Thursday, January 22, 2009

No more Cleo, hello Women's Weekly..

aku sedang mengalami perubahan. Bukan perubahan fizikal, atau perubahan mental.

Aku sedang mengubah bahan bacaan bulanan aku. Aku dah berhenti membaca majalah Cleo, dan beralih ke majalah Women's Weekly. Aku perlu berhenti membaca majalah yang hanya sesuai untuk mereka yang dalam lingkungan 20an hingga awal 30an. Aku dah mid thirties, jadi kena sesuaikan bahan bacaan dengan umur yang kian meningkat.

Memang sebelum ni pun aku dah perasan akan kewujudan majalah Women's Weekly tu, tapi aku tak berminat nak membacanya sebab aku fikirkan "alah untuk perempuan yang dah berkahwin sesuailah kot? aku single lagi, baik baca Cleo ajelah".

Aku membaca Cleo dah lama, sejak dari tahun 1996 lagi. Dah berapa orang editor dia bertukar, tapi aku tetap setia membacanya setiap bulan tanpa gagal. Untuk berhenti membaca sesuatu yang dah begitu sebati dalam diri, agak sukar juga aku rasakan. Bayangkanlah, dari tahun 1996 aku tak pernah bercerai dengan Cleo, tiba tiba awal bulan ni aku tekad tak mahu baca, agak nanar jugak aku jadinya.

Tangan aku gatal aje nak beli, tapi akal aku kata "jangan, berhenti beli sebab dah tak relevan dengan usia aku".

Jadinya, bahan bacaan aku berkurangan bulan ni, yang tinggal hanyalah InTrend, EH! dan Cosmopolitan saja. Tak boleh jadi ni sebab tak ada majalah berbahasa inggeris, nanti aku jadi makin kurang fasih pulak. Mana cukup dengan membaca paper The Star saja.

Aku sebenarnya tak tahu nak memilih antara Marie Claire, Women's Weekly ataupun OK!. OK! mungkin terpaksa dilupakan sebab ianya merupakan majalah berunsurkan hiburan. Aku mahukan majalah yang berunsurkan kewanitaan dan memaparkan isu tentang wanita. Jadinya, aku belek belek Women's Weekly kat 7-11 tadi, aku kata "maybe majalah ni boleh la kot? macam best je, sebab ada resepi".

Itu pun antara sebab kenapa aku berpisah dengan Cleo. Aku mahu mula belajar memasak. Abang pun dah lama suruh aku belajar masak dan suruh aku baca majalah Mingguan Wanita, tapi aku agak kurang gemar dengan Mingguan Wanita. Tak tahu kenapa, bukan sinis dengan majalah berbahasa melayu ni, tapi aku memang dari dulu lagi tak berkenan. Aku kurang gemar membaca kisah cerai berai dan kisah penderitaan wanita.

Nak beli majalah Cosmopolitan versi antarabangsa, harganya agak mahal. Lain lah kalau beli yang backdated, tapi itupun tetap mahal harganya, dalam belas belas jugaklah. Sedangkan Glam yang berharga lingkungan RM10 tu pun aku tak mampu nak beli, inikan pulak Cosmopolitan edisi backdated yang harganya dalam RM13. Berangan sajalah aku nak melanggan Cosmopolitan.

Jadi, lepas ni, kalau ada sesiapa yang merasa masakan aku, janganlah segan segan ya. Mana tahu, lepas baca 2-3 keluaran Women's Weekly, aku terus jadi pandai memasak pulak.

3 comments:

Lady Caca said...

Oh memasak senang je. Selamat berjaya. Hihi.

Anonymous said...

Sekadar ingat-mengingati.

"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka."
(Surah Al-Baqarah, ayat 201)
View Profile: Rantong

Anonymous said...

bagus sungguh membaca
dulu lazu rajin baca galaxie ajer...
hahaha... tu plg murah tapi bile masuk puncak ni... semua majalah tak bli
majalah melayu ke inggeris ke... sekalipn german (pernah beli kew?)