Hari ni kesunyian dah mula meresapi dimana mana. Anak rantau dah mula bergerak memenuhi kampung halaman masing masing. Hanya beberapa kerat yang berdedikasi seperti aku ni saja yang masih setia menunggu sehingga ke hari terakhir untuk pulang ke kampung.
Esok aku akan berangkat pulang dengan menaiki komuter. Kampung halaman aku dekat saja, hanya 2 jam setengah perjalanan menaiki bas. Itupun kalau aku naik bas express, tapi kalau menaiki bas lompat, mahu dekat 4 jam jugak. Aku terpaksa keluar awal pagi esok, sebab aku tak ada tiket bas express. Cadangannya aku naik komuter sampai Seremban, kemudian dari Seremban naik pula bas ke Tampin, kemudian dari Tampin naik bas ke kampung aku. Perghh.., 3 kali tukar bas, masak aku...
Tapi aku dah biasa. Saban tahun aku tak pernah membeli tiket bas express sebab aku fikirkan "alah, kampung aku dekat aje, bukannya jauh sangat sampai ke JB sana ke, tak pun Penang sana ke, ataupun Taiping ke.., huhu"
Memang a bit leceh tapi aku suka. Suka sebab ala ala adventure gitu, rasa macam pengembara pulak, dengan beg sandangnya, dengan majalah dan papernya.., cuma yang tak best tak ada mp3 player, so a bit sunyi sikit. **Tak mampu nak beli mp3 player, tulah pasal**
Cuma yang tak bestnya, kalau dalam komuter tu semua muka melayu tak apalah juga, terasalah jugak mood nak beraya, tapi ini semua muka pendatang, perghh.., rasa macam aku pulak nak balik beraya ke Indon, takpun Bangladesh.., kalau ada muka melayu terselit pun adalah seorang dua, itupun budak budak yang balik kampung last minute macam aku. Yang lain lain semua sama ada balik naik kereta sendiri ataupun dah bersenang lenang kat kampung...
Paling tak tahan, bila sampai Tampin pun masih tak nampak muka melayu, semuanya muka hitam berkarat milik mat bangla, takpun muka bengis milik mat indon, tak selera aku. Mana pegi muka muka sweet mamat melayu semua? **bukanlah aku hadap sangat dengan mamat melayu pun, cuma aku nak ambik mood raya aje.., kalau nampak muka melayu baru lah ada semangat sikit, dan tak semestinya mamat aje, kalau nampak makcik/pakcik/abang/kakak melayu pun dah cukup untuk menaikkan semangat raya aku**
Teringat aku zaman balik kampung era 90-an dulu. Masa tu memang best sebab kaum pendatang ni boleh dikatakan berapa kerat sangat, tak macam sekarang. Kalau naik bas SKS dari KL ke Seremban tu memang penuh dengan oghang kampung den ajo.., takdo muko lain, punyolah seghonok..., raso macam nak ajak yo dorang tu sumo nyanyi lagu balik kampung reramai.., huhu..
Masa tu memang bestlah, nak balik kampung pun bersemangat sebab mak dengan arwah ayah dah bersedia menunggu kami balik. Mana yang balik naik bas, naik baslah, mana yang balik berkereta, mana yang balik naik motor.., memang best..., sekarang dah tak ada semua tu.., sekarang nak balik raya pun rasa.., alahaiiiiii...
heh, aku rasa sepanjang minggu ni semua blog mesti bercerita pasal raya aje, tak pun mungkin ada yang tak akan hapdate sampailah minggu depan. Aku pun rasa ini adalah entry yang terakhir sebelum aku berangkat esok. Kat kampung takde internet, cyber cafe pun tak ada, dan lagi aku dah tak dibenarkan melepak kat cyber cafe, larangan yang aku bawa kemana mana, dan lagi akupun dah tak berminat nak melepak kat cyber cafe yang busuk dan kotor dan dipenuhi dengan budak budak lelaki berperangai tak senonoh!
+ + + + + +
Oh ya, gaji dah clear.., esok boleh shopping sikit.. yeay!
No comments:
Post a Comment