Thursday, October 16, 2008

teman orang perak, ekau orang nogori, elok bona lah tu...

kadang kadang, ketidak-sengajaan boleh menghiburkan. Spontaneous reaction. Sesuatu yang tidak dirancang terlebih dahulu.

Malam tadi, lagu lagu pop rakyat negeri perak dan negeri sembilan berkumandang di corong handphone pada pukul 3 pagi. Dinyanyikan pula oleh pasangan duet yang langsung tak popular, suara pulak sumbang, lebih sumbang dari.., err.., aku tak tahu nak letak nama siapa, Dafi mungkin? hehe.., **baik punyeeeee**

Bermula dengan kisah "Jangan Pandang Belakang", dan kemudian meleret kepada cerita Keluarga 99 lakonan Mr. Os, terus pula datang idea nak menyanyikan lagu "oh kome deghoyan dah berbunge.., moh kita pinang anak dare" ** dia nak pinang anak dare Bote katenye.. hehe**

ah.. pecah tawa kami berdua pada malam malam buta yang hening tu. Sesuatu yang menyenangkan tentang dia, bila bila masa boleh jadi pelawak yang lebih lawak dari Nabil Raja Lawak. Hilang rasa mengantuk, dan rasa macam terbuai oleh rasa happy..**malu.., merah pipi**

Kemudian, aku pulak menyumbangkan suara aku ni, menyanyi lagu "poie pokan, naik basikal, tongah hari, tongah paneh, apo dayo motong gotah, apo nak dikato.."

Dia kata, kami gila malam ni, menyanyikan lagu negeri masing masing. Salute pada Mr. Os dan Blues Gang kerana menghasilkan lagu yang membuatkan kami tak tidur dan boleh pulak bergelak ketawa pada ketika orang lain sedang hanyut dibuai mimpi.

The things with having a companion is, when you are down, they will be there to cheer you up. Not that i'm feeling down these few days, i'm quite happy with my life now. Cuma, dia memang seseorang yang kadang menghiburkan, kadang menyakitkan, kadang buat aku tension, kadang buat aku menyampah.., ianya memberikan aku 1001 rasa. masalahnya dengan aku pulak, aku suka dengan 1001 rasa tu..

bila bercerita tentang bab cinta ni, aku selalu tak pandai nak meluahkan dengan kata kata, malu sangat, lagipun takut dikatakan jiwang karat.. sigh.., tapi rasa dalam hati ni, berbunga bunga.., macam bunga tulip berwarna pink dalam gambar kalendar atas meja aku ni..

gabungan Perak dan Negeri Sembilan, ada 3 pasangan dalam family aku, 2 abang dan seorang adik.., mungkin akan ada sepasang lagi pada masa akan datang? Insya-Allah, aminnnnn...

No comments: