Showing posts with label tentang kerja. Show all posts
Showing posts with label tentang kerja. Show all posts

Monday, April 13, 2009

Piano Sonata in E Minor

Aku tak tahu pun bahawasanya pengalaman berdepan dengan situasi yang menghampiri kepada putusnya sesebuah perhubungan tu sangat menyakitkan dan mengerikan. Oke.., mungkin aku menggambarkan situasi tu agak keterlaluan, tapi kalau boleh aku tak mahu laluinya sekali lagi.

Ada banyak punca putusnya sesebuah perhubungan tu, kan? Ada punca yang agak serius, seperti kecurangan ke, berubah hati ke, ataupun mungkin perasaan tu pupus secara tiba tiba. Pelik ke kalau tiba tiba rasa cinta kita terhadap seseorang itu pupus tanpa sebab? Tak pelik, sebab aku rasa ada banyak sebab kenapa tiba tiba ianya terhakis dan makin berkurangan.

Dalam hubungan kami, puncanya ialah kerana minat aku melayari internet.

Jangan gelak! ini serius.

Hanya kerana aku register semula akaun facebook menggunakan nama lain, maka ianya menjadi satu kesalahan yang sangat besar.

Oke.., aku faham. Tak semua orang boleh menerima kenyataan yang pasangan dia meminati atau menggemari aktiviti tanpa melibatkan dia. Aku membuka semula akaun Facebook disebabkan permintaan kawan kawan forum. Yang meminta pun bukannya lelaki, tapi kenalan perempuan. Salah ke?

Mungkin abang risau kalau aku terjebak lagi. Tapi aku dah belajar dari pengalaman. Aku bukan anak anak remaja lagi yang tak tahu berfikir impak setiap tindakan melulu aku. Peristiwa hitam tahun lepas, boleh aku rumuskan terjadi disebabkan oleh personaliti yang bercelaru.

Aku tak tahu nak jelaskan bagaimana, cukup aku katakan ianya sangat memualkan. Bahkan bila aku fikir semula sekarang ni, aku tak percaya aku boleh melakukan semua tu. Aku memang nak buang jauh jauh ingatan terhadap peristiwa hitam tu.

Puncanya dari facebook. Paling tepat, applikasi flirtable. Sudah! cukup. sampai sini saja cerita aku.

Aku pun pernah baca yang FB tak berapa elok sebenarnya. Ini disebabkan terlalu banyak informasi yang kita berikan pada mereka. Alamat sekolah, alamat organisasi dimana kita bekerja, bertambah pulak dengan applikasi yang mengarut ngarut tu.

Akaun yang terbaru ni, aku dapat rasakan akan dicantas lagi. Mungkin hayatnya tak akan panjang. Hanya menunggu masa untuk ditukar password dan kemudian dibuang terus. Bukan oleh aku tapi oleh abang. Tak apalah, aku redha. Tak ada facebook bukan bererti dunia dah berakhir.

Tapi kalau putus hubungan, rasanya dunia aku yang kecil dan sempit ini, memang berakhirlah maknanya. **pathetic, bukan?**

+ + + + + + + + +

Kerja ditempat baru makin sibuk. Paling aneh, tiba tiba aku terminat dengan muzik klasikal. Terhegeh hegeh aku nak mengenali Mozart, Bach, Hydn, Chopin dan yang seangkatan dengannya.

Mendengar alunan instrumental orchestra sangat mendamaikan jiwa. Alunan piano, violin, cello, viola, organ dan semua instrument penting dalam sesebuah orchestra rupanya mampu membuat seseorang tu melayang layang, seolah dibawa mengembara ke satu alam yang sangat asing, tapi mendamaikan.

Haih.., usah layan aku ni.., ini hanya temporary.

Tuesday, April 7, 2009

please dont stop the music.

Baru tengahari tadi aku update, dan petang ni aku cuba juga update blog ni. Sekarang aku sedang break, jadi aku singgah sekejap kat cc yang berdepan dengan tempat aku kerja ni.

Waktu rehat aku tak panjang, cuma setengah jam saja. Biasalah sebab aku bukan kerja di pejabat biasa, aku bekerja dengan sekolah muzik. Mereka mengikut waktu persekolahan, dan aku pula di pertanggungjawabkan untuk menjaga sessi petang. Tak ada masalah, dan aku pun boleh bangun lambat setiap hari. Untuk sampai ke sini pun hanya mengambil masa setengah jam, berbanding dengan tempat kerja lama yang mana aku harus bangun seawal pukul 5.30 pagi, dan terpaksa bertukar bas sebanyak 3 kali.

Bersyukur sangat, walaupun masa aku dah lari dari kebanyakan orang. Dan aku merasakan yang kerja ini memang untuk aku, sebab walaupun ramai yang memohon, dan waktu aku menghubungi mereka, aku berada dalam keadaan yang sangat kelam kabut memikirkan tentang masa depan. Aku tak bersedia, dan resume aku pun adalah resume 5 tahun lepas. Bayangkan betapa menggelabahnya aku.

Tapi kalau dah memang tertulis ianya rezeki aku, walau tak bersedia macamana pun, memang tetap akan dapat kat aku juga.

Dan lagipun, aku dah ada pengalaman bekerja dengan sekolah muzik, jadi sedikit sebanyak mereka tak perlu sangat menunjuk ajar aku. Sistem mereka sama, guru pun ada diantara mereka yang aku kenal, dan mereka juga mengingati aku. It's such a warm feeling when people still remember you.

Oke.., need to go now. Time's up.

Latest update

Sejak memulakan kerja baru ni, aku tak ada masa nak update blog. Walaupun kat ofis ada internet, tapi disebabkan aku pun baru saja 2-3 hari mula bekerja, takkan aku nak salah gunakan pulak harta pejabat, ya tak?

Lagipun tak ada cerita menarik, hanya kisah memulakan semula segalanya.

Kalau ada masa, ada cerita best, InsyaAllah, aku akan update blog.

Buat sementara ni, minta maaf banyak banyak kalau blog ini bersawang.

Bila aku tengok balik, 2-3 entry sebelum ni, bunyinya macam terlalu berat. Oke.., selepas ni aku tak akan buat entry yang mana isinya macam berat orang nak terima. Aku faham.., tak ada orang nak ambil tahu masalah jiwa orang lain.

Tapi, mujur ada seorang pembaca blog aku ni yang agak prihatin. Thanks Sha..

Memang dari awal Sha galakkan akak berterus terang, kan? Tapi itulah.., disebabkan takut dengan pandangan orang, membuatkan aku terikat pulak. padahal ini blog aku.., suka hati akulah kan?

Oke.., oke.., cukup.

Masa dah tamat. Need to go to work now. Chiao!

Tuesday, March 31, 2009

dua minggu yang serabut.

Sepanjang dua minggu lepas, keadaan hidup aku agak tak terurus disebabkan oleh sesuatu yang terjadi. Aku kehilangan kerja secara mengejut disebabkan oleh sesuatu yang aku lakukan, sesuatu yang boleh dielakkan tapi diri sendiri yang tak pernah mahu berubah.

Tapi, syukur Alhamdulillah, pintu rezeki tu sentiasa terbuka kepada sesiapa yang berusaha. Walaupun aku agak tertekan dan kusut fikiran memikirkan perkara yang terjadi, mujur semangat aku masih bersisa untuk terus bersabar dan berusaha mencari pekerjaan lain yang bersesuaian dengan kelulusan aku yang tak seberapa ni. Aku tak memilih pekerjaan, asalkan setiap hujung bulan aku ada income dan dapat meneruskan kehidupan.

Disebabkan oleh hal ni, hubungan aku dengan abang jadi berantakan sedikit, dan biasalah, bila sesebuah hubungan tu dilanda badai, dah tentu masing masing akan memendam rasa tak puas hati antara satu sama lain. Aku tak puas hati dengan abang, abangpun tak puas hati dengan aku. Aku sebenarnya memang dah berputus asa dengan apa yang berlaku. Aku salahkan abang, walaupun abang kata ianya berpunca dari sikap aku yang tak pernah berubah!

Memang tegang jugaklah urat saraf kepala dan tubuh badan aku, sampaikan aku rasa sakit sakit kesemuanya. Aku memang ada masalah tekanan yang agak melampau juga, sebab tu aku tahu simptom2 tekanan perasaan ni.

Tapi hari ni, Alhamdulillah, berkat usaha dan niat yang baik, aku berjaya dapat kerja baru. Baru semalam aku pergi interview, itupun aku curi masa bekerja aku, hari ni dah dapat reply dari mereka untuk mula bekerja pada hari Jumaat ni. Sekurang kurangnya, bebanan perasaan yang aku tanggung berkurangan sikit.

Selepas ni, cabaran besar yang harus aku hadapi ialah untuk memastikan yang aku akan ubah sikap aku ni. Sikap degil dan keras kepala, dan hanya tahu menyusahkan orang lain saja. Terutama sekali orang orang yang terhampir dengan aku.

Thursday, March 19, 2009

my workstation, bersepah!



At last, masih berguna juga hp murah aku ni. Selepas puas aku godek sana, godek sini, akhirnya aku dah jumpa jawapan kepada masalah kenapa aku tak boleh send mms ke email. Masalahnya, hp motorola aku tu masih disetkan dengan Celcom MMS, padahal aku dah tukar ke Hotlink. Patutlah tak boleh download gambar bila abang nak share MMS. Haih.., nasib baik aku tak campak hp murah tapi aku tetap sayang tu.

So, lepas ni, boleh la aku letak gambar entah apa apa. Tapi gambar sendiri, tak adalah, minta maaf awal awal, sebab dah kena warning dengan abang.

Yang kat atas tu, gambar meja aku yang bersepah, siap gelang tangan pun aku tanggalkan bila buat kerja. Meja aku ni sempit, kadang kadang terpaksa letak dokumen kat meja lain, menyusahkan aku saja. Bilalah boss aku ni nak tukar ke meja yang besar sikit ni?

Dulu, masa mula mula beli hp Motorola ni, gambar dia clear dan agak sharp jugalah, tapi sekarang, selepas 2 tahun, dah kabur sikit. Tak tahu camana nak bagi dia clear balik. Agaknya nak kena beli hp baru kot? Bilalah aku dapat beli Nokia Xpress Music 5800 ni?

+ + + + + +

Aku dah sakan mengambil gambar. **gelak**



I'm having late lunch. Rojak aje. Kesian aku kan? Rojak dengan teh o ais limau. Dah tak tahan lapar sangat aku turun beli kat restoran mamak bawah ofis aku ni. Haih.., hari hari mamak, naik muak dah.

Saturday, January 31, 2009

I'm a multi-dater.., NOT!

Hari ni tak ada topik khusus untuk aku sembangkan. Just nak meluahkan something yang terbuku dalam hati, tentang kehidupan semasa yang aku lalui. Nak melepaskan tension pasal kerja, pasal hubungan aku dengan abang, yelah.., tentang life.

Owh, lupa nak update. Semalam aku bershopping sakan di One Utama. Dah lama aku tak bershopping ni. Kebetulan pulak beban hutang aku dah berkurangan sikit pada awal tahun ni, jadi dapatlah aku menukar beg lama yang dah hancur tu kepada beg baru, walaupun tak berjenama tapi at least tukar juga beg. Selain tu, ada jugaklah aku bershopping benda lain yang merupakan keperluan harian.

Boleh lupa diri sekejap bila tengok perkataan "SALE" tergantung di sana sini. Kalau bukan disebabkan aku agak ketat juga perbelanjaan untuk bulan ni, mahu aku habiskan duit gaji dalam satu hari saja. Mana tak rambang mata tengok baju, tengok beg, tengok kasut, aksesori lagi, tengok perhiasan diri yang lainnya. Nasib aku tak masuk ke Guardian ataupun Watson, kalau tidak mahu aku borong barang make up kat situ.

Nasib baik dalam kepala aku ni ada reminder, "jangan tengok lama lama, jangan singgah lama lama, dah tak ada barang kau nak beli tu, keluar aje dari situ". Perempuan kan, kalau dah nama bershopping, boleh ke control nafsu nak itu dan nak ini?

Itupun, bila balik ke rumah, aku buat kira kira semula, wah! banyaknya aku habiskan duit. Lain kali aku nak apply credit card la, supaya aku boleh bershopping non stop. **Dan juga buat hutang aku bertimbun semula!**

One thing about shopping, dia boleh menghilangkan rasa stress. Selesai saja bershopping, dan sampai ke rumah dalam keadaan penat, segala rasa tension dan bengang yang aku alami sebelum pergi bershopping tu, secara otomatik hilang. Adakah ini bermakna nak kena bershopping selalu? **Sengih**

Memang sebelum aku ke One Utama, aku bertengkar dengan abang melalui telefon. Bertengkar disebabkan aku mengadu perihal tension dengan boss. Ianya macam kisah berangkai. Aku tension dengan boss, jadi aku mengadu pada abang, lepas mengadu abang marah aku balik. Makin berganda tension aku. Sudahnya aku meletup macam gunung berapi. Tension dengan boss satu hal, lepas tu tension pulak dengan abang? haih.., payah betullah ada bf ni..

Ada pun susah, tak ada LAAAAGGGIIIII susah!

Sabar ajelah Anne.., kau jugak yang kata hubungan antara lelaki dan perempuan ni TAK SUKAR, kan? Jadi, jangan nak membebel..

Oke.., i just shut my mouth now.

Move on to another topic.., pun masih tentang hubungan lelaki dan perempuan. Tadi aku baca dalam The Star tentang trend masyarakat sekarang, terutamanya the so-called modern woman, yang suka multi-date. These so-called modern woman dah tak main lah dengan one man show.., dorang nak threesome show.

Aku baca artikel tu rasa macam, entah.., perasaan bercampur baur. Tertanya tanya pun ya jugak. Kenapa sampai macam tu sekali perempuan sekarang tak percayakan CINTA SEJATI lagi.

Rasanya aku akan bercerita tentang topik tu kat entry lain lah. Kena gerak sekarang.

Tuesday, January 20, 2009

Aku memang gagal kalau makan makanan ala Buffet..

Semalam, company tempat aku mencari rezeki ni mengadakan majlis makan malam tahunan. Tak adalah grand sangat, sebab company kecil aje, tapi at least, okelah. Dapat makan percuma, dan lagi pun aku jarang sangat keluar berlibur ni, jadi sekali sekala dapat menyertai keramaian, rasa seronok juga.

Majlis berlangsung kat Mont Kiara Solaris, tempat lepak terbaru yang aku rasa memang sungguh happening. Kami di jamu dengan japanese food buffet. Aku memang gagal kalau dipelawa makan ala buffet ni, sebab baru 2 round, perut dah penuh. Orang lain steady aje ambil makanan sampai 10 round.

Dan lagi, orang suruh cuba semua makanan yang tak pernah dimakan, tapi aku tak buat pun. Aku just ambil yang aku dah biasa sangat makan, macam udang, ayam, sotong dengan salad. Satu benda sushi pun aku tak sentuh. Memanglah nampak menyelerakan tapi selera aku tak terbuka dengan makanan mentah. Mungkin aku memang melayu tulen agaknya, takut nak mencuba makanan selain dari yang dah biasa ditelan.

Memang tak dinafikan, makanan yang dihidangkan memang sedap. Owh, kalau ada yang berminat, klik sini

Nama restoran tu ialah Tenji Japanese Buffet, dan harganya kira bolehlah, untuk eat as many as you can. Cuma jangan pelawa aku ya, sebab aku hanya akan merugikan duit saja, sebab perut kecil, walaupun badan besar.

Selain dari makan makan, kami juga mengadakan sesi bergambar. Owh, bercakap tentang gambar, maaflah ya, bukan aku tak mahu tepek kat sini, tapi memandangkan ada larangan keras, jadi kalau nak tengok gambar pun, kat link atas tu ada gambar makanan yang disajikan. Gambar aku? tak ada..

Lagi satu aku perlu beritahu, air kelapa di restoran tu memang sedap. Aku tak tahu apa nama kelapa tu, tapi buahnya kecil saja, dan airnya manis. Sedap.., rasa macam nak angkut satu bawak balik.

Bercakap tentang bawak balik, boss aku memang muka tak malu. Ada ke dia bungkus makanan bawak balik? Memang boss aku adalah tipikal Malaysian. Aku pun segan nak buat macam tu.

Majlis bersurai sekitar jam 10 malam. Bukan majlis habis awal, tapi kami, aku dan beberapa staff yang lain, memilih untuk pulang awal. Penat agaknya mereka selepas memenuhkam tangki dengan makanan.

Lepas ni, kalau ada yang bercita cita nak pelawa aku makan ala buffet, fikir 2-3 kali ya.

Thursday, January 15, 2009

masih laris? i dont think so..

sekali lagi, aku punya masa senggang dan berlebihan, aku agak boring, jadi aku taip entry baru.

aku teringat kejadian pagi tadi, masa dalam bas rapidKL. sebelum aku ceritakan lebih lanjut, just nak mention kat sini yang akhirnya, pagi tadi aku berjaya bangun awal, dan jimatkan duit tanpa perlu tergesa gesa tahan teksi, yang mana kemudiannya duit aku akan terbang dalam RM5 hanya untuk bayar tambang saja. haih.., macam lah aku berduit sangat naik teksi setiap hari.

kalau aku naik bas, walaupun terpaksa bangun seawal 5.30am setiap hari, aku dapat jimat banyak dalam sehari. bayangkan tambang bas hanya RM4 sehari untuk pergi dan balik saja, sebab tiket RapidKL kan boleh digunakan sepanjang hari? cuma mungkin the only problem is, masa yang diambil terlalu lama, berbanding kalau ada kenderaan sendiri.

oke, back to the main story. jadi pagi tadi, aku dengan megahnya naik bas pada pukul 6.45 am. Separuh jalan, naiklah lagi beberapa orang penumpang. Kemudian, aku nampak this one guy, quite good looking juga lah, so aku just jeling sekilas, kemudian aku buat tak endah saja.

Biasanya orang lelaki ni, selagi boleh diorang akan duduk kat belakang, tak tahu apa yang best sangat duduk kat belakang tu. Tapi this guy, dia terus duduk kat seat yang berhadapan dengan aku. Tahukan, bas rapidKL macamana? ada seat yang duduk berhadapan sesama sendiri, dan ada juga seat yang biasa mengadap ke depan bas.

bukan lah nak beritahu konon mamat ni nak mengorat aku ke apa, tapi just nak share tabiat orang kalau naik bas macamana. atau lebih tepat lagi, tabiat akulah.. **hehe**

sebenarnya aku agak kurang senang kalau ada lelaki kacak duduk berdepan dengan aku. **sengih**. nak tahu sebab apa? sebab aku tak tahu nak pandang mana. kalau pandang depan, nanti karang nampak macam aku nak pandang dia, kalau pandang tepi, sakit leher la pulak sebab asyik teleng aje, akhirnya aku buat buat tidur.

selamat! walaupun agak kurang manis, yelah kan mana tahu kalau masa aku tidur tu, aku ternganga ke, bukan ke memalukan saja?

aku tak kisah kalau yang duduk mengadap aku tu lelaki Bangla ke, Indon ke, Myanmar ke, sebab aku tahu aku memang tak ambil tahu sangat pasal rupa dorang. Tapi kalau lelaki melayu ataupun cina yang good looking tu, memang serba salah dibuatnya. **ini bukan bermakna aku sukakan cina, oke, cuma kadang kalau lelaki tu hensem, tergugat juga aku**

But, wait! Jangan ingat aku Racist pulak. Okelah, baik aku rangkumkan semua lelaki yang kacak, tak kira apa pun bangsa mereka, oke gitu?

Moral of the story is, orang perempuan akan rasa serba salah kalau duduk mengadap dengan lelaki dalam bas. Itu saja. Not only me, but i think other girl pun sama juga. Rasa tak selesa, nak nak lagi kalau kena dengan jenis lelaki yang suka pandang orang. Rimas lah.

Dahlah tu, masa aku berjalan kaki ke ofis pagi tadi pun, ada pula suara nakal yang menegur "Assalamualaikum", kemudian dijawab oleh suara yang sama "Waalaikumsalam".

Hello? Motif?

Haih.., tak sangka aku masih laris rupanya. **itupun sebab tak ada perempuan lain yang berdekatan, kalau tak, aku pun dia tak pandang**

Haha.

Friday, December 19, 2008

hari yang biru, kelabu dan segalanya yang sebu..

dua hari ni rasa macam nak makan orang aje. tak pun nak maki orang.

nasib aku ni bukan jenis macam tu. nasib aku ni jenis pendam dan layan emosi seorang diri. jenis orang yang memendam rasa dan sekali dia meletup, rasanya mahu bergegar dunia. banyak benda yang bermain dalam kepala otak aku ni. tentang kerja terutamanya.

rasa macam nak berhenti kerja dan cari kerja baru. dah rasa bosan dan tertekan asyik kena marah aje, padahal benda kecil aje, tapi kalau dah jenis orang yang suka nak pinpoint salah orang, mana nak nampak kalau sendiri ada buat salah. lepas tu tahu nak menjerit jerit kat semua orang.

kadang aku menyampah dengan perempuan bujang yang berumur 30-an ni, baran dorang semacam. **heh, kata orang, diri sendiri tu pun sama**

oke, memanglah, tapi baran aku pun, aku tak menjerit2 kat semua orang. paling tidak pun aku menghempas atau membaling apa saja yang aku nampak, yang ada kat depan mata aku, sebagai tanda protes. menjerit2? heh.., apa kelas.., malulah menjerit2 ni. tak ada moral.

layan bjork lagi best. "Oh! So Quiet"






+ + + + + + +

Nak buat entry serius pun dah tak ada mood.

Wednesday, December 10, 2008

i'm not a leader nor a follower

aku hanya menjadi diri aku.

diri aku yang paranoid dan selalu take things seriously.

separuh orang suka menjadi pengikut. mereka ikut apa saja yang mereka nampak, dan dengar, dan tengok, dan baca..

aku juga bukan leader, yang mencetuskan sesuatu, yang memberikan inspirasi, yang membawa perubahan kepada sesuatu trend semasa.

aku suka gelarkan diri aku pemerhati. aku suka duduk kat tepi, dan observe.

kemudian aku akan simpan setiap apa yang aku nampak, yang aku kutip dan mana mana yang buruk, aku campak balik. aku hanya simpan yang baik dan bagus bagus saja.

kadang menjadi pemerhati ni, memang ada keinginan untuk bersuara, tapi memikirkan none of the leader or the follower yang akan mendengar buah fikiran aku nanti, jadi ada baiknya aku diam.

mungkin akan ada yang kata, rugi saja menjadi pemerhati ni, sebab tak akan ada siapa yang will take notice of you, kemudian maybe ada yang akan kata, pemerhati selalunya akan ketinggalan.

ketinggalan pun tak mengapa, asalkan tahu semua perkembangan terkini.

sebab tu aku tak ramai kawan. salah satu sebabnya, aku ni seorang yang pendiam, dan suka buat hal sendiri. orang yang suka mengikut dan menjadi pemimpin ni, mereka tak gemar dengan orang yang pendiam dan pasif seperti aku.

sebabnya, aku tak menyumbang apa apa untuk kepentingan mereka.

dalam dunia yang mana mat salleh gelarkan "it's a dog eat dog world" ini, tak ada siapa yang mahukan seorang kawan yang pasif dan tak ada kepentingan. kalau ada kepentingan, then i'm one of your friend.

friend with benefit.

am i one of your friend with benefit?

Tuesday, November 25, 2008

hidup tak selalunya tenang, ada masanya bergelombang juga, walaupun hanya gelombang kecil..

haih.., panjangnya tajuk.

aku rasa tajuk saja dah merangkumi keseluruhan entry **gelak**

aku pernah tulis kat blog forum, mengatakan yang aku macam tak ada masalah nak difikirkan kebelakangan ni, tapi hari ni, aku nak perbetulkan sikit. Mungkin waktu tu memang tak ada masalah sangat, lagipun sebagai manusia kerdil yang tak tahu akan masa depan bagaimana, walaupun masa depan tu hanya beberapa hari selepas aku taip entry tu, membuatkan aku yakin yang life aku akan baik baik saja.

tapi hari ni..., gelombang kecil melanda. kecil aje.., tak perlu nak sakitkan kepala fikir. tapi cukuplah untuk membuat aku sedar.., kalau rasa macam tak ada masalah pun, tak usahlah fikirkan ianya akan berkekalan.

dugaan datang bila bila masa saja, kan? ya.., aku insaf..

lain kali jangan pandai pandai bergayut di telefon. jangan online internet 8 jam sehari kat ofis. kalau boss ada, tak ada kerja pun buat macam ada kerja.

lumrah bekerja dengan orang, macam nilah. aku dibayar gaji untuk buat kerja, bukan melayari internet dan bergayut di telefon.

sigh.., bilalah aku akan dapat kemerdekaan? penat dah ni..

Friday, November 7, 2008

quantum of solace II

Dah tengok? Saya belum. Tapi bukan nak cerita pasal Daniel Craig yang kacak dan sexy tu **tak tahu kenapa dalam filem Bond yang terbaru ni, saya tiba tiba jatuh suka dengan renungan mata dia yang.., ahh.. sukar untuk diterangkan** Tongue

Bukan juga tentang Olga Kurylenko yang secara kebetulan juga memiliki renungan sepasang mata bundar yang bisa mencairkan jiwa dan raga. **bukan saya, tapi lelaki lah**

Saya nak bercerita tentang boss saya. Eh, tak.., dia tak sekacak Daniel Craig, lah.., dia buruk.. Cheesy Grin **sorry boss!**

Entah kenapa semalam secara tiba tiba dia bertanya "Anne, do you know what is the meaning of SOLACE?"

Waktu boss bertanya tu, saya sedang mengadap komputer, konon buat buat sibuk, padahal sedang galak melayan gossip Norman Hakim-Abby-Memey. Bila get caught off guard tiba tiba macam tu, saya pun jadi blur. Tergagap juga lah nak menjawab.

"err, i'm not sure la", dengan muka kelat kelat masam.

Boss ulang tanya lagi, dan kali ni saya jawab "is it something to do with COMFORT?"

Tapi jawapan yang boss saya bagi agak berlainan, dan saya pun dah lupa apa jawapan dia.

Lepas tu ingatkan dah tentu tak akan ditanya yang bukan bukan lagi, rupanya ada jugak, kali ni boss tanyakan maksud QUANTUM pula. Kali ni memang saya blur. Biasa dengar perkataan quantum, macam Quantum Leap ke, Quantum produk yang selalu keluar kat tv tu, tapi maknanya tak pernah pulak saya selidik.. Cheesy Grin

Sekali lagi jawapannya "i'm not sure la boss, i have to check dictionary first"

Wah! Terus berubah wajah boss saya. Nampak macam reaksi "apsal staff aku ni bodoh sangat? Quantum pun tak tahu ke? macamana aku boleh ambik dia bekerja kat sini ni?"

Saya pun tak tahu nak buat macamana, terus konon menyibukkan diri dengan mencapai file, malas nak layan boss saya yang kadang kadang memang suka bertanyakan soalan cepumas.., pernah sekali dulu dia bertanya soalan tentang golf. Haih, mana lah saya tahu pasal golf.

