuh dengan darah yang mengalir.

disebelah pihak lagi, mereka mengajar anak anak mereka untuk bersuka ria dengan kematian rakan-rakan sebaya yang tak berdosa. lihat saja imej ini:







macam gampang, kan? maafkan aku dengan penggunaan bahasa paling jelik pernah aku sebut dalam blog ini.

untuk menyalahkan kanak kanak ni pun tak boleh juga sebenarnya. mungkin mereka tak mengerti apa apa, mungkin pada mereka ianya hanya untuk suka suka dan tak akan mendatangkan mudarat.

siapa yang patut disalahkan? orang dewasa yang dah pasak dalam fikiran mereka bahawa perang ini adalah untuk bangsa mereka. perang untuk merampas hak orang lain. perang yang tak berkesudahan untuk menegakkan bahawa merekalah bangsa yang terpilih atas bumi Allah ini.

mungkin perang ini hanya permulaan kepada the end. the end yang dijanjikan. wallahualam.

Saturday, January 3, 2009

gajah sama gajah bergaduh...

anak anak kecil yang mati bergelimpangan. sedangkan apa dosa mereka pada orang yang mengarahkan supaya bom tersebut digugurkan.

mengapa manusia terlalu kejam? terlalu hitamkah hati mereka tanpa belas kasihan walau sekelumit?

selamatlah kalian wahai anak anak palestin.., moga syurgalah tempat kalian kelak..

Saturday, December 27, 2008

bara api usahlah disimbah minyak...

aku terlepas apa yang orang sedang kecohkan seharian ini. benar benar terlepas dan masih tak dapat gambaran yang sebenar.

tapi bila membaca beberapa ulasan blog mengenainya, aku rasa aku faham serba sedikit. inilah susahnya bila tak ada internet dirumah. hari ni pun kebetulan aku keluar, jadi aku singgah sebentar di cyber cafe, selepas meminta kebenaran. kalau tak dibenarkan, aku pun mungkin tak akan tahu akan cerita yang sedang bertebaran sekitar dunia maya ini.

yang aku faham sebuah blog telah diwujudkan atas nama seorang perempuan melayu, yang mana kandungannya jatuh dalam kategori sensitif bagi umat islam. tadi, waktu singgah di blog lazu, aku cuba klik link yang disertakannya, tapi nampaknya aku terlewat. blog tersebut sudah dipadamkan.

kalau tidak mungkin aku dapat membaca apa yang telah penulis blog tersebut tulis dalam blog kontroversi tu.

dalam banyak banyak perkara dalam dunia ni, kenapalah penulis tersebut memilih untuk menulis perkara yang menaikkan darah orang lain, terutama sekali orang Islam dan bangsa melayu?

bagi aku, ada 3 perkara yang akan menaikkan darah semua orang, yang pertama kalau ada orang mengutuk agama mereka, kedua kalau ada orang mengutuk bangsa mereka, dan ketiga kalau bercerita tentang politik.

kebencian dan kasih sayang hanya dipisahkan oleh satu garis halus, sebaiknya kita jagalah ia..., jangan suka mengguris hati dan perasaan orang lain, dan jangan curah minyak dalam bara, kelak ianya akan menjulang tinggi dan membakar setiap apa yang ada disekelilingnya.

aku berdoa moga negara kita ni kekal dalam keamanan, setiap perbezaan kita cuba selesaikan, dan jangan sekali kali mencetuskan rasa kurang senang dalam hati sesiapapun, walau apa pun bangsa kita, dan agama yang kita anut.

masing masing cuba lihat kedalam diri sendiri, kalau rasa belum sempurna, baik elakkan bercerita tentang agama. kalau hanya untuk peringatan diri sendiri, mungkin tak ada masalah, tapi kalau dah sampai ke tahap mempengaruhi orang lain, itu salah.

