Tuesday, August 5, 2008

Happy Birthday, Syiqin...

today is Syiqin's 13th birthday. Yeay! Lagi seorang anak buah aku melangkah meninggalkan alam kanak kanak dan menjadi seorang gadis sunti. She's one sweet young thing with stubbornness just like her auntie.., **akulah tu**

Aku tak dapat membelikan dia apa apa, melainkan sekadar one bar of cadbury chocolate. She's crazy about chocolate, sama macam aku juga.., tak padan dengan badan kurus kerempeng dia tu. tak macam kakak dia, tak gemuk tapi rangka tubuhnya agak besar dan tinggi. Jangan tak tahu aku dah ada dua anak dara menggeletis yang sedang meningkat naik. Susah nak jaga diorang ni, masing masing punya perangai seolah macam dah tahu segalanya tentang hidup.

Tak makan nasihat dan suka melawan. Mujur aku seorang makcik yang baik. Minta apa pun aku okay aje belikan, walaupun sometimes financial aku pun perit juga.

Malam nanti sudah pasti ada celebration di rumah. Abang dan kakak ipar memang rajin menyambut birthday anak anak mereka. Yalah, bukan susah pun nak menganjurkan majlis hari jadi, bukan nak menjemput ramai orang pun, setakat dua tiga kerat adik beradik saja.

Oh ya, aku kena belajar memasak selepas ni. Mana aku nak mula ya? Masak lemak cili api atau gulai tempoyak? Hmmm.., wahai chenta hati, bagi la idea.. huhu

No comments: