Susah bukan untuk memahami manusia?
Ada banyak mahu, banyak ingin, banyak minta, banyak segalanya.
Aku juga banyak mahu, banyak minta, banyak macam macam.
Aku cuma rasa ketidak adilan, maka aku suarakan. Tapi pada orang, mereka nampak aku seperti dengki dan busuk hati.
To be honest, disebabkan aku ini manusia yang hina dina, dan bakal berdosa kalau aku nafikan, memang benar, ada sekelumit cemburu dalam hati. Aku manusia biasa.
Dan dalam masa yang sama, aku rasa ianya tak adil kerana aku rasakan aku juga memiliki sesuatu.
Sigh.., inilah yang aku katakan banyak minta, banyak ingin dan banyak mahunya manusia. Aku insaf. Ampunkan aku wahai Pencipta Sekian Alam.
Beginilah jadinya kalau sebelum ini, aku bukan begini, dan hari ini aku jadi begini. Ini bukan aku. Aku bukan jenis yang akan bertindak kalau aku mahukan sesuatu. Tapi kali ini, aku tak tahu dari mana datangnya semangat untuk melakukan sesuatu, untuk mendapatkan apa yang aku ingini.
Ini sifat baik, atau buruk? Aku tak tahu. Mungkin bergantung kepada situasi, dan niat, barangkali.
Apakah niat aku? Aku tak tahu. Mungkin untuk mendapatkan keadilan? Tapi manusia tak pernah adil, itu kata seseorang, yang ADIL hanyalah Tuhan.
Aku tahu tindakan aku tiada justifikasi. Aku hanya mengikut hasutan iblis. Itu, aku faham benar.
Aku hanyalah manusia yang lemah. Maafkan aku.
No comments:
Post a Comment