Monday, January 19, 2009

Aku nak Siti menang..., TIDAK!!!

ini cerita sedih. Aku hanya mampu mendengar lagu lagu mereka dicorong radio saja. Aku sangat kecewa, bila tak dapat melihat aksi Superman, aksi Pakcik Hussain, dan aksi Orang yang diasingkan, padahal aku sangat mahu saksikan mereka.

Owh, aku lupa. Siti tak ada, jadi mereka mahu BOIKOT! Boikot AJL sebab tak ada SITI. **huh.., pathetic**

Mujur ada Hotfm yang setia menemani aku. Atau mungkin mereka boikot sebab Mawi digantikan dengan Zahid? Sungguhlah cetek pemikiran tuan punya idiot box kat rumah aku tu. Mawi dan Siti, dua ikon artis melayu yang digambarkan sopan santun dan sebaik2 manusia. Haih.., kalau mereka berdua tak ada, maka memang jangan haraplah sebarang acara hiburan boleh disaksikan melalui idiot box kepunyaan mereka tu.

Tak apalah. Aku berpuas hati. Dapat dengar suara pun dah cukup. Cuma lebih dari cukup kalau dapat saksikan aksi mereka. Tak apalah. Benda dah habis pun.

3 comments:

Lady Caca said...

anne tgk la kat utube. diorang dah upload.

Just call me ANNE said...

oke, thanks esah..
sekarang jugak saya carik..
hehe

Lady Caca said...

Dah tengok dah?

Anne suka yang mana satu? FT ke MUH ke Farawaheeda ke. Ekekee.