Owh.., aku ada banyak cerita hari ni.
Sementelah kerja pun tak banyak. Boss belum masuk. Layan sajalah.
Dah nak hampir setengah bulan beraya, baru hari ni aku nak komen tentang sambutan raya aku. Tak adalah best sangat. Biasa biasa saja. Ziarah kubur ayah. Ziarah rumah Mak Teh, Mak Lang dan Mak Teh sebelah mak. Aku lebih banyak mendengar dari bercerita kerana cerita orang bujangan seperti aku ni sangat tak menarik. Mereka hanya sukakan kisah rumahtangga dan anak anak, jadi baik aku meminggir saja kat ceruk dinding tu.
tapi aku seronok. Seronok sebab dapat naik kereta ramai ramai, jalan jalan keliling kampung. Dan menyusuri semula jalan jalan nostalgia lalu.
Lagi seronok bila baju kurung biru yang aku tempah lebih setahun tu, masih ada lagi tergantung kat kedai jahit yang biasa aku kunjungi tu. Aku sangkakan cina tu akan melelong baju tu, sebab dah lama tak ada orang datang ambil. Aku tawakkal saja pada masa aku masuk ke kedai dia. Memang turun bas saja aku dah kata "pergi saja tanya, tak ada salah pun kalau tanya"
Sekali tak sempat tanya, mata dah tertancap terus pada kurung biru yang tergantung. "eh baju aku, ada lagi?"
Berbunga tau hati aku.., macam kera dapat bunga.. wakakaka..
Selepas RM100 bertukar tangan, dengan janji akan menghantar 2 pasang lagi selepas raya nanti, aku bersemangat mahu cepat sampai ke rumah mak. Tak sabar esok nak raya **ini kisah sehari sebelum raya**
Raya juga aku mendapat sesuatu dari anak buah aku, Syiqin.
Dia seorang yang direct. Aku segan kalau dia bertanya "induk tak sembahyang?"
Kisahnya begini, selepas dah puas keliling kampung, abang mahu solat zohor di masjid berhampiran rumah. jadi kami singgah di sana. Aku pun singgah, tapi singgah buang air saja. Sungguh tak beradap aku, kan?
Dah singgah di rumah Allah yang Maha Mulia, aku hanya menumpang buang air? Kenapa hamba Allah yang seorang ni ego terhadap Pencipta-Nya? Sedang aku duduk duduk di tangga berhampiran tempat mengambil air sembahyang, datang Syiqin dengan wajah seriusnya.
"Induk tak sembahyang?" Aku serba salah. Arghh.., kenapa anak buah aku ni direct sangat? Aku sekadar geleng, kemudian dia bertanya lagi, "kenapa?"
Tiada jawapan dan Syiqin berlalu.
Aku kaget. Berserabut. Solat sunat buat, tapi wajib tak buat. apa ni? Pulak tu aku dah berada dalam rumah Allah. Masih nak menyombong? Dengan Allah pemberi rahmat pun aku nak menyombong?
Aku akur dengan rasa rendah diri aku. Bingkas aku bangun, dan sama sama dengan Syiqin mengambil wuduk. Syiqin tak berkata apa pun.
Insya-Allah.., aku mahu terus dirikan yang wajib. Bukan atas suruhan siapa siapa, tapi diri sendiri yang nak lakukan. Aku malu. Malu dengan diri sendiri. Memang aku alpa sebelum ni. Sebab tu aku tersesat.
Tapi Syawal tahun ni, sama seperti Syawal tahun 2001, memberi kesedaran yang sama. Ahh.., malas lah nak elaborate. Aku saja yang lalui, maka aku seorang yang faham.
Banyak yang perlu aku ubah. Tapi ni cerita pasal raya lah.
Sekarang aku nak komplen pasal cerita tv pulak. Aku bengang dengan Saiful Apek. wajah dia merata. TV1, Tv2, Tv3, NTV7, 8tv, Astro.., semua muka dia.
Nak termuntah aku. Tapi terpaksa layankan saja, sebab dah tak ada cerita lain. Karang kalau keluar cerita sarkas karang, lagilah nak termuntah.
Lagi satu, cereka raya. Punyalah melankolik. Aku tak layan sangat. Cuma yang satu ni je aku layan. Tajuknya "Takdir sedang berbisik".
Tahun lepas dah tengok pun, masih tak jemu. Tak tahu kenapa. Aku rasa macam boleh relate dengan watak Mun yang curang tu. ouch..
Rosyam pun Rosyam lah. Asalkan cerita best.
Secara keseluruhannya, Raya aku best. Cerita yang tak best, aku simpan sajalah. Jumpa lagi syawal.., pada tahun depan.
Tapi sebenarnya, aku menyesal kerana membiarkan Ramadan pergi. Menyesal sungguh...
aku terlambat...
No comments:
Post a Comment