http://puisitepijalan.blogspot.com/
Aku terjumpa blog yang menarik ni sewaktu menziarahi blog sueannajoe. Yeah, macam biasa aku suka berjalan jalan di dunia tanpa sempadan ini untuk membaca kisah hidup manusia lain, mana tahu mungkin ada yang menarik dan mungkin ada yang boleh aku jadikan tempat persinggahan tetap aku, sementara melayan sunyi tak ada kerja kat office ni.
Ianya sebuah blog yang menarik, dan boleh aku katakan, tulus. Membaca karya dia, membuatkan dada aku sebak dan memberat, mata seolah digenangi air, dan membuatkan aku teringatkan arwah ayah.
Baru saja semalam aku membuka jiwa aku yang sebenar pada dia.., dengan bercerita sedikit tentang keluarga aku, hari ni aku berjumpa pula blog yang sebegini tulus kisahnya? Aku tak tahu nak terangkan bagaimana, kalau berminat just click saja address kat atas tu.
+ + + + + + +
Aku tahu, takkan selamanya aku akan berada dalam kesedihan, mungkin sampai masanya aku akan merasa gembira juga. Hishh.., apsal pulak muka aku tercebik cebik ni? huhu.., mata pulak kabur.., kolam nak pecah ke?
Cuma satu perkara yang aku faham, dengan perginya ayah dari dunia ni, ikut bersamanya ke liang lahat adalah kenangan manis dan pahit keluarga kami. Aku tidak lagi aku yang dulu.., kerana aku nampak mak tidak mampu menyatukan kami anak anaknya, hanya arwah ayah saja yang mampu membuat kami adik beradik teruja untuk pulang ke kampung.
Bukan salah mak, bukan salah siapa siapa.., cuma mungkin sedikit kesilapan teknikal di mana mana.., mak masih mak aku, yang melahirkan aku, dan membesarkan aku, yang memberi aku kehidupan, yang mengajar tentang pahit getir hidup di dunia ni.
Cuma mungkin kami adik beradik tidak di ikat dengan jalinan kekeluargaan yang kukuh.., selepas pemergian ayah. Mungkin benar bila nakhoda kapal tiada, anak anak kapal pun bergelandangan mencari arah sendiri.., dan itulah yang berlaku pada kami adik beradik. Aku tak salahkan abang abang, mereka dah berusaha yang terbaik untuk menjadikan kami satu keluarga semula.., cuma mungkin kerana mereka ada komitment terhadap keluarga masing masing, yang menjadikan aku, satu satunya adik mereka yang masih tinggal, kelihatan seperti layang layang terputus tali.
Eh..., ini cerita pekung di dada, kenapa mesti aku hebahkan? Buat malu diri sendiri saja..
+ + + + + + +
Terima kasih pada dia yang mendengar dan memberikan aku idea. Raya nanti, selepas aku pulang ke KL, aku akan ziarah rumah abang dan adik aku. Tak kisahlah mulut kakak ipar celupar macam apa ke, aku bukan nak berjumpa dia, aku cuma mahu berjumpa dengan abang aku.., abang kandung aku..., pengganti pada arwah ayah yang sepatutnya menjaga aku.., bukannya dia.., yang tak kaitan langsung dengan aku...
aku bukan tanggungjawab dia, tapi aku adalah tanggungjawab abang abang aku.
Ayah..., walaupun kadang terasa sebak bila teringatkan ayah, aku hanya mampu menghadiahkan Alfatihah dan rasa rindu seorang anak pada ayah...
mungkin pemergian ayah terlalu cepat...
Amin....
No comments:
Post a Comment