Thursday, August 14, 2008
earth, fire, wind and water...
aku pms. pasal tu semalam aku meletup. habis aku hamburkan lahar gunung berapi yang meluap luap. You should see me yesterday. Aku campak kunci office atas meja, aku hentak bag atas meja, seluruh tubuh menggeletar, dan akhirnya, aku shout at his ear. Very the drama queen!
We fight. Sebelum tu menggunakan sms. Banyak bahasa yang mengguris hati terkeluar. Panas hati aku sama dengan panasnya handphone yang aku gunakan. Aku boleh nampak asap berkepul kepul keluar dari handphone dan juga kepala aku. Terbakar. **hehe, imaginasi aku saja, mana ada asap berkepul kepul keluar dari kepala, gila apa?**
Tak cukup sms, dalam telefon pula. Dua tiga kali putuskan line pun, masih tak berpuas hati. Macam ni ke gayanya orang bercinta? Sampai satu masa, kesabaran aku lebur, aku jeritkan ayat ni " awak, kita break-off sajalah"
aku tahu dia tersentak. Aku pun tak percaya boleh keluarkan kata kata sedemikian. Macam hilang segala kesabaran. Ikutkan sangat lahar gunung berapi yang sedang memercik panas macam tahi bintang di angkasa tu..
Bila dah marah, hilang segala kata kata manis, "abang - sayang" pun hilang. Sakit segalanya. Haiiii.., cinta punya pasal.
tapi tak lama. Hanya untuk berminit minit saja. Tak sampai jam jam berikutnya pun. Ikutkan hati sangat. Betul betul break off nanti, dua dua yang sama sama penasaran, haaa.., masa tu marilah kita sama sama menyanyikan lagu dangdut tu.., huhu...
+ + + + + +
Ingat senang ke mengharungi relationship antara dua jiwa yang berbeza ni? bak kata dia, aku ni FIRE.., nampak tak api kat kepala aku ni? Dia pulak, AIR.., huhu, betul ke air? ke angin? atau tanah? Tapi memang dia very cool.., tenang sentiasa.., cuma bila diasak oleh kepanasan aku ni saja, baru tanah dia merekah.. maknanya baru dia pun sama sama naik angin la tu..
Memang susah nak cari lelaki yang sabar dan tenang macam dia. Aku tak tahulah kalau ada kat luar sana tu, mungkin ada, tapi aku tak mahu dah cari. Penat. Lelah. Yang ada ni pun cukuplah. Aku saja yang suka create trouble dengan kepala angin aku ni. Yeah, Jack Nicholson, cepat datang rawat penyakit angker, eh silap.., anger aku ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment