Hampir setengah hari berlalu hanya dengan membaca blog orang.
Kerja tak ada. Hari hari macam ni saja. Makan gaji buta dan menghabiskan duit pejabat dengan selalu online internet, tapi boss pun sama. Dia pun tak ada benda nak buat, dia akan main minesweeper. Hehe.., boleh percaya ke seorang boss main game minesweeper? Boss aku main game tu.
Bukan nak kata tak ada kerja langsung. Cuma mungkin sales belum nak masuk. Ingat hari hari ke orang nak beli property? Jadi kalau dalam sebulan tu dapat buat sales dalam 30k or 40k komisyen saja, dah kira ok. Nak nak lagi dalam keadaan US bukan lagi gergasi ekonomi dunia sekarang ni. Aku tak tahu bagaimana kesannya terhadap ekonomi Malaysia, tapi apa yang pasti, semua orang akan menggunakan alasan yang sama, "ekonomi meleset maa.."
Dalam fikiran aku ni berkecamuk dengan 1001 macam kisah manusia yang aku baca hampir setengah hari tadi. Setiap orang ada kisah dan pendapat tersendiri yang kadang aku rasa, eh.., kenapa sama dengan gaya pemikiran aku pulak ni? ataupun "hmm.., bagus betul dia ni, macam bijak pandai aje"
paling tidak pun aku hanya akan klik, baca sebaris dua, kemudian kata "ah, boring, tak best, cari blog lain pulak"
Dalam pada klik-klik blog orang, terjumpa link ke blog Jason Mraz. Aku rasa macam terjumpa lombong emas. Excited. Aku memang peminat Jason Mraz. Bukan setakat lagu lagu dia, tapi penulisan dia juga.
Dulu dulu, masa aku ada myspace, selalu juga aku baca blog Jason Mraz dan siap ada link terus ke blog dia. Tapi sejak myspace dah tutup, tak terlintas pulak yang Jason ada blogspot. Aku rasa entry kedua blog dia ni sama saja. Just copy and paste. Tapi aku tak kisah. Yang penting gaya penulisan Jason Mraz memang sangat menarik.
He choose his word precisely. Nicely put. kadang kelakar. Kadang menyentuh perasaan. kadang membuat orang berfikir.
Aku cukup jeles dengan penulis yang boleh menimbulkan pelbagai perasaan dalam diri orang yang membaca. Ada a few blog yang mana penulisnya sentiasa membuat aku berperasaan bercampur baur. sedih ada. jeles ada. Happy ada. termenung sejenak pun ada. ketawa seorang diri pun ada. mereka ini orang orang yang berbakat. aku jeles. dan aku kagum.
sampai aku lupa yang aku pun ada blog sendiri. kagum sangat dengan blog orang, aku abaikan blog sendiri. kesian blog aku ni..
+ + + + +
see.., aku dah tak tahu nak tulis apa. asyik teringat entry orang. nanti cerita yang aku tulis sama pulak dengan cerita orang. tak apa. rilek dulu. aku tak mahu plagiat dah.
cukup sewaktu sekolah menengah dulu aku plagiat karya penulis tersohor. untuk kelas sastera. aku sangkakan Puan Fatimah tak akan tahu yang cerpen aku tu adalah hasil ciplak. Rupanya aku tersilap. Heh, dah nama pun guru sastera, of course la dia aware dengan setiap cerpen student dia. Pulak tu bukannya Puan Fatimah tu tak membaca. Dah tentu tentu lah dia baca setiap buku teks kelas sastera, novel novel ataupun antologi cerpen.
malu aku. bila cerpen yang aku hasilkan tu kononnya paling best daripada yang lain, rupanya dapat markah bawah paras lulus. padan muka aku.
Nak tahu cerpen siapa yang aku ciplak tu. Tajuknya "pengembara senja" hasil tulisan Nora. Apa yang aku tahu dulu Nora pernah menulis dengan majalah Anis, tapi sekarang aku kurang pasti.
Aku memang suka juga membaca tulisan Pak Nora ni. Tulisan dia banyak ke arah keagamaan. Banyak kiasan.
Aku rasa aku patut tulis surat kepada Pak Nora untuk meminta maaf kerana menciplak hasil tulisan dia. Walaupun benda ni dah lama. tapi aku rasa bersalah. tak beretika rasanya.
+ + + + + + +
Sekarang ini pun aku terasa seperti aku dah terikut ikut dengan gaya penulisan orang. Heh, tak ada identiti sendiri. Sekejap macam tu, sekejap macam ni.
Mungkin aku patut berhenti baca blog orang, untuk mengelakkan dari terpengaruh. Tapi nanti rasa macam tak best pulak.
apa apa ajelah.
No comments:
Post a Comment