aku keletihan 2-3 hari ni. tak cukup rehat dan mungkin juga tak cukup tidur.
kalau dah sesekali bertemu, memang 24 jam asyik nak berkepit saja. macam belangkas. dan hari ini, mungkin hari terakhir kami bertemu sebelum abang berangkat pulang ke utara. selepas tu, masa aku akan lapang 24 jam tanpa sebarang aktiviti.
juga mungkin akan kembali lonely. tak apalah.., bukan jauh sangat utara tu pun. ada umur panjang dan rezeki lebih, jumpa lagi hujung bulan nanti.
cuma, dalam rasa seronok dapat berjumpa dengan abang, terselit pula kisah sedih abang kandung sendiri. aku tak tahu macamana nak luahkan, sebab ianya melibatkan keluarga. cuma aku memang agak sedih dengan keadaan dia dan keadaan keluarga. kalau aku buka cerita, ianya ibarat membuka pekung didada, tapi kalau aku pendam, ianya makin membusung dan menyesakkan jiwa. entahlah..
abang sulung aku ni dimasukkan ke hospital seremban sebab penyakit kencing manis yang memang agak kritikal. entahlah.., aku tak mahu ceritalah, sebab ianya terlalu komplikated, cukup aku katakan nasibnya terbiar.., that's all. tak dipedulikan oleh sesiapa.
aku kasihankan mak. mak lain, sebab itu anak dia, anak yang dikandungnya selama 9 bulan, walau buruk atau keji mana pun anak itu, mak akan tetap sayang dan menjaganya sehingga ke hujung nyawa. tapi adik beradik lain. sekali kau buat taik, jangan harap kami akan pandang kau lagi.
dan ianya memang terbukti depan mata aku. aku yang tak punya apa apa kesenangan ni, diarahkan pulak oleh abang abang untuk menguruskan abang yang masuk hospital tu. ahh.., sudahlah.., ini masalah keluarga.., tak mahu kongsilah.., biarkan aje. tak guna aku merungut di sini kerana akhirnya, aku juga yang akan membusukkan nama keluarga sendiri.
walaupun sebenarnya, aku juga mempunyai isu sendiri, yang agak personal, dengan abang yang terlantar di wad tu. tapi aku lupakan isu tersebut, hanya kerana memikirkan, dia abang aku. walaupun aku memang marah, berdendam dan benci dengan abang sulung aku ni, tapi bila tengok dia terlantar atas katil hospital, hati aku terusik juga.
aku hanya mampu kata, mungkin itulah balasan terhadap apa yang pernah dia lakukan pada aku dulu. waktu aku kecil kecil dulu, tak mengerti apa apa pun lagi tentang hidup.
apa saja yang terlintas dalam fikiran kalian yang membaca entry ini, memang itulah dia. aku tak mahu tulis disini. aku mahu lupakan.., dan maafkan abang aku ini. kerana dia sudahpun mendapat balasanNya. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment