Tuesday, September 23, 2008

dengar ini cerita..

Untuk beberapa hari ni aku tak ada idea nak bercerita tentang apa. Disebabkan terlalu banyak membaca blog orang membuatkan aku terus tak ada idea. Ini kerana ada sesetengah daripada idea aku tu, boleh dikatakan ada persamaan dengan blog orang lain, dan aku terus lupakan hajat nak menulis tentang perkara yang sama. Aku agak kurang senang meniru idea orang walaupun sebenarnya idea tersebut terlintas di fikiran sebelum aku membaca blog mereka.

Aku mahukan idea yang segar dan lain dari yang lain.

Jadi, aku mahu bercerita tentang...., ROIM LORIAHK... (pandai pandailah twist and turn untuk dapatkan nama sebenar.. hehe..)

Pertama kali aku nampak dia adalah kira kira 11 tahun lepas, sekitar bulan May 1997. Waktu tu aku bekerja dengan sebuah syarikat kewangan yang dimiliki oleh kerabat Perak dan Pahang **sekarang syarikat kewangan tersebut dah gulung tikar** Dia datang ke pejabat cawangan tempat aku bekerja tu kerana menghadiri seminar. Masa tu, yang membuatkan aku tertarik dengan dia selain dari rupa dia yang agak menarik **ikhlas ni bang, bukan bodek.. hehe**, adalah motor Suzuki TXR yang dia bawak **aku kurang pasti motor model apa, tapi kaler hijau.., pergh.., lagi menambahkan daya penarik dia..**

Aku dah lupa masa bila aku boleh terperasankan dia, tapi sejak dari saat tu aku memang dah rasa macam minat la pulak.., sampai ke tahap aku boleh gatal mulut bertanya pada kawan satu pejabat pasal dia. Aku tanyakan nama dia, branch mana, bila dia start kerja.., dan kawan tu pulak dengan rela hati memberitahu aku semua details yang aku minta.

Tak tahu pulak aku yang later on, kawan satu pejabat aku ni pergi bawak mulut dia **padahal dia lelaki, mana ada mulut nak bawak.. hehehe** beritahu kat dia ada awek kirim salam.. ** eee.. pepandai je kawan aku tu kata aku kirim salam, padahal aku tak ada langsung kata kirim salam kat mamat tu**. Yang peliknya tu, boleh pulak dia meneka dengan tepat awek mana yang kononnya berkirim salam tu.. pergh.., agaknya dia pun dok mengusha aku kot? **hehe.., ingat ayat ni? siapa usha siapa?**

Aku bengang jugak dengan kawan sepejabat aku tu, nama je lelaki tapi mulut macam perempuan, tapi kalau bukan disebabkan mulut tempayan kawan aku tu, tak mungkin aku dapat berkenalan dengan dia. **Thanks Rosli...**

Nak kata terus berkenalan pun tak jugak, lebih kepada main jeling jeling, pandang pandang aje dulu. Aku mana berani nak pergi tegur orang dulu, memang bukan sifat aku yang dah terkenal pemalu ni **cheh! pemalu konon!**

Peluang berkenalan yang sebenar cuma datang pada satu tengahari Sabtu yang bertuah. Aku belum nak balik lagi selepas habis kerja, and then ada satu phone call masuk, bertanyakan Mat, aku jawab dengan suara lemah gemalai lagi mendayu "Mat dah balik", kemudian suara garau kat hujung sana bertanya lagi, "siapa ni?" Tiba tiba aje aku rasa macam "apsal aku rasa macam kenal je suara ni? tapi ah.. tak mungkinlah"

Then, dengan suara mendayu lagi aku jawab sambil menyebut nama aku.., suara kat sebelah sana pun macam terkejut bila dengar nama aku.., then konon malu malu segan segan aku tanyalah pulak "ni sapa ni?"

Apa yang terjadi selepas tu, adalah sejarah... **the rest is history**

Sejarah yang boleh aku katakan terlalu panjang, terlalu lama, seolah tiada kesudahan, hilang bertahun kemudian berjumpa semula, dengan 1001 cerita yang kalau dibukukan memang boleh masuk "Best Seller list" **hahaha, yolah tu!**

Kami bermula sebagai kawan berborak melalui telefon, **dalam telefon boleh borak sakan, tapi jumpa hanya sekali aje dalam tempoh 97-2003 tu? kesian**

to be continued...

No comments: