Friday, September 5, 2008

late again..

These two days asyik lambat aje. Bangun dah cukup awal untuk bersahur, tapi bas pulak buat hal. Semalam terlepas bas sebab bas yang sepatutnya aku naik pada pukul 7 pagi, tiba hampir 10 minit lebih awal, aku yang masih berlenggang kangkung berjalan menuju ke perhentian bas, terpaksa berputih meilhat bas tersebut berlalu pergi.

hari ni pulak, bas memang datang tepat pada masanya, tapi jalan pulak jammed teruk, padahal hari masih awal pagi lagi.., jadi terlepas lah bas yang satu lagi sepatutnya aku ambil di Bandar Utama.

Office aku ni sebenarnya boleh dikatakan agak dekat juga dengan rumah, cuma yang menjadi masalah adalah kerana ketiadaan direct transport untuk ke sini. Terpaksa aku menaiki sehingga 3 bas untuk masuk ke kawasan ni. Kalau ada kenderaan sendiri, aku rasa dalam 20 minit boleh sampai, provided there's no jammed on the way coming. If there's a jammed, maybe around 10 minutes at the terowong Tropicana there, kat sana memang padat sikit.

So just imagine how near it is. Nak beli transport sendiri, hmm.., belum mampu lagi.. **kesian**

I need a break...


I need to find myself. Too many things in life makes me confuse. Sometimes i feel like i have lost myself.., i dont know what i want and maybe even worse.., siapa diri aku?

Aku juga kadang kadang terlalu blur.., tak fokus terhadap sesuatu perkara dan kadang kadang, perkara penting aku anggap tak penting. I just simply dont know what is important in life. Aku terlalu banyak menghabiskan masa bersendirian dan membiarkan orang lain mengambil kesempatan di atas kelemahan aku ini.., bila aku memerlukan seseorang untuk share things.., aku tak ada siapa.., sehinggakan aku sendiri tak tahu, adakah semua ini benar?

Aku tak tahu.., sungguh tak tahu adakah aku dah terlalu terbiasa memendam perasaan sendiri, sehingga tak tahu langsung nak meluahkannya, ataupun memang semua ini normal?

I need a friend.., seorang kawan yang boleh aku kongsikan semua yang aku rasa ini. Tapi aku tak ada seorang pun kawan yang boleh aku sandarkan kepala aku ni dibahu mereka, dan meluahkan kesemuanya.., tak ada..

Memang aku punya teman lelaki, tapi ada certain things aku tak dapat share dengan dia.., lelaki lain caranya, manakala perempuan pula lain cara mereka dalam menghadapi permasalahan. Disebabkan kesilapan terbesar yang pernah berlaku pada aku sebelum ini, hubungan kami agak tegang dan penuh dengan tekanan, lebih lebih lagi dipihak aku.

I know it's my fault.., memang tak ada alasan paling konkrit dalam dunia ini yang boleh membenarkan perbuatan aku tu.., dan aku juga cuba memakai kasut dia.., untuk memahami segala pengkhianatan yang aku lakukan.., tapi mungkin pemikiran aku berbeza., aku melihat benda tu dengan pandangan yang berbeza.., aku tutup buku dan move on.., tapi dia tak..., the book still wide open and he keep reading it to my ears every now and then..

It kills me slowly.., mungkin sekarang aku bertahan.., tapi tak tahu sampai bila. Aku cuba untuk berubah.., aku tinggalkan segalanya.., tapi the memory keep coming back not because i'm the one who remember them, but it's him keep telling me this and that and keep asking question.., sigh.., penatnya..

Benar, curang dan khianat adalah antara perbuatan yang mampu merosakkan sesebuah perhubungan.., tetapi kadang kadang, ianya berlaku mungkin tanpa disedari, ataupun mungkin tak disengajakan, there's so many reason behind all that...

dan yang paling aku tak tahan, kenapa kalau dah putus harapan, aku tak kembali pada ALLAH? Aku memang truly, deeply.., dont know how to answer that. I'm just a human.., i'm not an angel.., not even ahli sufi, atau alim ulama, ustazah pun jauh sekali..., sedangkan yang kuat imannya pun boleh tergelincir juga, inikan aku? Subhanallah.., Ya Allah ampunkanlah segala dosa dosa aku sebelum dan selepas ini..., aminnn...

Mungkin aku hanya tersedar selepas musibah turun menimpa diri aku, tapi sebelum tu aku tak beringat tentang musibah.., yang aku ingat hanyalah aku sedang kecewa, aku kesunyian, aku hampa, jadi aku buat apa saja arahan hati dan perasaan aku.., tanpa berfikir panjang..

Tapi sekarang, dengan segala impak negatif yang aku terima, dan segala tekanan yang aku rasa kini, menjadikan aku lebih berfikir selepas ni sebelum melakukan apa apa. Walaupun terasa ingin memberontak, dengan diri sendiri dan juga dia.., tapi aku terpaksa tahan, kerana sampai bila aku mahu memberontak?

Aku bukan seperti perempuan lain.., aku seorang yang blur, lack of focus, need people to tell me what to do next, i only listen to myself, stubborn, temper.., sighh.., banyaknya sifat buruk aku...

A simple act like telling him that i'm already home pun, masa mula mula dulu aku terasa, is it necessary? I'm so used to NOT being taken care of by other people.., be it my family or friends.., so when he's taking care of me now.., aku rasa macam.., how weird.., perasaan tu terlalu asing.., pergi mana mana have to tell him.., dah sampai rumah ke belum pun kena report juga.

Nope.., that's so NOT me before.., aku pergi kemana mana saja tak ada siapa yang bertanya, dah sampai ke belum, pukul berapa sampai.., if you got no transport i'll go and fetch you, you just wait for me there.., TAK ADA.., nobody ever treat me like that. All i do on my own...

Bas lambat kau tunggu la sampai hitam berkarat kulit kau, kau balik malam carilah jalan sendiri how to get back home.., kalau ada yang sudi nak menjemput pun, siaplah dengan rungutan yang berpanjangan dia.., ataupun muka 14 dia tu.. **i'm telling about my brother and sister here**

That is why sedaya upaya aku, selagi berkemampuan.., aku usahakan segalanya sendiri. Balik sendiri, makan sendiri, sakit jaga sendiri, yelah kan, mati pun sendiri jugak nanti..

Aku bertukar ganti kerja juga hasil usaha berdikari sendiri.., susah macamana pun aku usahakan juga demi sebuah survival kehidupan seorang AKU ni.. **nak tulis nama sebenar, tapi dah dilarang, jadi terpaksa put AKU saja..**

Yup.., banyak dah jatuh bangun kehidupan aku lalui.., ada disebabkan sikap aku sendiri, ada juga disebabkan orang lain.., mungkin kerana aku terlalu banyak komplain tentang orang lain, atau mungkin aku tak boleh bergaul dengan orang.., sigh.., banyaknya mungkin..

Maybe i'm a BAD person..., i dont know..

Thursday, September 4, 2008

hujan lagi

It's raining heavily outside there, and i'm going to be late again for the buka puasa. Today is the 3rd day aku berbuka puasa dalam bas.., have to drop by at 7-E afterwards to buy milo and some roti..

By the time orang lain sedang enak berbuka, aku hanya minum setin milo dan memakan roti gardenia.., huhu.. sadis..

**this entry was typed during my phone call with abang, nobody in the office so i got so bored with nothing to do..**

my fave. kuih..






On the 1st day of puasa itself, i've already get myself the most wanted food during bulan puasa, which is the tauhu sumbat, yeay!

Tapi memang mahal sungguh kuih muih di bazar ramadan sekarang ni, just imagine the tauhu sumbat is rm2 for 5 pieces.., and then i bought popia basah for RM2.5o, also 5 pieces. Mahal sungguh, zaman 3 seringgit dah berlalu.., memang tak ada dah kuih muih yang dijual 3 seringgit sekarang ni.

Mujur juga tauhu sumbat dengan popia basah tu quite delicious, kalau tidak membazir saja beli. Tauhu sumbat yang aku beli tu kuahnya lain daripada yang lain, kalau yang biasa it's something like sos cili, tapi makcik yang jual ni kuahnya ala ala kuah kacang.., boleh tahan juga..

This weekend, i want to find tauhu bakar pulak.., which is also one of my favorite.., masih teringat lagi pada tauhu bakar yang aku beli tahun lepas.., kuahnya tu yang buat aku tak boleh lupa.., hehe.., sedap hingga menjilat jari..

Wall-E dan Merdeka di KLCC


Last weekend, aku menonton Wall-E bersama dengan abang di KLCC. Hajat hati nak menonton Mama Mia tapi belum open lagi. Memandangkan tak ada cerita lain, terpaksalah settle dengan Wall-E saja, lagipun aku rasa cerita tu pun boleh tahan juga.

Memang a bit touching jugak, being the one and only robot on earth yang dah jadi tempat pembuangan sampah, hanya bertemankan seekor lipas.., mulanya aku ingatkan apa bendanya yang tersusun tinggi menjulang rupanya ianya adalah timbunan sampah. Aku lebih sukakan part Wall-E dan EVE semasa di bumi sebab terasa lebih feel antara mereka, tapi bila Wall-E dan EVE dan sampai kat kapal besar tu, langsung dah tak best, sebab dah macam cerita Disney yang lain lain, ada kawan kawan yang menolong, ada musuh dalam selimut.., very typical Disney..

Cuma yang tak bestnya, walaupun aku ditemani oleh abang, tapi dia kurang berminat dengan cerita macam ni.., yelah sebab tak ada aksi, tak ada tembak menembak, tak ada perang perang.., biasalah lelaki kan, mana suka sangat dengan cerita slow ataupun kartun.. hehe .. **jangan marah bang..**

Kalau aku ajak dia tengok Mama Mia yang bergenre muzikal tu, tak tahulah dia boleh layan ke tidak.., tak pun tengok High School Musical 3? hahaha.., lagi lah dia taknak kot?

Aku tak kisah mana mana genre pun, asalkan jangan seram, itu saja yang aku tak berani tengok walaupun berteman.

Selain dari menonton wayang, kami pun tunggu juga detik 12 malam 31 August, ingatkan KLCC akan mengadakan pertunjukan bunga api, rupanya tak ada.., cheh! hampa betul.., semua pengunjung dah bersiap sedia dengan camera masing masing, sekali yang ditunggu tak muncul muncul, melainkan nun sayup sayup nampak letupan bunga api dari Dataran Merdeka saja.

Tak prihatin betul pengurusan KLCC ni.., dah tahu ramai pengunjung, buatlah something, ini tak, setakat konsert saja. Itupun nun jauh kat hujung dunia.., tak ingin aku masuk sampai ke dalam taman tu, dah tentu susah nak keluar nanti, terpaksa berasak asak dengan ribuan pengunjung, kalau rakyat Malaysia saja tak apalah juga, ini sekali dengan PATI yang sama menyibuk.., bukannya nak sama sama meraikan, tapi nak buat kecoh saja.

Itupun masih ada juga kekecohan, ingatkan PATI, sekali budak budak bawah umur rakyat tempatan. Hishhh.. buat malu saja. Aku pun termalu juga sebab bias terhadap PATI.. huhu..

Itu belum aku bercerita tentang tanduk setan, tentang pakaian budak budak sekarang yang sexynya mengalahkan Lindsay Lohan dan Paris Hilton.., tentang perangai budak sekolah yang bikin kecoh.., tentang harga makanan kat KLCC yang mahal gila.., heh.., jangan tak tahu, dalam ribuan pengunjung yang seronok nak berhibur tu, terselit juga budak budak pergerakan dakwah yang tak tahu dari mana, datang mengedarkan risalah tentang bahaya zina dan dosa besar lain...

Mungkin bagus juga diedarkan risalah seumpama tu.., usaha juga tu namanya untuk menyedarkan orang ramai.., cuma sampai atau tidak mesej yang ingin disampaikan, Wallahualam Bissawab..

Yang tak bestnya, tak dapat nak bersahur dan berbuka puasa dengan abang sebab hari isnin dia terpaksa balik ke Taiping. Teringin juga berbuka puasa sama sama.., macam dulu dulu. Kalau bukan di restoran mamak berhampiran Central Market tu, kami akan bungkus makanan dan makan kat tepi tasik KLCC.. hehe romantik, kan? Tapi tak tahu lah bila boleh buat macam tu lagi..

Wednesday, September 3, 2008

bulan Ramadan dan kenangan..

Bulan Ramadan kadang kadang akan menimbulkan rasa yang sukar untuk dimengerti. Ianya seakan mengundang kita untuk mengenang kembali masa lampau yang telah berlalu jauh. A few years ago, boleh dikatakan saban tahun setiap kali menjelang Ramadan, aku akan berbuka bersama dengan teman teman rapat. Kalau bukan berbuka di rumah salah seorang dari mereka, (biasanya kalau berbuka puasa kat rumah pun, dah tentu rumah Afi yang menjadi sasaran, ini disebabkan memang sejak dari zaman sekolah lagi rumah dia sentiasa menjadi port kami untuk berjumpa), kami akan berbuka di luar.

Ianya seakan satu kemestian, lebih lebih lagi waktu itu Afi belum lagi mendirikan rumahtangga, jadi memang rajin juga dia menjamu kami kawan kawannya ni. Afi memang pandai memasak, you should try her nasi ayam, let say dia nak buka perniagaan makanan, memang aku akan syorkan pada dia buatlah nasi ayam sekali, sebab memang superb!

Kalau aku berbuka puasa kat rumah Afi, selalunya aku akan end up memakai kain batik.. hehehe, ini disebabkan makcik @ mak Afi, dia tak akan membenarkan aku makan hanya sekali suap.., dia akan memaksa aku makan kesemuanya.., perghh.., penat nak habiskan semua makanan.., sudahnya perut aku membuncit.., itu belum lagi dengan makanan yang dibungkus untuk dibawa pulang.., pendek kata memang boleh meletup perut aku kalau berbuka puasa kat rumah Afi..

Cuma beberapa tahun kebelakangan ni, dah jarang dapat berbuka puasa bersama mereka berdua. Afi makin sibuk dengan keluarga dan anak kecilnya, manakala Noraini lebih selesa berbuka dengan keluarga. Aku juga yang berbuka puasa dijalanan, sebab tak sempat sampai rumah sebelum waktu berbuka.

Sejak arwah ayah dah tak ada, keinginan untuk berbuka puasa kat kampung makin lama makin terhakis.., walaupun mak masih ada.., tapi suasananya tak sama seperti semasa arwah ayah masih ada. Sigh.... **sebak**

Tuesday, September 2, 2008

i'm tired and no mood

After a long weekend, now back to work. So tired.., lepas bersahur terus bersiap nak pergi kerja pulak.

Hari kedua berpuasa ni masih terasa lagi letihnya, maybe after a week baru terasa ok. Last weekend pun quite tired jugak, because i'm spending my cuti with him. Kenyang perut asyik makan dan makan dan makan saja, tak silap lebih kurang 5 kali kami makan selama 2 hari tu. Hadoiii.., macamana berat badan tak naik? Dia memang sengaja tu nak bagi badan aku gemuk, kot? hehe.., but i dont mind, as long as i'm with him.., makan je..

ada banyak kisah sebenarnya tapi memandangkan bulan puasa, tak ada mood pulak nak bercerita panjang lebar. Malas..

Petang ni tak tahu lagi nak makan apa.., haha..., lebih risaukan nak makan apa? hishh.., puasa lah dulu.., dekat nak berbuka nanti baru fikirkan nak makan apa..