Tuesday, December 30, 2008

happy new year and happy birthday to ME!

rasa macam nak cuti selama seminggu, boleh?

macam malas aje nak update blog, lagipun macam tak ada benda aje nak cerita. lazu pun dah kembali ke puncak perdana untuk menyambung kuliah. mungkin blog ni akan sunyi kembali tanpa komen lepas mulut beliau. haha..

tag lazu pun macam malas aje nak buat. tengoklah esok lusa, kalau nampak dia ada update blog, baru aku akan buat.

esok ada dating dengan buah hati, nak sambut tahun baru sekaligus dengan birthday aku yang ke.., jeng jeng jeng.. 25? salah! 15? pun salah! habis tu? 45 ke? what? hello? am i that OLD?

just cari aje in between yang missing tu.., so itulah angkanya.., kan senang..

tapi bukan 55 oke? mak belum tua lagi.., tau nyah! koserrr..

tapi kalau ada yang nak teka 5 tahun pun, tak kecik hati punyalah.

jadi, untuk diriku sendiri, nah.., ini kek birthdaynya..



kan dah ada tiga batang lilin tu? jadi betullah angka permulaannya adalah 3.., angka belakangnya.., nope.., i'm not telling.

macam open secret gitu.., ekekeke..

malas lah nak buat entry tentang azam baru ke, umur dah bertambah tua ke.., hanya satu yang ada dalam fikiran hanyalah "think positive".

harapan for my birthday? nak kahwin.., simple as that.

tak payah nak putar belit kata kata, just go straight to the point.

Saturday, December 27, 2008

tag again?

akan dibuat bila akak ada masa lapang,

boleh lazu?

ekekekekke

bara api usahlah disimbah minyak...

aku terlepas apa yang orang sedang kecohkan seharian ini. benar benar terlepas dan masih tak dapat gambaran yang sebenar.

tapi bila membaca beberapa ulasan blog mengenainya, aku rasa aku faham serba sedikit. inilah susahnya bila tak ada internet dirumah. hari ni pun kebetulan aku keluar, jadi aku singgah sebentar di cyber cafe, selepas meminta kebenaran. kalau tak dibenarkan, aku pun mungkin tak akan tahu akan cerita yang sedang bertebaran sekitar dunia maya ini.

yang aku faham sebuah blog telah diwujudkan atas nama seorang perempuan melayu, yang mana kandungannya jatuh dalam kategori sensitif bagi umat islam. tadi, waktu singgah di blog lazu, aku cuba klik link yang disertakannya, tapi nampaknya aku terlewat. blog tersebut sudah dipadamkan.

kalau tidak mungkin aku dapat membaca apa yang telah penulis blog tersebut tulis dalam blog kontroversi tu.

dalam banyak banyak perkara dalam dunia ni, kenapalah penulis tersebut memilih untuk menulis perkara yang menaikkan darah orang lain, terutama sekali orang Islam dan bangsa melayu?

bagi aku, ada 3 perkara yang akan menaikkan darah semua orang, yang pertama kalau ada orang mengutuk agama mereka, kedua kalau ada orang mengutuk bangsa mereka, dan ketiga kalau bercerita tentang politik.

kebencian dan kasih sayang hanya dipisahkan oleh satu garis halus, sebaiknya kita jagalah ia..., jangan suka mengguris hati dan perasaan orang lain, dan jangan curah minyak dalam bara, kelak ianya akan menjulang tinggi dan membakar setiap apa yang ada disekelilingnya.

aku berdoa moga negara kita ni kekal dalam keamanan, setiap perbezaan kita cuba selesaikan, dan jangan sekali kali mencetuskan rasa kurang senang dalam hati sesiapapun, walau apa pun bangsa kita, dan agama yang kita anut.

masing masing cuba lihat kedalam diri sendiri, kalau rasa belum sempurna, baik elakkan bercerita tentang agama. kalau hanya untuk peringatan diri sendiri, mungkin tak ada masalah, tapi kalau dah sampai ke tahap mempengaruhi orang lain, itu salah.

Mudah mudahan, selepas ni tak akan ada lagi manusia yang tak bertanggungjawab yang akan mengganggu ketenangan yang kita kecapi selama ni. kita bertanggungjawab terhadap apa yang kita lakukan,

jangan baling batu, sembunyi tangan.

Friday, December 26, 2008

masih perlukah ada Raja Lawak 3?

pada malam christmas eve kelmarin, anak anak buah aku menonton siri audition raja lawak 3. dorang memang suka sangat dengan raja lawak ni, lebih lebih lagi dengan nabil, juara raja lawak musim ke-2 lepas.

aku yang kebosanan tak ada benda nak buat, join sekali tengok cerita yang entah apa apa tu. serius, memang entah apa apa. lelaki lelaki yang datang audition tu semuanya hanya membodohkan diri sendiri. aku tengok tak ada apa yang lawaknya pada jenaka kosong dorang semua tu.

selain daripada yang memalukan diri sendiri, ada juga sesetengahnya boleh berlawak, tapi lawak mereka sangat memualkan. idea tak ada, selain daripada idea recycle zaman tuk kaduk dulu, dan juga copycat nabil. tolonglah.., ingat lawak hanya dengan mencarut dan menjadi kanak kanak saja ke?

paling aku tak tahan, mamat yang buka cerita burung murai dan siput babi tu. duh! idea kampung betul. dia menjadikan tiket berlawak untuk mempopularkan carut "siput babi". mujur masa dia mencarut tu, astro potong "beep", kalau tidak.., satu malaysia dengar apa yang dia sebut agaknya.

aku tak kisah kalau lawak double meaning, sebab ianya tak direct melucah, hanya mereka yang cepat menangkap saja yang tahu apa maksud lawak tersebut, cuma mungkin bagi budak budak, mereka tentu tak akan faham.

satu yang aku agak kurang faham, kenapa untuk menjejak pelawak yang berbakat dan untuk mejadi pelapis pada pelawak yang sedia ada, kena wujudkan sebuah realiti tv untuk itu? ini semua idea kapitalis yang hanya mahu mengikis duit masyarakat, sedangkan bakat sebenar dan terpendam, tak perlu dicari, ianya akan muncul sendiri suatu hari nanti.

Lihat saja Sabri Yunus, Imuda, Khatijah Tan, Zami Ismail, mereka bukan lahir dari realiti tv, tapi lawak mereka memang hebat.

Budak budak melayu yang datang audition tu semuanya nakkan glamour cara mudah. semuanya hanya memburukkan lagi nama masyarakat melayu yang dah memang sedia busuk ni. segala yang buruk dan busuk, hanya terpalit pada nama "melayu".

melayu juga yang paling suka berhibur. Lihat contoh Akademi Fantasia. Lihat Mawi. aku tak tahu apa istimewanya Mawi, sampai semua orang gah sangat dengan dia.

Allahyarham Tan Sri P Ramlee juga seorang pelawak. lihat lawaknya bagaimana, kena sebiji2 dengan kita yang hidup pada zaman sekarang, walhal beliau hidup pada zaman yang sangat berbeza dari kita.

ini menunjukkan lawak Allahyarham adalah lawak yang berisi, dan berilmu. bukan lawak murahan dan picisan yang hanya membuat orang nak termuntah.

Astro, tolonglah, lepas ni tak payahlah ada sambungan Raja Lawak lagi. dah muaklah dengan badut2 kampung tu semua.

tag la pulak..

ahh, aku kena jawab tag pulak.., lazu ni memang takde kerja cari kerja..
tak apalah, jawab ajelah tag tu..

+ + + + + + + +

Nama ‘Timang-timangan’ anda oleh yang tersayang?

* Commercial name : Anne bukan nama sebenar
* Girlfriends / Boyfriends : sayang, kot? (aku panggil dia "abang") **haha, jangan termuntah**
* Kawan Sekolah Rendah : J....
* Kawan Sekolah Menengah: J... jugak
* Kawan Universiti: tak sempat nak jejak kaki ke Uni. **sodehhhh**
* Lecturer / Cikgu: Nor... (nama penuh)
* Anak-anak buah : Indukkkkkkk!!!!!!!!!!!!! **malunya, nama panggilan apakah ini?**
* Mama : J..
* Ayah : J.. jugak

Anda seorang yang...

1. KEKUATAN AKU

*berani hadapi sesuatu masalah, walaupun kadang sampai stress..

2. KELEMAHAN AKU

*banyak.., tapi malas nak beritahu..

Describe apa membuatkan dia terlalu istimewa dimata anda...

hmm.. ada banyak jugak, tapi yang paling istimewa sebab he loves me.. itu dah pasti.. **hehe**

Makanan & Minuman favourite anda

* Food : rasanya roti gardenia ataupun hi-5 kot? sebab tiap2 petang lepas balik kerja mesti beli, sebab nak alas perut
* Drinks : Nescafe ais

Favourite colour

*biru

Favourite song

* banyak, tapi sekarang sedang suka mendengar Hot N Cold - Katy Perry

Siapa yg selalu membuatkan anda tergelak

* abang..

Sikap yg membuatkan anda stress

suka memerintah.., tak sukalah..

3 benda yg mesti ada dlm bag anda


3 saja? mana cukup, beg aku besar bagak la.., letak 10 ke.., baru adil. tapi dah mintak 3 kan, okelah
1- purse
2-handphone
3-beg makeup
4-
5-.. eh. eh.., tak cukup 3 ke? alahai..


Kali terakhir anda beriya-iya menangis. Kenapa?

*hmm.., dah lama dah.., dalam 5 bulan lepas rasanya..

Perkara yg paling lucu atau memalukan dlm hidup anda

* jatuh kat tangga KLCC, dalam keadaan ramai orang.., malu betul..

Tag rakan anda

hmm.., nak tag sapa ni ya..

okelah.., nak tag esah.., itupun kalau dia baca entry ni.. hehe

Tuesday, December 23, 2008

cuti krismas.

macam biasa, bila sesuatu sedang mengganggu aku.., segalanya seakan terhenti.
idea tak ada.
perlu bawa bertenang dulu.
mungkin esok atau lusa akan kembali menaip.

mak datang menziarah, hati tenang sedikit.
tapi segalanya dah kembali oke. cuma perlukan masa untuk mencerna idea.

Sunday, December 21, 2008

how should i react when he said this..

"katalah, kalau abang dah tak ada hubungan dengan sayang pun, sayang kena terus buat apa yang sayang dah buat sekarang ni. jangan buat semata mata sebab abang. jangan sebab semata mata nak menjaga hati je, kalau nak berubah kena berubah betul betul."

aku tak nak ulas yang lain lain tu, aku cuma nak ulas, katalah, kalau dah tak ada hubungan.

adakah ini bermakna dia sedang berkira kira mahu memutuskan perhubungan? atau apa?
aku runsing. terganggu. dia mahu putus kah?

sms pun makin kurang. ikatan terhadap aku pun makin longgar sekarang ni. atau ini semua hanya permainan emosi aku saja?

entahlah.