Friday, August 8, 2008

putu mayam favourite..

Aku memang suka makan makanan agak kebangsaan sikit. Nasi kerabu la, putu mayam la. Baru je semalam, aku redah hujan dan dalam keadaan basah lenjun, aku ternampak motor Ane penjual putu mayam melintas depan aku, terus datang keinginan nak makan putu mayam, kemudiannya terus aku melambai ala ala miss world gitu. Beli dalam RM2 dapat 5 keping. Sampai rumah tak sempat nak tukar baju ataupun mandi dulu, terus pekena putu mayam. Bukan sebab lapar sangat, tapi memang dah lama mengidam putu mayam, huhu..

Kemudian, malam tu, sambil berbual dengan chenta hati, aku bercerita lah tentang putu mayam. Eh, dia cerita kat tempat dia di Perak sana tu, ada putu mayam warna hijau. Wah! Pelik aku. Rupanya yang berwarna hijau tu sebab digaulkan dengan air daun pandan sekali. Tentu rasanya sedap putu mayam pandan tu. Teringin juga nak merasa tapi dekat tempat aku ni tak tahu kat mana nak dapatkannya.




beginilah rupanya putu mayam pandan. Mungkin rasanya manis sedikit berbanding dengan putu mayam biasa.

Selepas ni pulak, aku akan bercerita tentang tose. Woohoo.., lagi satu makanan favourite aku. Patutlah aku ni gebu sangat, sebab suka makan makanan india.

No comments: