Showing posts with label foodies. Show all posts
Showing posts with label foodies. Show all posts

Thursday, March 19, 2009

my workstation, bersepah!



At last, masih berguna juga hp murah aku ni. Selepas puas aku godek sana, godek sini, akhirnya aku dah jumpa jawapan kepada masalah kenapa aku tak boleh send mms ke email. Masalahnya, hp motorola aku tu masih disetkan dengan Celcom MMS, padahal aku dah tukar ke Hotlink. Patutlah tak boleh download gambar bila abang nak share MMS. Haih.., nasib baik aku tak campak hp murah tapi aku tetap sayang tu.

So, lepas ni, boleh la aku letak gambar entah apa apa. Tapi gambar sendiri, tak adalah, minta maaf awal awal, sebab dah kena warning dengan abang.

Yang kat atas tu, gambar meja aku yang bersepah, siap gelang tangan pun aku tanggalkan bila buat kerja. Meja aku ni sempit, kadang kadang terpaksa letak dokumen kat meja lain, menyusahkan aku saja. Bilalah boss aku ni nak tukar ke meja yang besar sikit ni?

Dulu, masa mula mula beli hp Motorola ni, gambar dia clear dan agak sharp jugalah, tapi sekarang, selepas 2 tahun, dah kabur sikit. Tak tahu camana nak bagi dia clear balik. Agaknya nak kena beli hp baru kot? Bilalah aku dapat beli Nokia Xpress Music 5800 ni?

+ + + + + +

Aku dah sakan mengambil gambar. **gelak**



I'm having late lunch. Rojak aje. Kesian aku kan? Rojak dengan teh o ais limau. Dah tak tahan lapar sangat aku turun beli kat restoran mamak bawah ofis aku ni. Haih.., hari hari mamak, naik muak dah.

Tuesday, January 20, 2009

Aku memang gagal kalau makan makanan ala Buffet..

Semalam, company tempat aku mencari rezeki ni mengadakan majlis makan malam tahunan. Tak adalah grand sangat, sebab company kecil aje, tapi at least, okelah. Dapat makan percuma, dan lagi pun aku jarang sangat keluar berlibur ni, jadi sekali sekala dapat menyertai keramaian, rasa seronok juga.

Majlis berlangsung kat Mont Kiara Solaris, tempat lepak terbaru yang aku rasa memang sungguh happening. Kami di jamu dengan japanese food buffet. Aku memang gagal kalau dipelawa makan ala buffet ni, sebab baru 2 round, perut dah penuh. Orang lain steady aje ambil makanan sampai 10 round.

Dan lagi, orang suruh cuba semua makanan yang tak pernah dimakan, tapi aku tak buat pun. Aku just ambil yang aku dah biasa sangat makan, macam udang, ayam, sotong dengan salad. Satu benda sushi pun aku tak sentuh. Memanglah nampak menyelerakan tapi selera aku tak terbuka dengan makanan mentah. Mungkin aku memang melayu tulen agaknya, takut nak mencuba makanan selain dari yang dah biasa ditelan.

Memang tak dinafikan, makanan yang dihidangkan memang sedap. Owh, kalau ada yang berminat, klik sini

Nama restoran tu ialah Tenji Japanese Buffet, dan harganya kira bolehlah, untuk eat as many as you can. Cuma jangan pelawa aku ya, sebab aku hanya akan merugikan duit saja, sebab perut kecil, walaupun badan besar.

Selain dari makan makan, kami juga mengadakan sesi bergambar. Owh, bercakap tentang gambar, maaflah ya, bukan aku tak mahu tepek kat sini, tapi memandangkan ada larangan keras, jadi kalau nak tengok gambar pun, kat link atas tu ada gambar makanan yang disajikan. Gambar aku? tak ada..

Lagi satu aku perlu beritahu, air kelapa di restoran tu memang sedap. Aku tak tahu apa nama kelapa tu, tapi buahnya kecil saja, dan airnya manis. Sedap.., rasa macam nak angkut satu bawak balik.

Bercakap tentang bawak balik, boss aku memang muka tak malu. Ada ke dia bungkus makanan bawak balik? Memang boss aku adalah tipikal Malaysian. Aku pun segan nak buat macam tu.

Majlis bersurai sekitar jam 10 malam. Bukan majlis habis awal, tapi kami, aku dan beberapa staff yang lain, memilih untuk pulang awal. Penat agaknya mereka selepas memenuhkam tangki dengan makanan.

Lepas ni, kalau ada yang bercita cita nak pelawa aku makan ala buffet, fikir 2-3 kali ya.

Saturday, September 6, 2008

bazar ramadan, i'm coming!

I think the rain is following me everywhere i go.., as today i'm working half day, so it's raining on midday..., and yesterday, right after i stepped out from the office, the water start to tap on my face.., sigh.., why la hujan?

It's raining cat and dog out there.., and i could listen the drop like the sound of waterfall.., and now it's only 12.15.., hopefully by the time 1pm, the rain will stop so that i can go home without getting wet.

Yeay, today i can eat whatever i want, hmm.., still dont get any idea though, on what i want to have for buka puasa later in the evening. I shall browse slowly all the stall at the bazar ramadan and see what will catch my eyes and my taste bud.

+ + + + +

tak sangka rupanya dia terasa hati dengan apa yang aku tulis semalam. Mungkin there's certain things i've left out. Or maybe it's just that my words are not so crystal clear. I dont know, aku hanya menulis apa yang aku rasa. Entahlah..

+ + + + +

Baru aku terfikir, hari raya is just another 3 more weeks. Semalam baru nak apply cuti, and it seems like my boss is reluctant to let me go for a week. Alah, baru a week, bukannya sebulan.., nanti diorang masa CNY pun sama jugak, dah i'm the only one malay here, apa salahnya sacrifice sikit? Benci betul..

Hopefully aku dapatlah bercuti sepanjang minggu raya nanti..

Thursday, September 4, 2008

hujan lagi

It's raining heavily outside there, and i'm going to be late again for the buka puasa. Today is the 3rd day aku berbuka puasa dalam bas.., have to drop by at 7-E afterwards to buy milo and some roti..

By the time orang lain sedang enak berbuka, aku hanya minum setin milo dan memakan roti gardenia.., huhu.. sadis..

**this entry was typed during my phone call with abang, nobody in the office so i got so bored with nothing to do..**

my fave. kuih..






On the 1st day of puasa itself, i've already get myself the most wanted food during bulan puasa, which is the tauhu sumbat, yeay!

Tapi memang mahal sungguh kuih muih di bazar ramadan sekarang ni, just imagine the tauhu sumbat is rm2 for 5 pieces.., and then i bought popia basah for RM2.5o, also 5 pieces. Mahal sungguh, zaman 3 seringgit dah berlalu.., memang tak ada dah kuih muih yang dijual 3 seringgit sekarang ni.

Mujur juga tauhu sumbat dengan popia basah tu quite delicious, kalau tidak membazir saja beli. Tauhu sumbat yang aku beli tu kuahnya lain daripada yang lain, kalau yang biasa it's something like sos cili, tapi makcik yang jual ni kuahnya ala ala kuah kacang.., boleh tahan juga..

This weekend, i want to find tauhu bakar pulak.., which is also one of my favorite.., masih teringat lagi pada tauhu bakar yang aku beli tahun lepas.., kuahnya tu yang buat aku tak boleh lupa.., hehe.., sedap hingga menjilat jari..

Friday, August 29, 2008

long weekend and happy Puasa month!

Long weekend ahead, and after that, it's puasa month!

Diam tak diam, dah setahun rupanya Ramadan yang lalu meninggalkan kita semua.., and every year feels like the fasting month makin lama makin cepat datangnya. Baru je terasa macam semalam mendengar lagu raya melalui corong radio, hari ni dah berkumandang semula? Memang pantas benar masa berlalu..

If let say last year aku berpuasa dengan berbuka makanan mamak setiap hari, dan juga menjamah roti arab yang dibeli kat restoran sebelah, this year nampaknya aku akan berbuka puasa dalam bas sajalah, sebab dah nama pun naik bas sampai 3 kali kan.., takkan sempat nak sampai rumah before the berbuka puasa time.

But it's okay, dalam usia yang begini, aku dah tak hairankan juadah berbuka puasa yang melambak tu.., cukup ada makanan untuk di isi masuk kedalam perut, dah lebih dari mencukupi. Paling tidak pun, aku hanya akan mencari tauhu sumbat.., makanan kegemaran sepanjang bulan puasa yang harus dijamah, walaupun hanya sekali.

Aku tak hairankan ayam percik, atau ikan bakar cecah air asam, atau air kathira yang memang lazat tu.., oh.., aku hanya mahukan satu lagi makanan kegemaran.., roti arab... dah lama tak makan roti arab.. **kecur liur**

Jadi, sepanjang 3 hari bercuti ni.., selain menyiapkan diri untuk berpuasa, juga untuk melepaskan rindu dendam pada seseorang.. hehe.., rindu dendam gitu.., apa yang dirindu dan apa yang didendamkan sangat tu.., rindu nak bertekak sebenarnya..**gelak**

Friday, August 8, 2008

putu mayam favourite..

Aku memang suka makan makanan agak kebangsaan sikit. Nasi kerabu la, putu mayam la. Baru je semalam, aku redah hujan dan dalam keadaan basah lenjun, aku ternampak motor Ane penjual putu mayam melintas depan aku, terus datang keinginan nak makan putu mayam, kemudiannya terus aku melambai ala ala miss world gitu. Beli dalam RM2 dapat 5 keping. Sampai rumah tak sempat nak tukar baju ataupun mandi dulu, terus pekena putu mayam. Bukan sebab lapar sangat, tapi memang dah lama mengidam putu mayam, huhu..

Kemudian, malam tu, sambil berbual dengan chenta hati, aku bercerita lah tentang putu mayam. Eh, dia cerita kat tempat dia di Perak sana tu, ada putu mayam warna hijau. Wah! Pelik aku. Rupanya yang berwarna hijau tu sebab digaulkan dengan air daun pandan sekali. Tentu rasanya sedap putu mayam pandan tu. Teringin juga nak merasa tapi dekat tempat aku ni tak tahu kat mana nak dapatkannya.




beginilah rupanya putu mayam pandan. Mungkin rasanya manis sedikit berbanding dengan putu mayam biasa.

Selepas ni pulak, aku akan bercerita tentang tose. Woohoo.., lagi satu makanan favourite aku. Patutlah aku ni gebu sangat, sebab suka makan makanan india.

Thursday, August 7, 2008

Nasi kerabu favorite..

Dah 2-3 hari aku nak bercerita tentang nasi kerabu kegemaran tapi asyik tergendala saja. Aku nak lekatkan sekali imej tapi masalahnya, aku terpaksa melalui jalan jauh untuk melaksanakan impian tersebut. Maknanya, pertama sekali aku harus emailkan gambar yang aku ambil, tapi ini pun ada masalah kerana email dah tak boleh guna, aku terpaksa pula create email baru, dan akupun tak pasti bila nak create email baru tersebut, kerana aku kena apply kelulusan dulu dari lembaga penapis a.k.a chenta aku tu .., bila dah dapat approval nanti, barulah aku boleh sent mms ke email, kemudian download, safe dalam pc, kemudian copy ke blog. Perghh.., banyak kerja kan? Lupakan sajalah. Takkan tak pernah tengok kot rupa nasi kerabu macamana?

lebih kurang yang disebelah ni lah, tapi nasi kerabu tempat aku ni tidak disertakan dengan keropok dan taugeh, aku pun kurang pasti akan nama sayur hijau yang digaul bersama kelapa goreng dan isi ikan yang dicincang halus tu. Cuma yang pasti, nasi kerabu aku tidak kering seperti disebelah ni. Kegemaran aku adalah gulai ayam dan aku basahkan nasi dengan kuahnya. Perghh.., memang so heavenly delicious. Makan setiap hari pun tak apa, sebab memang dah suka sangat.

Memang ada kawan yang pelik sebab aku makan nasi kerabu berkuah, padahal kalau ikutkan orang sebelah timur sana, nasi kerabu dimakan memang kering tanpa kuah. Tapi aku tak biasa makan nasi kering, dah nama pun orang asal selatan yang memang suka berkuah, bila makan nasi kering tanpa kuah, pergh.., rasa tekak semacam. Macam kesat dan kelat...

Boleh katakan sarapan pagi rutin aku adalah nasi kerabu dan sebungkus nescafe ice. Hmm.., patutlah chenta hati complain aku dah semakin menggebu sekarang, huhu..