Ianya seakan satu kemestian, lebih lebih lagi waktu itu Afi belum lagi mendirikan rumahtangga, jadi memang rajin juga dia menjamu kami kawan kawannya ni. Afi memang pandai memasak, you should try her nasi ayam, let say dia nak buka perniagaan makanan, memang aku akan syorkan pada dia buatlah nasi ayam sekali, sebab memang superb!
Kalau aku berbuka puasa kat rumah Afi, selalunya aku akan end up memakai kain batik.. hehehe, ini disebabkan makcik @ mak Afi, dia tak akan membenarkan aku makan hanya sekali suap.., dia akan memaksa aku makan kesemuanya.., perghh.., penat nak habiskan semua makanan.., sudahnya perut aku membuncit.., itu belum lagi dengan makanan yang dibungkus untuk dibawa pulang.., pendek kata memang boleh meletup perut aku kalau berbuka puasa kat rumah Afi..
Sejak arwah ayah dah tak ada, keinginan untuk berbuka puasa kat kampung makin lama makin terhakis.., walaupun mak masih ada.., tapi suasananya tak sama seperti semasa arwah ayah masih ada. Sigh.... **sebak**
No comments:
Post a Comment