Monday, October 6, 2008

cerita ceriti selepas raya

Yeay.., i'm back..., after a week of melancholie and nostalgic and whateverlah hari raya celebration at my kampung...

Kenapa semua orang nampaknya macam dah tak suka dengan Hari Raya? Then hari apa yang diorang suka? Hari merdeka? New Year? Almost half of the blog yang aku baca, semuanya melagukan nada yang sama, raya tahun ni sangat membosankan.., kenapa? Bukan raya tahun ni saja., raya tahun tahun lepas pun sama. Why? Adakah Hari Raya ni terlalu.., hmm apa ya.., membosankan? Malas nak berkumpul ramai ramai? Tak suka dengan pertanyaan bila nak kahwin? Terlalu melayan nostalgia silam sampai dah tak terasa kemeriahan raya? Raya hanya untuk budak budak?

Semuanya seolah anti dengan hari kemenangan selepas sebulan berpuasa ni.**aku puasa tak cukup sebulan pun..**

Well, i beg to differ.., memang masa awal awal hari tu aku pun terasa macam, hai.. malasnya nak balik kampung.., malasnya nak beraya.., malas nak itu ini, tapi once aku dengar takbir raya, aku cakap "peduli apa aku kalau raya tak best pun, aku tetap nak makan banyak banyak, aku tetap nak ikut abang dan adik aku beraya ke rumah saudara mara, aku tetap nak pergi sembahyang raya, dan aku tetap bersemangat nak beraya sakan tahun ni.., " dan itulah yang aku lakukan. Raya aku best tahun ni sebab last minit dapat jugak baju raya baru **tapi tu cerita lain.., karang aku ceritakan**

Lagi best bila malam raya, dalam pukul 10 malam lebih, time tu kitorang semua tengah lepak lepak depan tv tengok cerita saiful apek yang tak putus putus sepanjang musim raya ni, pintu rumah diketuk, bila adik ipar buka, tak ada siapa pun kat depan, rupanya anak buah yang seorang tu, dia main sorok sorok pulak. Rupanya family abang balik mengejut malam raya tu.., perghh.., lagilah naik semangat raya aku..

memang tengah malam buta tu bising jugaklah rumah kitorang, dahlah rumah mak tu kelilingnya bangsa India.., jadi rumah kitorang ajelah yang riuh pun. Aku seronok sebab 8 orang anak buah aku berkumpul dalam satu rumah, biar sempit macamana sekalipun rumah nenek diorang tu, aku dah tak kisah, asal dapat berkumpul ramai ramai macam tu. Seronok pulak aku tengok gelagat diorang yang macam setahun tak jumpa padahal hari hari adik aku hantar anak anak dia ke rumah kakak ipar.

Yang bestnya si Marzuqi dengan Ashraf siap berpeluk malam tu, sebab si Ashraf suka sangat kawan baik a.k.a sepupu dia balik sekali. Pulak tu mereka sebaya, sama sama dalam darjah satu. Mimi dan Alya pula dah lupakan makcik dia ni yang digelar "Induk" bila si Husna sampai malam tu. Kalau tak sebelum tu, Induk dia nilah yang dipeluk peluk, di gomol gomol, digeletek geletek.., bila datang sepupu yang sebaya dengan mereka, induk yang tua ni pun terus di lupakan..., kesianlah kau Induk.. huhu..

Jadi, malam raya tu kami bergelimpangan tidur kat ruang tamu rumah mak yang sempit bila dah berkumpul ramai ramai tu, tapi bila tinggal berempat, ruang tamu tu nampak luas sangat. InsyaAllah, hujung tahun ni bila abang yang kat Sabah tu pulang bercuti, bahagian depan rumah mak akan kami besarkan lagi untuk memberikan keselesaan anak beranak abang abang dan adik aku yang sangat ramai tu, anak anak mereka saja dah 16 orang kesemuanya, belum masuk mak bapaknya lagi...

Itu belum masuk anak anak aku lagi.. ** yang bakal lahir 10 tahun akan datang... ekekeke**

Mak mak sedara aku cukup sporting. Tak ada soalan cepumas yang berbunyi "ekau bila pulak nak kawin J.....?" ataupun "bilo eh ekau nak beranak pulak ni J....?"

Aku sayangkan mereka sebab mereka terlalu sporting. Tak pening kepala aku memikirkan jawapan yang nak aku berikan. Kalau ada pun jawapan cliche "belum ada jodoh lagi".

tapi aku tak kisah pun jadi andartu ataupun andalusia ni, sebab sepupu sebelah arwah ayah aku ramai yang tak kahwin kahwin walaupun usia dah melewati 40-an. Aku tengok diorang ni cool aje, tak kecoh pun nak kahwin ke, nak cari bf ke, yang aku nampak diorang kecoh kumpul harta, beli kereta dan beli rumah. Aku je yang belum berkemampuan macam diorang.., jeles betul..

nak kata rupa dorang hodoh, tak jugak, hello, orang negeri sembilan terutama yang perempuan rata rata mereka berkulit putih melepak dan gebu tau. Cuma mungkin betul la, jodoh belum ada, bukan sebab kecantikan tapi memang belum sampai masanya.

Cuma satu ajelah yang aku terkilan, kampung aku yang suatu ketika dulu dikelilingi hutan tebal dan rumah jiran jiran pun jaraknya adalah dalam 5 minit perjalanan, sekarang ni aku perhatikan hutan pun dah tak tebal mana, rumah dah banyak yang roboh, muka muka warga asing pun dah ramai berkeliaran kat kawasan kampung aku tu.., paling sedih rumah arwah nenek tempat kami menumpang dulu semasa arwah ayah masih hidup, pun dah dirobohkan.

Lupuslah semua kenangan pahit manis yang pernah terlakar kat rumah usang tu. Terasa sayu hati aku bila melintas depan kawasan tapak rumah arwah nenek yang dah tebal semak samun masa dalam perjalanan ke kubur arwah ayah. Banyak yang dah berubah kat kampung tu.., orang tua kat kampung tu pun dah ramai yang meninggal, tinggal hanya generasi selepas mereka yang rata rata masih muda, dalam lingkungan 40-an.., baya baya abang sulung aku.

Beginilah kan, setahun sekali balik kampung, habis semua kenangan silam terimbas sama. Tapi kalau tak raya, sibuk sakan kat KL ni, satu apa pun tak teringat. Begitulah resam manusia. Selepas musim raya, kampung pun menjadi sunyi semula. Yang berulang alik pun hanyalah basikal tua dan motor motor buruk model ex5.

Aku pasti, dalam 10 tahun lagi, kampung aku akan menjadi bandar. Percayalah cakap aku ni. Kampung Pulau dan kampung kampung sekitarnya akan lenyap sama sekali. Anak anak generasi selepas tahun 70-an semuanya bermata duitan. Sanggup menjual tanah pusaka tinggalan nenek moyang diorang. Best sangat ke duduk kat bandar? Sigh.., lantak dioranglah, tanah diorang...., jangan esok lusa kami adik beradik pun sama nak menjual tanah getah mak, sudah! Owh, lupa.., bahagian aku hanyalah sebuah almari.., bukan tanah.., dan aku tak kisah.., aku bukan anak kesayangan.., ekekeke..

nanti aku ceritakan pasal baju raya last minit tu. Sekarang nak get ready to go home. Bulan puasa dah habis, balik pun dah lambat semula. Kan best kalau bulan puasa 12 bulan dalam setahun? larat ke?

No comments: