I have a problem. Small problem. I gave gained weight. Masalah biasa selepas raya. masalah biasa selepas puasa juga.
beberapa orang dah menegur aku. Aku tak selesa hati **sama ertinya dengan tak sedap hati**
tak puas hati juga. tubuh badan aku ni bukannya sebesar mana, berat tak sampaipun 100 kg, 90 kg pun tak sampai. Tapi memanglah aku sedia maklum, kalau 55 kg tu lagi seksi, tapi nak buat macamana kalau berat aku diantara 70 ke 80 kg?
Aku runsing. patut ke aku peduli dengan kata kata orang, atau aku tak peduli dan terus dengan badan yang aku ada ini? Boss aku pun siap bagi free Oriyen Lite Tea untuk aku minum. Nasib free, kalau suruh aku beli, jangan harap.
Tapi itu cakap cakap orang. Memang aku malas nak ambil peduli. Kalau cakap bf, macamana? kena ambil peduli lah nampaknya.
Aku akan mulakan hari ni, untuk berdiet. **heh, macam real.., tengok ajelah sampai mana bertahan**
abang kata, bukan untuk dia, tapi untuk diri aku sendiri. Hehe, boleh percaya ke bukan untuk dia? Bukan nanti kalau aku dah kurus, dia pun akan merasa bangga ke? Tapi aku dah lama berputus asa untuk kurus, yang aku mahu sihat saja, dan tak lembik. Maksudnya, tubuh aku ini tegap. tapi untuk mendapatkan itu pun susah juga. Aku makan tak berjaga ** aku sedang makan super ring sekarang**
dulu-dulu aku rajin juga berdiet. Siap minum teh Orang Kampung, telan pil chitosan, bersenam, jolok tekak muntah balik, semua aku dah buat. Tapi tak jugak kurus. Frust betul.
Kalau turun berat badan pun, setakat 2-3 kg, itu pun tak lama, sebulan dua, lepas tu naik balik, sakit hati betul.
Tak apalah, aku akan cuba lagi kali ni. Bukan untuk kurus, tapi nak sihat. Biar dapat hidup 1000 tahun lagi, bak kata lagu Butterfingers tu.
+ + + + + +
Aku register balik kat forum lama. haih.., kalau bukan sebab ada blog menarik kat sana, tak adanya aku nak register balik..
tahan sajalah..

No comments:
Post a Comment