Saturday, August 9, 2008
anger management
Semalam aku tengok cerita ni kat AXN. Tapi tengok tak habis. Jalan cerita pun tak berapa nak faham, yang pasti aku tak pernah berminat dengan Adam Sandler. Aku rasa cerita dia semuanya bodoh bodoh belaka. Atau mungkin aku yang tak faham akan lawak yang cuba disampaikan. Aku kadang kadang memang agak slow sikit.
Sometimes, aku rasa macam aku pun ada masalah cepat marah ni. Aku seorang yang pantang berlaku sedikit kesilapan atau kekurangan, darah tu akan cepat menyirap naik. Contohnya kalau aku tak tahu bagaimana nak melakukan sesuatu tugas tu, aku akan bertanya kat sesiapa yang arif, tapi kalau bila aku dah tanya, dia pun macam acuh tak acuh aje nak explain, memang siaplah, sampai bila bila pun aku tak akan tanya dia lagi. Dalam keadaan serba tak tahu tu, aku tetap buat jugak, tapi dengan rasa hati yang membengkak. Bila kena marah, aku akan luahkan balik kata tadi dah tanya tapi dia tak mahu explain.
Contoh lain pulak, kalau aku terpaksa mendengar ceramah daripada sesiapa pun. Baik abang sendiri, ataupun sesiapa sajalah. Muka tu dah mula masam mencuka dan kemudian menjawab pun macam malas aje, itu tandanya aku tengah menahan kemarahan. Marah kerana aku terpaksa bersoal jawab dengan mereka.
Kalau bas lambat pun, aku akan marah juga. Kalau terpaksa berebut bilik air dengan anak buah pun, aku akan marah juga. Tak ada benda yang tak membuatkan aku marah, semuanya nak marah saja.
Tapi sekarang, aku nak belajar mengawal rasa cepat marah aku ni. Bak kata Afi, dia perhatikan aku ni, kalau melakukan sesuatu kesalahan, bila ada orang menegur ataupun bertanya, aku akan membalas dengan kemarahan, seolah aku mahu melindungi diri aku daripada disalahkan. Mungkin benar apa yang Afi katakan tu, aku dah bersalah, tapi tak mahu mengaku kesalahan, sebaliknya memarahi pula orang yang bertanya. Huhu.., manusia macam ni pun ada jugak?
kesian chenta hati aku tu, dia terpaksa menangani masalah panas baran aku ni. Akupun tak patut juga, dia menegur cara baik tu, cubalah dengar. Ini tidak, aku balas balik dengan nada suara agak kasar. Macamana nak jadi perempuan melayu terakhir yang lemah lembut lagi bersopan santun ni?
Yang aku risaukan, bila aku dah tak tahan rasa amarah tu, timbul pula keinginan mahu melakukan keganasan. Contohnya, aku nak baling handphone ke dinding. Mujur tak pernah baling lagi, kalau tak.., sayang handphone murah aku tu.., kalau bukan handphone pun, apa apa sajalah yang boleh dibaling ke dinding.
Setakat ni aku belum pernah lagi membaling benda benda yang berharga, paling tidak pun aku baling pen, baling pemadam, tak pun baling majalah ataupun surat khabar saja. Haiii.., memang masalah betul seorang aku ni...
macamana nak control ni?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment