Wednesday, October 29, 2008

kenapa saya berblogging?

**Berblogging? is there such a word?**

ya.., kenapa saya berblogging? kenapa tidak saya teruskan saja minat saya menulis diary yang dah lama saya mulakan, sejak dari saya dalam tingkatan 5 lagi? buku diary saya pun dah bertimbun, ada yang dah hilang juga, dan yang paling saya sayang is my first diary, yang covernya berwarna kuning/cream cair, yang saya beli dengan duit belanja sekolah yang saya kumpul selama 2 minggu, di kedai buku Creative Enterprise, Bangsar Utama.

Dalam diary tu ada banyak cerita about my first crush, about school life, about my friends, about budak perempuan yang popular kat sekolah yang berlagak macam bagus konon dialah yang paling lawa tu.., dan macam macam lagi **err, fantasi about Jordan Knight pun ada jugak**

Memang diary is like my close friend all this while, and why suddenly, bila blog became popular sometimes ago, saya tinggalkan diary kesayangan saya itu?

Owh, kesian kamu wahai diary.., kerana rupanya saya ni pun nak jump into the bandwagon.., tak mahu ketinggalan dan di cop "kampung" sebab tak ada blog. Diary is like, so yesterday.., so not relevant anymore..**pasal tu pasaran untuk diary kian merudum kot?**

my first blog after the transition is with myspace. Yup.., the overrated myspace and now they are like, what? 2nd class social network? the network where all the mat rempits, all the bohsia and all the desperate ladies looking for some fun? yeay, thank God now i'm done with myspace..

tapi, sayang blog saya tu, jumlah pembacanya dah mencecah 4000 plus since the last time i checked about 5 months ago. yelah, bermula dari tahun 2005 sehingga bulan May 2008, dan 3 tahun saya setia dengan Myspace.., tapi akhirnya terpaksa saya ucapkan selamat tinggal pada blog saya tu, atas sebab sebab peribadi yang susah untuk diceritakan..**duh! apsal tiba tiba santun sangat bahasa aku ni?**

Blog yang ini bukan blog kedua, tapi blog yang entah keberapa puluh agaknya. Saya bukan gila buka blog, tapi sebab saya gilakan publisiti.., saya mahu mencipta nama sebagai penulis blog yang popular, yang boleh buat duit, yang kononnya blog dia ribuan orang datang membaca, sebab excited blog myspace saya mencapai sehingga 4000 plus orang datang baca, sepanjang tempoh 3 tahun.. **pathetic sungguh!**

tapi sekarang, saya dah lupakan angan angan kosong tu, saya tak mahu lagi dah mengejar publisiti, saya sukakan blog saya yang sunyi sepi ini, sebab kan tadi saya dah cakap, saya suka menulis diary, jadi saya tak mahu orang baca diary saya, diary saya personal, sama jugak dengan blog, kalau boleh saya nak letak "only selected people can read my blog" tapi masalahnya, saya pun tak ada selected people tu, so.., letak public ajelah.. **ekekekek**

saya cuba juga tulis diary balik, tapi feelnya tak sama macam dulu. feel blog lebih hebat dari feel tulis diary. sekarang ni, bila menulis diary rasa macam buat kerja sekolah yang dah lama pending, rasa malas aje nak siapkan..

pasal tu, kalau sehari tak taip blog, tak stalk blog orang, rasa macam tak best. rasa macam tak minum nescafe waktu pagi. rasa macam kehilangan kekasih hati. mungkin selepas abang, blog adalah kekasih kedua saya. yup.., saya sukar melupakan blog.., owh blog.., i love you...

nasib baik blog ini bukan berjantina lelaki, kalau tidak tentu saya akan kena marah dengan abang kerana mengucapkan i love you pada blog saya ni..**abang saya tu dia memang kuat jeles.. ekekekeke**

kalau diary diary lama saya tu, saya boleh simpan sehingga ke hari tua saya, dan boleh mengulang baca, blog ni macamana pula? hmm.., kena beli pen drive la kot? untuk save semua entry.., tak pun terbitkan saja. Hmm.., idea yang bernas. ada sesiapa nak terbitkan blog saya?
**muka berharap**

1 comment:

sarahH said...

for me, berblog ni salah satu fitrah manusia jugak kot.

especially utk perempuan, naluri untuk didengari, naluri untuk mencurahkan perasaan dan mendapat perhatian.

dan bila kita stalk blog orang, (which is also my hobby! hehehe) itu naluri untuk tahu tentang kehidupan orang lain, some part dalam diri kita ni ada jugak sel busybody kot?? dan juga naluri nak menghulurkan sokongan bila baca kisah org tu bermasalah.

dulu sy tak pernah faham istilah blogger friends, but now after knowing you and few other blogger, indeed blogging world is a beautiful world! :-)

hehe..saja je tumpang membebel..