Monday, October 20, 2008

beri aku idea "how to lose a guy in 10 days" dan aku akan berikan korang "the Davincci Code"

Malam minggu aku berkumpul dengan anak anak buah depan tv, menonton "how to lose a guy in 10 days"

aku dah tengok cerita tu kat panggung dulu. memang best dan lawak jugaklah. kalau tak silap sekitar tahun 2003 atau 2004. Yang tak bestnya anak buah siap tanya "cerita apa ni induk?", aku cakap "tengok ajelah, best cerita ni".

yang seorang mahu lose that guy in 10 days, yang that guy mahu that woman fall in love with him in 10 days, so apa lagi, havoc la..

aku tak pernah berminat dengan Kate Hudson ataupun Matthew McConaughey, tapi aku rasa chemistry mereka sungguh kuat dalam filem ni. Mereka berdua ada aura tersendiri dan they make a perfect couple. Mujur tak sangkut sampai ke luar filem.

Aku tak mahu mengulas apa apa tentang filem ni, sebab yang pasti ianya memang sebuah chick flick yang hebat.

sunday, right after CSI: Miami, ada pulak tayangan The Da Vincci code. Dah 2 minggu berturut turut AXN menyiarkan cerita ni, tapi last week aku tak dapat tengok. Semalam, kebetulan kakak pergi beraya, jadi i can have the telly all by myself. Itupun sempat tengok separuh saja, benci betul.., tengok ceritanya macam menarik.

Aku memang suka dengan cerita tentang zaman silam dan rahsia disebaliknya, tak kiralah fiksyen ataupun kisah benar. Tapi itulah masalahnya dengan family abang aku ni, mereka tak mahu fikiran anak anak mereka tercemar. Memang lah filem ni agak berat, dengan tema tentang agama kristian, tentang pertubuhan rahsia, tentang holy grail apa ke bendanya entah, tapi sampai bila nak kontrol budak budak tu?

aku rasa budak budak sekarang tak harus di kontrol, tapi di bimbing, kalau selalu kena kontrol, itulah akibatnya, sekali diorang bebas, habis semua diredahnya. Tapi kalau dibimbing, diberi sedikit pengetahuan dan berikan mereka sedikit kebebasan, bila sampai masanya mereka tentu boleh berfikir mana yang baik dan mana yang buruk, wallahualam..

oh ya, aku terfikir kalau tiqah berjaya dapat 8A dalam PMR ni, aku akan hadiahkan dia seutas jam swatch. original.., i dont mind the price, once in a lifetime.., sebagai ganjaran diatas usaha dia tak tidur malam selama seminggu lepas..

tapi itupun kalau dia dapat 8A, kalau kurang, hadiah dia pun kuranglah.. ekekek..

No comments: