Semua orang makin sibuk dengan persiapan hari raya masing masing. Aku saja yang cool tanpa sebarang persediaan. Gaji pun tak dapat lagi. Aku pun dah tak heran sangat sebab memang aku dapat agak yang gaji cuma akan dapat last minit, sehari atau dua hari sebelum raya, jadi aku kesuntukan masa untuk bershopping ataupun menyediakan sedikit persiapan raya.
Adik pulak dah mempelawa aku pulang ke kampung bersama dengan keluarganya. Bermakna makin suntuk masa aku. Adik mahu pulang pada malam isnin, meaning selepas habis kerja pada hari tersebut aku akan terus pulang ke kampung. Nampaknya aku bershopping selepas raya, selepas semua stock baju raya yang cantik cantik habis disapu orang. Nasib badan... **tapi tak apa, kadang best jugak shopping lepas habis musim raya ni**
Teringat aku masa zaman tengah kaya giler suatu masa dulu **kaya giler? giler ke tak kaya tu? huhu** Lagi seminggu nak raya duit dah berkepuk masuk dalam akaun bank. Lagi sehari nak raya aku dah terduduk sambil tepuk dahi sebab duit dah habis.. wakakakaka.. **kisah benar ni**
mana tak habis, beli kuih tunjuk untuk mak saja sampai 10 balang, beli baju untuk diri sendiri lagi, dengan kasut bagai, make up tak usah ceritalah.., mana tak habis duit bonus + duit gaji sebulan? Sampai tak ingat yang selepas raya ada lagi 20 hari sebelum gaji seterusnya.
Tapi itu dulu, zaman aku kaya giler dengan kerja yang bergaji ribuan RM. Sekarang ni aku gaji ciput je. Cukup makan, tak cukup pakai.., nak beraya sakan macam dulu lagilah dah tak mampu.., tapi aku dah tak kisah. Sampai satu tahap, bershopping raya dah tak menjadi keutamaan lagi, yang penting is just dapat beraya dengan family kat kampung walaupun poket kosong.
Lagipun dah merasa dah menempah baju kurung sampai 2-3 pasang yang berharga ratusan ringgit ni.., sekarang ni pakai ajelah baju yang lama tu.., lantaklah dah keluar bulu ke, dah ketat kat pinggang ke, apa ke.., aku raya simple saja, pakai t-shirt dan kain batik. Raya pada aku adalah TIDURRRRRRRRR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
**nak lawan sedih sebenarnya.. ekekeke.., tak rock la layan sedih time time macam ni..**
Aku suka jugak beraya sebenarnya. Tak adalah aku BENCI sangat dengan raya ni. Yang aku tak berapa suka tu mungkin disebabkan perasaan melankolik yang hadir setiap kali menjelang raya. Nak pulak aku ni anak yatim yang dah tak berbapa.., lagilah sedih.. **tahan sebak.., tahan**
Perasaan sebak sayu pilu tu pulak pandai aje dia tunggu musim raya, kalau tak ada musim raya dia pun tak ingat satu apa pun kisah pasal arwah ayah ke, kisah pasal dulu aku hidup senang ke, kisah dulu aku happy dengan kengkawan ke.., tak ada.., langsung tak teringat. Tapi dekat dekat nak raya ni, semuanya datang berpusu pusu, tu yang buat aku rasa melankolik sikit.. **sikit je, tak banyak**
Lebih lebih lagi kalau terdengar lagu raya kat bawah ni..., sedar sedar dah meleleh aje air hingus.., eh silap.., airmata..**yup, aku alah mendengar lagu "miskin hina" ni, tak tahu kenapa, lagu lain aku boleh dengar, tapi lagu ni jangan.., hati sekeras batu pun boleh mencair macam lilin**
Satu lagi lagu raya yang aku suka dengar adalah lagu ini:
tajuknya "Suara Takbir" dendangan Tan Sri P Ramlee. Kalau dengar aje lagu ni sure terbayangkan suasana kampung waktu pagi raya dengan takbir sedang berkumandang.., perghh.., sayu je suasana pagi raya tu.., dengan sinar matahari yang suam suam kuku baru nak muncul di ufuk timur sana. **memang nostalgik**
ah.., malas aku nak melayan nostalgia.., berambus kau!
No comments:
Post a Comment