Friday, October 10, 2008

mangkuk nasi aku hampir separuh penuh, Alhamdulillah dan pasal hopping blog..

Sebenarnya dalam kepala aku ni ada banyak benda aku nak tulis. Aku dah draft entry khusus untuk bercerita tentang anak buah aku yang akan menduduki PMR hari isnin ni, dan aku pun nak sambung bercerita pasal bf aku yang terchenta tu.., about life, about everything.

tapi bila aku mula nak menaip, tiba tiba pulak fikiran tu jadi blank. Terus aku pun tak jadi nak menaip and continue to blog-hopping again. Aku rasa bagus juga curi curi baca blog orang ni. Bukan curi idea, tapi curi baca saja.

Ada yang tulis pasal kisah cinta diorang. pasal life diorang yang upside down. pasal pemikiran diorang yang one of a kind. Banyak topiklah. Ada satire blog, macam blog F.O.A tu. walaupun sebenarnya aku tak berapa nak faham dengan penulisan dia, tapi aku layan sebab banyak gak benda baru yang aku tahu melalui blog dia. Sebagai contoh, lepas baca pasal Rocco Sifredi, aku pun google nama tu. perghh..., dasat.. **hehe.., time tak de kerja dan tak ada orang aje aku buat kerja tak berfaedah ni**

then, ada satu blog ni, penulis dia sound like she's so hating her life and everything around her. She labelled herself as 'social outcast". Ada satu entry dia tu macam melantun balik kena kat aku, sebab boleh kata almost 80 percent the same thing bermain dalam kepala otak aku ni. Mungkin sikap amarah ni memang common kot dikalangan budak budak sekarang? Ada saja benda yang tak kena dengan penerimaan dia sampai dia rasa semua orang bodoh, dia saja yang bijak pandai.** aku tak kata dia, tapi aku kata persamaan attitude tu**

Lagi, this one blog, kisah cinta dia pulak macam bayangan kisah aku dengan bf. Kawan dah lama tapi still tak ada kata putus, then main tarik tali but still budak lelaki tu buat buat tak faham. Bila ada certain kejadian dalam hubungan diorang yang ditulis dalam blog, aku rasa "eh, aku pun pernah alami situasi macam ni"

Rupanya, kitaran hidup manusia ni seakan sama saja. Kalau ada perbezaan pun mungkin dia tu muda lagi, aku dah tua. Kalau aku rasa aku emotional freak, perempuan lain pun sama jugak emo freak. Kalau perempuan lain tu penuh dengan rasa amarah, aku pun sama jugak, lagi best marah aku tu tak pernah padam padam, cuma semenjak dua menjak ni aku dah ok sikit.

cuma, aku belum jumpa lagi blog 30 something women who are still single and looking. Semua blog yang aku mention tu, diorang still young, ada yang baru habis belajar, ada yang still belajar. Memang ada blog perempuang 30 something, tapi rata rata diorang dah berkahwin dan asyik menayang gambar baby, gambar makanan, gambar husband ** menyampah, aku dengki ok, aku mengaku**

Kalau aku jumpa blog macam ni, biasanya aku just tengok gambar dan baca sebaris dua, lepas tu aku akan kata "boring, cari blog lain la pulak" dan lepas tu tak akan datang datang balik kat blog tu.., hehe..

+ + + + + +

Aku berhenti menaip sekejap tadi. Blog-hopping again. terus hilang idea. hujan lebat kat luar sana. macamana aku nak balik ni? Owh, lupa boss ada bagi aku pinjam payung semalam.

talking about kerja, Alhamdulillah, murah rezeki aku. Terima Kasih Tuhan. Terima Kasih banyak banyak kerana dalam pada aku marah marah dan tak pernah bersyukur, ini yang Kau limpahkan pada aku? A leasson learnt.., aku yang sangat jahil.

Sebak dada bila tadi berfikir sendiri, dosa yang aku buat, rahmat yang aku dapat. Aku memang hambaNya yang tak tahu bersyukur. Jadi lepas ni.., jangan buat kejahatan lagi, lakukan kebaikan saja dan jangan terpedaya dengan helah Iblis. dia hanya mahu menyesatkan aku.

Insya-Allah, bermula bulan depan, my rice bowl akan bertambah sedikit nasi. inilah rahmat-Nya. Aminn.., Terima Kasih Tuhan.

late dan pak lebai yang chatty..

Hari ni entah kenapa alarm handphone tak berbunyi lagi. Aku terjaga dalam pukul 6.09 a.m, half and hour late from my usual time to wake up. Biasanya kalau aku tak bangun awal pun, by 6 a.m kakak ipar akan mula membunyikan radio IKIM.fm dan melaungkan suara dia yang nyaring tu untuk membangunkan anak anak dia.

Tapi pagi tadi, semuanya senyap sunyi. Aku terjaga pun sebab tiba tiba je terasa macam "eh, dah lama aku tidur ni, pukul berapa sekarang?"

Bila aku capai hand phone murah yang dah useless tu, tengok jam "what? 6.09? eh lambat dah ni"
terus aku bangkit, tapi tak bangkit berdiri lah, bangkit duduk, dan termenung sekejap. Apsal senyap aje kat luar. Diorang tak sekolah ke hari ni?

Lepas tu, disebabkan aku ni memang seorang makcik yang considerate, aku biarkan diorang bangun dan mandi dulu walaupun aku sebenarnya dah lambat. Aku tunggu sampai mak diorang terjaga dan melaungkan suara dia yang nyaring tu. Dalam pukul 6.20 am barulah kakak bangun dan start bukak radio IKIM dia dan juga melaungkan suara nyaring dia tu.

Tergesa gesa anak anak dia bangun dan mandi. Aku rasa Indah dan Tiqah mandi ala ala P.Ramlee saja sebab ramai lagi yang nak gunakan bilik air tu. Inilah kekurangan duduk dengan abang yang punya ramai anak yang dah bersekolah. Aku terpaksa mengalah untuk melepaskan diorang dulu. Pasal tu aku berkorban dengan bangun seawal 5.30 am untuk mandi.

Pagi tadi pun, aku hanya dapat mandi selepas si Syiqin selesai ambik air sembahyang. Kira kira dalam pukul 6.45 am. Memang sah aku lambat kalau aku naik bas. Jadi aku decide naik teksi aje. Tak sanggup aku nak sampai ke office dalam pukul 10 pagi. Dahlah aku kena naik bas sampai 3 bijik.

Mujur aku honeymoon. Jadi tak payah tergesa gesa takut terlepas waktu. Sudahnya aku keluar rumah dalam pukul 7.30 lebih sikit. Sampai ke DU dalam pukul 8.30, tunggu dalam 5 minit dah dapat teksi. Kebetulan dapat teksi pak lebai. ramah pak lebai tu berbual dengan aku.

Mula mula just sembang hal biasa aje, lepas tu corner masuk bab politik pulak. Ini yang aku suka ni. Sebab a few times jugaklah kalau naik teksi, diorang suka berborak pasal senario politik semasa. Yang aku pulak show interest untuk mendengar, lagilah sakan diorang bergossip dengan aku.

Yang pak lebai ni tadi beria- ia nak PAS memerintah. Dia kata dalam kerajaan sekarang masih ramai kroni Tun Mahathir, pasal tu banyak kepincangan. Masing masing hanya tahu kembungkan poket sendiri. Err.., ok, aku tak mahu komen lebih lebih. Dalam blog nilah, sebab takut gak.. hahaha **macamlah blog aku ni berpengaruh sangat, perasan!**

Dan lagi, aku rasa semua khabar angin tentang that Mongolian woman dengan our soon to be PM ada kebenarannya. **aku saja yang lambat nak percaya, apsal ntah, agaknya sebab our soon to be PM tu cute sangat kot? wakakakak..**

Yang pak lebai driver teksi tu pun satu gak, lepas satu, satu khabar angin dia beritahu kat aku. Lepas habis mengumpat lakinya, mengumpat pulak si bininya. Baru aku tahu rupanya yang kahwin dengan penyanyi tu anak dia dengan laki dulu. Perghh.., memang sensasi. Siap tak bagi majalah siarkan gambar perkahwinan? Siap bagi warning esok lusa kalau aku jadi 1st woman siap aku mansuhkan lesen kau. Gila ah si bininya tu.

Aku tahu ni semua mungkin cerita basi yang dah lama bertebaran kat dunia cyber ni, tapi macam biasalah, aku ni slow motion sikit. Lambat tangkap.., blur aje manjang..

Bila aku dah nak turun, pak lebai tu bagitahu aku siapa bekas suami si bininya tu. Ohhhh.., yang baca berita dunia jam 10 tu ke? tak sangkanya aku...

Alaaa.., yang si ismet ghulam raja tu.. **wallahualam, boleh percaya ke pak lebai driver teksi ni?**

Kesimpulannya, aku beritahu kat pak lebai tu, patutlah pun, memang pasangan sama padan la tu.., seorang womaniser, yang seorang lagi busuk hati.., perghhh.., match made in heaven..

yang jadi mangsa, penduduk negara lain, penganalisa politik dan polis polis yang sentiasa di cover wajah diorang, apsal entah. Aku nak jugak tengok dorang tu hensem ke tak.. ekekek..

hai.., lantak koranglah. 4 tahun akan datang aku tetap jugak buang undi. aku sayangkan undi rahsia aku ni, so biar apa pun yang jadi, aku tetap akan jalankan tanggungjawab aku sebagai seorang rakyat yang prihatin.

Tapi kalau yg jadi pemerintah time tu adalah pasangan laki bini matchmade in heaven tu, haiii.., entahlah.., undi aku pegi ke opposition lagi la kot?

Thursday, October 9, 2008

aku nampak "BIRU" dan jalan jalan lurus yang tak sesat..

Yeay, akhirnya.., blog aku berubah wajah. Awak nampak.. "biru"..
biru adalah warna kegemaran aku, dan juga pink.., dan putih.., aku suka warna warna soft saja, warna yang terlalu menjerit, aku tak suka, hitam pun aku tak suka. Walaupun ada pendapat yang mengatakan hitam akan meng"kurus"kan orang gemuk dalam sekelip mata, tapi aku tak percaya. Memang hitam tu nampak elegan, tapi entah, kalau aku pakai hitam, muka aku nampak hitam sekali. Tak suka. Aku suka muka nampak cerah dan bersih, hitam macam, err.., tak lawa.. huhu..

Selain pakaian, untuk background blog pun aku tak berapa suka hitam. macamlah aku ni seorang yang mysterious sangat dengan background hitam tu. Hitam menggambarkan kesedihan, gloomy, darkness, dendam kesumat, kebencian.

Aku dah tak ada kesemua tu. Aku dah bertemu ketenangan, InsyaAllah. Bf aku yang buat aku jadi tenang macam sekarang ni, walaupun still ada masalah sana dan sini, tapi selagi mampu bertahan, tak apa, redah saja.

Tak susah pun untuk mencari ketenangan dalam diri ni sebenarnya. Just buang saja segala macam dendam, tak puas hati, bengang, marah dan sebagainya dari dalam diri tu. Let go.., and move on.., masa mula mula dulu memang susah jugak lah aku nak faham dengan semua ni, tapi selepas 3 bulan, segalanya nampak jelas, dan makin senang untuk difahami.

Kejahatan dah tentu dibalas dengan kejahatan, tapi kalau nak hidup tu dipenuhi dengan kebaikan, jadi kenalah melakukan kebaikan juga. Aku dah penat dengan dugaan dan balasan, aku nak ketenangan pula selepas ni. Heh.., sungguh komplikated bunyinya. Tapi tak apa, asalkan aku seorang yang faham sudahlah.

Lagipun kebaikan tak payahlah nak dihebahkan sangat. Buat je diam diam. Kalau orang nampak, dah kira bagus. Kalau orang tak nampak, biar aje. Lama lama nanti dia nampaklah tu..

Aku rasa bunyinya macam klise, tapi aku rasa bersyukur pada Tuhan kerana masih memberi aku peluang yang entah keberapa juta kali untuk memperbaiki diri. Aku rasa macam insan terpilih aje, disesatkan jalan kemudian diberikan cahaya. 2-3 kali juga aku mengalami dugaan sebegini. Tapi kalau lepas ni nak sesat jugak, tak tahulah. Wallahualam..

Dalam usia dah masuk 30-an ni, perbanyakanlah gunakan otak. jangan ikutkan hati sangat. Aku pun layak untuk bahagia apa. takkan nak tengok hidup orang lain aje bahagia. Jadi untuk bahagia, pilih jalan yang lurus. sebab jalan yang bengkok bukannya menuju bahagia pun, itu menuju gaung yang menjahanamkan diri sebenarnya.

Ah.., lupakanlah. Aku tak mahu dah bercerita hal hal pekung ni. Let go and move on, itu pegangan aku sekarang.

Aku lapar. nak makan tose. **apsal aku rasa macam aku tiru gaya penulisan orang aje ni, haiii.., aku nak berhenti baca blog orang, MESTI!! tak boleh jadi aku tiru style mereka**

Wednesday, October 8, 2008

kisah chenta

aku rindukan bf aku. dia tak dapat datang minggu ni. terpaksa postponed ke minggu depan. aku rasa macam, kenapa nak postpone? datang sajalah.

Tapi tak apalah. Minggu ni atau minggu depan sama saja. Asalkan aku dapat jumpa dia, dan pandang wajah dia lama lama, sambil terasa ada perasaan halus mengalir dalam hati.., dan kalau dia pandang balik ke arah aku, aku mesti larikan pandangan. Hehe.., dah berkawan sikit punya lama pun masih ada perasaan malu.

Tapi aku rasa disebabkan rasa malu tulah yang membuatkan aku.., well.. , apa ya? entah.., aku tak pandai berbunga bahasa ni...

Disebabkan aku rindu kat dia, so aku nak cerita sikit, sikit je, tak banyak.., tentang dia..**dari hari tu lagi nak tulis pasal dia, tapi asyik tertangguh je**

dari mana aku nak mula ya? hmm.., kalau aku tulis dia hensem, ada yang percaya tak? Hehe, aku pernah beritahu dia yang wajah dia ada iras penyanyi Razis Ismail **penyanyi angkatan 80-an, yang pernah berlakon dalam filem Mawar Merah dengan Raja Ema dulu**

Tapi dia tak suka disamakan dengan sesiapa. Ok.., jadi dia tak ada iras siapa siapa. He's a person on his own.

Tapi aku rasa klise sangat kalau aku cerita pasal dia hensem. Tak pentingpun sebenarnya rupa paras ni.

Ada banyak perkara lain yang boleh aku ceritakan pasal dia. Kebaikan dan juga keburukan dia. Tapi bab keburukan tu tak payah ceritalah, tak baik bercerita tentang keburukan orang. Akupun ada keburukan juga.

Dan kalau aku tulis yang bf aku seorang yang baik pun akan kedengaran agak klise. Walaupun dia sememangnya seorang yang baik. Dulu memang dia suka marah marah aku menggunakan bahasa kesat **tak apa bang, sayang dah lupa dah semua nama gelaran tu**, tapi sekarang dia dah kurang memarahi aku, melainkan kalau aku yang cari pasal dulu.

Kalau dia nak marah pun, which is very seldom nowadays, dia hanya akan menegur dengan suara yang sangat tenang. Cuma kadang aku saja yang suka melawan ketenangan dia dengan api. Tapi dalam pada berapi aku pun, bila disimbah air, padam jugak.

Sejak 3 bulan yang lepas, boleh dikira dengan jari, hari hari yang dia tak call aku. Selebihnya, walaupun dah pukul 2 pagi, dia tetap akan call. Bila dia tak call, aku akan tanya kenapa, dan mula menunjukkan simptom nak merajuk, tapi tak lama, kerana alasan yang diberi agak logik jugak.

Sms yang dia hantar sepanjang 3 bulan ni, kalau boleh kesemuanya aku nak simpan, tapi memandangkan handphone aku sangatlah murah dan kapasiti kecik, ada separuh darinya aku terpaksa delete. Cuma ada beberapa yang aku rasa tersangatlah sayang nak delete, jadi aku simpan baik baik dalam handphone, dan ada separuh tu sebelum aku delete, siap copy dalam buku, hehehe.., sayang betul nak delete.

Dia juga seorang yang sangat mengambil berat, very protective, sampai kadang aku terasa rimas juga. Tapi no complaining, aku suka diperlakukan begini, selepas sekian lama lepas bebas tanpa kawalan sesiapa.

Dan aku rasa, sifat panas baran aku agak berkurangan kebelakangan ni disebabkan dia juga. takut woo bila kena bagi warning. jadi kenalah berubah.., untuk kebaikan juga.

Disebabkan dia juga, tiba tiba aku rasa aku tak mahu dah berpakaian yang menampakkan bentuk tubuh. Bukanlah aku nak kata yang aku ni seksi, tidak.., aku menutup rambut dengan tudung sebenarnya, tapi pakaian aku tu tak sesuai dengan tudung yang menutupi kepala aku.

Jadi sejak sebulan dua ni, aku lebih banyak berbaju kurung. Aku dah tak hairan kalau tak ada sesiapa nak memandang aku, atau kalau aku dah nampak macam makcik makcik. It's okay, akupun bukan muda lagi.

Orang kata, kalau seorang lelaki tu melayan ibu dan keluarga dia dengan baik, bermakna dia memang seorang lelaki yang baik. Sepanjang pemerhatian aku, dia memang melayan mak dia dengan baik. Cerita pasal mak dia, kakak dia, adik dia memang tak pernah lekang. Aku tak kisah pun sebab aku memang suka dengar. Suatu ketika dulu memang pernah ada krisis sekejap, tapi lama kelamaan semua tu bertukar menjadi ok.

Satu saja yang aku risau. Mak dia garang. Takut..

Bila aku rasa down, aku selalu bercerita kat dia, dan dia akan cakap yang elok elok aje nak bagi mood aku ok semula. Senang cerita, bf aku ni memang seorang yang penyayang. Harap harapnya sampai bila bila lah sifat penyayang dia tu ada.

Dia pun seorang kawan yang baik, dan rapat, dan faham perangai aku. lagipun kitorang memang bermula sebagai kawan pun. Masa berkawan dulu pun dah nampak sifat penyayang, ambil berat dan tenang dia tu.

Walaupun aku sedia maklum tentang ramai perempuan perempuan lain yang throw themselves at him, tapi aku percayakan dia. Not 100% tapi at least aku tak akan sampai menuduh dia buat yang bukan bukan dibelakang aku.

Yang aku pasti, dia cuma sayang pada 2 orang perempuan saja sepanjang hidup dia. Salah seorangnya aku, yang seorang lagi tu is someone from his past. ** macam confident je abang sayang kat sayang.. heheh**

Dia beritahu aku yang dia sayangkan aku pada sekitar 3 bulan yang lepas. Selepas dia mendapat tahu akan benda buruk yang dah aku lakukan. It's a bit too late sebenarnya, tapi aku tak kisah. Cuma terkilan jugalah.., kenapa bila dah terlambat baru nak menyedari perasaan sayang dan cinta tu?

Lagi satu, dia pun seorang yang pemurah. Kami sama sama give and take. Susah senang bersama.., chewah!

Aku ada harapan nak settle down dengan dia dan hadapi hari hari tua kami bersama. Kami berbeza umur selang 2 setengah tahun. Aku tua dia muda, tapi yang lebih matang dalam hubungan ni dia, aku keanak-anakan. Mungkin in denial yang aku dah semakin tua.. huhu..

I have to thank him for not leaving me alone after all the bad things i've done. Perempuan yang memang tak sabar, atau lelaki yang too slow?

Aku memang sayang dan cinta pada dia seorang saja. Sampai satu tahap aku rasa kalau bukan dengan dia, aku tak mungkin ada dengan orang lain.

to be continued...

ciplak dan Jason Mraz.

Hampir setengah hari berlalu hanya dengan membaca blog orang.
Kerja tak ada. Hari hari macam ni saja. Makan gaji buta dan menghabiskan duit pejabat dengan selalu online internet, tapi boss pun sama. Dia pun tak ada benda nak buat, dia akan main minesweeper. Hehe.., boleh percaya ke seorang boss main game minesweeper? Boss aku main game tu.

Bukan nak kata tak ada kerja langsung. Cuma mungkin sales belum nak masuk. Ingat hari hari ke orang nak beli property? Jadi kalau dalam sebulan tu dapat buat sales dalam 30k or 40k komisyen saja, dah kira ok. Nak nak lagi dalam keadaan US bukan lagi gergasi ekonomi dunia sekarang ni. Aku tak tahu bagaimana kesannya terhadap ekonomi Malaysia, tapi apa yang pasti, semua orang akan menggunakan alasan yang sama, "ekonomi meleset maa.."

Dalam fikiran aku ni berkecamuk dengan 1001 macam kisah manusia yang aku baca hampir setengah hari tadi. Setiap orang ada kisah dan pendapat tersendiri yang kadang aku rasa, eh.., kenapa sama dengan gaya pemikiran aku pulak ni? ataupun "hmm.., bagus betul dia ni, macam bijak pandai aje"

paling tidak pun aku hanya akan klik, baca sebaris dua, kemudian kata "ah, boring, tak best, cari blog lain pulak"

Dalam pada klik-klik blog orang, terjumpa link ke blog Jason Mraz. Aku rasa macam terjumpa lombong emas. Excited. Aku memang peminat Jason Mraz. Bukan setakat lagu lagu dia, tapi penulisan dia juga.

Dulu dulu, masa aku ada myspace, selalu juga aku baca blog Jason Mraz dan siap ada link terus ke blog dia. Tapi sejak myspace dah tutup, tak terlintas pulak yang Jason ada blogspot. Aku rasa entry kedua blog dia ni sama saja. Just copy and paste. Tapi aku tak kisah. Yang penting gaya penulisan Jason Mraz memang sangat menarik.

He choose his word precisely. Nicely put. kadang kelakar. Kadang menyentuh perasaan. kadang membuat orang berfikir.

Aku cukup jeles dengan penulis yang boleh menimbulkan pelbagai perasaan dalam diri orang yang membaca. Ada a few blog yang mana penulisnya sentiasa membuat aku berperasaan bercampur baur. sedih ada. jeles ada. Happy ada. termenung sejenak pun ada. ketawa seorang diri pun ada. mereka ini orang orang yang berbakat. aku jeles. dan aku kagum.

sampai aku lupa yang aku pun ada blog sendiri. kagum sangat dengan blog orang, aku abaikan blog sendiri. kesian blog aku ni..

+ + + + +

see.., aku dah tak tahu nak tulis apa. asyik teringat entry orang. nanti cerita yang aku tulis sama pulak dengan cerita orang. tak apa. rilek dulu. aku tak mahu plagiat dah.

cukup sewaktu sekolah menengah dulu aku plagiat karya penulis tersohor. untuk kelas sastera. aku sangkakan Puan Fatimah tak akan tahu yang cerpen aku tu adalah hasil ciplak. Rupanya aku tersilap. Heh, dah nama pun guru sastera, of course la dia aware dengan setiap cerpen student dia. Pulak tu bukannya Puan Fatimah tu tak membaca. Dah tentu tentu lah dia baca setiap buku teks kelas sastera, novel novel ataupun antologi cerpen.

malu aku. bila cerpen yang aku hasilkan tu kononnya paling best daripada yang lain, rupanya dapat markah bawah paras lulus. padan muka aku.

Nak tahu cerpen siapa yang aku ciplak tu. Tajuknya "pengembara senja" hasil tulisan Nora. Apa yang aku tahu dulu Nora pernah menulis dengan majalah Anis, tapi sekarang aku kurang pasti.

Aku memang suka juga membaca tulisan Pak Nora ni. Tulisan dia banyak ke arah keagamaan. Banyak kiasan.

Aku rasa aku patut tulis surat kepada Pak Nora untuk meminta maaf kerana menciplak hasil tulisan dia. Walaupun benda ni dah lama. tapi aku rasa bersalah. tak beretika rasanya.

+ + + + + + +

Sekarang ini pun aku terasa seperti aku dah terikut ikut dengan gaya penulisan orang. Heh, tak ada identiti sendiri. Sekejap macam tu, sekejap macam ni.

Mungkin aku patut berhenti baca blog orang, untuk mengelakkan dari terpengaruh. Tapi nanti rasa macam tak best pulak.

apa apa ajelah.

Tuesday, October 7, 2008

my so-called K.A.W.A.N

Baru tersedar, eh, it's october.., meaning cuma ada 2 bulan saja lagi before 2008 gone for good dan 2009 datang menjenguk.., rasa macam sekelip mata saja 2008 datang dan sekarang mahu pergi?

Semalam adalah birthday salah seorang daripada kawan rapat sejak dari sekolah menengah, iaitu Noraini, yang ke 35. WHAAAATTT??? 35.., tuanya..., meaning aku pun dah tua la dua bulan lagi.., Ya Rabbi.., dah melepasi suku abad rupanya usia aku.., cuma tinggal 15 tahun saja lagi sebelum aku mencapai status separuh abad. Dan ada lagi 50 tahun sebelum usia aku cukup seabad. **Itupun kalau usia aku panjang**

Yup.., aku dah 35.., so kenapa nak takut? Orang kata age is just a number, as long as kau rasa muda kat dalam hati, you will be forever young. Tapi aku tak mahu jadi forever young. Aku mahu aged gracefully, meaning aku mahu dewasa sesuai dengan usia aku. Sekarang ni aku rasa usia aku tak sesuai dengan tingkah laku dan perangai. Dah 35 tapi masih perasan 25, paling sadis masih perasan 15 tahun.., ekekeke..

Aku rasa budak perempuan yang berumur 15 tahun yang bernama J dulu masih terperangkap dalam diri aku. Dia tak mahu membesar. Dia masih ada sisa kemarahan yang entah pada siapa entah, kononnya teen angst. Padahal dah cukup matang untuk berfikir baik dan buruk. Teen angst konon. Sedarlah diri tu sikit..

Aku hantar mms kek pada Noraini semalam, dengan sebaris dua ucapan moga dia panjang umur dan dimurahkan rezeki. Ucapan semoga cepat bertemu jodoh dah aku noktahkan. Tak mahu mengguris hati dia. Aku faham perasaan itu, kerana aku pun sama..

Yup., dalam ramai ramai rakan sekolah yang sebaya kami, ada yang dah bergelar janda dan berkahwin semula, tapi kami berdua ni masih gitu gitu saja. Gelaran janda tak ada, bini orang pun tak ada, yang ada cuma gelaran yang itu.., alah yang itu.., tau tau ajelah gelaran apa tu.., malas aku nak tulis.., sebab semalam aku dah tulis dalam entry pasal raya tu..

kadang jeles jugak dengan kawan kawan sekolah yang lain, yelah.., mana tak jeles, dapat title janda tu.. **oppss, aku terlalu sinis ke?**

Aku cuma hantar mms aje. tak ada majlis makan makan, masing masing sibuk. Lagipun aku sedar aku ni kawan terbuang.., ekekek.., atau mungkin aku yang terlalu bawak diri jauh jauh dari diorang. Padahal diorang tak ada apa apa pun.

Aku teringat akan ramalan bintang kawan aku yang seorang lagi, Afi yang mengatakan salah seorang dari sahabat rapat kamu akan menjauhkan diri. Ramalan tu dah bertahun dah, kalau tak silap sekitar tahun 90-an, dan secara bergurau aku beritahu Afi dan Noraini "haa, akulah tu yang nak menjauhkan diri". Marah betul diorang masa tu.., yelah time tu kami bertiga masih rapat lagi, kalah isi dan kuku.., tapi as time goes by.., hubungan persahabatan tu renggang disebabkan faktor jarak dan keadaan hidup aku yang a bit tunggang langgang.

Nak kata kami jauh sangat, tidak lah, alah setakat Bangsar, Cheras dengan Kota Damansara, bukannya ambik masa 5 jam pun kalau nak berjumpa, 2 jam pun tak sampai, tapi tulah.., kalau dah banyak sangat alasan bodoh kan.., so pandai pandailah bawak diri..

Kadang aku pun kecik hati juga dengan mereka berdua ni. Bukan aku tak pernah sms atau call diorang.., tapi diorang nak call aku? heh.., once in a blue moon. Kalau aku call, alasan dia "eh aku pun baru je teringat nak call kau". Nasib baik aku bukan kaki mencarut.., kalau tak tadi nak aje taip.., taik lembu.., wakakak..

Si Afi? Tak payah haraplah. Aku hantar sms wish selamat hari raya pun tak berbalas. Well.., aku sedarlah diri aku sapa.., kawan terbuang.. **tak ada maknanya aku nak sentimental, lantak kaulah, esok aku ada laki dan anak pun, aku buat benda yang sama kat kau.., huhu.., dendam ni**

See.., kan aku kata dalam diri aku ni masih ada kemarahan.., tak tahu bila nak reda. Orang kata sudah sudahlah tu. Buat tak reti aje.., tapi aku tak tahu nak buat tak reti aje.., banyak benda aku marah ni.., dengan mak pun aku marah, dengan adik beradik pun aku marah.., dengan orang kat luar sana pun aku marah, dengan kaum lelaki pun aku marah.., dengan bf aku pun kadang aku marah juga. Dah berkali kali disuruh buang sifat panas baran tu, tak jugak buang. Sigh...

+ + + + + +

eh, baru terperasan, lately ni entry aku panjang panjang pulak. apsal ekk?

Monday, October 6, 2008

cerita ceriti selepas raya

Yeay.., i'm back..., after a week of melancholie and nostalgic and whateverlah hari raya celebration at my kampung...

Kenapa semua orang nampaknya macam dah tak suka dengan Hari Raya? Then hari apa yang diorang suka? Hari merdeka? New Year? Almost half of the blog yang aku baca, semuanya melagukan nada yang sama, raya tahun ni sangat membosankan.., kenapa? Bukan raya tahun ni saja., raya tahun tahun lepas pun sama. Why? Adakah Hari Raya ni terlalu.., hmm apa ya.., membosankan? Malas nak berkumpul ramai ramai? Tak suka dengan pertanyaan bila nak kahwin? Terlalu melayan nostalgia silam sampai dah tak terasa kemeriahan raya? Raya hanya untuk budak budak?

Semuanya seolah anti dengan hari kemenangan selepas sebulan berpuasa ni.**aku puasa tak cukup sebulan pun..**

Well, i beg to differ.., memang masa awal awal hari tu aku pun terasa macam, hai.. malasnya nak balik kampung.., malasnya nak beraya.., malas nak itu ini, tapi once aku dengar takbir raya, aku cakap "peduli apa aku kalau raya tak best pun, aku tetap nak makan banyak banyak, aku tetap nak ikut abang dan adik aku beraya ke rumah saudara mara, aku tetap nak pergi sembahyang raya, dan aku tetap bersemangat nak beraya sakan tahun ni.., " dan itulah yang aku lakukan. Raya aku best tahun ni sebab last minit dapat jugak baju raya baru **tapi tu cerita lain.., karang aku ceritakan**

Lagi best bila malam raya, dalam pukul 10 malam lebih, time tu kitorang semua tengah lepak lepak depan tv tengok cerita saiful apek yang tak putus putus sepanjang musim raya ni, pintu rumah diketuk, bila adik ipar buka, tak ada siapa pun kat depan, rupanya anak buah yang seorang tu, dia main sorok sorok pulak. Rupanya family abang balik mengejut malam raya tu.., perghh.., lagilah naik semangat raya aku..

memang tengah malam buta tu bising jugaklah rumah kitorang, dahlah rumah mak tu kelilingnya bangsa India.., jadi rumah kitorang ajelah yang riuh pun. Aku seronok sebab 8 orang anak buah aku berkumpul dalam satu rumah, biar sempit macamana sekalipun rumah nenek diorang tu, aku dah tak kisah, asal dapat berkumpul ramai ramai macam tu. Seronok pulak aku tengok gelagat diorang yang macam setahun tak jumpa padahal hari hari adik aku hantar anak anak dia ke rumah kakak ipar.

Yang bestnya si Marzuqi dengan Ashraf siap berpeluk malam tu, sebab si Ashraf suka sangat kawan baik a.k.a sepupu dia balik sekali. Pulak tu mereka sebaya, sama sama dalam darjah satu. Mimi dan Alya pula dah lupakan makcik dia ni yang digelar "Induk" bila si Husna sampai malam tu. Kalau tak sebelum tu, Induk dia nilah yang dipeluk peluk, di gomol gomol, digeletek geletek.., bila datang sepupu yang sebaya dengan mereka, induk yang tua ni pun terus di lupakan..., kesianlah kau Induk.. huhu..

Jadi, malam raya tu kami bergelimpangan tidur kat ruang tamu rumah mak yang sempit bila dah berkumpul ramai ramai tu, tapi bila tinggal berempat, ruang tamu tu nampak luas sangat. InsyaAllah, hujung tahun ni bila abang yang kat Sabah tu pulang bercuti, bahagian depan rumah mak akan kami besarkan lagi untuk memberikan keselesaan anak beranak abang abang dan adik aku yang sangat ramai tu, anak anak mereka saja dah 16 orang kesemuanya, belum masuk mak bapaknya lagi...

Itu belum masuk anak anak aku lagi.. ** yang bakal lahir 10 tahun akan datang... ekekeke**

Mak mak sedara aku cukup sporting. Tak ada soalan cepumas yang berbunyi "ekau bila pulak nak kawin J.....?" ataupun "bilo eh ekau nak beranak pulak ni J....?"

Aku sayangkan mereka sebab mereka terlalu sporting. Tak pening kepala aku memikirkan jawapan yang nak aku berikan. Kalau ada pun jawapan cliche "belum ada jodoh lagi".

tapi aku tak kisah pun jadi andartu ataupun andalusia ni, sebab sepupu sebelah arwah ayah aku ramai yang tak kahwin kahwin walaupun usia dah melewati 40-an. Aku tengok diorang ni cool aje, tak kecoh pun nak kahwin ke, nak cari bf ke, yang aku nampak diorang kecoh kumpul harta, beli kereta dan beli rumah. Aku je yang belum berkemampuan macam diorang.., jeles betul..

nak kata rupa dorang hodoh, tak jugak, hello, orang negeri sembilan terutama yang perempuan rata rata mereka berkulit putih melepak dan gebu tau. Cuma mungkin betul la, jodoh belum ada, bukan sebab kecantikan tapi memang belum sampai masanya.

Cuma satu ajelah yang aku terkilan, kampung aku yang suatu ketika dulu dikelilingi hutan tebal dan rumah jiran jiran pun jaraknya adalah dalam 5 minit perjalanan, sekarang ni aku perhatikan hutan pun dah tak tebal mana, rumah dah banyak yang roboh, muka muka warga asing pun dah ramai berkeliaran kat kawasan kampung aku tu.., paling sedih rumah arwah nenek tempat kami menumpang dulu semasa arwah ayah masih hidup, pun dah dirobohkan.

Lupuslah semua kenangan pahit manis yang pernah terlakar kat rumah usang tu. Terasa sayu hati aku bila melintas depan kawasan tapak rumah arwah nenek yang dah tebal semak samun masa dalam perjalanan ke kubur arwah ayah. Banyak yang dah berubah kat kampung tu.., orang tua kat kampung tu pun dah ramai yang meninggal, tinggal hanya generasi selepas mereka yang rata rata masih muda, dalam lingkungan 40-an.., baya baya abang sulung aku.

Beginilah kan, setahun sekali balik kampung, habis semua kenangan silam terimbas sama. Tapi kalau tak raya, sibuk sakan kat KL ni, satu apa pun tak teringat. Begitulah resam manusia. Selepas musim raya, kampung pun menjadi sunyi semula. Yang berulang alik pun hanyalah basikal tua dan motor motor buruk model ex5.

Aku pasti, dalam 10 tahun lagi, kampung aku akan menjadi bandar. Percayalah cakap aku ni. Kampung Pulau dan kampung kampung sekitarnya akan lenyap sama sekali. Anak anak generasi selepas tahun 70-an semuanya bermata duitan. Sanggup menjual tanah pusaka tinggalan nenek moyang diorang. Best sangat ke duduk kat bandar? Sigh.., lantak dioranglah, tanah diorang...., jangan esok lusa kami adik beradik pun sama nak menjual tanah getah mak, sudah! Owh, lupa.., bahagian aku hanyalah sebuah almari.., bukan tanah.., dan aku tak kisah.., aku bukan anak kesayangan.., ekekeke..

nanti aku ceritakan pasal baju raya last minit tu. Sekarang nak get ready to go home. Bulan puasa dah habis, balik pun dah lambat semula. Kan best kalau bulan puasa 12 bulan dalam setahun? larat ke?