Mudah mudahan, selepas ni tak akan ada lagi manusia yang tak bertanggungjawab yang akan mengganggu ketenangan yang kita kecapi selama ni. kita bertanggungjawab terhadap apa yang kita lakukan,

jangan baling batu, sembunyi tangan.

Saturday, December 20, 2008

distant dreamer

ingat lagi entry tentang generasi sekarang yang mempunyai corak pemikiran tersendiri?

ini sambungannya, sekaligus merangkap reply to this

sesiapa pun boleh bagi pendapat dan tak semestinya pendapat tersebut akan dipersetujui oleh khalayak. ini yang dikatakan pro dan kontra. kita tak boleh nak paksa orang untuk bersetuju dengan pendapat yang kita utarakan.

masalahnya dengan orang kita adalah perasaan terlalu sensitif. sensitif dengan teguran dan bantahan orang. kalau tak mahu mendengar bantahan dan teguran orang, pada aku, baca betul betul, ini pada aku oke, baik tak payah tulis blog.

aku perhatikan memang ramai blogger yang sensitif. mereka tulis entry kemudian ada pembaca yang membangkang dan tak setuju, dan blogger ni melenting. sebelum aku teruskan, aku pun nak beritahu juga yang aku ni pun sensitif. mungkin belum kena pada aku jadi aku tak tahu bagaimana rasanya dihanjingkan, jadi bolehlah aku melalak kat sini.., tapi itu yang silapnya. i beg to differ on this.

aku dah ada tindakan yang bakal aku ambil, iaitu dengan berdiam diri. berdiam diri bukan bermakna kita pengecut. anjing yang menyalak bukit, bukit tak runtuh pun, lama lama anjing tu yang akan diam sendiri. faham?

kenapa aku tulis semua ni? sebab aku rasa mahu tulis. kenapa? tak boleh? bagi aku satu alasan kenapa tak boleh?

kalau ada orang nak mancarut ke, nak mencapub ke **tolonglah lazu, perkataan ni berasal dari mana ni?** dalam blog masing masing, itu hak mereka kerana blog tersebut dia yang susah payah create dan dia juga bersusah payah menaipnya.

haih.., aku rasa aku dah lari topik. penat berfikir. benda macam ni pun boleh jadi bahan fikir aku. kenapalah?

aku rasa inilah puncanya kenapa kita asyik berbalah. sebab tak dapat terima teguran orang lain. tengok, bush yang kena baling kasut pun oke aje, tak melenting nak marah tak tentu pasal.., aku beri contoh bush bukan sebab aku sokong dia, aku cuma refer pada sikap tenang dia, masa kena baling kasut tu.

aku suka kalau ada orang tinggalkan komen yang berbau kutukan ke, hinaan ke, cacian ke, aku boleh tulis begini "oke, noted. akan diperbaiki pada masa akan datang"

kan senang? kenapa perlu melawan balik dengan kritikan juga?

layan Duffy pulak hari ni, tajuk dia "Instant Dreamer"

maaf, embedded code tak boleh paste pulak. cari ajelah sendiri lagu ni. best.

http://www.youtube.com/watch?v=f3OCfsSoFao

Friday, October 10, 2008

late dan pak lebai yang chatty..

Hari ni entah kenapa alarm handphone tak berbunyi lagi. Aku terjaga dalam pukul 6.09 a.m, half and hour late from my usual time to wake up. Biasanya kalau aku tak bangun awal pun, by 6 a.m kakak ipar akan mula membunyikan radio IKIM.fm dan melaungkan suara dia yang nyaring tu untuk membangunkan anak anak dia.

Tapi pagi tadi, semuanya senyap sunyi. Aku terjaga pun sebab tiba tiba je terasa macam "eh, dah lama aku tidur ni, pukul berapa sekarang?"

Bila aku capai hand phone murah yang dah useless tu, tengok jam "what? 6.09? eh lambat dah ni"
terus aku bangkit, tapi tak bangkit berdiri lah, bangkit duduk, dan termenung sekejap. Apsal senyap aje kat luar. Diorang tak sekolah ke hari ni?

Lepas tu, disebabkan aku ni memang seorang makcik yang considerate, aku biarkan diorang bangun dan mandi dulu walaupun aku sebenarnya dah lambat. Aku tunggu sampai mak diorang terjaga dan melaungkan suara dia yang nyaring tu. Dalam pukul 6.20 am barulah kakak bangun dan start bukak radio IKIM dia dan juga melaungkan suara nyaring dia tu.

Tergesa gesa anak anak dia bangun dan mandi. Aku rasa Indah dan Tiqah mandi ala ala P.Ramlee saja sebab ramai lagi yang nak gunakan bilik air tu. Inilah kekurangan duduk dengan abang yang punya ramai anak yang dah bersekolah. Aku terpaksa mengalah untuk melepaskan diorang dulu. Pasal tu aku berkorban dengan bangun seawal 5.30 am untuk mandi.

Pagi tadi pun, aku hanya dapat mandi selepas si Syiqin selesai ambik air sembahyang. Kira kira dalam pukul 6.45 am. Memang sah aku lambat kalau aku naik bas. Jadi aku decide naik teksi aje. Tak sanggup aku nak sampai ke office dalam pukul 10 pagi. Dahlah aku kena naik bas sampai 3 bijik.

Mujur aku honeymoon. Jadi tak payah tergesa gesa takut terlepas waktu. Sudahnya aku keluar rumah dalam pukul 7.30 lebih sikit. Sampai ke DU dalam pukul 8.30, tunggu dalam 5 minit dah dapat teksi. Kebetulan dapat teksi pak lebai. ramah pak lebai tu berbual dengan aku.

Mula mula just sembang hal biasa aje, lepas tu corner masuk bab politik pulak. Ini yang aku suka ni. Sebab a few times jugaklah kalau naik teksi, diorang suka berborak pasal senario politik semasa. Yang aku pulak show interest untuk mendengar, lagilah sakan diorang bergossip dengan aku.

Yang pak lebai ni tadi beria- ia nak PAS memerintah. Dia kata dalam kerajaan sekarang masih ramai kroni Tun Mahathir, pasal tu banyak kepincangan. Masing masing hanya tahu kembungkan poket sendiri. Err.., ok, aku tak mahu komen lebih lebih. Dalam blog nilah, sebab takut gak.. hahaha **macamlah blog aku ni berpengaruh sangat, perasan!**

Dan lagi, aku rasa semua khabar angin tentang that Mongolian woman dengan our soon to be PM ada kebenarannya. **aku saja yang lambat nak percaya, apsal ntah, agaknya sebab our soon to be PM tu cute sangat kot? wakakakak..**

Yang pak lebai driver teksi tu pun satu gak, lepas satu, satu khabar angin dia beritahu kat aku. Lepas habis mengumpat lakinya, mengumpat pulak si bininya. Baru aku tahu rupanya yang kahwin dengan penyanyi tu anak dia dengan laki dulu. Perghh.., memang sensasi. Siap tak bagi majalah siarkan gambar perkahwinan? Siap bagi warning esok lusa kalau aku jadi 1st woman siap aku mansuhkan lesen kau. Gila ah si bininya tu.

Aku tahu ni semua mungkin cerita basi yang dah lama bertebaran kat dunia cyber ni, tapi macam biasalah, aku ni slow motion sikit. Lambat tangkap.., blur aje manjang..

Bila aku dah nak turun, pak lebai tu bagitahu aku siapa bekas suami si bininya tu. Ohhhh.., yang baca berita dunia jam 10 tu ke? tak sangkanya aku...

Alaaa.., yang si ismet ghulam raja tu.. **wallahualam, boleh percaya ke pak lebai driver teksi ni?**

Kesimpulannya, aku beritahu kat pak lebai tu, patutlah pun, memang pasangan sama padan la tu.., seorang womaniser, yang seorang lagi busuk hati.., perghhh.., match made in heaven..

yang jadi mangsa, penduduk negara lain, penganalisa politik dan polis polis yang sentiasa di cover wajah diorang, apsal entah. Aku nak jugak tengok dorang tu hensem ke tak.. ekekek..

hai.., lantak koranglah. 4 tahun akan datang aku tetap jugak buang undi. aku sayangkan undi rahsia aku ni, so biar apa pun yang jadi, aku tetap akan jalankan tanggungjawab aku sebagai seorang rakyat yang prihatin.

Tapi kalau yg jadi pemerintah time tu adalah pasangan laki bini matchmade in heaven tu, haiii.., entahlah.., undi aku pegi ke opposition lagi la kot?

Monday, September 15, 2008

i'm waiting with bated breath..

Aku tak pandai bercakap tentang politik. Tak berminat pun, tapi bila membaca beberapa blog yang secara kebetulan terjumpa semasa sedang merayau rayau kat cyberworld pagi tadi, membuatkan aku terfikir sejenak tentang kekalutan yang melanda politik negara beberapa bulan kebelakangan ni.

Bermula dengan kes liwat, kemudian Datin Sri Wan Azizah meletakkan jawatan, kemudian pilihanraya Permatang Pauh, dengan kes Datuk Ahmad Ismail yang seolah menjadikan keadaan agak tegang sedikit dengan kenyataan dia yang agak kontroversi tu, dengan entah apa apa lagi yang akan berlaku selepas ni, dan yang paling aku nak tunggu is 16 sept nanti, meaning esok.., apakah yang akan berlaku esok?

Apakah yang sedang berlaku sekarang? Bila membaca kesemua blog tersebut membuatkan aku berfikir sejenak, dan bertanya kembali pada diri sendiri, adakah betul sokongan yang aku berikan selama ini terhadap Datuk Sri Anwar Ibrahim?

Seperti yang aku tulis awal awal tadi, aku tak pandai tentang politik, jadi mungkin sokongan yang aku tunjukkan nampak seperti membabi buta **oppsss**, ataupun mungkin lebih kepada simpati semata mata, ataupun dengan ayat yang lebih tepat, NAIVE..

Aku memang rakyat yang naif.., tak mengerti apa apa pun muslihat yang tersurat dan yang tersirat, yang aku nampak hanyalah dipermukaan saja, aku tak mahu berenang terlalu dalam kerana takut aku akan berjumpa dengan jerung didalamnya nanti. Aku takut jerung.., jadi ada baiknya aku bermain main dengan air di permukaannya saja.

Sekarang ni pemikiran dan sokongan aku sedikit goyah. Mahu terus berada dibelakang atau pun berundur sedikit dan perhatikan saja apa yang akan berlaku selepas ini. Memang benar apa yang bloggers lain katakan, makin penat dan makin menyampah untuk mengikuti apa yang berlaku sekarang ni...

Ada baiknya aku steer away from all this.., maybe i should shut my mouth.., but.., what's wrong if i want to say something? Aku pun buang undi jugak. I'm not smart but at least i have my own opinion.

How i wish all this drama ended as soon as possible. Tak ada siapa pun get the benefit from all this chaos. Semua akan suffer if something happen to our beloved country.

Maybe in the future, i should think first before aku membuang undi secara membabi buta **oppsss.., again those word ba** pop up in my blog.., many apologize**

Wednesday, August 27, 2008

Sweet victory for DSAI..

Aku ada something to tell.., about Datuk Sri Anwar Ibrahim..

about 10 years ago, somewhere in 1998, aku bekerja dengan sebuah small company run by a malay boss at Menara Cold Storage, Seksyen 14, PJ (or is it Menara Jaya? aku pun dah lupa nama bangunan tu, tapi bersebelahan dengan Jaya Shopping COmplex, Seksyen 14)

One fine day, so happen boss tak masuk office, aku tinggal sendirian. Jadi aku pun as usual melakukan aktiviti meyelongkar bilik boss just to kill time. Selain mengemas bilik dia, mana tahu kalau ada apa apa gossip panas tentang boss yang boleh aku tahu.. for the record, he's a duda with a young daughter.., (masa tu lah, sekarang maybe dia dah re-married)

So, dalam aku melakukan kerja kerja penyelongkaran yang paling tidak berhemah itu.., suddenly aku terjumpa a stack of document tersorok dalam laci meja. Salinan fotostat, tebal jugak, i think adalah dalam lebih kurang 20 lebih mukasurat. The curiosity cat in me tertanya tanya, apa bendanya ni, so aku pun bawak keluar dan baca.

Jeng jeng jeng.., nak tahu apa kandungannya? All the stories about kes Datuk Sri Anwar yang meletup letup soon after aku terjumpa that paper. You should see my face masa baca all that thing.., berkerut seribu dan penuh dengan rasa tak percaya.., penuh dengan ayat "eh, takkan lah, biar betul.., ishhh, tak percayalah.., apa yang dorang benci sangat dengan Anwar ni.." all those kind of reaction..

Ketika itu jugak aku tersedar yang aku lebih berpihak pada Datuk Sri Anwar, tapi at that time belum keluar lagi berita tergempar tu. Habis saja baca kesemuanya, aku simpan semula dalam laci boss dan keluar dari bilik dia. Balik rumah dan hari hari selepasnya, aku terlupakan salinan yang aku baca tu.

Hinggalah that day, hari yang mana satu Malaysia terkejut dengan kes pemecatan Datuk Sri Anwar dan a string of event following after that, baru aku teringatkan apa yang aku baca dalam bilik boss aku earlier. Exactly like what i read.., semuanya terbongkar one by one, tapi yang peliknya, rasa tak percaya yang Datuk Sri Anwar melakukan semua tu makin menebal pulak.

And starting that day.., seorang rakyat picisan seperti aku ni, yang memang tak ada suara kat mana mana pun, dengan keyakinan yang tak berbelah bagi, menyokong dari belakang setiap tindakan Datuk Anwar untuk membersihkan nama beliau. Disebabkan sokongan yang tak berbelah bagi inilah, aku turun membuang undi buat kali pertama pada tahun 2004.

Kalau bukan disebabkan kes "hari ini dalam sejarah" tu, tak ada maknanya aku nak pergi mengundi. Pilihanraya tahun 1999 aku tak sempat mengundi kerana lambat mendaftar, jadi terpaksa menunggu sehingga 2004 untuk aku buang undi yang sangat berharga itu.

Dan akhirnya, selepas 10 tahun, semalam sekali lagi Datuk Sri mengukir sejarah, he's making a come back! Aku rasa siapa siapa yang pernah mengutuk, mencaci, menghina dia sebelum ni, mempermainkan reputasi dia sebagai seorang pemimpin, now you can eat back your words!

Ini baru permulaan. Memang aku percaya, sesiapa yang tertindas, kebenaran akan tiba juga. Mungkin inilah kebenarannya.., atau mungkin ada macam macam konspirasi itu, ini, but.., i just dont care.., aku tetap berkongsi kegembiraan ini. Selamat kembali Datuk Sri Anwar!

My harapan for him is, play it safe this time around.., jangan gelojoh.. when the time is right.., baru bertindak.., suruh pak lah lelah tu bersara aje.. huhu.., and najib? well.., aku tak suka dia.., pun sama jugaklah.., suruh dia bersara aje..

p/s: aku ni tak takut ke tulis macam ni? alah.. blog picisan je..

Friday, August 22, 2008

Pak Lah, Avril and Inul all combine together..

There's two things that i have read yesterday and today yang membuatkan aku a bit teruja to write about it here in my blog. First, it's about the cancellation of Avril Lavigne concert. I'm not quite sure about this, adakah di batalkan ataupun postpone? And then, tentang Pak Lah turun padang untuk melihat sendiri keadaan pengangkutan awam kat KL. Baru je aku menulis tentang sistem pengangkutan awam yang tak ada perubahan, dah keluar cerita Pak Lah turun padang. Itupun dia tak naik bas lagi tu, yang dia tinjau is the train commuter and LRT saja. Cuba kalau Pak Lah naik bas awam, sure dia pun pengsan..

Owh, i have to mention here, i read the story about Pak Lah's on smackdown blog first. Kemudian baru baca melalui akhbar. Tentang pembatalan konsert Avril pula melalui blog klubkidd. Yeah, aku ni lembab dalam bab bab macam ni, that's why bila rajin menjengah blog orang, barulah aku tahu apa yang berlaku disekeliling aku ni.

About that Avril's concert, bukanlah aku ni one of her fan, tak pernah become one pun, just saja je terasa macam nak komen about it. Memang Malaysian terkenal dengan sikap double standard mereka, i think.., sebab memang kalau ikut logik, there's nothing wrong with Avril Lavigne. Dia menunjukkan contoh yang agak baik jugaklah, sebab berkahwin dalam usia yang muda dan tak terpregnant luar nikah ala Ashlee Simpson.., and then she dont do drug..., sexy? hello? what is the definition of sexy? Artis melayu kita tak sexy ke? Nak aku berikan contoh? Tak payahlah.., dah terang lagi bersuluh!

Sometimes, aku rasa pihak berwajib ni suka ambil serius benda yang remeh, tapi bila bab yang betul betul serius, dia buat sambil lewa aje. Konsert Inul mereka batalkan aku setuju, sebab kita dah terlalu memanjakan sangat artis Indon, so no big deal.., lagipun there's nothing special about Inul other than her goyang gerudi.., and orang Indon pun kalau nak sangat tengok konsert Inul, pergilah balik Indon sana, buat apa sibuk suruh bawak dia ke sini. Dangdut tiada tempat kat sini.., to me dangdut dah mati since the disappearance of Amelina a few years back. Tak payah lah ada pihak cuba nak hidupkan balik muzik kelas bawahan tu. Membuang masa dan tenaga because dangdut hanya digemari oleh golongan tua dan lelaki gatal miang saja.

We want more of local talent please! Enough of that Datuk.., i'm tired of her already.., give me Yunazarai on mainstream please...., kalau tak pernah dengar this name, go find her on youtube. To me, she's really something, except that she's wearing a tudung. That's why tak ada orang nak expose her talent. Check her channel here

I know there's a lot of talented people out there, tapi tak ada siapa nak ambil peduli maybe because they lack of something..., macam rupa tak cantik ke, or maybe the genre yang mereka bawa kononnya tak suits with what malaysian want to hear ke.., but i think pendengar sekarang dah tak kisah dengan whatever genre pun, unless kalau diorang tu kampung sangatlah.., yang tak pernah dengar apa itu INTERNET?!! hello.., wujud lagi ke kampung yang macam tu? Aku rasa mana mana kampung kat Malaysia ni mesti ada at least sebuah cyber cafe yang paling cikai pun.

Dont underestimate we malaysian listeners lah! Enough of shits yang we all hear everyday. Indon band? puhleeezzzzz..., dah muak dah. That Datuk? Better retired ajelah..., dah nak buat world domination la pulak dengan bringing all the siblings into the showbiz.., boringggg!!!!

Nak tahu what i want? Aku nak someone like Duffy and Amy Winehouse versi Malaysia. I want Coldplay versi malaysia.., not wannabe tapi talent like them. Oh ya, i like that new song by M. Nasir duet with Malique, Mentera Beradu. Tengok here

Macam tulah baru sebuah lagu yang berkualiti dan unik. Bila dah lama tak mendengar masterpiece terbaru dari M. Nasir, sekali dia keluar.., hasilnya.., pergh.., superb.