Filem "Ayat Ayat Cinta" benar benar mengecewakan aku.
Seminggu aku menunggu dengan penuh keterujaan untuk menonton cerita ini di TV, tapi akhirnya aku disappointed. Ekspektasi aku terlalu tinggi. Terpengaruh dengan komen dan ulasan yang berkobar kobar, baik di akhbar ataupun blog. Tapi bila menontonnya sendiri, ianya sekadar indah khabar dari rupa.
Yang membuatkan aku hampa bukan jalan ceritanya, tapi lakonan kaku sesetengah dari para pelakonnya. Aku benci bila storyline dah cukup bagus, tapi lakonan pulak macam kayu. Terus tak meninggalkan kesan dalam hati.
Cuma, tipu kalau aku cakap tak ada scene yang menyentuh kalbu. Yang paling terkesan pada aku scene dalam penjara. Kala si banduan yang seorang lagi tu melepaskan kemarahan pada sikap berputus asa Fahri. Aku suka pada ayat "Tuhan sedang berbicara dengan kamu"
Sebak aku, dengan rasa yang sukar dimengerti. Kemudian panjang lebar dia bercerita tentang kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha. Perasaan sebak aku rasa macam nak menitiskan airmata pulak, tapi aku tahan. Tak macho la menangis depan anak buah dan kakak ipar. ekekeke...
Aku juga tersentuh dengan watak Aishah. Keikhlasan dia, ketulusan hatinya. Susah nak dapat keikhlasan yang sebegitu. Rata rata perempuan tamak dengan cintanya. Tak mahu kongsi kongsi. Kalau berkongsi alamatnya kiamat. Tapi Aishah tidak. Dia punya hati yang tulus. Aku selalu berharap agar aku punya separuh daripada keikhlasan itu. Tapi aku tak ada. Aku agak tamak juga, dan obses. Terlalu ingin memiliki.., kalau bukan dia, orang lain tak mau. Huh.., pathetic.., macam watak Maria.
Aku nak benci dengan Maria pun tak boleh. Sebab kata katanya sejurus sebelum dia meninggal, juga meninggalkan kesan pada aku. Antara lain kata katanya yang aku faham "baru sekarang aku mengerti antara cinta dan keinginan mahu memiliki, memberi maksud yang berbeda"
Serius. Kata kata ini membuat aku menilai semula perasaan aku. Keinginan mahu memiliki atau kata lainnya, OBSES.
Cheh, dalam pada kata mengecewakan, banyak juga yang terkesan dalam hati aku. Ironi pulak aku rasa..
ok, dalam 5 bintang, aku bagi 3.5 bintang sebab si Fedi Nuril tu hensem, hehe..
No comments:
Post a Comment