Semalaman aku tak dapat tidur. Insomnia. Mata mengantuk tapi fikiran bekerja. Dah membilang biri biri sehingga yang ke-100 pun masih belum mahu lelap. Dah berzikir sehingga yang ke-1000 pun masih juga mata ni cerlang. sigh.., kenapa ni?
Dia tak call. Sejak dari terjaga pukul 1.30 pagi, sehinggalah ke pukul 4 pagi, aku give up. Aku berbisik sendiri dalam hati "that's it, i'm not going to sleep, i'll wait till 5 am and having my sahur"
Kalau tak silap hampir 10 sms aku hantar masuk ke inbox dia, satu pun tak berbalas. Mungkin dah terlena keletihan, memang 2-3 hari ni dia agak sibuk, tapi aku hanyalah seorang perempuan yang mengada-ngada, tak boleh tidur kalau tak mendengar suara dia dalam sehari.
Puas berkalih ke kiri dan kanan, aku duduk tegak sambil memandang dinding yang kelam, mata dah rabun, ditambah dengan kegelapan malam, yang aku nampak seolah lembaga yang menakutkan, tapi aku tegak juga duduk. Mata berkelip kelip.., aku merayu.., tolonglah mata, tidurlah.., lelaplah..
Malam sebelumnya aku terlelap selepas airmata berjuraian.., dia kepenatan dan hanya mampu berbual dengan aku selama sejam saja, berbanding sebelum ni 2-3 jam pun dia sanggup menemani aku. Heh.., aku makin mengada-ngada.., tulah.., siapa suruh dia manjakan aku?
paranoid.., terlalu sensitif, perasa.., cengeng.., aku rasa sesuai sangat dengan aku. Tidur sajalah kalau dah tak ada call masuk, ini tidak, mahu ditunggu juga. Sudahnya sampai tak tidur sehinggalah ke saat entry ini ditaip.
Itulah, lain kali jangan jadikan berbual hingga lewat malam tu satu rutin, sebab bila sekali tiada, akan terasa kehilangannya.., sementelah mata aku ni dah di set untuk terjaga dengan sendirinya tepat jam 1 pagi.
+ + + + + + +
selepas sahur, masuk sms dia, owh.., hati yang berang mahu saja mendiamkan diri, tapi jiwa yang rapuh terus saja mengalirkan rasa dan menggerakkan jemari membalas dengan nada sayu..., sigh.., perempuan.., mudah saja mengalah..
No comments:
Post a Comment