Showing posts with label my art. Show all posts
Showing posts with label my art. Show all posts

Friday, March 27, 2009

Myself

-pic deleted-


Do you think you will recognize me kalau kita terserempak kat luar? Rasanya tak mungkin kenal kot?

Aku bertanya ni sebab aku kecut perut, takut abang marah. Tapi tak ketara sangat kan?

In case uols wondering, kenapalah anne ni kecut perut sangat dengan bf dia, well.., tak tahulah.

Nak cerita susah, tak cerita pun susah. Aku tersepit. Tak apalah. bukan sekarang masanya untuk aku membuka cerita.

esok esok oke?

p/s: thanks to photobucket. memang bagus la photobucket ni, macam2 boleh buat dengan gambar.

Wednesday, December 3, 2008

new template for december

yeay.., aku dah pandai dalam menukar template. tahniah untuk diri sendiri.

masih under maintenance. akan link semula all my favorite blog.

Wednesday, October 29, 2008

kenapa saya berblogging?

**Berblogging? is there such a word?**

ya.., kenapa saya berblogging? kenapa tidak saya teruskan saja minat saya menulis diary yang dah lama saya mulakan, sejak dari saya dalam tingkatan 5 lagi? buku diary saya pun dah bertimbun, ada yang dah hilang juga, dan yang paling saya sayang is my first diary, yang covernya berwarna kuning/cream cair, yang saya beli dengan duit belanja sekolah yang saya kumpul selama 2 minggu, di kedai buku Creative Enterprise, Bangsar Utama.

Dalam diary tu ada banyak cerita about my first crush, about school life, about my friends, about budak perempuan yang popular kat sekolah yang berlagak macam bagus konon dialah yang paling lawa tu.., dan macam macam lagi **err, fantasi about Jordan Knight pun ada jugak**

Memang diary is like my close friend all this while, and why suddenly, bila blog became popular sometimes ago, saya tinggalkan diary kesayangan saya itu?

Owh, kesian kamu wahai diary.., kerana rupanya saya ni pun nak jump into the bandwagon.., tak mahu ketinggalan dan di cop "kampung" sebab tak ada blog. Diary is like, so yesterday.., so not relevant anymore..**pasal tu pasaran untuk diary kian merudum kot?**

my first blog after the transition is with myspace. Yup.., the overrated myspace and now they are like, what? 2nd class social network? the network where all the mat rempits, all the bohsia and all the desperate ladies looking for some fun? yeay, thank God now i'm done with myspace..

tapi, sayang blog saya tu, jumlah pembacanya dah mencecah 4000 plus since the last time i checked about 5 months ago. yelah, bermula dari tahun 2005 sehingga bulan May 2008, dan 3 tahun saya setia dengan Myspace.., tapi akhirnya terpaksa saya ucapkan selamat tinggal pada blog saya tu, atas sebab sebab peribadi yang susah untuk diceritakan..**duh! apsal tiba tiba santun sangat bahasa aku ni?**

Blog yang ini bukan blog kedua, tapi blog yang entah keberapa puluh agaknya. Saya bukan gila buka blog, tapi sebab saya gilakan publisiti.., saya mahu mencipta nama sebagai penulis blog yang popular, yang boleh buat duit, yang kononnya blog dia ribuan orang datang membaca, sebab excited blog myspace saya mencapai sehingga 4000 plus orang datang baca, sepanjang tempoh 3 tahun.. **pathetic sungguh!**

tapi sekarang, saya dah lupakan angan angan kosong tu, saya tak mahu lagi dah mengejar publisiti, saya sukakan blog saya yang sunyi sepi ini, sebab kan tadi saya dah cakap, saya suka menulis diary, jadi saya tak mahu orang baca diary saya, diary saya personal, sama jugak dengan blog, kalau boleh saya nak letak "only selected people can read my blog" tapi masalahnya, saya pun tak ada selected people tu, so.., letak public ajelah.. **ekekekek**

saya cuba juga tulis diary balik, tapi feelnya tak sama macam dulu. feel blog lebih hebat dari feel tulis diary. sekarang ni, bila menulis diary rasa macam buat kerja sekolah yang dah lama pending, rasa malas aje nak siapkan..

pasal tu, kalau sehari tak taip blog, tak stalk blog orang, rasa macam tak best. rasa macam tak minum nescafe waktu pagi. rasa macam kehilangan kekasih hati. mungkin selepas abang, blog adalah kekasih kedua saya. yup.., saya sukar melupakan blog.., owh blog.., i love you...

nasib baik blog ini bukan berjantina lelaki, kalau tidak tentu saya akan kena marah dengan abang kerana mengucapkan i love you pada blog saya ni..**abang saya tu dia memang kuat jeles.. ekekekeke**

kalau diary diary lama saya tu, saya boleh simpan sehingga ke hari tua saya, dan boleh mengulang baca, blog ni macamana pula? hmm.., kena beli pen drive la kot? untuk save semua entry.., tak pun terbitkan saja. Hmm.., idea yang bernas. ada sesiapa nak terbitkan blog saya?
**muka berharap**

Tuesday, September 16, 2008

hari selasa yang sangat EMO!

aku akan kurangkan sifat mengada-ngada aku ini.
aku akan kurangkan kebergantungan aku pada orang.
aku kena berdikari.
kalau dia sibuk, biarlah.., usah aku hujani dia dengan seratus satu soalan kebudak-budakkan..
aku bukan 16 atau 17 tahun lagi..
aku sudah menghampiri 35 tahun..

kalau dia tak sms untuk satu hari pun..
biarlah.., aku kena tahu dan perlu tahu..
apa yang patut aku lakukan..
untuk mengisi masa senggang itu..

usah terlalu mengharap untuk dia sentiasa ada..
mungkin ada masanya dia tiada..
bersedia untuk menghadapi saat dia tiada..
supaya aku tidak tersesat lagi..

aku harus, mesti, wajib..
berfikir dan bertindak seperti wanita 35 tahun yang lain..
ucapkan selamat tinggal..
pada kisah sedih dulu dulu..
langit tak semestinya mendung sepanjang hari..
tiba musimnya.. mentari akan bersinar cemerlang..

aku bukan lagi aku yang dulu,
yang termenung di tepi anjung rumah..
dan membuang pandangan kosong...
saat keranda arwah ayah di usung pergi ke kuburan..

aku mahu hentikan tangisan dalam hati ini..
kerana sudah sampai masanya
untuk hilai tawa yang hilang dulu
kembali semula..
membingitkan seluruh alam maya ini..

Monday, August 25, 2008

hujan dan api yang membara

Sabtu. Aku terperangkap dalam hujan separa lebat. Salah sendiri. Tapi masih mahu melepaskan kemarahan pada sesuatu atau sesiapa yang tak bersalah sebenarnya.

Aku mahu marah pada bas metro yang tiba tiba lewat pada ketika aku inginkan dia.., Aku mahu marah pada bas rapid yang datang bertali arus sedangkan aku tak inginkan kehadiran dia.., bukan sekali tapi 2-3 kali..,

aku mahu marah pada diri sendiri, kenapa selepas aku turun dari bas kelana jaya tadi dengan selambanya aku buang tiket bas ulang alik yang membolehkan aku menaiki bas rapid tanpa membayar apa apa..., dan kemudian bila tersedar, aku mahu berpatah dan kutip semula, tetapi there's this someone in my head telling me, "no needlah, bas metro banyak.., sure sempat sebelum hujan turun.."

Berdiri antara celahan pepohon di tepi jalan berdekatan dengan Ikano, hujan kian galak membasahi tudung dan kemudian semakin melembapkan rambut aku. Ishh.., mana bas metro ni? Dari 5 minit berlarutan ke 15 minit dan akhirnya.., di situ aku, sedang melawan api kemarahan yang sedang membara dalam hujan.., bercakap cakap dengan diri sendiri.., menyumpah seranah segalanya.., tapi tak tahu apa dan siapa dan kenapa..

Aku samakan hujan yang membasahi seperti hidup yang sukar untuk ditelah. Aku merancang yang bas metro akan tiba dalam kadar tak sampai setengah jam, but i'm wrong.., aku sangkakan hujan tak akan turun lebat, pun aku salah juga..

aku tak mampu control everything.., certain things aku tak dapat agak.., it's just like that saturday afternoon.., hujan, poor coverage, bas lambat, tapi aku tetap juga dicurigai.., ditanya itu ini..,

ada masanya aku lelah.., aku mahu hidup yang mudah.., aku mahu matahari bersinar sepanjang hari.., aku mahu segalanya seperti yang aku mahukan, yang aku rancangkan.., but life is not like that.

Sudahnya aku dapat bas metro yang aku inginkan dan dalam bas, api yang aku cuba kawal akhirnya meledakkan letupan.., rupanya hujan tak menjanjikan kedinginan...

Thursday, August 21, 2008

stop breaking my heart

sad

Pagi yang gelap, kini makin gelap, sebab hari dah hujan!
Pernah merasa bosan yang amat sangat? Bosan dengan segalanya dalam dunia ni dan terasa seperti mahu screaming out loud and say "WHATEVER!"

Well.., maybe it's just me and my bad temper. Maybe it's just my raging hormone.., maybe it's just me being too sensitive...., or maybe it's just me yang tak pandai untuk menjadi seorang WANITA.

Then, teach me how to become a woman, A REAL WOMAN! Dont just sit there and complaining like a big, bad guy with a bad mouth!




Kadangkala, aku terasa penat dengan semua ni. Penat mendengar, penat mengeluh, penat memberikan penjelasan, penat berjanji, penat segalanya. Tapi aku tak berani bersuara hanya kerana aku tak mahu kata kata aku nanti akan dilemparkan kembali ke muka aku. It's always like that, whatever i said, it will come back to me. So, rather than hearing what i said being thrown back at me and i'm getting hurt after that, now all i want to do is keep silent.

Do you think it's easy to be in a relationship? Ada turun dan naiknya, kalau semalam aku berkaraoke kat telefon, esok aku bertengkar pulak, lusa aku bermanja manja semula, tulatnya pula main hempas-hempas telefon, penat tau tak. Sigh...

+ + + + + +

My escapade? Mujur ada polyvore. I'm getting familiar with polyvore already. Aku curahkan my feelings kat sana. Through art. Tak cantik tak apa, aku saja yang suka dengan my own creativity.

macam set yang ini, this is my own:



maybe esok lusa aku akan jemu dengan polyvore, but while i'm at it, aku akan enjoy dulu. I'm a child.., tak pernah membesar..., jadi.., polyvore is my taman permainan...

Wednesday, August 20, 2008

Monday, August 18, 2008