Friday, January 9, 2009

tentang ekor invisible yang melekat kat punggung aku dan aku rasa rimas, nak potong dan campakkan jauh jauh...

sambungan pada entry hukum karma tu.

sebenarnya, aku selalu bertelagah dengan diri sendiri, perlu atau tidak aku menceritakan sesuatu yang agak peribadi dalam blog ni. peribadi dalam ertikata seolah aku menyingkap kain aku sendiri, membuka pekung didada sendiri.

memang sejak awal aku menulis blog, konflik macam ni selalu wujud dalam diri. to tell or not to tell. kalau aku tulis, what will people say about me? adakah mereka akan mencemuh, atau bersimpati, atau akan mengutuk aku?

perkara yang nak aku ceritakan memang agak sensitif dan boleh menjatuhkan maruah diri aku. tentang peristiwa buruk yang pernah berlaku pada diri aku sewaktu kecil dulu. selalu kita dengar orang kata, peristiwa buruk yang berlaku waktu kecil akan meninggalkan kesan dan trauma sehingga seseorang itu dewasa, kan?

aku rasa ianya memang ternyata benar. pengalaman silam tu memang mengikut aku, macam ekor yang sangat panjang, aku cuba putuskan, tak putus putus juga. asal aku duduk diam dan berfikir tentang hidup dan masa depan, aku akan nampak ekor kat belakang aku. kadang aku rasa menyampah, kadang aku rasa sedih, benci, dendam.., dan 1001 perasaan lagi.

kalau boleh, bahagian dalam otak aku ni, yang menyimpan memori peristiwa buruk tu, nak aku korek dan campakkan jauh jauh, tak mahu pandang atau ingat lagi dah. aku nak biarkan bahagian tu kosong, tapi ianya possible ke?

aku andaikan anak anak palestine yang mana dalam ingatan mereka dah terpahat imej ngeri peperangan yang berlaku depan mata mereka. aku tak fikir ingatan dan imej ngeri tu akan hilang ditelan masa. makin mereka cuba lupakan, makin ianya jelas dalam ingatan.

bagi aku, ianya beban. sebab tu aku nak letak beban tu kebawah, dan tinggalkan saja. jadi, boleh tak aku dump that beban kat sini? niat aku hanya satu, lepaskan rasa tu, tulis kat sini, kalau rasa lega, teruskan hidup, dan jangan ingat lagi.

lebih dari 20 tahun aku bawa beban tu, dan ianya sangat menyusahkan aku. aku nak buang ia, campak jauh jauh, dan terima hakikat, memang itulah bahagian aku di dunia ni.

dahlah, cakap banyak pun tak guna. just nak tanya korang yang membaca ni, apa pandangan korang kalau aku kata aku mangsa rogol? atau mangsa sumbang mahram? atau mangsa salah laku seksual lelaki binatang yang dah berpuluh tahun menghantui hidup aku sehingga ke saat ini?

do you think i'm cheap?

akan bersambung kalau ada respons.

1 comment:

sarahH said...

kak anne,

sy yakin perkara terakhir yang akak nak adalah simpati dari sy. tapi minta maaf, sejujurnya sy sangat2 bersimpati dgn apa yg menimpa akak!

nak kata sy "memahami" perasaan akak, mungkin kurang tepat kerana sy tak pernah berada dlm situasi di mana sy menjadi mangsa "lelaki binatang" sepertimana yg akak lalui.utk itu, sy sgt bersimpati.

tapi, sy faham bila akak ckp ttg betapa payahnya melupakan kisah silam, melupakan kisah sedih dlm hidup yg menghantui kita. lebih2 lg tragedi yg menimpa masa zmn kanak-kanak/remaja. no matter how much we hate it or regret it, there's nothing we can do to change it. it will kept on haunting us or at least, the memory will last forever! For that, I understand your feeling!

To answer your question, certainly you're not being cheap!

Kak, it wasn't your fault! What you've been through is certainly a traumatic experiance. Akak TAK LAYAK dicemuh atau dihina atas apa yg terjadi!! Manusia yg kejam saja akan buat macam tu!

Untuk melapangkan hati akak, sy cuma nak kata, SETIAP manusia punya kisah sedih dalam hidup masing-masing. SETIAP manusia punya episod tragedi dlm hidup mereka.

yg berbeza cuma plot hidup kita. utk akak, menjadi mangsa sumbang mahram adalah ujian-Nya. utk sy, menjadi anak angkat adalah ujian-Nya. dan diluar sana, entah macam-macam jenis ujian lagi yg menimpa umat manusia.

dan satu lagi yg berbeza adalah sama ada berat atau ringan ujian-Nya. sy yakin, utk akak ujian-Nya lebih berat kerana Tuhan tahu akak punya kekuatan utk memikul beban tersebut. sy tak dpt bygkan bagaimana sy dpt meneruskan hidup kalau diuji begitu! tp ternyata akak seorang yg kuat dan tabah!

In fact sy kagum bila akak kata akak maafkan "orang" itu! Belum tentu sy boleh jadi sebegitu pemaaf kak... for that I salute you!

membaca entry ini seolah-olah cantuman puzzle2 sebelum ini. Akhirnya sy tahu apa dilema akak selama ini krn akak selalu berkias-kias dlm bercerita.

kak,

teruslah bercerita kalau itu dpt melegakan hati akak... kalau akak rasa perlu utk meluahkan apa yg terbuku dlm hati akak selama ini. sy percaya di blog inilah tempat terbaik utk akak menghamburkan rasa hati akak. at the end of the day, tiada siapa yg benar-benar layak untuk mengeji akak hanya berdasarkan tulisan akak.

mmg benar tulisan melambangkan peribadi seseorang itu, but to judge someone merely based on his/her writing is soo unfair!

persetankan kalau ada komen2 sinikal dr manusia2 yg tiada ruang dalam hatinya untuk memahami kesengsaraan jiwa org lain. siapa mereka itu utk judge akak? mereka kenal akak ke?? mereka tahu hati budi akak ke? dan adakah hidup mereka cukup sempurna sehingga mereka punya hak untuk mencemuh kehidupan org lain???

barangkali akak terasa seperti membuka pekung di dada sendiri tp bg sy yg membaca, sy tak tau pun pekung siapa yg dibuka?? in other words, sy tak tau pun identiti sebenar tuan empunya "pekung" tu! (you got what I mean??)so, what is there to be ashamed of?

sy bkn nak memaksa akak utk bercerita. it's your choice anyway to tell or not to tell. My concern is, if you ever need a platform to channel you anger or frustration and this blog is the only way you think you can do so, by all means DO IT!

maaflah kak, panjang lebar komen sy ni...but I just want to let you know that sy sudi meminjamkan telinga sy untuk akak whenever you need it!