Wednesday, August 6, 2008

aku bertukar office lagi

Hari Jumaat ni, sekali lagi aku ditukarkan ke pejabat baru. Dalam tempoh 2 bulan ni saja, aku ditendang kesana ke mari seolah aku ni sebiji bola. But, i'm okay. Memikirkan bukan senang nak dapatkan kerja lain dalam zaman inflasi ni, jadi aku bertahan saja, asalkan aku ada duit masuk setiap bulan. Kalau nak ikutkan hati yang memberontak ni, dah lama aku angkat kaki dan tinggalkan tempat ni.

Tapi, kalau tadi aku ikutkan kata hati yang sebenar benarnya, aku dah tak mahu bekerja lagi. Yang sebenarnya aku inginkan adalah duduk bermalasan dirumah sambil menunggu suami pulang makan tengahari. Yang sebenar aku inginkan adalah menguruskan anak anak dan suami yang seharian penat bekerja membanting tulang mencari rezeki.

Aku dah terlalu letih bekerja. Fikiran aku dah tak sepantas dulu menyerap ilmu baru. Dah berkarat. Tenaga aku dah tak segagah dulu yang boleh bergerak susup sasap seperti lipas untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Aku semakin lemah dan gemalai. Ya.., aku semakin pemalas.

Pemalas dalam erti kata bekerja untuk orang. Aku mahu bekerja untuk diri sendiri, tapi malangnya tak berkemampuan. Sigh.... poor thing. Yang paling aku malaskan adalah untuk bangun awal pagi dan bersiap. Kemudian bersesak sesak dalam bas. Turun bas, kemudian naik bas semula, turun lagi, dan naik lagi bas, barulah bila masa berlalu selama hampir 2 jam, baru nampak bangunan pejabat. Bunyi macam jauh sangat tempat kerja aku kan? Yeah, right.., 2 jam tu aku dah boleh sampai ke Seremban, tapi sebenarnya tempat kerja aku hanyalah di Kelana Jaya. Pathetic!

Boleh saja kalau aku menaiki teksi setiap hari, tapi ongkosnya manakan mencukupi dong! Tak makan aku kalau aku naik teksi setiap hari. Mahu atau tidak, gagahkan saja kaki ni menaiki bas. Untung nasib nanti, kurus sikit badan ni.. huhu..

Tak apalah, demi sesuap nasi.., lalui saja...

Tuesday, August 5, 2008

Happy Birthday, Syiqin...

today is Syiqin's 13th birthday. Yeay! Lagi seorang anak buah aku melangkah meninggalkan alam kanak kanak dan menjadi seorang gadis sunti. She's one sweet young thing with stubbornness just like her auntie.., **akulah tu**

Aku tak dapat membelikan dia apa apa, melainkan sekadar one bar of cadbury chocolate. She's crazy about chocolate, sama macam aku juga.., tak padan dengan badan kurus kerempeng dia tu. tak macam kakak dia, tak gemuk tapi rangka tubuhnya agak besar dan tinggi. Jangan tak tahu aku dah ada dua anak dara menggeletis yang sedang meningkat naik. Susah nak jaga diorang ni, masing masing punya perangai seolah macam dah tahu segalanya tentang hidup.

Tak makan nasihat dan suka melawan. Mujur aku seorang makcik yang baik. Minta apa pun aku okay aje belikan, walaupun sometimes financial aku pun perit juga.

Malam nanti sudah pasti ada celebration di rumah. Abang dan kakak ipar memang rajin menyambut birthday anak anak mereka. Yalah, bukan susah pun nak menganjurkan majlis hari jadi, bukan nak menjemput ramai orang pun, setakat dua tiga kerat adik beradik saja.

Oh ya, aku kena belajar memasak selepas ni. Mana aku nak mula ya? Masak lemak cili api atau gulai tempoyak? Hmmm.., wahai chenta hati, bagi la idea.. huhu

trust your templates.. huhu

ah! bosan aku dengan blogspot ni. Entah macamana nak customize the templates. Template yang sedia ada look so boring, aku nak put a new one, tapi dah try a thousand times, still fail. Bengong punya blog!

+ + + + + +

A broken trust. Aku pelajarinya the hard way. Really really hard. Hanya dengan kesabaran saja aku boleh lalui semua ni. Tapi lupakan tentang tu.., aku tak akan bercerita mengenainya.

Sekali engkau robek kepercayaan sesiapapun, baik your family, your friends, your majikan, or even worse, your partner, your husband/wife, or your bf/gf, hidup engkau akan menjadi seperti sebuah kapal yang karam, berserabut, celaru, keliru, tak tahu kemana arah selepas tu, asalkan jangan karam sudah!

Mungkin sometimes we take things for granted. Mungkin terkadang kita terlupa untuk menjaga kepercayaan tu sebab kita rasakan, tidak akan ada apa apa yang berlaku. Semuanya akan baik baik saja. Tapi ternyata semua tu silap. Sesiapa pun tak suka dipermainkan rasa percaya tu. I put my trust on you, so please take care of it. Once it broke, sorry, i can't give to you anymore.

Dan nak dapatkan semula kepercayaan, i tell you, it's not easy. Susah, payah, perit, pedih.., dan seribu satu macam perasaan lagi. But you have to take it lah, dah engkau buat salah, then what do you expect?

Kesimpulannya, janganlah melakukan sesuatu perkara tu mengikut kata hati. Terkadang, kata hati tu boleh menyesatkan kita. Gunalah akal.

Okay, gotta go. Nak try lagi download a few templates untuk menghiasi blog aku ni. Selagi tak dapat, selagi tu rasa tak puas hati.

Sempurna - Andra & The Backbone

Kau begitu sempurna
Di mataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan slalu memujamu
Di setiap langkahku
Ku kan slalu memikirkan dirimu
Tak bisa ku bayangkan hidupku tanpa cintamu

*Janganlah kau tinggalkan diriku
Tak kan mampu menghadapi semua,
hanya bersamamu ku akan bisa
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku, lengkapi diriku
oh sayangku kau begitu,
sempurna....

Kau genggam tanganku
saat diriku lemah dan terjatuh
kau bisikan kata yang hapus semua sesalku
(*)


+ + + + + +

Aku suka sangat dengan lagu ni. Khas di tujukan buat seseorang.., tak sempurna rasanya tanpa dia.., **wink** dan dia sure tahu siapa dia.., tak boleh mention kat sini...

Aku nak post sekali dengan video clip youtube, tapi tak retilah pulak.., sigh.. banyak yang aku kena belajar pasal blogspot ni..

Caffeine addict and the Jolie-Pitt babies...


Hari aku bermula agak lewat sebab semalam dapat tidur hanya 2 jam saja. Kebelakangan ni my body system memang dah terbiasa dengan keadaan tak cukup tidur. Sebagai ubat melawan rasa sleepy waktu siang hari adalah dengan meminum sebungkus nescafe ice. Cukup untuk menyegarkan mata dan memberi tenaga sepanjang hari kat office yang sangat membosankan ni.

+ + + + +

Akhirnya, wajah baby termahal di dunia yang diberanakkan oleh Angelina Jolie terpampang dalam paper seluruh dunia hari ni. Tadi aku sempat menyelak helaian paper The Star di kedai mamak yang aku singgah sebab nak beli sebungkus nescafe ice. Tak berapa jelas sebab gambar tu pun hanya menunjukkan cover majalah Hello. Seminggu lagilah majalah Hello tu nak sampai ke Malaysia. Dan kalau sampai pun, dah pasti majalah tersebut akan dibalut dengan plastic. Menyampah betul.., rasa macam nak cabut dan buang saja plastic tu. Bagilah orang yang tak mampu beli majalah mahal macam aku ni baca free aje. Huhu..


+ + + + + +

Sekejap nanti aku nak menulis tentang a broken trust. Kepercayaan yang telah dikhianati. Ianya tak ada kena mengena dengan sesiapa, cuma aku rasa aku nak menulis tentang perkara tu.

i have to stop now. Gotta do important things first.

Monday, August 4, 2008

The Journey..

Last Saturday, i went to Taiping and brave myself for 8 hours non stop sitting in a bus just to see him. Perjalanan yang sepatutnya lancar tanpa sebarang masalah bertukar menjadi sedikit kelam kabut disebabkan begitu ramai sekali warga Perak yang mahu pulang ke kampung masing masing. Aku pula sedikit lambat keluar dari rumah. Aku sangkakan tiket bas akan sentiasa available at any times, sekali rupanya, hambik kau! Tiket cuma ada untuk waktu waktu yang agak lewat, pukul 4.30 petang, pukul 6 petang. Gila apa, pukul berapa aku nak sampai ke Taiping macam tu?

Puduraya memang sesak gila! Bookie tiket bas **err.. bookie ke? ah, lantak lah!** terpekik terlolong mencari penumpang, bingit telinga aku. Nak berdiskusi dengan dia melalui handphone pun tak senang, sebab asyik terdengar pekikan "JB sekarang, JB sekarang", "Ipoh, Ipoh, Ipoh pukul 2, pukul 2". Kemudian entah apa apa lagi. Aku rasa itulah cara paling bodoh nak cari penumpang, hello? kalau dah penumpang tahu kemana destinasi diorang, tak perlulah kau terjerit terlolong macam tu..., dengan sendirinya penumpang akan singgah ke kaunter kau.., ini bila kau memekak macam tu, penumpang pun dah tentu menjauhkan diri..

Okay, back to the main story. Sudahnya, aku membeli tiket ke Ipoh. Pukul 2.30 petang. Apa pun halangan yang mendatang, semangat tetap kuat mahu berjumpa dengan dia. Chenta beb, mestilah.. huhu.., itupun selepas puas berdiskusi di tengah alunan sumbang si pemekak pemekak tadi tu..., tapi itupun masih salah juga, sebab tersalah beli tiket dengan syarikat bas yang dimaklumkan oleh dia sebagai "lembap", sebab perkhidmatan syarikat bas tu tak memuaskan seperti syarikat bas yang satu lagi. Alah, tak apalah bang.., asalkan sampai kan? Hehe.., aku tak pentingkan mutu perkhidmatan mereka, yang aku pentingkan, aku mahu sampai ke Taiping secepat mungkin!

Sebelum bertolak, aku mengisi perut dulu. Hampir separuh hari aku tak menjamah apa apa. Mana tahan kalau tak makan, sebab kalau sampai ke Ipoh nanti, dah tentu perut aku akan dimasuki angin. Makan nasi ayam saja di medan selera Pudu. Yang aku peliknya, nak makan pun tak senang, pekerja kedai makan kat situ pun sama je macam bookie tiket, terpekik terlolong mempromote kedai mereka. Hello people? Orang nak makan kat mana mana pun, suka kamilah, kan? Sigh....

Puas mengenyangkan perut, dan selepas membeli majalah EH! dan Cleo sebagai peneman dalam bas, aku pun terus pergi ke platform no. 3 dan turun ke bawah. Bas dah sedia menunggu. Yeay! Ipoh.., here i come!

Lebih kurang pukul 2.30 lebih, bas perlahan lahan meninggalkan Puduraya.

+ + + + + +

Sampai Ipoh hampir pukul 6 petang. Aku hanya dapat melelapkan mata tak sampai sejam perjalanan kerana mungkin aku terlalu excited agaknya. Lagipun aku membaca. Halangan kedua pula datang. Dia meminta aku terus ke Taiping dan pergi mengambil bas di stesen bas yang satu lagi, di Medan Kidd. Bas terakhir ke Taiping is at 6.30, masa yang tinggal is about 20 minutes. Aku tanya driver teksi, boleh sampai sebelum pukul 6.30? Dia kata boleh. Aku on aje. Sekali rupanya perjalanan nak ke Medan Kidd tu banyak traffic light. Aku dah menyumpah dalam hati. Sempat ke tidak nak naik bas Taiping pukul 6.30 ni? Driver teksi india tu cuba cucuk aku, kalau tak sempat sampai, naik je teksi sampai ke Taiping, dengar kadar tambang RM100. Kau gila? RM100 tu.., kau ingat aku banyak duit ke Ane? Pandai aje nak kenakan orang. Aku cakap never mind, hantar je ke stesen bas, aku nak kejar jugak bas tu.

Mujur aku sempat kejar bas express tu. Tapi sekali lagi aku buat gelabah, bayar duit tambang dalam bas. Huhu.., padahal kena beli tiket kat kaunter. Perghh.., malu muka aku.., nampak macam tak pernah naik je bas tu. Tapi memang pun, itulah kali pertama aku naik bas express Ipoh - Taiping tu. Bila segalanya dah settle, dan dapat duduk dengan selesa, barulah aku dapat tarik nafas panjang. Lega.., dah tak ada halangan lagi. Yang tinggal hanyalah saat saat untuk berjumpa dengan dia. Semasa dalam bas, tak terasa pun gementar atau apa apa perasaan yang sewaktu dengannya. Tapi bila dah turun bas, dan nampak dia sedang menunggu kat tingkat atas stesen bas Kamunting tu, eh! apsal rasa semacam aje ni. Then, when he hug me, lagilah rasa.., awwww.. malunya.. huhu..

+ + + + +

Begitulah adanya. Nanti aku ceritakan lagi. Need to go and do something now.

Trip to Ipoh and Taiping and back to KL, within 2 days.., perghhh.., so tired!!

Aku akan hapdate blog ni sekejap lagi. Memang ada banyak kisah menarik yang terjadi dalam tempoh dua tiga hari ni.

Masih ingat tentang betapa sukanya aku dengan pekan kecil Taiping? Selepas 3 tahun lebih, akhirnya pada hujung minggu lepas, aku redah apa saja kemungkinan untuk berjumpa dengan seseorang di sana. Tunggulah aku beritahu kisah tentang itu sekejap lagi.

Sekarang ni, baru aku nampak apa yang aku mahukan dalam hidup. Baru aku tahu apa yang lebih bermakna daripada segala kesilapan yang pernah aku lakukan dulu.

Oh ya, filem 21 juga bakal menjengah pawagam. Filem Dark Knight pun masih tak berkesempatan untuk aku tonton, but it's okay.., yang penting, 21 tidak harus dilepaskan. Hmm.., kalau dia sedang baca ni, jangan lupa datang tau! Bawak la tengok cerita ni...

huhu.., siapa pulak yang membaca blog aku ni? Adalah.., someone special... chenta hati ku iteewwwww... **peh! jiwang karat la pulak!**