Wednesday, August 13, 2008

penat.



Penat. Terkejar kejar. Bangun awal pagi tapi sampai office tetap lambat. Aku dah mencuba sedaya mungkin untuk mencari solution to this silly problem, tapi still there's glitch here and there. Arghhh!! Sungguh stress rasanya.

Nak tukar kerja, terasa susah. Usia dah makin meningkat, masakan ada lagi peluang untuk direbut. Dah selesa di daerah yang dulu, dia campak pula aku ke lembah sunyi ni, adoiiii.., terseksa jiwa dan raga.

Paling tak tahan, bila yang melambatkan perjalanan hari aku adalah unsur unsur luaran, seperti driver bas yang pemalas, tak mahu jalan on time. Hari isnin dia jalan tepat pada masanya, hari selasa lewat 5 minit, hari rabu pula lewat 10 minit, bila sampai ke hari jumaat, dia jadi lewat setengah jam, siapa yang tak terbakar raga dan jiwa? **huhu, sengaja diterbalikkan, bukan salah orang yang membaca dan yang menaip ini**

Makin menghampiri hujung minggu, makin malas jadinya driver driver bas tu. Kalau yang melambatkan aku adalah unsur dalam diri aku sendiri, macam aku terlambat bangun ke, terlebih berangan ke, lama sangat mandi ke, tak mengapalah juga. Ini tidak, aku dah berjumpa dengan solution untuk menjimatkan waktu, tapi tetap juga sampai ke pejabat pukul 9.30 pagi?

Selain daripada aku memindahkan masa untuk menggosok pakaian daripada waktu pagi ke waktu malam, aku juga sudah kurangkan masa untuk menconteng wajah kurang indah aku ni..**tak mengapa, memang chenta hati pun kata tak cantik pun.. sedih!!** daripada setengah jam tinggal 15 ke 20 minit saja. Ada tu tak menconteng langsung, pergi saja ke pejabat dalam keadaan eye bag seberat entah berapa gram, bibir pulak pucat lesi seolah darah dihisap oleh langsuir malam sebelumnya, dan pakaian di gosok setakat dengan tangan saja, huhu.., hebatkan penjimatan masa aku?

Ingatkan wang saja yang perlu berjimat, masa pun perlu penjimatan juga.

No comments: