Tuesday, January 20, 2009

Aku memang gagal kalau makan makanan ala Buffet..

Semalam, company tempat aku mencari rezeki ni mengadakan majlis makan malam tahunan. Tak adalah grand sangat, sebab company kecil aje, tapi at least, okelah. Dapat makan percuma, dan lagi pun aku jarang sangat keluar berlibur ni, jadi sekali sekala dapat menyertai keramaian, rasa seronok juga.

Majlis berlangsung kat Mont Kiara Solaris, tempat lepak terbaru yang aku rasa memang sungguh happening. Kami di jamu dengan japanese food buffet. Aku memang gagal kalau dipelawa makan ala buffet ni, sebab baru 2 round, perut dah penuh. Orang lain steady aje ambil makanan sampai 10 round.

Dan lagi, orang suruh cuba semua makanan yang tak pernah dimakan, tapi aku tak buat pun. Aku just ambil yang aku dah biasa sangat makan, macam udang, ayam, sotong dengan salad. Satu benda sushi pun aku tak sentuh. Memanglah nampak menyelerakan tapi selera aku tak terbuka dengan makanan mentah. Mungkin aku memang melayu tulen agaknya, takut nak mencuba makanan selain dari yang dah biasa ditelan.

Memang tak dinafikan, makanan yang dihidangkan memang sedap. Owh, kalau ada yang berminat, klik sini

Nama restoran tu ialah Tenji Japanese Buffet, dan harganya kira bolehlah, untuk eat as many as you can. Cuma jangan pelawa aku ya, sebab aku hanya akan merugikan duit saja, sebab perut kecil, walaupun badan besar.

Selain dari makan makan, kami juga mengadakan sesi bergambar. Owh, bercakap tentang gambar, maaflah ya, bukan aku tak mahu tepek kat sini, tapi memandangkan ada larangan keras, jadi kalau nak tengok gambar pun, kat link atas tu ada gambar makanan yang disajikan. Gambar aku? tak ada..

Lagi satu aku perlu beritahu, air kelapa di restoran tu memang sedap. Aku tak tahu apa nama kelapa tu, tapi buahnya kecil saja, dan airnya manis. Sedap.., rasa macam nak angkut satu bawak balik.

Bercakap tentang bawak balik, boss aku memang muka tak malu. Ada ke dia bungkus makanan bawak balik? Memang boss aku adalah tipikal Malaysian. Aku pun segan nak buat macam tu.

Majlis bersurai sekitar jam 10 malam. Bukan majlis habis awal, tapi kami, aku dan beberapa staff yang lain, memilih untuk pulang awal. Penat agaknya mereka selepas memenuhkam tangki dengan makanan.

Lepas ni, kalau ada yang bercita cita nak pelawa aku makan ala buffet, fikir 2-3 kali ya.

3 comments:

Lady Caca said...

Bawak balik? HAHAHA.

Masa winter break haritu. Jalan2 melancong. Singgah Kobe. Dekat Kobe ni glamour satu kedai buffet seafood.

Esah bawak balik. HAHAHA. Aih malu lah.

Pastu satu lagi kan. Esah bawak cili sos. Kekekeke.

ps : Dekat Jepun theyols tak makan cili sos. Yang Esa bawak ni kena beli dekat kedai special. Kehkeh.

The Hopeless Homemaker said...

Ye sama lah dengan saya. AMat rugi dibawa ke buffet. Paling terror sampai 3rd round itupun, setelah dipaksa2.

KIta boleh gang. Hehehhe

Just call me ANNE said...

Esah- ekekekke, biasa la tu, orang kita ni memang dah terkenal dengan tabiat suka tapau bawak balik ni, kadang saya pun ada gak buat.

Zeti- tu kira terer gak sebab 3 round. lain kali kalau nak makan bufet kita kena kelaparan betul, baru boleh pegi. hehe..