kadang aku naik menyampah dengan tempat itu.
semua orangnya adalah pengikut, bukan pengetua @ ketua @ trend setter @ ada pendapat sendiri
kalau yang pertama tu kata "eh, teruknya dia" maka yang kedua sehingga yang ke-20 pun akan melagukan ayat yang sama.
boring.., takkan semua orang berfikiran yang sama kot? tak ada ke yang berfikiran lain dari yang lain? out of the box? or out of the norm?
cuba juga aku cari kelainan kat tempat itu, tapi masih tak ada kelainan, ianya masih tempat yang sama, dan aku pun kadang persoalkan rasional diri sendiri, kenapa masih mahu masuk ke situ? heh, kalau bukan sebab ada karya berkualiti kat tempat itu, tak adanya aku nak masuk balik.
aku berasakan diri aku tak sesuai dengan tempat itu, pertama kali aku masuk pun, aku tak dapat apa apa. kawan tak dapat, apa pun tak dapat, jadi kedatangan kali kedua ni pun aku rasa sama saja. cuma yang membuatkan aku terpancing, sebab blog itu. blog yang bertanya "apa harus aku panggil kamu?"
hati ni bagai digaru garu mahu tahu apa kisah lanjut penulisnya. tapi itulah masalahnya, eksklusif sangat, aku kena ada 500 baru boleh baca. 500 apa? adalah cagarannya, bukan free tahu..
dan inilah masalah aku. aku mahu 500 tapi apa yang tersedia tak memungkinkan aku untuk dapat 500. tak banyak yang dapat aku kongsi, sebab yang disediakan hanyalah benda picisan.., cerita berdasarkan khabar angin, tentang orang itu yang berkahwin dengan atuk K, tentang si jelita ni sakit, ahhh.., bosan..
memang kadang aku suka menongkah arus. orang lain mengikut, aku menolak. tak sukalah mengikut ni, macam tak ada identiti.. wakaka, individualistik la sangat..
pasal tu aku terpelanting jauh dari kawan kawan rapat. aku tak macam diorang. diorang close with family, aku tak, kira i'm a lone ranger..
diorang warisan wanita terakhir, aku tak.
diorang wife material. aku tak ** tapi sekarang akan berusaha dengan gigih untuk menjadi wife material ni**
diorang muslim sejati, aku? err.., dalam proses..
diorang tak main internet, aku? err.., dont go there, shall we?
diorang tak mainlah layan remeh temeh forum apa kejadah semua tu, aku? heh, sehingga ke saat ini masih berusaha mahu masuk dan baca juga "apa harus aku panggil kamu" itu..
diorang sibuk melayan anak dan suami, aku? layannnnn.., apa apa sajalah..
owh lupa, aku layan abang..., errr.., bakal suami jugak tu **10 tahun akan datang, oke**
kalau bukan aku ni seorang yang menentang arus, takkan masa aku dalam tingkatan 3 aku curi curi ambil cadar mak dan tempah jadi baju, oke. ** ekekek, aku tahu, that is what people call stupidity, but who cares? aku nak lain dari yang lain**
memang antara kami bertiga, aku yang nampak sangat berbeza. dahlah pendiam, yang paling tak lawa, yang paling pemalu, yang paling GEMUK.. **serius**
tak hairan aku terpelanting jauh...
tapi mulai sekarang, aku kena ikut arus semula. mesti ikut arus, itu kata dua dia.., kalau tak ikut arus, awak kena tinggal.., tak mahu.., tak bersedia untuk kena tinggal, tapi bersedia untuk benarkan dia kahwin 2. **serius**
ini satu hal lagi. kenapa perempuan cukup seriau dengan perkataan "kahwin dua", "bermadu" "bini no. 2" dan sebagainya?
tolonglah, jalan ke syurga sangat mudah sebenarnya, atau perempuan memang tak nak masuk syurga? patut lah neraka penuh dengan perempuan.. haiiii..
sebelum ada yang sinis, konon aku tak kahwin lagi boleh la cakap. betul.., aku belum bersuami lagi, tapi aku dah bersedia.., sedia dari segi mental dan fizikal. persekitaran yang membuatkan aku untuk bersedia.
aku tak salahkan lelaki. dan tak salahkan perempuan juga. dunia ni kita hanya tumpang, jadi segala sesuatu bukan datang dari kita..wallahualam..
abang, abang nak kahwin 2 kan? oke aje.., sayang tak kisah.., kan sayang dah bagi izin **padahal nikahnya pun belum, bila masanya pulak abang nak kahwin 2? buat lawak raja lawak aje aku ni**
oke, ini tips untuk sesiapa yang bermadu, tips original, tak copy dari mana mana.
kalau tiba turn suami untuk bermalam kat rumah sana, dan korang tak dapat tidur lena sebab asyik fikir apa diorang tengah buat sekarang ni, apa kata bentang sejadah, ambik wuduk, solat tahajjud. lepas habis solat, mata tak ngantuk juga, zikir banyak banyak.
dalam hati merintih pada Tuhan "Ya Allah, kau tidurkanlah aku dengan lena malam ini, kerana sesungguhnya hanya Kau yang maha mengetahui akan apa yang aku rasa sekarang.., tolonglah Ya Allah"
Insya-Allah, korang ingat Allah zalim ke? sure korang tidur nyenyak punyalah, esok bila bangun rasa segar dan segala rasa sakit hati ke, rasa kecewa ke, tak akan ada. cuba sajalah.., takkan nak menyombong kot?
eh, aku tak normal ke kalau aku bagi keizinan kat bakal suami aku untuk berkahwin dua?
pada aku, itu satu hadiah dan penghargaan kerana dia.., dia yang selamatkan aku, yang menyedarkan aku, yang menerima aku, yang cuba menahan segala rasa sakit dan kecewa dan luka, hanya kerana dia mahu melihat aku menjadi seorang wanita muslim sejati? **baca, muslim sejati, bukan melayu sejati**
ya.., itu penghargaan aku untuk dia.., tak besar pun, kecik aje.., compare dengan apa yang dia buat untuk aku..
aku patut bersyukur.. amin..

No comments:
Post a Comment