Last weekend, habis terang benderang bilik aku kerjakan. Selepas lebih beberapa bulan keadaan bilik tu macam kapal perang pecah (maaflah, nama saja perempuan tapi kalau tengok bilik, Nauzubillah, bilik chenta hati aku pun sure lebih kemas dan teratur dari bilik aku, huhu), disebabkan oleh tahap keserabutan fikiran yang agak kronik juga, akhirnya hari ahad lepas aku dah tak mampu membendungnya lagi. Fikiran dah berserabut, takkan bilik pun nak biarkan berserabut juga? Aku memulakan project dari pukul 3 petang, berlarutan sampailah pukul 9 malam, perghh.., punya lama? memang lama, banyak barang barang lama yang dah tak diperlukan sebenarnya, begitu juga dengan old magazines yang aku rasa dah tak bernilai dan layak dijual saja, semuanya habis aku kasi clear!
Aku memang seorang keeper, suka menyimpan apa saja barang barang atau majalah, atau apa saja yang memiliki sentimental value dalam hidup. Tapi sekarang aku terfikir, untuk aku move on with my life, certain things harus di let go. Jangan simpan lagi, yang sudah tu sudah. Si chenta hati pun dah berulang kali beritahu, dia mahu seorang suri yang rajin dan tahu tanggungjawab. Wah! Dah nak berkahwin ke aku ni? Errr.., ada jodoh nanti, adalah.., tapi kalau tak ada pun, akan aku adakan juga!
Banyak juga majalah lama yang aku buang, antaranya majalah Galaxie yang dah aku baca sejak dari zaman sekolah lagi. Sekarang ni dah tua, tak payahlah nak berGalaxie lagi, buat malu je dengan anak anak buah. Dah 30-an pun masih baca Galaxie? Hello? Kalau standard form 5 atau college boleh lah.
Satu lagi habit aku, aku suka menyimpan booklet percuma yang disertakan sekali dengan majalah. Every year akan ada 2-3 kali majalah akan menghasilkan edisi booklet untuk new season. Paling banyak dah tentu booklet majalah EH! Aku pun dah tak ingat sejak dari tahun berapa aku mula mengumpul semua booklet tu, yang paling lama is dated back to 2003. Bukan booklet saja, apa saja brochure yang dihantar oleh syarikat kosmetik (aku ada melanggan dengan Loreal, tapi sekarang mungkin dah expired kot?) pun aku simpan juga. Entah untuk apa pun aku tak tahu, bukannya aku guna pun semua produk yang di iklankan dalam brochure tu, tapi mungkin sebab aku memang gemar dengan benda benda glossy ni, tahu sajalah kan brochure tentang alat make up ni macamana.
Yang last sekali aku suka kumpul is paper bag. Apa saja jenis paper bag, memang ada dalam koleksi aku, even plastik bag dari kedai buku tempat aku selalu beli majalah di stesen KL Sentral pun aku simpan, padahal plastik bag tu bukannya cantik sangat pun. Dulu, semasa aku bekerja dengan syarikat pelancongan, pernah juga aku menyertai Matta Fair dan juga Mas Travel Fair. Habis paper bag setiap syarikat pelancongan dan juga syarikat penerbangan yang turut serta dalam Fair tu aku collect. Siap buat muka tak malu minta kat staff yang menjaga booth kat situ. Kalau dah minat, kan sanggup buat apa saja.
Habis saja mengemas dalam pukul 9 lebih tu, barulah aku dapat berehat. Wah! Lega rasanya kepala otak melihat bilik yang serba tersusun dan juga kemas. Barulah terasa lapang dada dan lapang fikiran. Selepas ni, aku tak mahu lagi berserabut kepala otak dan juga berserabut bilik. Kalau tak mula dari sekarang, nanti dah berkahwin susah pulak, kalau bilik berserabut. **wink wink**
Asyik cakap pasal kahwin aje ni, ada apa apa ke? Hehe, nanti nak cerita tentang my dream wedding la pulak. Abang.., siap sedia.., kena baca tau!
No comments:
Post a Comment