Wednesday, August 6, 2008

aku bertukar office lagi

Hari Jumaat ni, sekali lagi aku ditukarkan ke pejabat baru. Dalam tempoh 2 bulan ni saja, aku ditendang kesana ke mari seolah aku ni sebiji bola. But, i'm okay. Memikirkan bukan senang nak dapatkan kerja lain dalam zaman inflasi ni, jadi aku bertahan saja, asalkan aku ada duit masuk setiap bulan. Kalau nak ikutkan hati yang memberontak ni, dah lama aku angkat kaki dan tinggalkan tempat ni.

Tapi, kalau tadi aku ikutkan kata hati yang sebenar benarnya, aku dah tak mahu bekerja lagi. Yang sebenarnya aku inginkan adalah duduk bermalasan dirumah sambil menunggu suami pulang makan tengahari. Yang sebenar aku inginkan adalah menguruskan anak anak dan suami yang seharian penat bekerja membanting tulang mencari rezeki.

Aku dah terlalu letih bekerja. Fikiran aku dah tak sepantas dulu menyerap ilmu baru. Dah berkarat. Tenaga aku dah tak segagah dulu yang boleh bergerak susup sasap seperti lipas untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Aku semakin lemah dan gemalai. Ya.., aku semakin pemalas.

Pemalas dalam erti kata bekerja untuk orang. Aku mahu bekerja untuk diri sendiri, tapi malangnya tak berkemampuan. Sigh.... poor thing. Yang paling aku malaskan adalah untuk bangun awal pagi dan bersiap. Kemudian bersesak sesak dalam bas. Turun bas, kemudian naik bas semula, turun lagi, dan naik lagi bas, barulah bila masa berlalu selama hampir 2 jam, baru nampak bangunan pejabat. Bunyi macam jauh sangat tempat kerja aku kan? Yeah, right.., 2 jam tu aku dah boleh sampai ke Seremban, tapi sebenarnya tempat kerja aku hanyalah di Kelana Jaya. Pathetic!

Boleh saja kalau aku menaiki teksi setiap hari, tapi ongkosnya manakan mencukupi dong! Tak makan aku kalau aku naik teksi setiap hari. Mahu atau tidak, gagahkan saja kaki ni menaiki bas. Untung nasib nanti, kurus sikit badan ni.. huhu..

Tak apalah, demi sesuap nasi.., lalui saja...

No comments: