Aku rasa setiap orang ada pendapat masing masing yang tersendiri dalam sesuatu perkara. Tak kiralah pendapat tu betul atau tidak sebab sebenarnya dalam memberi pendapat ni, tak ada yang benar atau salah, semuanya bergantung pada kefahaman orang yang membaca pendapat tersebut.
Semasa aku sedang excited berforum suatu ketika dulu, banyak juga topik yang sangat menarik hati yang mahu aku komen dan beri pendapat, tapi selalu tak menjadi disebabkan terbawa bawa sikap sebenar aku dalam dunia realiti, iaitu pemalu. Sikap pemalu aku tu menyebabkan aku tak popular dalam forum, whereas orang lain dengan selamba dayak saja memberikan pendapat yang sama ada terlebih "bijak" ataupun merapu ikut sedap mulut sendiri **ataupun ikut sedap jari yang menaip**
Aku tak banyak join forum pun, so far yang pernah aku join hanya dua, yang satu itupun forum serpihan daripada forum pertama yang aku join mula mula dulu. Masa mula mula join tu, aku memang dah dapat rasa yang "aku tak boleh masuk" dengan mereka.., i mean forumers yang dah sedia ada dalam tu.., ini sebab some of them yang aku perhatikan either notorious ataupun berlagak "tak mainlah dengan nubies macam kau ni"
That's why aku merangkak nak naik tangga demi tangga, sebab rasa inferiority complex yang sangat menebal. Nak post satu komen yang aku rasa bernas pun terpaksa berfikir 10 kali sebab 1- tak mahu dikatakan "bodoh" sebab komen tak berapa menarik
2- tak berani sebab ada ke yang akan quote aku nanti?
3- nanti dikata tunjuk pandai pulak
4- orang tak layan..
eh.., banyak lagilah sebab musababnya.., one more thing aku rasa sebab some of the forumers dalam tu project an image of someone with higher education level, membuatkan aku yang cuma spm holder ni rasa "hmmm, aku tak layak".. hahaha sadis..
Nak tahu thread/board mana yang aku suka sangat lepak sambil memerhatikan gelagat forumer lain berperang jari sesama sendiri? Board Politik. Suka betul aku baca pendapat yang dorang berikan. Ada yang best, ada yang taip ikut sedap jari je, ada yang emosional bila parti yang disokongnya kena hentam, ada yang mulut celupar konon tahu semua rahsia kerajaan.., ada yang konon macam penganalisa politik.., haiii.., 1001 macam orang lagilah ada kat board politik tu..
Satu lagi board yang boleh tahan panas is board gossip artis. Err.., maafkanlah aku sebab aku bukan jenis yang suka nak ambil pot sangat dengan gossip artis ni, tapi suka baca just nak tahu siapa forumer yang suka sangat claimed he/she knows that artist, this artist.., hebat tu.., aku seorang artis pun aku tak kenal.., kalau tengok show artist tu boleh kira aku kenal rapat dengan dia tak? wakakaka..., kalau dikira boleh saja, maknanya aku kenal rapat la dengan Datuk Siti Nurhaliza sebab more than 10 years ago aku pernah tengoh dinner show dia.., masa tu kat syarikat kewangan tempat aku kerja yang sekarang ni dah gulung tikar tu.
Aku dengar cerita untuk show malam tu saja pun management bayar dia for RM10k.., just imagine itu harga dia more than 10 years ago, sekarang berapa RMk agaknya. atau ke dah tak laku? huhu.. no komen.., aku tak pernah minat dia pun..
Kalau ikutkan banyak benda aku boleh bercerita pasal forum ni, walaupun pembabitan aku tak lama tapi cukuplah untuk aku kenal realiti dunia forum ni macamana. Mungkin aku cuma join satu dua saja, mungkin ada yang sama, dan mungkin ada yang tak sama. Semuanya terpulang pada citarasa masing masing.
Satu sajalah yang aku tak suka pasal forum ni, aku struggle nak cari kawan dan bina nama. Betul.., payah betul nak bina nama kalau sifat semulajadi kau malu malu kucing dan cakap bertapis., nak nak pulak avatar kau tak cun, jangan harap ada orang nak tegur kau, walaupun in real life kau sebenarnya cun.., wakakaka.., **almaklum, taknak exposekan diri**
Tapi aku tak cun pun in real life.., aku gemuk, pakai kacamata tebal 5 inci, pendek, pipi penuh jerawat batu, rambut separa botak.., dressing aku baik sikit dari Betty Suarez a.k.a Ugly Betty.
Dalam forum, aku rasa kau boleh cipta watak sesiapa yang kau nak, tapi aku tak. Dalam forum aku jadi diri aku sendiri, pasal tu aku tak pernah jadi megastar dalam mana mana forum. Asyik stuck kat level newbie aje.., takpun beginner.., tak pun bintang baru.., itu saja level paling tinggi yang pernah aku capai.
Yang bestnya, dalam pada aku tak terkenal pun, aku pernah ada pengalaman di ban dari memasuki forum. Dahsyat tak aku? Semata mata kerana aku bergosip melalui private message dan mengutuk one of the moderator or admin.., atau dalam kes aku ni, aku mengata the VVIP dalam forum tersebut.., that VVIP tu pulak ada access to all the forumer punya pm box, so dia dapat tahulah aku dok sedap mulut mengata dia.., wahh.. masa tu aku rasa best giler dapat jadi rebel sekejap.
Terus kena ban dan nick aku tak boleh diregister semula. Best kan? Tapi peduli apa aku, satu nick kena ban, buatlah nick baru. Kalau kenanga kampung kena ban, guna nick melati bandar pulak. Cuma yang tak bestnya bila dengan isp aku sekali kena ban, haa.., tu susah sikit.., guna nick baru pun tak guna bila diorang dah cam isp kau.., memang sedih wooo...
heh.., aku tulis panjang lebar ni macam lah aku terer sangat pasal forum. Lantak doranglah..
**aku masuk balik forum lama tu..., kali ni dengan nick paling poyo pernah aku register**
No comments:
Post a Comment