Kalau aku tak mulakan hari dengan nescafe, memanglah sepanjang hari tu aku akan kelihatan tak bermaya dan rasa macam malas saja nak melakukan kerja. Macam pagi tadi, tak sempat nak singgah di restoran mamak kebiasaan untuk mendapatkan sebungkus nescafe ice, sudahnya sepanjang pagi aku macam tak ada mood. Asyik menggeliat sana, menggeliat sini, kepala rasa sakit, tubuh badan rasa macam tak sihat.., haiii.., memang masalah sungguh kalau tak dapat bekalan caffeine.., huhu..,
+ + + + + + + +
I have a confession to make. Aku semakin takut menghadapi masa depan sendiri. Semakin aku fikirkan, semakin aku terasa ada rama rama berterbangan dalam perut aku ni. Aku menjadi tak yakin dengan kemampuan diri aku sendiri. Beberapa perkara yang terjadi pada aku dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ni seperti menghakis sedikit demi sedikit kekuatan dalam diri aku. Sehinggakan nak memulakan kerja di tempat baru esok, aku menjadi tak berkeyakinan, adakah aku mampu handle kerja secara independant? Semua dilakukan sendiri? Property is new to me. Dengan sikap aku sendiri yang cepat baran, cepat rasa tertekan, cepat itu, cepat ini.., sigh.., i dont know. Sebab tu aku beritahu sebelum ni, aku tak mahu bekerja dah.., aku mahu duduk berehat dirumah. Aku dah penat mempelajari something new.., sampai aku dah tak mampu nak absorb kesemuanya lagi...
Mungkin dah sampai masanya untuk aku lakukan sesuatu mengikut minat dan keupayaan aku sendiri, dan bukan mengikut apa yang orang lain suruh. Aku seorang yang pelik. Aku tak tahu how to blend with people. I'm doing my own things. I'm so used to being alone all this while. Dengan dua orang staff perempuan kat ofis ni pun, aku tak bergaul sangat. Berkali diorang ajak lunch bersama, tapi aku tolak. Aku tak selesa menjadi patung mendengar cerita mereka berdua yang aku tak faham. Kalau aku nak menjadi patung, biar aku jadi patung seorang diri dan tak mendengar sesiapa berceloteh ditelinga aku seperti lebah menghurung madu. Yeah, aku selesa melakukan aktiviti berseorangan.
Having lunch alone, watching movies alone, shopping for my own stuff alone.., what else? Hey, i also sleep alone.. huhu.., jadi mungkin aku dah bersedia masuk kubur pun, alone kot? Hishhh.., selisih malaikat 44...
Tapi itu tak bermakna aku suka dengan this loneliness. Nope.., i dont like it. It's just aku sukar untuk blend with people, especially perempuan. Maybe itu kekurangan aku. Aku tak suka mendengar celoteh mereka tentang anak, tentang suami, tentang bf, tentang jiran sebelah, tentang kucing bf dia, tentang kereta bf dia nak keluar minggu depan, tentang mak mentua dia bagi dia kain mahal beli dari Bandung..., that is so boring.
Mungkin disebabkan tu, my chenta mengatakan aku ni banyak kekurangan. Aku tak macam perempuan lain. He have to teach me how to become a woman. Hahaha.., kelakar, kan? Aku? Seorang perempuan, kena di ajar oleh seorang lelaki untuk menjadi lebih PEREMPUAN?
Aku bukan tomboy, bukan juga lesbian, pengkid pun bukan. Cuma aku tak punya sifat riuh seorang perempuan melayu. Riuh dalam erti kata suka bercerita tentang apa saja. Sahabat perempuan aku pun 2-3 kerat saja, itupun yang aku dah kenal lama hampir puluhan tahun. Mungkin disebabkan aku masih belum lalui pengalaman tu, menyebabkan aku memilih untuk berdiam diri. Mungkinlah.., tapi bila aku akan melalui pengalaman sebegitu? Bila aku akan merasa megah diri sambil bercerita my hubby last night belikan i murtabak mahal kat so and so mamak restoran? Bila pula aku akan menggunakan ayat "mak mertua i nak datang hujung minggu ni, pasal tu i kena ambik cuti sebab nak masak special sikit untuk dia".
The answer is? I DONT KNOW....
No comments:
Post a Comment