Selepas tu, dia terus sibuk dengan agenda meetingnya. Fuh! Selamat.

Malam tadi, sambil berehat dan mendengar radio, tiba tiba teringat akan cerita siang tadi. cari cari dictionary dalam beg, hah! tu dia dictionary HarpersCollins saya.

Selak page Q dan S, dan kat bawah ni adalah maknanya:

SOLACE {SOL-ISS} - comfort in distress

QUANTUM - desired or required amount, esp. a very small one

yeay! jawapan saya hampir tepat, memang solace is comfort. Cheesy Grin

oh, saya teringat, boss ada beritahu yang quantum tu something like a portion. jadi sekarang saya dah tahu apa maksud "QUANTUM OF SOLACE"

jom teman saya tengok. **kenyit mata**

* * * *

copy paste blog di forum.

Tuesday, November 4, 2008

lamunan terhenti

ada ketikanya.., ilham seakan terhenti..
fikiran seakan beku..
apa yang aku nak tuliskan/taipkan hari ni?
jari jemari dah gatal gatal mahu menaip..

tak apa, taipkan apa saja yang terlintas dalam fikiran.., tentang apa saja..

sekarang terasa mahu ke tandas.., tapi tahan..

sekarang sudah tengahari, sepatutnya waktu makan..
tapi tahan tak mahu keluar..

punggung berat sangat mahu bangkit dari kerusi..,

sudah pukul 1.42 pm, zohor pun belum.

tahan diri dari buang air, tahan diri dari makan, malas mahu bertemu Yang Esa..

haih.., lalu apa yang aku mahu buat sekarang?

aku hanya mahu ilham datang mencurah curah, basahilah otak aku yang beku ini..

entah.. mungkin selepas bertemu yang Esa, ilham akan hadir?

err.., aku runsing sebenarnya...

Monday, November 3, 2008

marah!!

tolonglah sabarkan aku..

rasa macam nak baling aje telefon kat kepala bos aku yang bodoh bangang tu..
dia senang lah, just bagi je instruction kemudian nak everything go smooth follow what he want.., aku yang kat tengah tengah ni tersepit antara nak get the things done and deal with unresponsive people out there yang macam bangang jugak.

tak tahu kenapa seminggu dua ni berangin ribut taufan aje. Rasa nak tsunami pun ada ni.

Cool down.., cool down..

kalau boleh nak sepak kepala orang, boleh?

Thursday, October 23, 2008

silence is easy..

it's 4.51 pm.

bunyi air cond kuat dan aku kesejukan dalam ofis ni seorang diri. Malas nak bangun dan off kan aircond. kat luar nampak macam mendung, tapi harapnya tak hujan la hari ni.

penat rasanya meredah hujan tiap tiap hari dengan berbaju kurung sambil menyandang beg besar, kemudian pegang payung lagi, mujur aku dah tired of wearing high heels, kalau tak, lagi payah.

Sekarang, i'm comfortable with sandals, dan baru je raya hari tu aku beli open toe sandals warna hitam yang ada sekeping plastik kat tengah tengahnya, ala yang macam bentuk plastik kecik nak strumming guitar tu, panggil apa ke bendanya tu.., aku pun dah tak ingat. ** baru teringat, is it guitar pick?**

benda alah tu is just for deco saja, nak bagi kasut nampak lagi menarik, actually tak ada kegunaan pun, tapi bila aku pakai kat kaki, that small little thing make my shoes look a bit edgy.., dengan tali yang bercantum kat ankle.., **my description memang selalu failed.., kalau tak dapat imagined, just abaikan je**

+ + + + + +

tak ada benda aku nak ceritakan hari ni. nothing new happens.

hari masih mendung, belum hujan lagi, aircond makin sejuk dan menggigit, dan aku belum lagi mengerjakan kewajipan aku, dah nak pukul 5.30 ni..

Wednesday, October 22, 2008

frust dowh mawi dah nak kawin.. NOT!

lambat sikit hapdate blog hari ni. Boss perempuan menyinga entah apsal. pms agaknya.
inilah yang susahnya bekerja dengan husband and wife yang tak professional. Kat ofis pun boleh scream at each other lagi? tak malu ke dengan aku, walaupun i'm the only staff there?

Mujur aku tak tahu apa yang diorang gaduh kan, kalau tak malu juga dengar cerita dalam kelambu orang.., ekekek

oleh kerana missus dah menyinga, terpaksa lah aku berlakon ala ala Fasha Sandha **yang gerenti tak akan memang award punyalah.. hehe** dengan buat buat sibuk kononnya.

Lagipun dia suruh aku settlekan akaun, dan aku bab nombor ni a bit blur dan pening. Benda mudah dan simple tapi aku cepat confuse. Nilah padahnya kerja dengan small company yang kena tahu buat semua benda.

Tapi tak apalah, slow and steady aje aku buat, boss pun bagi dateline sampai hujung bulan. Tapi in between aku curi curi jugak masuk forum. bosan lah kalau dok mengadap pc nampak nombor aje, nak juga baca gossip pasal Fasha Sandha, tak pun pasal Mawi dan Ekin. **yeah, right, mawi and ekin? are you nuts?**

kadang, walaupun aku memang tak berminat dengan whatever gossip pasal artis tempatan ni, tapi nak taknak aku terpaksa baca jugak, bukan sebab berminat nak ambik tahu, tapi sebab dah terpampang dalam paper, dan aku pulak dah terbeli paper tu, **heck, even dalam The Star pun ada berita pasal wedding of the year-end ni, page 3 oke, page 3 tu** nasib tak front page, ekekeke..

kalau tak baca nanti, orang kata ketinggalan keretapi pulak. Almaklum, persekitaran melayu katakan.., takkan nak menyombong pulak dengan berkata "tak minat ah.."

lagipun aku nak cari bahan untuk bersembang dengan abang.., aku pun dah tak ada idea nak berbual dah ni.., sebab rutin harian aku semua dia dah tahu, pasal memang dia yang plan rutin harian aku. Pergi kerja, balik rumah, tak ada singgah kemana mana, kalau nak menyinggah pun, beritahu dia dulu. Tapi aku tak komplen pun, i dont mind actually.

Dah puas dah hidup tanpa controller ni, tak best pun sebenarnya. Lagi tenang macam ni, rasa macam teratur aje hidup.

Monday, October 20, 2008

happy monday..

dari semalam lagi aku dah bercadang nak letak tajuk happy monday ni..
walaupun hakikatnya my monday taklah selalunya happy.., tapi aku nak ubah tipikal monday blues.., jadi aku nak mulakan dengan happy mondays..

hari aku akan happy kalau aku tak bangun lambat. nasib hari ni tak bangun lambat jadi aku rasa my monday start off quite well. Siap boleh jemur kain baju yang aku basuh malam tadi.

sampai ofis pun awal, beli my daily dos of caffeine kat kedai mamak, dan juga nasi lemak lauk rendang kat gerai pakcik tepi jalan.

jalan tak jammed.., aku tak terlepas bas, everything is fine.., so, definitely, it's a HAPPY MONDAY..

Saturday, October 18, 2008

kami nak tengok watchmen

ofis aku sunyi. yang kedengaran hanya bunyi aircond dan bunyi keyboard yang diketuk oleh jari gempal aku ni.

aku boring. tak ada muzik, dan pc juga tak ada speaker. kalau tak boleh layan radio internet, tak pun youtube, tak pun apa apa sajalah.

sabtu pun kena kerja. rasa macam tak ada hasil kalau bekerja setengah hari ni macam ni. masa aku habis depan komputer, dan galak baca blog orang, sampai kesat mata dek kerana terlalu lama memandang screen pc.

pukul satu, balik terus ke rumah. kadang aku rasa best jugak kerja macam ni. goyang kaki, boss tak masuk, ada internet pulak tu.., perghh.., gaji buta tiap tiap bulan.

teringin nak download movie. tapi aku agak ketinggalan dalam benda benda macam ni. macamana nak download movie ekk? dah google torrent, tapi tak faham sepatah haram pun, i mean tak faham the procedures.., yelah kan, sementara kerja tak banyak ni, buatlah apa apa yang patut dulu, macam download movie ke, baca blog ke, google apa apa yang menarik ke, oh ya, polyvore aku dah hampir berkubur. dah kurang berminat. aku memang macam ni, hangat hangat chicken shit.. ekekeke..

+ + + + +

semalam beritahu abang yang aku nak pergi tengok "KAMI" seorang diri. Hampa, tak mendapat kelulusan. Dia kata filem budak budak, buat apa tengok. Filem budak lepasan SPM bolehlah tengok, yang berusia macam aku ni dah tak layak dah..

kecewa jugak, tapi apa nak buat. aku kan nak jadi bakal isteri yang taat, jadi kena ikut cakap abang. **kot ya bakal isteri, kalau bukan, macamana? alah, kan aku dah bersedia? redha sajalah**

Kenapa aku excited nak tengok KAMI? yelah, galak sangat aku baca orang hebohkan kata KAMI tu best, bagus, berkualiti, tak macam filem melayu lain, hebat sangat, jadi aku pun nak jugak jadi part of the hype. Lagipun aku berkenan jugak dengan Liyana Jasmay tu, muka dia comel, ala ala Demi Lovato pulak aku tengok.

It's okaylah, tak tengok pun tak apa, maybe one fine day filem tu akan masuk tv, jadi bersabar sajalah.

owh ya, tahun depan ada filem menarik akan keluar. Watchmen. semalam aku baca mengenainya dalam The Star. Hasil arahan pengarah filem 300. yang ada ayat "this is Sparta" dan jugak"malam ni kita makan kat neraka" **or something like that la**

aku suka filem 300. jadi maknanya aku kena tengok jugak watchmen. dah tentu banyak unsur dark macam 300 jugak. aku tak kisah pun watchmen tu cerita apa, asalkan visualnya sangat menarik hati macam visual 300, jadi aku on saja.

menurut the star, katanya watchmen tu adaptasi novel grafik alan moore dan entah sapa entah seorang lagi tu. aku familiar jugaklah dengan nama alan moore tapi tak pernah pun baca any of his novel. 300 pun adaptasi novel grafik Alan Moore jugak, jadi from there aku familiar with his name.

tapi aku tulis ni tak bermakna aku akan dapat tengok cerita ni. semuanya bergantung pada keadaan, kalau aku dapat keizinan dan kalau time tu, abang ada kat KL, boleh la tengok sama sama.

kalau tak, maknanya sama lah macam the dark night dan 21 sebelum ni. hajat besar nak tengok tapi terlepas.. kesian..

mamma mia pun terlepas.., sigh.. **kan best kalau pergi je sendiri, tak payah mintak izin ke apa ke, tapi apa nak buat, dah namanya soon to be wife dalam mimpi 10 tahun lagi** haiiii...


Friday, October 10, 2008

mangkuk nasi aku hampir separuh penuh, Alhamdulillah dan pasal hopping blog..

Sebenarnya dalam kepala aku ni ada banyak benda aku nak tulis. Aku dah draft entry khusus untuk bercerita tentang anak buah aku yang akan menduduki PMR hari isnin ni, dan aku pun nak sambung bercerita pasal bf aku yang terchenta tu.., about life, about everything.

tapi bila aku mula nak menaip, tiba tiba pulak fikiran tu jadi blank. Terus aku pun tak jadi nak menaip and continue to blog-hopping again. Aku rasa bagus juga curi curi baca blog orang ni. Bukan curi idea, tapi curi baca saja.

Ada yang tulis pasal kisah cinta diorang. pasal life diorang yang upside down. pasal pemikiran diorang yang one of a kind. Banyak topiklah. Ada satire blog, macam blog F.O.A tu. walaupun sebenarnya aku tak berapa nak faham dengan penulisan dia, tapi aku layan sebab banyak gak benda baru yang aku tahu melalui blog dia. Sebagai contoh, lepas baca pasal Rocco Sifredi, aku pun google nama tu. perghh..., dasat.. **hehe.., time tak de kerja dan tak ada orang aje aku buat kerja tak berfaedah ni**

then, ada satu blog ni, penulis dia sound like she's so hating her life and everything around her. She labelled herself as 'social outcast". Ada satu entry dia tu macam melantun balik kena kat aku, sebab boleh kata almost 80 percent the same thing bermain dalam kepala otak aku ni. Mungkin sikap amarah ni memang common kot dikalangan budak budak sekarang? Ada saja benda yang tak kena dengan penerimaan dia sampai dia rasa semua orang bodoh, dia saja yang bijak pandai.** aku tak kata dia, tapi aku kata persamaan attitude tu**

Lagi, this one blog, kisah cinta dia pulak macam bayangan kisah aku dengan bf. Kawan dah lama tapi still tak ada kata putus, then main tarik tali but still budak lelaki tu buat buat tak faham. Bila ada certain kejadian dalam hubungan diorang yang ditulis dalam blog, aku rasa "eh, aku pun pernah alami situasi macam ni"

Rupanya, kitaran hidup manusia ni seakan sama saja. Kalau ada perbezaan pun mungkin dia tu muda lagi, aku dah tua. Kalau aku rasa aku emotional freak, perempuan lain pun sama jugak emo freak. Kalau perempuan lain tu penuh dengan rasa amarah, aku pun sama jugak, lagi best marah aku tu tak pernah padam padam, cuma semenjak dua menjak ni aku dah ok sikit.

cuma, aku belum jumpa lagi blog 30 something women who are still single and looking. Semua blog yang aku mention tu, diorang still young, ada yang baru habis belajar, ada yang still belajar. Memang ada blog perempuang 30 something, tapi rata rata diorang dah berkahwin dan asyik menayang gambar baby, gambar makanan, gambar husband ** menyampah, aku dengki ok, aku mengaku**

Kalau aku jumpa blog macam ni, biasanya aku just tengok gambar dan baca sebaris dua, lepas tu aku akan kata "boring, cari blog lain la pulak" dan lepas tu tak akan datang datang balik kat blog tu.., hehe..

+ + + + + +

Aku berhenti menaip sekejap tadi. Blog-hopping again. terus hilang idea. hujan lebat kat luar sana. macamana aku nak balik ni? Owh, lupa boss ada bagi aku pinjam payung semalam.

talking about kerja, Alhamdulillah, murah rezeki aku. Terima Kasih Tuhan. Terima Kasih banyak banyak kerana dalam pada aku marah marah dan tak pernah bersyukur, ini yang Kau limpahkan pada aku? A leasson learnt.., aku yang sangat jahil.

Sebak dada bila tadi berfikir sendiri, dosa yang aku buat, rahmat yang aku dapat. Aku memang hambaNya yang tak tahu bersyukur. Jadi lepas ni.., jangan buat kejahatan lagi, lakukan kebaikan saja dan jangan terpedaya dengan helah Iblis. dia hanya mahu menyesatkan aku.

Insya-Allah, bermula bulan depan, my rice bowl akan bertambah sedikit nasi. inilah rahmat-Nya. Aminn.., Terima Kasih Tuhan.

Thursday, September 25, 2008

duit raya limaploh hengget you all!

heh! aku dapat duit raya RM50 boss aku bagi. Gila apa dah tua tua macam ni dapat duit raya lagi? Tapi syukur Alhamdulillah.., tengah sengkek giler ni.., ada gak duit untuk dilaburkan kat bazar ramadan buat beli roti john 10 keping.., huhu..

kan betul aku tulis tadi, gaji aku cuma akan clear hari selasa.., gila apa nak shopping hari selasa? aku tengah sibuk tidur kat kampung masa tu **huhu.., bukannya sibuk tolong mak**

tak apalah.., aku kena keraskan hati.., tak apa tak ada baju raya, pakai ajelah baju kerja yang berlambak lambak tu.., **walaupun dalam hati teringin juga nak sehelai baju baru, walaupun hanya sekadar baju kurung Tesco yang berharga RM80 lebih tu..., sigh.. kesian**

Memang HQ tak prihatin betul.., bank in la cheque hari ni, boleh la clear hari isnin, ini kalau bank in esok, memang clear hari selasa la nampaknya..,

tak apa.. **pujuk hati lagi** lepas raya boleh shopping dengan abang..., lagipun nanti banyak sikit duit nak jumpa abang nanti..., tak adalah aku harapkan duit dia saja belanja makan, tambang semua...

cakap pasal abang, nanti aku sambung cerita aku dengan dia.., hari ni tak sempat, sebab dok fikir pasal raya je, padahal sikit punya canang konon tak hairan nak beraya.., wakakaka.. **hai.., nampak sangat plastiknya aku**