Wednesday, September 10, 2008

married life is wonderful..

Aku terbaca somewhere in other blog yang mengatakan apabila lelaki dan perempuan muslim mahu mendirikan rumahtangga, setan setan akan lari bertempiaran kerana ketakutan. Ini kerana perkahwinan tu kan selalu diumpamakan sebagai mendirikan masjid, dan masjid itu bukankah rumah ALLAH? Jadi pasal tu lah setan setan tu bertempiaran lari.

Akupun terfikir juga, mungkin ada kebenarannya kerana cuba lihat pasangan yang belum berkahwin, kenapa selalu sangat terjebak dalam kancah zina dan maksiat? Itu sebab pasangan tersebut dikelilingi oleh setan iblis yang selalu menghasut mereka supaya melakukan zina.

Subhannallah.., minta dijauhkan lah aku daripada setan setan yang mahu mengkhayalkan aku..
Sebab tu perkahwinan diwajibkan. Supaya selain daripada terhindar daripada godaan iblis dan setan, kita juga akan ada seseorang sebagai teman berbual, bercerita, paling tidak pun bergaduh. Aku paling suka bab bergaduh.., sebab bila bergaduh barulah perangai sebenar pasangan akan terserlah.., sama ada dia panas baran ke, penyabar ke atau pun jenis buat tak tahu saja.

Aku pun sebenarnya mahu dan teringin dan bercita cita mahu mendirikan rumahtangga, supaya setan setan yang selalu menghasut aku sebelum ni bertempiaran lari dan tak akan mengganggu aku lagi.., tapi malangnya banyak pula halangan.., sama ada halangan yang datang dari diri sendiri ataupun faktor luaran yang memang tak mampu untuk aku kawal.

Risau juga nanti bila selalu berdua duaan dengan dia, lain pulak jadinya.., daripada membiarkan setan bertepuk sorak bila menyaksikan dua makhluk melakukan zina, baik kahwin saja dan duduk dalam sebuah ikatan perkahwinan yang dah tentu selamat.., sebab rumahtangga kan ibarat mini masjid? Lebih baik duduk dalam masjid sebab akan selalu mendapat rahmat ALLAH dan dilindungNya selalu.

+ + + + + + +

Tahu siapa yang aku selalu jadikan contoh seorang isteri yang baik? Dia tak lain dan tak bukan Aishah R.A, iaitu isteri bongsu Nabi S.A.W. She's young, sweet, playful and soft yet she's patuh dan taat pada suruhan ALLAH dan juga Nabi.

Aku pernah menghasilkan puisi beberapa tahun lepas, yang aku berikan pada dia.., tapi malas lah nak share kat sini sebab puisi tu terlalu panjang, lagipun ianya agak private, so tak dapatlah nak aku kongsikan disini. Aku ada menyebut dalam puisi tu yang aku mahu menjadi seperti Aishah R.A.., yang periang, taat dan Nabi pun sayangkan dia diantara isteri isteri yang lain.

Banyak sebenarnya contoh yang Nabi dah tunjukkan bagaimana kalau berkahwin dengan anak dara yang muda daripada lelaki tersebut ataupun kalau berkahwin dengan janda bagaimana keadaannya, begitu juga kalau berkahwin dengan yang umurnya sebaya.

jangan lah lelaki hanya nak ikut yang contoh berkahwin dengan yang muda belia saja..

No comments: