Last Saturday, i went to Taiping and brave myself for 8 hours non stop sitting in a bus just to see him. Perjalanan yang sepatutnya lancar tanpa sebarang masalah bertukar menjadi sedikit kelam kabut disebabkan begitu ramai sekali warga Perak yang mahu pulang ke kampung masing masing. Aku pula sedikit lambat keluar dari rumah. Aku sangkakan tiket bas akan sentiasa available at any times, sekali rupanya, hambik kau! Tiket cuma ada untuk waktu waktu yang agak lewat, pukul 4.30 petang, pukul 6 petang. Gila apa, pukul berapa aku nak sampai ke Taiping macam tu?
Puduraya memang sesak gila! Bookie tiket bas **err.. bookie ke? ah, lantak lah!** terpekik terlolong mencari penumpang, bingit telinga aku. Nak berdiskusi dengan dia melalui handphone pun tak senang, sebab asyik terdengar pekikan "JB sekarang, JB sekarang", "Ipoh, Ipoh, Ipoh pukul 2, pukul 2". Kemudian entah apa apa lagi. Aku rasa itulah cara paling bodoh nak cari penumpang, hello? kalau dah penumpang tahu kemana destinasi diorang, tak perlulah kau terjerit terlolong macam tu..., dengan sendirinya penumpang akan singgah ke kaunter kau.., ini bila kau memekak macam tu, penumpang pun dah tentu menjauhkan diri..
Okay, back to the main story. Sudahnya, aku membeli tiket ke Ipoh. Pukul 2.30 petang. Apa pun halangan yang mendatang, semangat tetap kuat mahu berjumpa dengan dia. Chenta beb, mestilah.. huhu.., itupun selepas puas berdiskusi di tengah alunan sumbang si pemekak pemekak tadi tu..., tapi itupun masih salah juga, sebab tersalah beli tiket dengan syarikat bas yang dimaklumkan oleh dia sebagai "lembap", sebab perkhidmatan syarikat bas tu tak memuaskan seperti syarikat bas yang satu lagi. Alah, tak apalah bang.., asalkan sampai kan? Hehe.., aku tak pentingkan mutu perkhidmatan mereka, yang aku pentingkan, aku mahu sampai ke Taiping secepat mungkin!
Sebelum bertolak, aku mengisi perut dulu. Hampir separuh hari aku tak menjamah apa apa. Mana tahan kalau tak makan, sebab kalau sampai ke Ipoh nanti, dah tentu perut aku akan dimasuki angin. Makan nasi ayam saja di medan selera Pudu. Yang aku peliknya, nak makan pun tak senang, pekerja kedai makan kat situ pun sama je macam bookie tiket, terpekik terlolong mempromote kedai mereka. Hello people? Orang nak makan kat mana mana pun, suka kamilah, kan? Sigh....
Puas mengenyangkan perut, dan selepas membeli majalah EH! dan Cleo sebagai peneman dalam bas, aku pun terus pergi ke platform no. 3 dan turun ke bawah. Bas dah sedia menunggu. Yeay! Ipoh.., here i come!
Lebih kurang pukul 2.30 lebih, bas perlahan lahan meninggalkan Puduraya.
+ + + + + +
Sampai Ipoh hampir pukul 6 petang. Aku hanya dapat melelapkan mata tak sampai sejam perjalanan kerana mungkin aku terlalu excited agaknya. Lagipun aku membaca. Halangan kedua pula datang. Dia meminta aku terus ke Taiping dan pergi mengambil bas di stesen bas yang satu lagi, di Medan Kidd. Bas terakhir ke Taiping is at 6.30, masa yang tinggal is about 20 minutes. Aku tanya driver teksi, boleh sampai sebelum pukul 6.30? Dia kata boleh. Aku on aje. Sekali rupanya perjalanan nak ke Medan Kidd tu banyak traffic light. Aku dah menyumpah dalam hati. Sempat ke tidak nak naik bas Taiping pukul 6.30 ni? Driver teksi india tu cuba cucuk aku, kalau tak sempat sampai, naik je teksi sampai ke Taiping, dengar kadar tambang RM100. Kau gila? RM100 tu.., kau ingat aku banyak duit ke Ane? Pandai aje nak kenakan orang. Aku cakap never mind, hantar je ke stesen bas, aku nak kejar jugak bas tu.
Mujur aku sempat kejar bas express tu. Tapi sekali lagi aku buat gelabah, bayar duit tambang dalam bas. Huhu.., padahal kena beli tiket kat kaunter. Perghh.., malu muka aku.., nampak macam tak pernah naik je bas tu. Tapi memang pun, itulah kali pertama aku naik bas express Ipoh - Taiping tu. Bila segalanya dah settle, dan dapat duduk dengan selesa, barulah aku dapat tarik nafas panjang. Lega.., dah tak ada halangan lagi. Yang tinggal hanyalah saat saat untuk berjumpa dengan dia. Semasa dalam bas, tak terasa pun gementar atau apa apa perasaan yang sewaktu dengannya. Tapi bila dah turun bas, dan nampak dia sedang menunggu kat tingkat atas stesen bas Kamunting tu, eh! apsal rasa semacam aje ni. Then, when he hug me, lagilah rasa.., awwww.. malunya.. huhu..
+ + + + +
Begitulah adanya. Nanti aku ceritakan lagi. Need to go and do something now.
No comments:
Post a Comment