Long weekend. Doing nothing. Just stay at home and wasting my time watching cartoon and Disney Channel. Dah macam tweeny wannabe, because watching "Hannah Montana" and "The Wizards of Waverly Place" religiously every weekend without failed. It's all because at home, there's a bunch of teenage girls yang sedang angau dengan "The Jonas Brother" and the likes. I have to joined them, kalau tak aku akan mati kebosanan!
That square idiot box bukan hakmilik aku, so walaupun favorite aku adalah kesemua siri CSI, terpaksa aku lupakan dan join anak anak buah menonton "Hikayat Putera Shazlan" ataupun "Geng Bas Sekolah". Pathetic!
Tak tahu bila nak memulakan operasi "Mari belajar Memasak". Hajat memang menggunung tinggi nak menajamkan skill masak memasak ni, tapi belum berkesempatan bila. Cemburu juga bila mendengar cerita ada perempuan memberikan kek yang dibakar sendiri kepada abang. Mana boleh jadi macam ni. Abang pun kena juga rasa masakan dari air tangan aku sendiri.
Aku pakar memasak makanan yang dipanggil "entah apa apa", dan ianya hanya untuk santapan perut sendiri. Kalau untuk santapan semua orang, lebih lebih lagi untuk bakal suami dan mak mertua, markahnya adalah "0". Fail with flying colours.., huhu..
Tapi jangan tak tahu, once upon a time ago aku pernah mencuba memasak mengikut resepi Chef Wan dan hasilnya, perghh!! Mendapat pujian ikhlas dari arwah ayah walaupun dia tak faham, apa macaroni tu, dan kenapa nampak macam bentuk siput aje? Itulah pertama dan terakhir aku memasak macaroni goreng untuk santapan berbuka puasa kat kampung.
Just imagine, pekan Gemencheh tu dahlah cuma ada satu saja supermarket, dan bahan bahan yang chef wan gunakan dalam resepinya tu dahlah cuma boleh didapati dibandar bandar besar, tapi berbekalkan semangat mahu mencuba dan membuktikan pada mak dan arwah ayah yang anak dara dia ni boleh memasak, aku paksakan juga abang bawak motor keliling pekan mencari bahan yang diingini. **peringatan: abang yang aku maksudkan di sini adalah abang kandung.., bukan abang ehem ehem, sebab masa ni kami lost contact buat seketika, sekitar penghujung tahun 90-an**
Sunday, selain eager to watch perlawanan akhir perseorangan badminton olimpik antara Lee Chong Wei dengan Lin Dan, yang mana memang aku dah agak it's going to be silver medal for us, sempat juga menonton siri jepun "Operation Love" atau dalam bahasa jepunnya "Proposal Daisakusen". Abang yang suruh aku tengok drama jepun ni. Minggu lepas tak dapat tengok sebab kakak ipar dengan anak anaknya tidur bergelimpangan depan tv. Kesian orang menumpang macam aku ni, banyak cerita tv yang menarik terlepas begitu saja.
Kalau disuruh membuat pilihan antara drama jepun, korea, indon, latin dan drama melayu, memang aku pilih drama Jepun. Drama korea tak minat sangat sebab too slow, drama latin pulak too hot and sexy and drag sampai 100 tahun pun tak habis, drama indon? haha, tahap drama melayu aje, apa kelessss..., kalau setakat pelakon cantik dan hensem, cantik dan hensem lagi pelakon latin.., drama melayu? well.., let me think, bila kali terakhir aku tengok drama melayu ya.., hmmm.., rasanya macam 20 tahun lepas aje.. huhu..
Bak kata editor kanan Harian Metro jugaklah, dia pun mana nak tengok drama melayu ni, sebab dalam drama melayu, watak perempuan melayu dah jadi semacam, garang dengan suami, curang dengan suami, kurang ajar dan macam macam watak negative. Susah nak cari drama melayu yang menggambarkan watak perempuan melayu ni lemah lembut, bersopan santun, berbudi bahasa.., kalau ada pun watak minah kampung. Agaknya memang begitulah realiti perempuan melayu sekarang, kot? Nak cakap lebih lebih pun, takut terkena batang hidung sendiri, jadi bak kata Nabil "Lu pikirlah sendiri!"
No comments:
Post a Comment