Sabtu. Aku terperangkap dalam hujan separa lebat. Salah sendiri. Tapi masih mahu melepaskan kemarahan pada sesuatu atau sesiapa yang tak bersalah sebenarnya.
Aku mahu marah pada bas metro yang tiba tiba lewat pada ketika aku inginkan dia.., Aku mahu marah pada bas rapid yang datang bertali arus sedangkan aku tak inginkan kehadiran dia.., bukan sekali tapi 2-3 kali..,
aku mahu marah pada diri sendiri, kenapa selepas aku turun dari bas kelana jaya tadi dengan selambanya aku buang tiket bas ulang alik yang membolehkan aku menaiki bas rapid tanpa membayar apa apa..., dan kemudian bila tersedar, aku mahu berpatah dan kutip semula, tetapi there's this someone in my head telling me, "no needlah, bas metro banyak.., sure sempat sebelum hujan turun.."
Berdiri antara celahan pepohon di tepi jalan berdekatan dengan Ikano, hujan kian galak membasahi tudung dan kemudian semakin melembapkan rambut aku. Ishh.., mana bas metro ni? Dari 5 minit berlarutan ke 15 minit dan akhirnya.., di situ aku, sedang melawan api kemarahan yang sedang membara dalam hujan.., bercakap cakap dengan diri sendiri.., menyumpah seranah segalanya.., tapi tak tahu apa dan siapa dan kenapa..
Aku samakan hujan yang membasahi seperti hidup yang sukar untuk ditelah. Aku merancang yang bas metro akan tiba dalam kadar tak sampai setengah jam, but i'm wrong.., aku sangkakan hujan tak akan turun lebat, pun aku salah juga..
aku tak mampu control everything.., certain things aku tak dapat agak.., it's just like that saturday afternoon.., hujan, poor coverage, bas lambat, tapi aku tetap juga dicurigai.., ditanya itu ini..,
ada masanya aku lelah.., aku mahu hidup yang mudah.., aku mahu matahari bersinar sepanjang hari.., aku mahu segalanya seperti yang aku mahukan, yang aku rancangkan.., but life is not like that.
Sudahnya aku dapat bas metro yang aku inginkan dan dalam bas, api yang aku cuba kawal akhirnya meledakkan letupan.., rupanya hujan tak menjanjikan kedinginan...
No comments:
Post a Comment