Saturday, April 9, 2011
Sucker Punch
Thursday, January 22, 2009
No more Cleo, hello Women's Weekly..
Aku sedang mengubah bahan bacaan bulanan aku. Aku dah berhenti membaca majalah Cleo, dan beralih ke majalah Women's Weekly. Aku perlu berhenti membaca majalah yang hanya sesuai untuk mereka yang dalam lingkungan 20an hingga awal 30an. Aku dah mid thirties, jadi kena sesuaikan bahan bacaan dengan umur yang kian meningkat.
Memang sebelum ni pun aku dah perasan akan kewujudan majalah Women's Weekly tu, tapi aku tak berminat nak membacanya sebab aku fikirkan "alah untuk perempuan yang dah berkahwin sesuailah kot? aku single lagi, baik baca Cleo ajelah".
Aku membaca Cleo dah lama, sejak dari tahun 1996 lagi. Dah berapa orang editor dia bertukar, tapi aku tetap setia membacanya setiap bulan tanpa gagal. Untuk berhenti membaca sesuatu yang dah begitu sebati dalam diri, agak sukar juga aku rasakan. Bayangkanlah, dari tahun 1996 aku tak pernah bercerai dengan Cleo, tiba tiba awal bulan ni aku tekad tak mahu baca, agak nanar jugak aku jadinya.
Tangan aku gatal aje nak beli, tapi akal aku kata "jangan, berhenti beli sebab dah tak relevan dengan usia aku".
Jadinya, bahan bacaan aku berkurangan bulan ni, yang tinggal hanyalah InTrend, EH! dan Cosmopolitan saja. Tak boleh jadi ni sebab tak ada majalah berbahasa inggeris, nanti aku jadi makin kurang fasih pulak. Mana cukup dengan membaca paper The Star saja.
Aku sebenarnya tak tahu nak memilih antara Marie Claire, Women's Weekly ataupun OK!. OK! mungkin terpaksa dilupakan sebab ianya merupakan majalah berunsurkan hiburan. Aku mahukan majalah yang berunsurkan kewanitaan dan memaparkan isu tentang wanita. Jadinya, aku belek belek Women's Weekly kat 7-11 tadi, aku kata "maybe majalah ni boleh la kot? macam best je, sebab ada resepi".
Itu pun antara sebab kenapa aku berpisah dengan Cleo. Aku mahu mula belajar memasak. Abang pun dah lama suruh aku belajar masak dan suruh aku baca majalah Mingguan Wanita, tapi aku agak kurang gemar dengan Mingguan Wanita. Tak tahu kenapa, bukan sinis dengan majalah berbahasa melayu ni, tapi aku memang dari dulu lagi tak berkenan. Aku kurang gemar membaca kisah cerai berai dan kisah penderitaan wanita.
Nak beli majalah Cosmopolitan versi antarabangsa, harganya agak mahal. Lain lah kalau beli yang backdated, tapi itupun tetap mahal harganya, dalam belas belas jugaklah. Sedangkan Glam yang berharga lingkungan RM10 tu pun aku tak mampu nak beli, inikan pulak Cosmopolitan edisi backdated yang harganya dalam RM13. Berangan sajalah aku nak melanggan Cosmopolitan.
Jadi, lepas ni, kalau ada sesiapa yang merasa masakan aku, janganlah segan segan ya. Mana tahu, lepas baca 2-3 keluaran Women's Weekly, aku terus jadi pandai memasak pulak.
Wednesday, October 8, 2008
ciplak dan Jason Mraz.
Kerja tak ada. Hari hari macam ni saja. Makan gaji buta dan menghabiskan duit pejabat dengan selalu online internet, tapi boss pun sama. Dia pun tak ada benda nak buat, dia akan main minesweeper. Hehe.., boleh percaya ke seorang boss main game minesweeper? Boss aku main game tu.
Bukan nak kata tak ada kerja langsung. Cuma mungkin sales belum nak masuk. Ingat hari hari ke orang nak beli property? Jadi kalau dalam sebulan tu dapat buat sales dalam 30k or 40k komisyen saja, dah kira ok. Nak nak lagi dalam keadaan US bukan lagi gergasi ekonomi dunia sekarang ni. Aku tak tahu bagaimana kesannya terhadap ekonomi Malaysia, tapi apa yang pasti, semua orang akan menggunakan alasan yang sama, "ekonomi meleset maa.."
Dalam fikiran aku ni berkecamuk dengan 1001 macam kisah manusia yang aku baca hampir setengah hari tadi. Setiap orang ada kisah dan pendapat tersendiri yang kadang aku rasa, eh.., kenapa sama dengan gaya pemikiran aku pulak ni? ataupun "hmm.., bagus betul dia ni, macam bijak pandai aje"
paling tidak pun aku hanya akan klik, baca sebaris dua, kemudian kata "ah, boring, tak best, cari blog lain pulak"
Dalam pada klik-klik blog orang, terjumpa link ke blog Jason Mraz. Aku rasa macam terjumpa lombong emas. Excited. Aku memang peminat Jason Mraz. Bukan setakat lagu lagu dia, tapi penulisan dia juga.
Dulu dulu, masa aku ada myspace, selalu juga aku baca blog Jason Mraz dan siap ada link terus ke blog dia. Tapi sejak myspace dah tutup, tak terlintas pulak yang Jason ada blogspot. Aku rasa entry kedua blog dia ni sama saja. Just copy and paste. Tapi aku tak kisah. Yang penting gaya penulisan Jason Mraz memang sangat menarik.
He choose his word precisely. Nicely put. kadang kelakar. Kadang menyentuh perasaan. kadang membuat orang berfikir.
Aku cukup jeles dengan penulis yang boleh menimbulkan pelbagai perasaan dalam diri orang yang membaca. Ada a few blog yang mana penulisnya sentiasa membuat aku berperasaan bercampur baur. sedih ada. jeles ada. Happy ada. termenung sejenak pun ada. ketawa seorang diri pun ada. mereka ini orang orang yang berbakat. aku jeles. dan aku kagum.
sampai aku lupa yang aku pun ada blog sendiri. kagum sangat dengan blog orang, aku abaikan blog sendiri. kesian blog aku ni..
+ + + + +
see.., aku dah tak tahu nak tulis apa. asyik teringat entry orang. nanti cerita yang aku tulis sama pulak dengan cerita orang. tak apa. rilek dulu. aku tak mahu plagiat dah.
cukup sewaktu sekolah menengah dulu aku plagiat karya penulis tersohor. untuk kelas sastera. aku sangkakan Puan Fatimah tak akan tahu yang cerpen aku tu adalah hasil ciplak. Rupanya aku tersilap. Heh, dah nama pun guru sastera, of course la dia aware dengan setiap cerpen student dia. Pulak tu bukannya Puan Fatimah tu tak membaca. Dah tentu tentu lah dia baca setiap buku teks kelas sastera, novel novel ataupun antologi cerpen.
malu aku. bila cerpen yang aku hasilkan tu kononnya paling best daripada yang lain, rupanya dapat markah bawah paras lulus. padan muka aku.
Nak tahu cerpen siapa yang aku ciplak tu. Tajuknya "pengembara senja" hasil tulisan Nora. Apa yang aku tahu dulu Nora pernah menulis dengan majalah Anis, tapi sekarang aku kurang pasti.
Aku memang suka juga membaca tulisan Pak Nora ni. Tulisan dia banyak ke arah keagamaan. Banyak kiasan.
Aku rasa aku patut tulis surat kepada Pak Nora untuk meminta maaf kerana menciplak hasil tulisan dia. Walaupun benda ni dah lama. tapi aku rasa bersalah. tak beretika rasanya.
+ + + + + + +
Sekarang ini pun aku terasa seperti aku dah terikut ikut dengan gaya penulisan orang. Heh, tak ada identiti sendiri. Sekejap macam tu, sekejap macam ni.
Mungkin aku patut berhenti baca blog orang, untuk mengelakkan dari terpengaruh. Tapi nanti rasa macam tak best pulak.
apa apa ajelah.
Friday, August 15, 2008
Thursday, August 14, 2008
what i want my bf to wear
abang, okay tak style yang sayang pilih ni? **minta maaf ya kalau ada yang nak termuntah tu, sebenarnya ini blog sharing is caring pasangan berchenta ni.., huhu**
style ni susah payah sayang carik tau! Abang tau kan sayang minat kat Jim Sturgess ni, so, how about it? Dapat approval tak dari abang? Kasut tu sayang tak tahu nak choose mana satu, so sayang letak aje sekali dua, haaa.., sayang tahu, abang mesti suka leather strap tu kan?
Kalau abang pakai macam ni kan, and then pergi pulak tengok wayang kat tempat crowded, ataupun just jalan jalan je dengan sayang, for sure sayang kena kepit abang kuat kuat, kalau tak.., dah tentu mata mata feline gatal miang kat luar sana tu menjeling kat abang macam nak terkam aje. **Jangan marah, abang aku ni memang kacak orangnya, memang menjadi pojaan hati anak dara rindu yang perasan.., huhu, not me okay, aku maksudkan orang lain**
Kalau abang dress up macam ni kan, Jim Sturgess pun angkat tangan surrender.. huhu..
P/S : abaikan saja entry merapu yang penuh dengan rasa perasan ni.., saja tengah tak ada kerja, jadi kepala otak berangan aje depan pc ni
Wednesday, August 13, 2008
lonely
Polyvore.com nubies.., new born, budak baru belajar. Tak unik. Banyak lagi yang unik dan one of a kind. Cepat. Pergi ke polyvore.com
Buat apa saja kat sana. Your own style, your own graphic, macam aku, wannabe.. huhu..
Nampak macam best, memang best pun kalau into art and design. Definitely my cup of tea, err no.., coffee..
one of the artwork. Nice. Jealous giler. Bila aku nak master macam ni?
Wednesday, August 6, 2008
Jojos Fashion Show games..
Rasa macam fashion designer pulak bila bermain dengan game ni. Secara kebetulan aku mengenali game ni kat ofis. Mungkin boss kat sini memang memberi kebebasan pada agent agent mereka untuk melepaskan lelah sambil bermain games. Jadi aku pun menyelit sekali lah.. huhu..,
Aku belum berkesempatan untuk bermain kesemuanya, sebab setiap level mewakili hampir kesemua kota fesyen seluruh dunia, bermula dari New York, kemudian ke kota London, dan banyak lagilah, aku tak ingat sangat. Disebabkan game sebegini berkait rapat dengan dunia kewanitaan, that's why i really like this game. Tak macam game perang perang, game fantasy yang lain lain tu, pening kepala aku nak mencubanya.
Tapi kalau game Mafia Wars yang ada dalam facebook tu, **ini kisah dulu, sewaktu aku masih memiliki akaun facebook, sekarang dah tak ada**, memang aku suka main, sebab simple and easy to move up to another level. Just kumpul duit, kumpul family members, then fight sikit sikit, masuk bath centre untuk menambah energy, ataupun admitted to the hospital untuk menaikkan health status, perghhh.., memang simple habis.., aku pun rasa enjoy dengan game sesimple tu..
At least, bila aku ada hobi baru bermain game macam ni, tak adalah aku rasa bosan sangat nanti di ofis baru.., dahlah aku seorang saja staff disana nanti. Hadoiiiii....