Monday, October 13, 2008

Peperiksaan Menengah Rendah..

Hari ni anak buah aku yang bernama Atiqah tu akan menduduki peperiksaan PMR. **sedang menduduki at this moment**

Tak sedar masa dah berlalu sebegitu pantas dan anak buah yang aku jaga sejak dari usia sehari dulu sekarang ni dah berubah menjadi dara sunti. Aku ada ramai anak-anak buah. Anak sendiri saja yang belum ada lagi. Insya-Allah lagi 10 tahun adalah tu..

Anak anak buah aku ada 16 orang to be exact. Yang tua, si Anas tu, sekarang dalam tingkatan 4. Si bongsu, Alya baru berusia 3 tahun, dan sangat keletah juga comel. Aku sayangkan kesemua anak anak buah aku. Pernah suatu ketika aku terfikir, kalaulah aku tak berkahwin, aku nak tinggal bersendirian dan setiap minggu aku nak anak anak buah aku datang makan makan kat rumah. Aku akan sediakan library untuk mereka, games dan juga komputer untuk kegunaan sepanjang mereka berada dirumah aku.

Tapi nampaknya itu hanyalah angan angan. Aku tak mampu pun nak sewa rumah sendiri. Aku takut pada loneliness. Gelap aku tak takut tapi sunyi, aku takut.

Macam Tiqah, a few months ago dia nak keluar jalan jalan dengan aku. Sampai sanggup dia kelentong mak dia kata keluar dengan kawan-kawan. **untuk pengetahuan, mak dia tak suka dia rapat dengan aku, kononnya aku ni contoh tak baik, pakai baju seksi tapi pakai tudung, pakai seluar ketat, suka balik malam, kadang tak balik langsung.., sigh.., adik ipar yang tak disenangi la senang cerita**

Memang Tiqah bawak kawan-kawan dia, kami berempat berwindow shopping dekat The Curve. Aku siap belanja Tiqah dan kawan kawan lagi, makan di pizza hut. sebelum tu aku dah planning nak bawak mereka menonton wayang, tapi Tiqah tak mahu pula, alasan dia takut balik lambat nanti mak marah.

Aku sebenarnya bukan makcik yang kedekut. kalau aku berduit, apa saja yang anak anak buah aku minta, aku cuba tunaikan. Macam Syiqin, dia penggemar coklat. Dia tak mahu benda lain selain coklat. Jadi setiap bulan, asal dapat gaji aje aku akan belikan dia coklat cadbury yang paling besar tu, dan Syiqin boleh habiskan kesemuanya seorang diri. Tapi badan dia tak juga gemuk gemuk, tetap kurus melidi macam tu juga.

Kalau boleh aku memang nak close with the girls. Tapi mak abah dia tu, pandang serong kat aku just because dulu aku memang a bit out of control jugaklah. Tapi, takkan aku nak rosakkan anak anak buah aku pulak. Aku tahulah nak ajar mereka benda yang berfaedah saja. Tak ada maknanya aku nak ajar mereka cara cara nak bersosial.

Atiqah tu, tahu banyak perkara bukan melalui aku, tapi melalui kawan kawan dia. Yang mak bapak dia tak tahu, anak dara dia tu selalu curi curi suruh aku belikan top up. kemudian bila mak bapak tak ada kat rumah, curi curi bukak channel hitz.tv yang memang diharamkan dalam rumah tu.

Pernah sekali dulu, dia mencuri duit aku sebanyak RM10. Memang tak banyak, tapi aku berang jugalah. Aku panggil dia masuk dalam bilik, kemudian tanya elok elok, tapi suara kena tegaslah, kalau tak dia ingat aku main main. Mula mula dia tak mahu mengaku, tapi sebaik aku ugut dia kata nak bagitahu mak dan abah dia, cepat cepat dia kata jangan bagitahu, nanti teruk dia kena. Haaa.., tahu pun. Kan dah kantoi.

Itupun nasib baik aku makcik yang baik. Sampai sekarang aku simpan rahsia tu. Kalau mak dia tahu, tak tahulah apa nasib Tiqah. Mak dia tu memang semacam sikit. Apa yang aku buat semuanya salah. Tak tahu anak dia tu banyak jugak buat salah.

Kalau nak kontrol anak pun, berpadalah. Jangan ingat anak tu serba serbi tak tahu. Entah entah banyak benda dia dah tahu, tapi depan mak terpaksa berlakon konon tak tahu, macam budak baik. Cuma yang aku salute kat abang dan kakak aku, anak anak dia semua memang pandailah. Ada harapan untuk belajar tinggi tinggi.

Tak macam makcik dia ni. Sekolah aje tinggi tapi pelajaran tak tinggi pun. Aku yakin Tiqah akan lulus PMR dengan warna warna yang berterbangan. **with flying colours** Dia boleh lakukan. Belajar pun sampai tengah malam, kalau tak lepas juga, tak tahulah.

Alah, dulu SRP aku pun lepas juga. Bukan susah sangat pun.

Apa hadiah aku nak bagi pada Tiqah kalau dia lulus ya? Baju kah? Kasut kah? atau jam? atau bawak dia makan makan?

Owh, abang aku yang seorang lagi tu, dulu sewaktu aku lulus SRP dia hadiahkan aku buku "Aku Budak Minang" karya kartunis Ujang. Buku tu memang meletup time tu, sekitar tahun 1988. Sekarang aku dah tak tahu kemana buku tu hilang.

No comments: