Showing posts with label life upside down. Show all posts
Showing posts with label life upside down. Show all posts

Tuesday, August 2, 2011

Happy Ramadan.

Yeah, it's the month of Ramadan, once again.

It's the month of cleansing one soul and at the same time, it's food galore month! Yeah, bazar ramadan overloaded during this one month.

So, how's your Ramadan so far?

Friday, July 22, 2011

Have you ever?



Watched the one you loved sleep? How serene and peaceful his face are while sleeping. Sigh. Once, I got a chance to see him sleeping besides me. That is one unforgettable moment. To see his face clear from any worries, any problems and any emotions.

Plus, I could see a man that he truly is. I could see his fine lines, his wrinkles and his eyelashes. Hihi.

Haih, I missed him.

Friday, April 1, 2011

Life has been so good to me lately.

Hello again.

Yeah, as usual, once in a while I'll drop by here to write something.

Life's been good lately. Full of colors and flora and fauna and everything beautiful.

I just hope that this will last. Or if it not long lasting, I will try to enjoy every moment of it. I know it wont last, so better enjoy while you still can. ^_^

Good things happen to those who wait.



Wednesday, January 12, 2011

Story about ever lasting love.

Agak janggal mahu menulis dekat sini.

Tempat ini sudah seperti tempat persembunyian, dan tempat paling selamat untuk meluahkan rahsia hati yang paling dalam.

Seolah sebuah tempat yang orang tak tahu, dan aku merasa selamat untuk meluahkan apa saja. Maybe. Tak tahulah selamat atau tidak, tapi peduli apa. Asalkan aku tak menulis tentang hal orang, aku cuma menulis tentang hal aku sendiri.

Aku mahu menulis tentang orang ini. Orang yang selalu aku ceritakan selama ini, tapi tak pernah jelas siapa orangnya. Kali ini aku secara terang terangan akan meletakkan gambar dia.



This is En. Mat. Eh, apa nama untuk dia yang aku gunakan dekat sini ya? Entah, aku pun dah tak ingat, sebab dah lama sangat aku tak membuat posting dekat sini.

Dia datang ke KL sempena sambutan tahun baru dan juga my birthday, yang ke 37 tahun. Huhu.., aku dah tua. 37 uols!! Bukan 27 oke!

Tinggal lagi 3 tahun saja sebelum aku secara rasminya akan bergelar "makcik" atau "auntie" nama glamor nya. Eh, bukan sekarang pun dah makcik ke? Ya lah, makcik lah.

Entry ni sebenarnya bernada sedih, bukan happy, tapi entah camana boleh terkeluar nada "happy" pulak. Hmm.., happy ke? Entah. :(

Kenapa pula sedih? Sedih sebab banyak perkara bermain dalam fikiran. Antara lain yang mengganggu ialah tentang betapa lamanya perhubungan ni, tapi entah sampai bila ianya akan berakhir. Dan "berakhir" tu pun, tak tahu dalam bentuk apa. Berpisah ataupun berkahwin? Entah.

Macam tiada arah tujuan saja. Aku pun dah tak tahu apa yang perlu dilakukan lagi. Keluar saja daripada hubungan sia sia ni? Atau bersabar dan bertahan? Sampai bila? Sampai umur dah masuk 45? 50? 55? 60? By that time, ada lagi ke lelaki yang mahukan aku? Huhu.., bertuah badan kalau ada yang masih mahu. :-P

I love this guy. A lot. So much. With all my heart. Lalu apa masalahnya? Masalahnya dia kelihatan seperti tak bersedia dan seperti masih ada perkara lain yang mahu dikejarnya. It's not about another woman, it's his dreams. Dia mahu stabil kan hidupnya terlebih dulu. Tapi masa yang diambil untuk menstabil kan hidup dah terlalu lama, dah 7 tahun! Sampai sekarang masih tak stabil lagi.

Aku dah tak punya kekuatan untuk memulakan semula, to built a relationship from zero. Jadi, aku akan tunggu saja, walaupun aku tak nampak apa yang aku tunggu tu. **sad**

Urgh.., kalau boleh nak memulakan sesuatu yang baru, di tempat yang baru, supaya boleh lupa semua ni, dengan mudah. Tak mahu lagi berada di Kuala Lumpur. Kalau boleh mahu ke London. Huhu. Berangan!

Aku tahu masalahnya adalah diri sendiri. Aku tak yakin mampu bersendirian, dalam usia begini. Dalam usia orang lain dah mengendong anak, aku masih mengendong beg saja. Jadi aku pasrah menjadi penunggu. Tragik, bukan?

Dan lagi, dalam usia begini, cinta bukan lagi sesuatu percubaan dan cuba lagi. Nope. Dalam usia begini, aku mahu ianya kekal. Tapi entahlah. Ouch.., my heart. :(

Saturday, July 24, 2010

tentang manusia..

Susah bukan untuk memahami manusia?

Ada banyak mahu, banyak ingin, banyak minta, banyak segalanya.
Aku juga banyak mahu, banyak minta, banyak macam macam.

Aku cuma rasa ketidak adilan, maka aku suarakan. Tapi pada orang, mereka nampak aku seperti dengki dan busuk hati.

To be honest, disebabkan aku ini manusia yang hina dina, dan bakal berdosa kalau aku nafikan, memang benar, ada sekelumit cemburu dalam hati. Aku manusia biasa.

Dan dalam masa yang sama, aku rasa ianya tak adil kerana aku rasakan aku juga memiliki sesuatu.

Sigh.., inilah yang aku katakan banyak minta, banyak ingin dan banyak mahunya manusia. Aku insaf. Ampunkan aku wahai Pencipta Sekian Alam.

Beginilah jadinya kalau sebelum ini, aku bukan begini, dan hari ini aku jadi begini. Ini bukan aku. Aku bukan jenis yang akan bertindak kalau aku mahukan sesuatu. Tapi kali ini, aku tak tahu dari mana datangnya semangat untuk melakukan sesuatu, untuk mendapatkan apa yang aku ingini.

Ini sifat baik, atau buruk? Aku tak tahu. Mungkin bergantung kepada situasi, dan niat, barangkali.

Apakah niat aku? Aku tak tahu. Mungkin untuk mendapatkan keadilan? Tapi manusia tak pernah adil, itu kata seseorang, yang ADIL hanyalah Tuhan.

Aku tahu tindakan aku tiada justifikasi. Aku hanya mengikut hasutan iblis. Itu, aku faham benar.

Aku hanyalah manusia yang lemah. Maafkan aku.

Thursday, July 1, 2010

Hello July!

2010 kian menghampiri penghujung, selepas July, bulan Ramadan bakal menjelma, selepas Ramadan, Hari Raya Aidilfitri pula.

Sigh.., betapa pantasnya masa berlalu, tapi aku tetap begini juga, tiada perubahan.

Hujung tahun nanti, genap usia aku 37 tahun. Urghhh.., dah tua! **garu kepala**

Tinggal lagi 3 tahun sebelum aku berpindah ke usia 40 tahun.

Selepas tu, apa?

Bujang terus atau melangkah ke alam perkahwinan?

Huh! Mahu berkahwin kalau masih mengangankan pemain bola sepak? **ketawa**

I don't know.

I need to find myself.

My real self.

Tuesday, June 29, 2010

My social life schedule..

Rasanya macam agak sibuk untuk dua minggu ni.

Hari Sabtu ni kalau tak ada aral melintang, mungkin aku akan menyertai gathering warga forum Mysembang yang akan berlangsung dekat Serdang, dan minggu depan ada bengkel perkahwinan EH! pula, yang bakal diadakan dekat sebuah hotel di Subang.

Kemudian, aku sedang dalam merangka plan untuk bermain bowling dengan kawan kawan sekolah, sebelum bermulanya puasa nanti.

Urghhh.., banyak sangat aktiviti, tapi duit pulak tak ada.., adoiii..

Nak bershopping lagi.., nak beli make up lagi.., urghhh!!!

Saturday, June 26, 2010

What with the ORIGINAL brand?

Adakah engkau seorang brand conscious?

Kalau ya, usah baca blog ini. Blog ini adalah kepunyaan seorang wanita yang tak berapa brand conscious walaupun dia suka bergaya dan sukakan fashion.

Kalau engkau adalah orangnya yang saban hari mencanangkan "aku beli beg LV ori dekat butik bla and bla.." then maaflah, I'm not your friend. Aku ni miskin hina aje. Tak mampu nak beli ORIGINAL, tapi kalau imitation, ya.., aku mampu.

Prinsip aku mudah. Latar belakang aku bukan dulang emas. Arwah ayah dulu berhempas pulas memberi kami makan sesuap nasi, dan tradisi berhempas pulas tu berterusan sehingga kini, di mana aku pula menggalas tugas berhempas pulas menyara hidup sendiri. Kalau dulang aku adalah dulang emas, aku yakin hidung aku tinggi juga. Aku manusia lemah, masakan tak tinggi hidung aku kalau aku mampu menggalas designer bag berharga ratusan ribu ringgit.

Aku juga seorang yang practical. Aku tahu aku tak mampu, walaupun aku cuba sedaya upaya untuk memampukan diri, tapi tetap tak mampu juga, lalu jalan penyelesaiannya hanyalah, let's robbed the imitation bag! It's affordable plus the quality also almost the same, walaupun sudah tentu harga "bongkak"nya tak sama dengan yang ORIGINAL.

Yup.., aku terbakar hati dengan golongan ini. So? Aku suka beli barang imitation, then what? Aku minta duit kau kah? Kau kena bayar ke harga yang aku beli tu? Jatuh kah harga diri aku kalau aku mengakui "alah, ni bukan beg ori, ni yang kelas AA aje, bolehlah daripada tiada"

It's all up to the person. Aku jenis tak kisah. Asalkan kena dengan taste aku dan aku bijak menggayakannya, then why not? Kalau nak tunggu duit menggunung baru nak carry beg original jenama Jimmy Choo, then aku rasa sampai kucing bertanduk pun **aku rasa kucing dah pun bertanduk** memang aku tak merasa.

Aku pun jenis sedar diri juga. Aku bukannya comel sangat macam Siti NurHaliza sampai nak berangan mengorat Datuk tua tak sedar diri semata mata kerana mahu memenuhi keinginan to carry designer bag original.

Kalau perempuan lain tak mahu mengaku beli barang imitation, aku dengan jujurnya mengakui, aku suka barangan imitation. Aku mampu hanya barangan tiruan. Kalau second hand pun aku rasa aku mampu, considered the price below RM500. Tapi kalau second hand, harga masih sekitar RM500 keatas, then aku angkat tangan tinggi tinggi dan berundur setapak ke belakang.

Perlahan aku pusing dan larriiiikkkkkk......

Aku hanyalah seorang perempuan simple, suka melawa tapi tak keterlaluan sangat, suka bergaya tapi masih melihat kemampuan diri. Aku tak harap ada lelaki menabur duit pada aku. Aku dah terlalu lama berdiri atas kaki sendiri, membuatkan lelaki yang menayang duit depan mata aku, aku dah tak hairan.

Cuma yang membuatkan aku hairan, bila ada perempuan yang suka memandang rendah pada perempuan yang lain. Itu.., aku cukup hairan.

Friday, June 25, 2010

No update for today.

Sebab gwe malas.

Idea ada cuma time tarak. Kena curik masa kalau macam ni.

Mood kembali oke. Thanks to him. and Him above there.

Itulah.., kalau bergaduh dengan him memang boleh bikin upside down hidup gwe. Benci, tapi itulah asam garam perhubungan. **sengih**

So.., now that I'm okay, meaning tentu ada banyak idea kan?

Ya.., ya.., idea ada banyak, kan tadi dah cakap? Cuma masa aje tak ada. So.. tunggu, oke?

Thursday, June 24, 2010

I never told you...

That I really love you.

**sigh**

Aku tahu aku suka menyakitkan hati, dan tak pandai mengambil hati.

But did you know that deep inside me, there is love for you?

Bila semua ni berlaku, aku juga merasai kesakitannya?

Dah beberapa hari kau dingin, dan kau fikir aku happy?

Hari ni aku membuat keputusan tak mahu akur dengan kebiasaan, aku mahu ubah kebiasaan, sebab aku mahu belajar TANPA kau.

Aku kena pandang ke depan, bayangkan seorang diri saja. Semuanya hanya kerana kau DINGIN.

Aku sudah minta maaf, tapi mungkin segalanya sudah terlambat. Mungkin keadaan dah tak sama.

Hati sudah pecah berkeping keping, bukan?

Wednesday, June 23, 2010

What with the saying about...

Perempuan yang berumur 30'an ke atas, kalau tak berlaki lagi, dia memang masuk angin kepala asap?

Why? Sebab dia tak dapat sex? So? Dia kegersangan? Then? Sebab tu dia naik angin kepala berasap?

I hate that anggapan yang tak berasas.

So how about lelaki yang dah bertahun tak dapat? What you call them? Owh.., lelaki tak ada panggilan apa apa, lelaki oke oke saja. Huh!

Tuesday, June 22, 2010

Cuts Like A Knife...

Na na na na na na naaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....

Huhu.., layan lagu Bryan Adams sekejap.

I'm back! This time for good. I'm just fed up with being left behind. I want attention people! Gimmeeeeee the attention I wannnnntttttt!!!!!!!!!!!!!!!!

Okey, done. I know I won't get the attention here, so be done with this attention seeker thingy.

Aku still belum recover daripada pertelingkahan panas tempohari. Dan aku tahu dia pun sama. Masing masing masih ada lahar yang berbaki dalam hati. Aku hanya beritahu apa yang aku rasa dan perlukan. Dan sekarang kau dah tahu, apa tindakan kau selanjutnya, it's up to you.

Aku tahu aku salah sebab aku meluahkan dengan cara yang amat menyakitkan hati, tapi benda dah berlaku, aku nak menyesal pun tak berguna lagi.

Kesilapan terbesar aku, by mentioning nama NAIM. Kau tahu dia punya berapi kepala bila aku dengan sengaja, dengan niat nak mencurah minyak ke atas api yang sedang marak, menyebut nama budak hingusan tu.

Aku peduli apa? Kau yang tak mahu faham apa kehendak aku.

Aku rasa semua orang tak faham dan tak tahu apa yang aku mahukan.

Baik, I'M YELLING OUT LOUD NOW!

I WANT YOUR ATTENTION! I WANT ATTENTION. PERHATIAN. PERHATIAN. HEY, LOOK AT ME, I'M HERE.

Itu pun susah nak faham ke?

Thursday, January 28, 2010

Hati Pecah

Agak lama tidak menaip di sini.

Selalu masuk, tapi malas menaip. Hanya untuk membaca blog kegemaran saja. Boleh kata tiap tiap hari log in, cuma entah, mood dan desire untuk menaip di sini seakan tiada.

Di sini sunyi, tapi selamat. Disana sesak, dan agak tak selamat untuk meluahkan kata kata sanubari yang agak kacau bilau. Sejak awal tahun lagi. Bukan, sejak hujung tahun.

Kadang kadang terasa diri ini sangat lemah. Lemah dalam memilih, menghitung dan mengambil keputusan yang dirasakan tepat. Keputusan sudah ada dalam genggaman, cuma tiada keberanian untuk membukanya dan untuk membacanya, dan untuk menerimanya dengan hati yang terbuka.

Keputusan selalu goyah. Sekejap turun, sekejap naik. Sekejap confident, sekejap tak confident.

Dalam fikiran selalu terbayangkan imejan hidup tanpa dia yang agak kabur. Susah untuk gambarkan hidup selepas dia. Dan untuk kembali kepada hidup sebelum dia, adalah sesuatu yang agak mustahil.

Selepas beberapa lama, terasa seolah segalanya sudah tawar dan hambar. Sudah mencuba sedaya upaya untuk tidak menjadi perempuan yang baran, perempuan pendesak, perempuan cengil **tak pasti adakah ini perkataan yang tepat** tapi sebarang perubahan tak menjanjikan kepastian.

Semalam berubah, hari ni kembali ke asal. Dia juga begitu. Entah sampai bila mahu berubah, kembali ke asal, berubah, kembali ke asal, berubah dan kembali semula ke asal.

Letih sudah.

Hati sudah jelak, tapi diri tiada keyakinan.
Hati sudah rabak, tapi upaya tiada.

Hidup dengan dia tak mahu, hidup tanpa dia juga tak mampu.

Mahu longlai langkah kalau tanpa dia. Dan mahu pecah bernanah kalau kekal dengan dia. Lalu bagaimana?

Sunday, December 27, 2009

BODOH YANG MELAMPAU!

Aku terpaksa jadi bodoh untuk ini. Terpaksa jadi bodoh untuk membuat pilihan yang aku tak tahu nak putuskan mana satu.

Perkara ni dah berlarutan lama sangat. Terlalu lama sampai ke satu tahap aku dah naik menyampah dengan semua ni.

Menyampah sangat sangat. Aku rasa ada baiknya aku bersendiri aje.

Bersendiri lebih baik dari berdua dengan orang yang tak pernah berubah, atau sekurangnya cuba berubah.

Tak habis, akhirnya aku juga yang salah.

Aku juga yang selfish?

Aku juga yang tak seperti perempuan lain?

Aku saja perempuan yang tak pernah hormat dia?

Kemudian, bagaimana dengan perasaan aku?
Bagaimana dengan apa yang dah aku lakukan sebelum ini?
Aku dah cukup jadi BODOH kerana ..., urghhhh....., apa apa sajalah.

Aku bosan.

Monday, November 9, 2009

Mahu nasihat? usah cari aku, kerana aku jenis yang akan menyebarkan kemudiannya dalam blog peribadi.

Apa yang aku tulis ni, kadang kadang lebih kepada meluahkan rasa tak puas hati aku terhadap apa yang berlaku disekeliling, dan dalam masa yang sama ianya seolah peringatan supaya setiap apa yang terjadi, tetap aku ingat sampai bila bila, dan kalau berlaku lagi perkara yang sama di kemudian hari, aku tahu apa yang patut di lakukan.

Bukan niat dihati nak mengumpat, atau menyindir, ataupun membuka pekung orang, cuma kadang kadang sebagai manusia yang lemah, aku terfikir, kenapa manusia ni bermacam ragam kerenah dan kelakuan?

Aku ini lemah, sebab itu aku marah. Tapi aku cuba kawal kemarahan. Aku tak mahu berkata sesuatu seolah menunjukkan aku ini hebat, mungkin benar tahap pemikiran orang tak sama. Mana mungkin aku boleh pengaruhi orang supaya mengikut cara aku. Dan aku juga tak akan ikut cara orang.

Aku punya cara pemikiran sendiri, dan orang lain punya cara pemikiran sendiri.

Tapi kalau dah meminta pendapat aku, sudah tentu aku berikan pendapat mengikut apa yang aku rasa, bukan apa yang dia rasa, sebab aku tak dapat rasa apa yang dia rasa, aku cuma mampu dengan segala upaya yang aku ada ini, merasai perasaan sendiri.

Lalu itulah yang aku berikan, pendapat yang mengikut rasa sendiri. Nak ikut, ikutlah, tak nak ikut, terpulang.

Tapi aku ini orangnya lain. Aku dah berikan pendapat, sedikit sebanyak aku mahu mereka mengikutnya. Aku mungkin jenis yang perasan bagus. Agaknyalah.

Kalau tak mahu ikut, lain kali jangan tanya pendapat aku. Ataupun bercerita pada aku. Aku ini lain.

Lepas tu aku menyampah dengan jenis yang dah bercerita, lalu aku lakukan sesuatu tapi kemudiannya, dia memberi amaran pula kalau berlaku sesuatu yang tak baik selepas itu.

Ah.., bencilah aku dengan jenis yang macam ni. Lain kali jangan bercerita dengan aku kalau akhirnya aku yang kena tanggung. Faham?

Saturday, August 1, 2009

confession of a dangerous mind..

I'm thinking of writing something here.
Something serious about my past. Tapi kena cari kekuatan dan masa yang sesuai.
Something to do with my late brother.

When he's gone, i've felt some of my burden gone with him. Which is good. Very good.

The secret is about to reveal itself. Maybe it's time for me to come clean with my past. I'm thinking about telling mom about it, but maybe not now, maybe i should wait a little bit longer. I don't want to upset her with the revelation.

It will break her heart into thousand pieces. Plus.., it's her son. Her flesh and blood, my brother.

I have carried the burden all along the way. It's heavy, it's making me an alien, because i feel so sad and confused, it make me feel very low about myself.

And the sad thing is, it makes me the way I AM today. It's not good. NOT GOOD.

But then, if let say i tell mom, how will she react? Will she tell the rest of my siblings? What will happen then? Will the secret bring us more closer than before or it will tear us more apart?

Or, maybe i just let go all the things and start anew? But, i need to let it out. I HAVE TO.

Please. Please. Please. Just once. Make me happy.

Monday, July 27, 2009

Salin baju.

Kadang kadang, rasa malas nak buat apa pun. Kalau buat pun macam tak ada respon. Macam bercakap dengan dinding. Tak ada perasaan ke apa mereka ni?

Bosan ah.

Tapi tak apa, just luahkan saja dekat sini. Sini, aku boleh salin kulit, salin baju, dan salin apa saja sekalipun yang aku nak salin.

Tapi malas, sebab aku tak mahu jadi begitu. Aku tahan saja. Mesti tahan, kalau tidak di kata apa apa saja nanti.

Masalahnya, aku ni manusia pendengki. Dengki amat! Ya.., itulah aku.

Tuhan, ampunkan sifat dengki aku ni. Tolong cuci dengki ini bersih bersih.

Subhanallah. Walhamdulillah, Wallailahaillallah, Allahuakbar. Allahuakbar.

Amin.

Friday, July 17, 2009

pelakon terbaik.

Sekarang, aku rasa ada baiknya aku seimbangkan penulisan dekat sini dan juga dekat forum. Aku terlalu fake lately. I mean, i'm not being 100% myself setiap kali aku taip entry dekat forum. Perghh.., macam perempuan naive. Konon!!

Di sini, aku rasa aku boleh, dan akan kembali menjadi diri aku sendiri. Maksud aku, kenapa aku terlalu berusaha sangat untuk di lihat baik? For what? Nama? Di kenali ramai? Ya lah tu. Palsu belaka. Lakonan yang hebat anne. Sangat hebat!

Disebabkan terlalu banyak yang aku pendam, lihatlah, sekarang aku rasa macam nak meletup tahu. Kalau aku ikutkan sangat letupan gunung berapi ni, mahu segalanya akan terhambur keluar.

Gadis sopan, konon. Berhemah, konon. Humble, konon. Hah.., benarkah?

Sedangkan aku rasa macam mahu carutkan saja segala apa yang aku tahu tentang mereka mereka itu. Aku dah mencuba sedaya upaya untuk tidak mahu mengambil tahu, atau buat buat tak ambil tahu, tapi ianya sangat membebankan, berlakon menjadi naive, menjadi gadis sopan, menjadi seorang yang penuh hemah. Pftftftt...

Memang benar akan ungkapan yang mengatakan, dalam dunia cyber ini, kau boleh jadi sesiapa yang kau mahu. Jadi naive, sudah. Jadi slut, juga sudah. Apa lagi?

Memang benar aku sudah hampir meletup kini. Bukan mudah berlakon sebenarnya.