Thursday, September 4, 2008

Wall-E dan Merdeka di KLCC


Last weekend, aku menonton Wall-E bersama dengan abang di KLCC. Hajat hati nak menonton Mama Mia tapi belum open lagi. Memandangkan tak ada cerita lain, terpaksalah settle dengan Wall-E saja, lagipun aku rasa cerita tu pun boleh tahan juga.

Memang a bit touching jugak, being the one and only robot on earth yang dah jadi tempat pembuangan sampah, hanya bertemankan seekor lipas.., mulanya aku ingatkan apa bendanya yang tersusun tinggi menjulang rupanya ianya adalah timbunan sampah. Aku lebih sukakan part Wall-E dan EVE semasa di bumi sebab terasa lebih feel antara mereka, tapi bila Wall-E dan EVE dan sampai kat kapal besar tu, langsung dah tak best, sebab dah macam cerita Disney yang lain lain, ada kawan kawan yang menolong, ada musuh dalam selimut.., very typical Disney..

Cuma yang tak bestnya, walaupun aku ditemani oleh abang, tapi dia kurang berminat dengan cerita macam ni.., yelah sebab tak ada aksi, tak ada tembak menembak, tak ada perang perang.., biasalah lelaki kan, mana suka sangat dengan cerita slow ataupun kartun.. hehe .. **jangan marah bang..**

Kalau aku ajak dia tengok Mama Mia yang bergenre muzikal tu, tak tahulah dia boleh layan ke tidak.., tak pun tengok High School Musical 3? hahaha.., lagi lah dia taknak kot?

Aku tak kisah mana mana genre pun, asalkan jangan seram, itu saja yang aku tak berani tengok walaupun berteman.

Selain dari menonton wayang, kami pun tunggu juga detik 12 malam 31 August, ingatkan KLCC akan mengadakan pertunjukan bunga api, rupanya tak ada.., cheh! hampa betul.., semua pengunjung dah bersiap sedia dengan camera masing masing, sekali yang ditunggu tak muncul muncul, melainkan nun sayup sayup nampak letupan bunga api dari Dataran Merdeka saja.

Tak prihatin betul pengurusan KLCC ni.., dah tahu ramai pengunjung, buatlah something, ini tak, setakat konsert saja. Itupun nun jauh kat hujung dunia.., tak ingin aku masuk sampai ke dalam taman tu, dah tentu susah nak keluar nanti, terpaksa berasak asak dengan ribuan pengunjung, kalau rakyat Malaysia saja tak apalah juga, ini sekali dengan PATI yang sama menyibuk.., bukannya nak sama sama meraikan, tapi nak buat kecoh saja.

Itupun masih ada juga kekecohan, ingatkan PATI, sekali budak budak bawah umur rakyat tempatan. Hishhh.. buat malu saja. Aku pun termalu juga sebab bias terhadap PATI.. huhu..

Itu belum aku bercerita tentang tanduk setan, tentang pakaian budak budak sekarang yang sexynya mengalahkan Lindsay Lohan dan Paris Hilton.., tentang perangai budak sekolah yang bikin kecoh.., tentang harga makanan kat KLCC yang mahal gila.., heh.., jangan tak tahu, dalam ribuan pengunjung yang seronok nak berhibur tu, terselit juga budak budak pergerakan dakwah yang tak tahu dari mana, datang mengedarkan risalah tentang bahaya zina dan dosa besar lain...

Mungkin bagus juga diedarkan risalah seumpama tu.., usaha juga tu namanya untuk menyedarkan orang ramai.., cuma sampai atau tidak mesej yang ingin disampaikan, Wallahualam Bissawab..

Yang tak bestnya, tak dapat nak bersahur dan berbuka puasa dengan abang sebab hari isnin dia terpaksa balik ke Taiping. Teringin juga berbuka puasa sama sama.., macam dulu dulu. Kalau bukan di restoran mamak berhampiran Central Market tu, kami akan bungkus makanan dan makan kat tepi tasik KLCC.. hehe romantik, kan? Tapi tak tahu lah bila boleh buat macam tu lagi..

No comments: